Berlari Mencari Awan Kuning


“Oi, cepat lah! Tu yang aku cakap, Habermas tak leh pakai. Suruh cepat lambat pula, macam mana manusia ni tak perlu nak kawal dan paksa?” Fikah menjerit sambil buka pintu rumah.

“Ye la, jap lah, ada kerja sikit,” aku jerit balik.

Aku tahu Fikah tu perli aku. Dia faham aku memang peminat Habermas. Aku tutup laptop sebelum bergegas cari kasut boot Nike aku. Aku memikirkan tulisan di Malaysiakini mengenai peranan internet dalam membuka ruang demokrasi di sesebuah negara. Sememangnya itu yang kita perlukan; ruang demokrasi yang lebih luas. Manusia perlu diberi peluang untuk berkomunikasi. Teori Habermas tidak silap.

Fikah pula tidak pernah menyokong idea itu.

“Kalau betul manusia boleh berkomunikasi kerana mempunyai rasional, tak perlu da orang turun kat Kuala Lumpur bulan depan.” Aku ingat lagi dia bercakap semalam. Aku ingat sebab corak wajahnya yang yakin sekali semasa membuat pernyataan itu. Ikan kembung masak cili api dengan sambal belacan yang tengah dia makan tidak mengganggu sedikit pun ceramah spontannya.

Continue reading

BERSIH 2.0 : Will The Chinese Stay Home?

My preliminary reading is they will. The Chinese will stay at home (or they will go shopping). Like any other big demonstrations in Kuala Lumpur since the 1998 “Reformasi Movement” the Chinese will stay at home despite Kuala Lumpur City being predominantly populated by the Chinese. I can say this rather authoritatively because I have participated in almost all of these demonstrations. I am the actual witness and I saw clearly with my own eyes the ethnic composition of the participants of these demonstrations.

Continue reading

Ethnicity and Race Do Not Exist !

Peringatan: Tulisan ini tidak akan memberi sebarang senjata atau agama pada bayi-bayi yang baru lahir. Harap maklum.

Bangsa bukan bererti “nation”. Menterjemahkan bangsa sebagai “nation” agak kurang tepat. Sudah tentu juga bangsa bukan bererti kaum, entik atau ras. Perkataan kaum (atau aslinya “qoum”) adalah perkataan Arab yang muncul di dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu selepas kedatangan Islam. Begitu juga dengan perkataan “nation” (sering disalah-terjemahkan sebagai bangsa), “ethnic” (ditulis sebagai etnik) dan “race” (ditulis sebagai ras) muncul selari dengan kedatangan penjajah Inggeris.

Perkataan-perkataan ini tentunya tidak hadir dari ruang sosial yang kosong. Terkandung di dalamnya adalah makna-makna yang diperolehi hasil dari perkembangan sejarah hidup perkataan itu sendiri di ruang budaya asalnya. Di dalamnya sarat makna. Di dalam makna kata terangkum cara fikir dan pandangan dunia sesebuah masyarakat itu yang kemudiannya di bawa masuk ke wilayah budaya yang baru sama ada melalui persahabatan atau penjajahan.

Jikalau perkataan itu masuk melalui penjajahan di dalamnya turut terkandung makna dominasi, kekuasaan, perbezaan dan pemisahan. Antara yang menjajah dan dijajah. Kemasukan perkataan, istilah dan konsep baru ini bukan sahaja menambah perbendaharaan kata bahasa tempatan tetapi juga membawa perubahan di ruang epistemologi khususnya cara pandang dan cara fikir masyarakat tempatan.

Ketidakwujudan perkataan nasion, kaum, etnik dan ras di dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu adalah sesuatu yang menarik untuk difikirkan maknanya. Yang wujud di dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dan Inggeris ialah kata “orang” dan “bangsa”.

Continue reading

Jika semua bayi dilahirkan memegang senjata, Shay Adora Ram adalah Ahmad Boestamam dan agamanya Burhanuddin Helmy

Their first voices, you say, are tears. I can well believe it. You thwart them from their birth. The first gifts they receive from you are chains.

-Jean Jacques Rousseau, Emile

 

Tidak perlu kita menceritakan kembali atau menjelaskan kembali perkara-perkara yang telahpun diketahui dari dulu lagi. Siapa yang tidak tahu proses membina negara-bangsa kita gagal? Siapa yang tidak mengetahui bahawa pembinaan bangsa Malaysia sedang dalam proses dan masih belum lagi siap?

Cerita dan tulisan-tulisan sebegini hanya menyumbang kepada penyampahan ruang alam maya  yang  sudahpun penuh dengan pelbagai sampah, penyakit dan kisah-kisah karut yang menyamar sebagai karya seni dan tulisan intelektual. Paling bagus habuk-habuk sebegini berfungsi untuk mengingatkan kita kembali kepada bagaimana murahnya hati pemerintah kerana mencuba sedaya-upaya untuk melahirkan masyarakat yang lebih baik dan adil. Tidakkan ini hanya semua penipuan dan ilusi semata-mata?

Continue reading

Shay Adora Ram: Suatu Bangsa Yang Belum Siap

Buat masa sekarang Shay Adora Ram tidak mungkin menjadi anak bangsa Malaysia. Ini kerana bangsa Malaysia maseh di dalam proses pembikinannya. Bangsa Malaysia maseh belum siap. Apa mungkin kita menjadi sesuatu yang maseh belum siap?  Apa mungkin kita menjadi sesuatu yang maseh belum dituntaskan? Apa mungkin kita menjadi sesuatu yang maseh tidak punya kesepakatan tentang rupa-bentuk dan ciri-cirinya? Apa mungkin kita menjadi sesuatu yang pada setiap kelompok punya takrifan dan makna yang berbeza-beza? Apa itu bangsa Malaysia? Apakah ciri-cirinya? Apakah rupa-bentuknya? Apakah penanda identitinya?

Daripada beberapa pemerhatian di ruang ulasan, komentar dan pandangan di pelbagai laman sesawang ternyata masyarakat berbelah-bagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah, ada yang sinikal, ada yang mencemuh, ada yang mempertahan malah ada yang menjadikannya sebagai bahan kelakar. Yang lebih menarik lagi komentar dan pandangan di dalam berita berbahasa Inggeris cenderung menyokong manakala yang di dalam bahasa Malaysia pula cenderung membantah.

(Dan kita maseh belum tahu bagaimana pula pandangan mereka yang menyampaikan komentar atau pandangan di dalam bahasa Tamil atau Mandarin. Kemungkinan besar mereka juga punya perspektif yang juga berlainan).

Continue reading

Apa Ertinya Menjadi Bangsa Malaysia

Shay Adora Ram adalah mangsa kegagalan besar negara ini. Anak kepada pasangan Hannah Yeoh dan Ramachandran Muniandy ini dinafikan haknya oleh JPN untuk meletakkan bangsa anak mereka sebagai ‘Malaysia’. Pilihannya hanya sama ada Cina atau India; kerana Jabatan Pendaftaran Negara kita sendiri gagal mentakrifkan bangsa Malaysia. Maka secara rasminya, seakan jabatan kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan bangsa Malaysia.

            Negara ini merdeka tanpa ada usaha untuk membina dan membangunkan citra bangsanya sendiri. Malah, kerajaan BN sangat selesa dengan polarisasi kaum yang semakin melebar. Rukun Negara yang seharusnya menjadi nilai bersama setiap warga bangsa Malaysia ini tinggal ikrar mingguan untuk setiap perhimpunan kerajaan. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh mahu menterjemahkannya kepada perlaksanaan di peringkat negara. Usaha ini sangat penting kerana bangsa dalam negara moden ini merupakan kontruk sosial. Ertinya, bangsa adalah sebagaian dari projek negara, bukanya suatu yang alami, semula jadi. (malangnya kata bangsa sering ditukar ganti dengan kata kaum atau etnik). Pembinaan negara bangsa (nation-state) merupakan salah satu kegagalan besar projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.  Pemahaman mengenai citra bangsa Malaysia sering terhenti pada takat menyetujui bahawa Malaysia majmuk budaya. Dr Mahathir (yang meletakkan pembentukkan bangsa Malaysia sebagai salah satu cabaran wawasan 2020) mahu ia dibentuk berdasarkan acuan kita sendiri. Namun setelah lebih 20 tahun idea Wawasan 2020 ini diilhamkan, rupa acuan itu kabur dan sering pula mengelirukan. Continue reading

Alahai Buku Jingga Mahasiswa..

Buku Jingga adalah usul daripada hasil muafakat Pakatan Rakyat.  Di peringkat pimpinan parti (dengan andaian mereka telah memungut hasil fikiran segenap masyarakat dengan semasaknya) telah berjaya mengemukan satu kumpulan usul yang ditandatangani oleh kepimpinan ketiga-tiga parti, sekali gus mematikan cakap-cakap yang mengatakan mana mungkin PAS, DAP dan PKR boleh membentuk dasar bersama.

Buat sekian kalinya, Pakatan Rakyat berusaha untuk membawa wacana politik Malaysia ke tahap yang lebih bermaruah – ke tahap politik dasar – politik yang membincangkan bagaimana untuk mengurus dan mentadbir negara. Usaha untuk keluar dari politik jijik yang hanya berkisar soal lubang dan lendir.

Buku Jingga ini diharap dapat menerbitkan ghairah dalam kalangan masyarakat untuk membincang, meneliti, menghujah dan mengkritik dasar-dasar serta cadangan Pakatan Rakyat ini; PR bukan hanya mahukan legatimasi politik rakyat melalui undi mereka pada Pilihan Raya Umum akan datang, malah yang lebih mustahak adalah legatimasi moral rakyat terhadap kepimpinan PR. Biar pakatan atas nama rakyat ini kelak benar-benar tegak kerna kehendak dan kefahaman rakyat terhadap segala apa yang diinginkan mereka. Bukan sebagaimana kerajaan BN kini yang hanya berdiri melalui retorik perkauman yang memualkan.  Continue reading