Bahasa Melayu tanpa Pengertian Kebangsaan

Ketika tulisan ini disudahkan, penahanan 5,000 salinan Al-Kitab tersadai di Pelabuhan Klang sejak 2009 dan  30,000 naskhah lagi yang tersangkut di pelabuhan Kuching telah pun ditarik balik. Namun isunya tidak selesai di situ. Malah berlanjutan.  Membaca perbincangan – perbincangan di facebook oleh kawan – kawan Melayu (yang rata –ratanya berpendidikan baik) amat mendukacitakan.  Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai tanda kekalahan orang Melayu terhadap tuntutan agama lain.  Benar, ini hanya sentimen,  hujah yang hanya sarat beban prasangka.

Pastinya, isu ini bukan sebegini besar di Sabah dan Sarawak – bisingnya hanya di Semenanjung. Situasi ini menunjukkan betapa terpisahnya emosi dan sensitiviti antara dua wilayah ini. Tanpa sedar, marah – marah di Semenanjung banyak mengguris hati rakan di Malaysia Timur itu. Tapi itu satu cerita lain.

Kisah ini juga menunjukkan kegagalan agenda kebangsaan. Masyarakat Malaysia – malah kerajaan sendiri tidak merasakan bahasa Melayu itu sebagai bahasa milik semua. Justeru itu, segala apa yang dicetak dalam bahasa Melayu adalah untuk Melayu, kaum lain tidak berinteraksi dalam bahasa Melayu. Gila!

Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan selama ini hanya merugikan usaha perpaduan di negara ini. Segala yang namanya kebangsaan sebenarnya bersifat sentrik-Melayu (kecuali lagu kebangsaan yang berasal dari Kepulauan Seychelles!).  Kebanyakan program bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sering kali dilaksanakan dengan sangat sempit. Contohnya melalui penulisan dan bacaan puisi, karang – mengarang, pidato dan lain –lain program dari pemerintah yang cenderung untuk orang Melayu juga.

Selain itu, potensi bahasa Melayu juga dibunuh oleh Institut Terjemahan Negara (ITN) yang lebih ghairah menterjemahkan Hikayat Melayu ke bahasa Inggeris! Seharusnya ITN memperbanyakkan bahan bacaan – yang rentas kaum – dalam bahasa Melayu jika ingin dilihat bersungguh – sungguh membangunkan bahasa Melayu. Lebih malang lagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hampir tidak melakukan terjemahan, hanya di’sesuai’kann sahaja dari bahasa Indonesia. Semua ini hanya menyempitkan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang punya rasa pemilikan (sense of belonging) oleh seluruh masyarakat Malaysia. Apatah lagi teras ketiga Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menyatakan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan yang hanya menjarakkan kaum lain yang majoritinya bukan Islam.

Bahasa bukan hanya alat komunikasi harian. Bahasa juga penting untuk membentuk rasa kebersamaan sebagai sebuah bangsa. Jika kita terus dengan faham kebangsaan yang sempit, bahasa Melayu akan hilang pengertian kebangsaannya.

One Response

  1. tak setuju artikel ini. bahasa melayu adalah bahasa langit. maka jgn cemarkan bahasa melayu dgn bible. bahasa melayu mesti dikhususkan utk umno saja. bangsa lain selain bangsa umno diharamkan guna bahasa melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: