Yang umum dan yang khusus; Michel Foucault dan Falsafah Français

Betapa senangnya untuk memerintah manusia pada zaman ini. Kalau Plato ataupun John Locke hidup pada era ini, tidak akan tertulis karya-karya The Republic dan Two Treatises of Government. Tidak akan ada pembaca untuk Das Kapital atau Muqaddimah. Kalau perlu, mungkin zaman ini boleh dipanggil zaman retorik dan ketidakdewasaan. Satu ketika dalam sejarah manusia di mana masyarakat senang untuk ditipu dan diperintah dengan ucapan-ucapan dan dasar-dasar kosong.

Pelbagai slogan digunakan dan dasar diceritakan kepada rakyat untuk menunjukkan kerajaan mengambil langkah-langkah drastik untuk membangunkan negara. Semestinya ini bukan sesuatu yang baru. Kritikan terhadap kejadian ini telah dibahaskan dan dibangkitkan berulang kali sejak dari dulu lagi. Tetapi yang membezakan masa kini daripada yang sebelum-sebelumnya hanya kerana satu; kewujudan internet dan perkembangan teknologi. Continue reading

Megadeth: Siri 1

Oleh: Rizal ‘Syeikhryz’ Hamdan

Can You Put a Price on Peace?….

Petikan di atas merupakan bait-bait lirik lagu ‘Peace Sells But Who’s Buying?’ yang dihasilkan oleh Megadeth. Rangkap tersebut juga turut mengandungi suatu wacana yang selalu diabaikan oleh para penggemar Megadeth mahupun para pencinta keamanan. Tidak ramai yang menyedari bahawa nilai “keamanan” masa kini sudah beranjak daripada sebuah wacana kepada satu komoditi.

Keamanan masa kini boleh dijual beli. Pihak Amerika Syarikat memberikan kata dua kepada Iraq ketika era pentadbiran Saddam Hussein sama ada menyerahkan ’weapon of mass destruction’ (WMD) atau bersedia menghadapi tindakan ketenteraan. Isu WMD sengaja diada-adakan sebagai alasan untuk mengabsahkan (legitimize) tindakan ketenteraan ke atas Iraq(sesetengah penganalisis menyatakan peperangan di Iraq adalah manifestasi tindakan para kapitalis industri persenjataan di Amerika untuk menghasilkan keuntungan,sejauh mana kebenarannya bukanlah menjadi tujuan utama esei ini).

Pihak Korea Utara dikenakan perintah sekatan dengan segala jenis terma ekonomi seperti embargo atau sanction berikutan keengganan mereka melucutkan senjata nuklear yang dimiliki. Jika kita melakukan analisis ke atas setiap konflik atau krisis, pihak yang paling terkesan tindakan yang membelakangkan nilai kemanusiaan ini ialah rakyat terbanyak! Continue reading

Bahasa Melayu tanpa Pengertian Kebangsaan

Ketika tulisan ini disudahkan, penahanan 5,000 salinan Al-Kitab tersadai di Pelabuhan Klang sejak 2009 dan  30,000 naskhah lagi yang tersangkut di pelabuhan Kuching telah pun ditarik balik. Namun isunya tidak selesai di situ. Malah berlanjutan.  Membaca perbincangan – perbincangan di facebook oleh kawan – kawan Melayu (yang rata –ratanya berpendidikan baik) amat mendukacitakan.  Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai tanda kekalahan orang Melayu terhadap tuntutan agama lain.  Benar, ini hanya sentimen,  hujah yang hanya sarat beban prasangka.

Pastinya, isu ini bukan sebegini besar di Sabah dan Sarawak – bisingnya hanya di Semenanjung. Situasi ini menunjukkan betapa terpisahnya emosi dan sensitiviti antara dua wilayah ini. Tanpa sedar, marah – marah di Semenanjung banyak mengguris hati rakan di Malaysia Timur itu. Tapi itu satu cerita lain. Continue reading