Kebebasan, kebodohan dan yang di-tengah

Kerana satu hari nanti kita akan ditanya; semasa bayangan kegelapan melanda dan perubahan pencerahan menentang, di manakah anda?”

UKM 2011 membuktikan; kebodohan tidak boleh bertahan lama. Pernah saorang berkata: ‘you can fool some of the people all the time, you can fool all the people some of the time, but you cannot fool all the people all the time”. Selepas bertahan untuk lebih kurang 7 tahun, kebodohan akhirnja runtuh dan terpaksa memberi laluan kepada cahaya pemikiran dan falsafah perubahan.

Falsafah perubahan. Itu sangat jelas. Perubahan juga mempunyai falsafahnya. Satu-satunja hukum yang tetap dan mutlak dalam dunia ini adalah hukum perubahan. Segalanja berubah. Perubahan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, yang lebih tinggi. Oleh itu dalam hal ini, kebebasan adalah penting. Hanya dengan adanya kebebasan, perubahan dapat berlaku. Kurangnya Aspirasi di sini kerana tidak pernah meniup falsafah perubahan di kalangan anggotanya.

Keinginan untuk mengekalkan norma-norma tindakan dan cara pemikiran dengan membakar suara retorik dan fahaman sempit menyumbang kepada kehangusan roh, fakulti, dan praxis mahasiswa keseluruhannya. Di sini lah kelebihannja mereka yang ingin membawa perubahan. Perubahan, hukum mutlak alam, membawa bersamanya cahaya pemikiran yang seterusnya menyalakan semangat pencerahan. Ini lah yang diperlukan. Ini lah yang mesti dipegang.

Mereka kemudian bertanya, sejauhmanakah sempadan kebebasan? Kebebasan adalah kebebasan. Tidak ada sempadan bagi itu yang menjadi asas kepada kehendak untuk ilmu dan kehendak untuk berubah.  Yang meletakkan batas kepada kebebasan; itu kebodohan. Sebab itu Aspirasi tidak pernah berubah. Universiti tidak pernah berjaya. Setiap kehendak diletakkan batasnya. Roh dibatasi. Berfikir dibatasi. Praxis dibatasi. Revolusi dan demonstrasi dikutuk kemudaratannya. Soalan bertanja; bagaimana gerakan yang membawa falsafah dan pencerahan bergantung kepada dan menggalakkan revolusi dan demonstrasi, ini semestinja salah?

Kebodohan jawapannja. Sebagai permulaannja, mereka yang tidak menghormati kebebasan, tidak mematuhi kebebasan, tidak seharusnya diberi dan dilayan dengan kebebasan. Yang tidak menghormati kita, tidak perlu kita hormatinya. Yang tidak memberi kita kebebasan, tidak perlu kita memberinja kebebasan. Ini seterusnya hukum mutlak alam yang satu lagi; tirani dan kezaliman mesti dilawan melalui apa cara sekalipun. Jika kita bertanja dengan cinta, maka jawablah dengan cinta. Jika cinta dibalas dengan penghinaan maka yang diberi adalah melawan. Itu janji gerakan perubahan, gerakan Gabungan, gerakan anak muda.

Dan saya ingin berkata kepada mereka yang ditengah; tidak salah kita mengambil keputusan untuk memihak. Tidak ada malunya kita mengambil kedudukan yang berprinsip. Tidak ada salahnya kita bersolidariti dengan mereka yang bangun melawan. Bersatu menentang kejahatan dan penyelewenggan adalah satu kemestian dan kepastian. Kerana satu hari nanti kita akan ditanya; semasa bayangan kegelapan melanda dan perubahan pencerahan menentang, di manakah anda?

3 Responses

  1. Sdr/Sdri Vanguard,

    Apa yang dikatakan oleh sdr/sdri tentang “falsafah perubahan” sungguh menarik tetapi saya tidak percaya bahawa semua perubahan adalah baik. Kadang2 perubahan tidak mencapai sesuatu yang lebih baik dan yang lebih tinggi. Kadang2 perubahan boleh membawa akibat yg lebih buruk. Walaupun begitu, saya akur bahawa perubahan mesti dibuat untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan yang lebih tinggi.

    Tambahan pula, sebagai seorang “liberal” saya tertarik kepada hujah bahawa kebebasan adalah kebebasan dan kebebasan tidak ada sempadan bagi itu yang menjadi asas kepada kehendak untuk ilmu dan kehendak untuk berubah. Malangnya di Malaysia ini segalanya kena tunduk pada sekatan dan batasan Islam dan tidak ada siapapun dari masyarakat Islam di Malaysia berani menentang realiti tersebut. Namun sedemikian, warga negara bukan Islam tidak sama sekali menerima batasan Islam dan memandangnya sebagai suatu tindakan dan pendekataan yg opresif.

    Salam,

    LJ

  2. aper yg vanguard tulis ni aku raser tak sepenuhnyer btol. kebodohan tu boleh bertahan lama dan tak akan tumbang kalo sekiranyer kepeluan-keperluan asas manusia khususnyer keperluan ekonomi spt, makan, minum, tempat tinggal, pakaian, gaji, kerja dan kehendak manusia yang terendah seperti hiburan, seks, aktiviti enjoy dsb itu dipenuhi oleh pemerintah.

    cntoh yg pling dkat ngan kiter ialah singapore dan brunei. tengok negara-negara tu, langsung tak der kebebasan bersuara, nak kritik pemerintah kena penjara, nak demonstrasi tak bleh, nak protes kener tangkap, nak adakan forum yang kritikal terhdp kerajaan tak diluluskan, nak buat blog kutuk kerajaan mcm byk blog-blog kat msia ni kener ganggu…pendek kater sumer yg tindakan anti-kerajaan akn dibasmi abes2.

    dan bender mcm ni dah berlaku berpuluh-puluh tahun di singapore dan brunei tapi kebodohan yang berterusan tu masih tak tumbang-tumbang gak. masih berterusan sampai skrg.

    so, selagi keperluan-keperluan perut dan bawah perut dipenuhi…kebodohan akan berterusan!

  3. Aku mahu tahu tentang sebab-sebab kebebasan bersuara tidak boleh dibatas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: