Racism in Malaysia; Issue that will never be resolved

by: Effuan Aswadi

 

There is much talk on how racism in Malaysia occurs. A lot of most Malaysian know the tragedy of 13th May where incidents of violent happen between Malay ethnic and Chinese community. it has said that Chinese have been ripping off the wealth of the country and the Malay ethnicity only been working in  the villages doing rural work.

After the 13th May tragedy, Government has set up a new policy which is called N.E.P (New Economy Policy) where to raise Bumiputera equity in the capital Malaysia.  This policy also stress that Malays need to achieve 30% quota in the capital market. Another reason is to actually improve the inter ethnic relations especially between Malay community and Chinese community by letting the malays to hold some portion in the Malaysian capital market but after 30 years, the situation has not been improved and arguable. Although some malays did become rich due to this policy, it did not represents the total masses. Most Malays still feel that they are being neglected and far from being rich. The policy is said it enrich malays that have linked with the government and it is being use to strengthen the power of the politicians that represent the government.

No. i did not want to talk further about the policy or whether it give a positive impact towards everyone. What i would like to say is, most Malay and Chinese that i have personally meet is not racist and is actually open to others. but there is some issues that actually hinders the interethnic relationship between this two community. and surprisingly is, the problem did not lies on the government, but actually comes from the community itself.

one of the issues that i would raise is the issues of languages. it is actually sad to see some chinese in Malaysia still cannot speak good bahasa malaysia (the official language in Malaysia) although they are born and bread in Malaysia. this is mostly due to vernacular school that is being implemented in Malaysia. Although i strongly respect the efforts to preserve Chinese traditions, I (and probably most other silent majority Malaysians) still believe that vernacular education system hinders national unity and did not improve ethnic relationship in Malaysia.

this is mostly because Chinese that is being educated in vernacular schools usually prefers to talk and practice their traditions and  unintentionally hurt the feelings of Malays which is the dominant race in Malaysia. Again, as i said it before, although it is unintentionally done, it does create discomfort among Malays.

Although, if we talk to both sides, they are actually facing the same problem like other peoples. For example, unemployment, low wages, police oppression and so on. but there is still huge barriers among Malays and Chinese to talk about this issues simply because there is still simple issues that they cannot even comprehend!

therefore, I strongly believe that there is issues that need tolerance in order to everyone sees what is the best for this country. if everyone speaks in different languages, it will be actually hard for people to communicate between each other, let alone to discuss REAL issues, such as poverty, economic and opportunities, to name a few. we need to concentrate more on racial unity before we talk on others issues. there is no such things as sensitive issues if we are willing to hear other peoples views and to learn from them.

70 Responses

  1. Pada pendapat saya garapan sdr Effuan sangat cetek dan telah ditulis dalam Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan. Hakikatnya orang bukan Melayu di Malaysia secara lazimnya pandai bertutur dalam 3 bahasa, manakala kebanyakan orang Melayu hanya dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja. Jadi, baik kita mulakan perbincangan ini dari tahap realiti itu.

    Pandangan sdr Effuan bukan sahaja begitu dangkal tetapi berteras atas suatu mentaliti “setengah kosong bukan setengah penuh”! Apa yang saya maksud dengan itu adalah bahawa kita harus melihat pada situasi yang sebenarnya berhubung dengan penggunaan Bahasa Malaysia di negara ini. Hakikatnya adalah, pada masa kini, sejumlah besar orang bukan Melayu berbahasa Malaysia dengan kualiti yang lebih baik daripada ramai orang Melayu. Ini merupakan suatu kejayaan dasar pendidikan negara ini yg kita semua harus bangga.

    Apakah benar pendidikan vernakular diperingkat sekolah rendah (sahaja) telah menjejaskan pengunaan Bahasa Malaysia oleh segelintir rakyat Cina Malaysia? Pada padangan saya, ini hanya benar jikalau seseorang murid Cina (atau Tamil) tidak melanjutkan pelajarannya keperingkat menengah. Tetapi ramai daripada mereka melanjutkan pelajaran dan penguasan BM dasar mereka adalah, pada amnya, memuaskan

    Setelah mengatakan semuanya itu, adakah benar bahawa rasisma di Malaysia ialah akibat dari penggunaan Bahasa Malaysia oleh segelintir rakyat Cina Malaysia yg kurang memuaskan? Kedudukan sedemikian merupakan suatu pembohongan dan suatu khayalan.

    Saya boleh menulis jilid2 tentang sebab2 rasisma berwujud di Malaysia dan tidak satupun dari sebab2 tersebut berkait dengan Bahasa (sebenarnya sesiapapun tidak mempersoalkan hakikat Bahasa Malaysia adalah bahasa Malaysia). Jawapan singkatnya adalah bahawa hal itu (rasisma) ada hubungannya dengan 40 tahun penyalahgunaan NEP (dan terlampauan Islamisasi) yang telah mengakibatkan orang bukan Melayu terdiskriminasi dan diperlakukan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan (PP).

    Dan selama keadaan sedemikian tidak dipulih dan PP tidak dihormati dengan sepenuhnya, momok (spectre) rasisma akan mendominasi Malaysia.

    Salam,

    LJ

  2. tulisan ni memang dangkal dan cetek. rasisma berlaku bukan semata-mata sebab bahasa. bahasa sebagai alat komunikasi untuk berkongsi idea, hujah, pengalaman dan perasaan memang sangat penting di dalam usaha untuk membentuk rasa kekitaan.

    ada benarnya tanpa bahasa yang sama, rasa kekitaan itu akan kurang kerana tiada apa yang dapat dikongsi jika tiada bahasa perantara yang dapat menghubungkan hubungan antara manusia yang berbeza.

    rasisma umumnya berlaku bila wujudnya diskriminasi dan juga layanan yang tidak adil. faktor diskriminasi dan layanan yang tidak adil adalah faktor yang lebih utama yang membentuk rasisma.

    akan tetapi diskriminasi dan layanan yang tidak adil ini tidak hanya berlaku di sektor awam semata-mata tetapi juga berlaku di sektor swasta. ramai pekerja-pekerja melayu (jika kita rajin bercampur dengan pekerja-pekerja melayu yang bekerja di syarikat yang dikuasai oleh kaum cina), kita akan dapati banyak rungutan yang timbul daripada mereka tentang diskriminasi yang mereka terima khususnya dari sudut peluang kenaikan pangkat, gaji dan layanan yang sama rata.

    kita tidak perlu pergi jauh di dalam hal ini, pergi sahaja ke mana-mana syarikat perniagaan Cina, lihat berapa ramai melayu atau india yang berada di level pengurusan menengah dan atas. saya berani jamin, kurang dari 10% kaum melayu atau india di level ini.

    seperti mana dengan penyalahgunaan kuasa di dalam perlaksanaan NEP yang mendiskriminasi bukan bumiputera, peniaga-peniaga bumiputera khususnya peniaga tingkat tengah dan bawah juga didiskriminasi oleh kartel-kartel peniaga etnik cina melalui guild-guild yang mereka anggotai.

    harus kita ingat kartel-kartel perniagaan dan juga guild-guild perniagaan di malaysia ini umumnya berasaskan etnik seperti dewan perniagaan cina, melayu, india, india-muslim dsb yang tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan peniaga-peniaga dari etnik masing-masing.

    harus diingat sistem kolonial yang dibawa penjajah tidak menggalakkan orang melayu menceburi bidang perniagaan. kerana itu kelas peniaga melayu muncul lewat. kelas peniaga cina sudah pun wujud sejak zaman kolonial lagi dan penguasaan mereka di dalam perniagaan di dalam tempoh yang lama (sejak zaman kolonial lagi) menjadikan mereka mapan.

    kerana itu kaum merekalah yang pertama sekali di malaya pada waktu itu yang mendirikan kartel-kartel dan guild-guild perniagaan yang tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan perniagaan mereka.

    memandangkan mereka datang dari satu kaum yang sama, maka turut terlindung adalah kepentingan etnik yang telah bertaut dengan kepentingan perniagaan melalui penubuhan kartel-kartel dan guild-guild ini.

    jadi tidak hairanlah jika terdapat banyak rungutan dari kontraktor-kontraktor melayu contohnya tentang kesukaran untuk terus survive walaupun dibantu oleh kerajaan kerana kartel-kartel dan guild-guild perniagaan cina ini akan sentiasa mempertahankan kepentingannya dengan memastikan penguasaan mereka di dalam sesuatu bidang perniagaan itu tidak ditembusi oleh etnik lain.

    di dalam usaha mereka untuk mempertahankan kepentingan mereka ini, tindakan diskriminasi dan layanan yang tidak adil turut mereka lakukan kepada pesaing-pesaing mereka (yang terdiri daripada kaum melayu) untuk memastikan kepentingan perniagaan mereka (yang juga terkandung di dalamnya kepentingan etnik) tidak terjejas dan terus dikuasai oleh etnik mereka.

    jadi di sini diskriminasi dan layanan yang tidak adil dilakukan oleh kedua-dua belah pihak, baik oleh kaum melayu khususnya di sektor awam mahu pun oleh kaum cina di sektor swasta kerana salah satu sebabnya ialah struktur ekonomi masyarakat malaysia yang diwakili oleh dewan-dewan perniagaan, guild-guild perniagaan dan kartel-kartel perniagaan masih lagi sehingga sekarang ini berasaskan etnik.

    di dalam masyarakat yang sebegini rupa diskriminasi dan layanan yang tidak adil tidak dapat dielakkan kerana ekonomi yang merupakan asas kehidupan manusia sudah bertaut kejap dengan kaum.

  3. sekolah vernakular memang penghalang kepada percampuran berbilang kaum. ini tidak dapat dinafikan. aku tengok kebanyakan buda-budak cina di ukm ini yang tak bercampur dengan kaum lain dan asyik dengan kelompok dia sahaja adalah kelompok yang datang daripada sekolah vernakular.

    budak-budak cina yang datang dari sekolah kebangsaan aku tengok tak ada masalah untuk bercampur dengan budak-budak melayu sebab bahasa malaysia mereka fasih.

    budak sekolah cina dari sekolah vernakular aku perhatikan percakapan mereka tergagap-gagap, pelat, tak lancar dan tak fasih sebab tu puak-puak ni hanya bercampur dengan kaum dia sahaja.

    tak percaya? datang la ke UKM dan tengok sendiri. aku rasa bukan sahaja di UKM, di IPTA lain pun sama jugak.

  4. artikel ni kurang mantap! macam maner boleh diluluskan oleh panel editorial diskopi pon aku tak tahu.

    sekolah vernakular bukan punca rasisma tapi sekolah vernakular memang menyebabkan ramai budak-budak cina tak fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan. kalau tak fasih dalam bahasa kebangsaan, dia orang susah nak campur dengan budak-budak melayu, india, iban, kadazan dll.

    kalau tak bercampur memang lah susah nak capai perpaduan dan integrasi kat malaysia ni. bila tak ada integrasi, orang akan mudah ada sikap prejudis dan stereotaip terhadap kaum lain.

    aku tak setuju komen yang cakap sebahagian besar orang bukan melayu, bahasa kebangsaan dia orang lebih baik dari orang melayu sendiri.

    iban, kadazan, bumiputera sabah dan sarawak serta orang india kat malaysia ni memang bahasa kebangsaan mereka baik.

    tapi orang cina terutamanya mereka yang datang dari sekolah vernakular aku tak setuju kalau kata bahasa kebangsaan mereka baik.

    baik tu maknanya mesti fasih di dalam percakapan dan bagus di dalam penulisan.

    budak-budak cina aku tengok walau pun dah tiga generasi keturunan mereka berada di malaysia ini, tetapi ramai dari mereka yang masih tak fasih bahasa kebangsaan.

    tak percaya? cuba korang pergi kat new era kolej di kajang. 10 minit jer kolej tu dari UKM. cuba pergi bercakap dengan budak-budak cina dari new era kolej. korang jangan terperanjat beruk kalau ada yang tak reti dan tak faham bahasa kebangsaan!

    gila! tiga generasi dah tinggal kat malaysia ni tapi masih tak reti dan tak faham bahasa kebangsaan!

    kalau kat australia, german atau france ni dah lama dia orang dilucutkan kerakyatan dari jadi warganegara.

    hanya kat malaysia yang boleh. malaysia boleh!

  5. Sdr/sdri pembahas yg saya hormati, saya tidak menafikan bahawa sekolah vernakular merupakan suatu penghalang untuk penguasan Bahasa Malaysia (BM) yg sempurna. Akan tetapi – dan rupa2nya ramai pembahas pun akur – ia bukan punca rasisma di Malaysia seperti yg diutarakan oleh sdr Effuan.

    Soalan yg penting dalam perbincangan ini ialah apakah – memandangkan kekurangan tersebut di atas – manfaat2 yg boleh diperolehi dari sekolah2 vernakular. Soalan ini seharusnya dikaji dari segi sejagat dan tidak hanya terhad kepada Malaysia. Pada pandangan saya Malaysia bermanfaat dari masyarakat Cina Malaysia yg berniaga dengan negara Cina dan ini begitu mustahak untuk ekonomi kita. Kelebihan ini telah pun ditunjukkan oleh Singapura.

    Tambahan pula sekolah2 vernakular Cina (& Tamil) memelihara dan membangunkan kebudayan Cina Malaysia yg merupakan suatu aspek penting bangsa Malaysia atau (dalam nomenklatur masa kini) 1Malaysia. Walaupun budaya Melayu merupakan begitu penting dalam permaidani Kebudayan Malaysia, budaya Cina & India (termasuk Iban, Kadazan dll) juga mustahak dalam cerita ini. Dan dalam perkara ini sekolah2 vernakular merupakan sangat diperlukan.

    Dalam pada itu, dan sebenarnya, BM mempunyai utiliti hanya di Malaysia. Bahkan di Indonesia pun ia tidak diterima. Dan walaupun BM boleh digunapakai sebagai penghantar ilmu di sekolah2 dan universiti2, kegunaannya memang terhad dan Bahasa Inggeris sangat perlu untuk meningkatkan pengetahuan kepada tahap yg lebih tinggi. Dalam keadaan realiti sedemikian pengunaan lebih luas Bahasa Inggeris & Bahasa Cina patut digalakan.

    Utiliti utama BM ialah sebagai bahasa perpaduan dan kegunaan BM sebagai bahasa penghantar utama di sekolah2 & universiti2 ada suatu tidakan yg bersifat politik dan nasionalisma dan bukan semata2 berteras atas kecekapan pendidikan. Oleh kerana itu lah kualiti pendidikan di Malaysia begitu tidak memuaskan dan kian merosot.

    Maksud saya ialah kita akan “menembak diri sendiri di kaki” jika kita membuang sekolah vernakular, khususnya sekolah2 Cina. Pada pendapat saya, kita, sebagai suatu negara, bermanfaat lebih dari sekolah2 vernakular, walaupun sekolah tersebut ada kekurangannya.

    Salam.

    LJ

  6. saya effuan. yg tulis artikel ini.. secara peribadi, saya sendiri tidak ada niat nak masukkan artikel ini dalam diskopi.. hahaha.. dan secara peribadi, artikel ini pun dimasukkan tanpa persetujuan saya..

    teman saya (admin diskopi) tiba tiba masukkan dan baru maklumkan dekat saya..

    hahaha.

    asalnya, sekadar nak belajar menulis dan memberi pendapat.. dan inilah artikel pertama saya sejak mungkin 10 tahun lepas! (?kali terakhir saya betul betul menulis ketika zaman zine hc/punk tengah panas..)

    kalau nak kata kenapa diskopi boleh mengeluarkan artikel ni, itu kena tanya diskpi admin.. ini artikel yg tidak diedit sepenuhnya dan baru first raugh artikel..belum diedit betul betul..

    saya sendiri masa menulis, terus publish.. itu pun publish di tempat yg lain.. hanya untuk keseronokan diri dan bukannya sebenar untuk dkongsi dan dikomen (secara jujur..)..

    tetapi glamer juga ya diskopi ni…

    muahahahaha.

  7. german punyer chancellor angela markel keluarkan kenyataan bahawa “multi-culturalism is utterly failed”. dia cakap orang bukan-german yang datang ke german wajib integrate dan wajib belajar cakap german.

    sila baca kenyataan german chancellor ini di: http://www.csmonitor.com/World/Global-News/2010/1017/Germany-s-Angela-Merkel-Multiculturalism-has-utterly-failed

    dan baca ini: http://www.guardian.co.uk/world/2010/oct/17/angela-merkel-germany-multiculturalism-failures

    bila korang baca artikel kat atas ni korang tak rasa ke fenomena ini sama seperti mana orang cina dan india datang ke malaysia di zaman penjajah dulu dan akhirnya tinggal menetap di tanah melayu tapi enggan untuk integrate ke dalam budaya masyarakat tempatan.

    cina ngan india yang datang ke malaysia ni sejak dari zaman penjajah dahulu sampailah sekarang ni membuka “negeri kecil china” dan “negeri kecil tamil nadu” masing-masing.

    dah lebih 50 tahun malaysia merdeka tapi orang cina dengan india masih lagi di dalam “negeri kecil nenek-moyang” masing-masing dan enggan integrate bersama masyarakat tempatan khususnya di dalam soal bahasa dan sekolah.

    selagi malaysia terpisah-pisah sejak dari umur tadika sampai ke universiti mengikut kaum dan bahasa masing-masing, selagi itulah prasangka, sterotaip dan perkauman akan wujud.

  8. mana ada sekolah jenis kebangsaan iban dan sekolah jenis kebangsaan kadazan di malaysia ini walau pun iban merupakan majoriti di sarawak dan kadazan majoriti di sabah.

    yang ada hanya sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

    ada ke sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil di indonesia, thailand, filipina, england, australia, german, kanada, perancis?

    sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil hanya akan menguatkan sahaja lagi rasa kecinaan dan ketamilan kaum-kaum ini.

    begitu jugalah dengan sekolah-sekolah seperti mrsm, sekolah asrama penuh dan sekolah agama yang terdiri daripada kaum melayu sahaja hanya akan menguatkan rasa kemelayuan.

    kalau rasa kemelayuan, rasa kecinaan dan rasa ketamilan menjadi semakin kuat, tak akan mungkin untuk kita mewujudkan bangsa malaysia atau 1malaysia!

    nasib baik tak ada sekolah jenis kebangsaan iban atau sekolah jenis kebangsaan kadazan, kalau tidak semakin terpisah-pisah masyarakat malaysia ini.

    duduk dalam satu rumah selama 53 tahun pun masih tak kenal antara satu sama lain!

  9. “Apakah benar pendidikan vernakular diperingkat sekolah rendah (sahaja) telah menjejaskan pengunaan Bahasa Malaysia oleh segelintir rakyat Cina Malaysia? Pada padangan saya, ini hanya benar jikalau seseorang murid Cina (atau Tamil) tidak melanjutkan pelajarannya keperingkat menengah. Tetapi ramai daripada mereka melanjutkan pelajaran dan penguasan BM dasar mereka adalah, pada amnya, memuaskan”

    secara peribadi, TAK SETUJU.

    jangan kata, sambung sekolah menengah, sampai masuk universiti pun bm tak fasih lagi.

    and trust me, i’ve seen it.

  10. Bukan Chancellor German sahaja yang cakap multi-culturalism adalah suatu dasar yang gagal. Baru-baru ini Perdana Menteri Britain sendiri, David Cameron telah menyatakan bahawa dasar multi-culturalism di Britain telah gagal.

    Dasar multi-culturalism Britain yang membenarkan kaum migrant terus mengamalkan budaya, bahasa, agama dan adat resam masing-masing dan membiarkan mereka terpisah-pisah serta tidak terintegrasi ke dalam masyarakat tempatan British telah gagal.

    Perdana Menteri Britain itu juga menyatakan bahawa Britain memerlukan satu identiti nasional yang kuat dan kukuh.

    Kenyataan David Cameron ini ditujukan kepada masyarakat migrant muslim dari asia dan timur-tengah yang dilihat masih tidak terintegrasi ke dalam masyarakat tempatan Britain walaupun sudah 30 tahun tinggal di Britain, sehingga melahirkan bentuk-bentuk ekstremism yang tidak bersesuaian dengan nilai-nilai dan budaya tempatan Britain.

    Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia cumanya komuniti yang tidak terintegrasi ini adalah daripada kaum China dan India di Malaysia.

    Kalau Britain dan German sudah berani mengakui bahawa kaum migrant perlu dan mesti mengintegrasikan diri mereka ke dalam masyarakat tempatan kenapa Malaysia masih membiarkan pemisahan-pemisahan khususnya dari sudut bahasa dan sekolah berterusan?

    Adakah kita mahu menunggu sehingga berlakunya rusuhan dan korban jiwa, baru kita mahu menukar dasar bahasa dan sekolah yang terpisah-pisah ini?

  11. Sdr Mamat seluar kodroi berkata: “Kalau Britain dan German sudah berani mengakui bahawa kaum migrant perlu dan mesti mengintegrasikan diri mereka ke dalam masyarakat tempatan kenapa Malaysia masih membiarkan pemisahan-pemisahan khususnya dari sudut bahasa dan sekolah berterusan?”

    Saya ada tiga perkara untuk mengatakan tentang kenyataan itu:

    (1) “Pengakuan” tersebut ialah hanya pandangan two pemimpin dan parti bersifat sayap kanan dan pandangan itu tidak dikongsi oleh pemimpin2 berwibawa yang lain, khususnya parti Labour dan Liberal Democrats di Britain. Jadi di negara itu pun isu ini sedang didebatkan dan suatu simpulan simplistik – yakni multikulturisme telah gagal – tidak boleh dibuat secara sewenang2nya.

    (2) Tambahan pula pandangan pemimpin2 dan parti2 sayap kanan tersebut merupakan suatu kedudukan semata2 anti-Islam. Bahkan pemimpin seperti Merkel & Cameron tidak menimbulkan pertanyaan kegagalan multikulturisme berkenaan dengan bangsa2 atau agama2 lain kecuali Islam, yg kononnya telah gagal untuk mengintegrasikan. Jadi kedudukan mereka lebih merupakan serangan terhadap Islam dan bukan benar-benar serangan terhadap multikulturisme..

    (3) Isu sekolah vernakular bukan suatu “keistemewaan” atau “hadiah” yang telah yang dikabulkan oleh orang Melayu atau UMNO yang boleh ditarik balik pada bila2 masa. Hakikatnya, kewujudan sekolah2 Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah di Malaysia ialah suatu kebetulan sejarah dan suatu syarat (penjajah) prajadian kermerdekaan, serupa seperti kehendak penjajah bahawa kewarganegaraan termesti dikurniakan ke atas orang bukan Melayu yang duduki di Semenanjung pada waktu sebelum Merdeka. Hakikatnya kewarganegaran diberi oleh penjajah British. Jadi ia bukan, seperti mana yang dijerit2kan selama ini oleh UMNO, suatu hadiah yang dikabulkan oleh orang Melayu dan UMNO.

    Isu Bahasa Kebangsaan, sekolah vernakular, hak2 orang bukan Melayu dsbnya dimaktubkan dalam PP dan bukan perkara remeh temeh yang dapat ditangani oleh kerajaan masa kini atau kelak. Saya rasa ramai pembahas Melayu salah faham sumber hak2 orang Melayu. Mereka berpendapat bahawa hanya “kedudukan orang Melayu” disentuh dalam PP akan tetapi semua hak2 orang bukan Melayu pun berasal dari PP dan bukan dari suatu “Kontrak Sosial” yg tidak wujud dan hanya suatu mitos & khayalan.

    Salam,

    LJ

  12. 1. pengakuan david cameron dan angela markel adalah mewakili suara hati masyarakat britain dan german yang menyokong party konservatif dan parti kristian demokrat.

    parti konservatif dan parti kristian demokrat mendapat peratusan undi majoriti yang terbanyak di dalam pilihanraya britain dan german yang lepas.

    jadi kenyataan tersebut bukan hanya kenyataan dua orang pemimpin tetapi kenyataan ini adalah mewakili sentimen majoriti rakyat britain dan german yang turut merasakan bahawa multi-culturalism telah gagal.

    lihat bagaimana penerimaan anggota parti konservatif dan parti kristian demokrat ketika kenyataan itu dikeluarkan – mereka mendapat tepukan yang bergemuruh.

    2. memang benar kenyataan itu ditujukan kepada masyarakat islam di britain dan german yang gagal mengintegrasikan diri mereka ke dalam masyarakat tempatan britain dan german.

    masyarakat islam di sana gagal untuk mengintegrasi diri mereka ke dalam masyarakat tempatan. mereka masih membawa “negeri kecil arab” negeri kecil turki”, negeri kecil pakistan” “negeri kecil muslim” dan sebagainya ke negeri baru yang mereka duduki.

    ini sama dengan masyarakat cina di malaysia yang sehingga 3 generasi tinggal di malaysia masih membawa “negeri kecil china” di dalam malaysia dan ramai yang masih belum fasih berbahasa kebangsaan.

    perkara pokok bukanlah tentang agama atau kaum tetapi kegagalan untuk mengintegrasi ke dalam budaya masyarakat tempatan. ini perkara pokoknya.

    3. sekolah vernakular bukanlah kebetulan sejarah atau pra-syarat kemerdekaan. sila rujuk susur-galur sejarah sehingga terbentuknya penyata razak 1956 yang telah membuat cadangan tentang sistem pendidikan negara sebelum merdeka lagi.

    jelas di dalam penyata razak cadangan untuk mengintegrasikan pelbagai sekolah yang wujud ketika itu ke dalam suatu sistem persekolahan kebangsaan dengan bahasa malaysia sebagai bahasa perantaraan.

    akan tetapi penyata razak ini mendapat tentangan yang cukup hebat daripada pejuang-pejuang sekolah aliran bahasa mandarin yang ingin terus membawa “negara kecil china” mereka ke negara baru mereka ini dan memisahkan diri mereka dari sistem pendidikan kebangsaan sehinggakan cadangan penyata razak ini akhirnya gagal dilaksanakan sehinggalah sekarang.

    3. kewarganegaraan bukan bumiputera adalah hasil daripada pemuafakatan bersama yang dilakukan oleh elit-elit politik parti perikatan untuk mencapai kemerdekaan. hal kewarganegaraan tidak ada kena mengena dengan british. british cuma facilitator sahaja. yang membuat keputusan adalah elit-elit parti perikatan yang kemudiannya mengusulkan kepada suruhanjaya yang telah dibentuk.

    perlembagaan persekutuan dibuat berdasarkan kepada cadangan-cadangan yang diterima oleh suruhanjaya reid hasil daripada pertemuan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan politik dan masyarakat yang mewakili etnik masing-masing khususnya dari wakil-wakil parti perikatan.

    dan di dalam membahaskan cadangan-cadangan yang diterima itu tertera persoalan kewarganegaraan bukan bumiputera dan juga kedudukan istimewa kaum bumiputera. term “kontrak sosial” memang tidak wujud di dalam perlembagaan persekutuan. tetapi ia tidak menidakkan hakikat sejarah bahawa memang terdapat rundingan yang sengit antara etnik tentang soal kewarganegaraan bukan bumiputera dan kedudukan istimewa kaum bumiputera yang akhirnya membawa kepada pemuafakatan bersama antara elit-elit parti perikatan untuk menerima kedudukan istimewa bumiputera dan juga kewarganegaraan bukan bumiputera sebagai sebahagian daripada perkara yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

    sila baca buku akademik “The Making of Malayan Constitution” yang dtulis oleh Joseph M. Fernando yang menceritakan secara cukup terperinci susur-galur sejarah kelahiran perlembagaan persekutuan.

  13. hak untuk menubuhkan sekolah vernakular TIDAK ADA secara jelas dinyatakan d dalam Federal Consti. kalau ada, sila kemukakan perkara berapa di dalam Federal Consti yang menyebut tentang hak ini.

    yang ada cuma perkara 152 (1) (a) yang menyatakan tiada siapa yang boleh dihalang dan dilarang daripada menggunakan, mempelajari dan mengajar bahasa-bahasa lain

    begitu juga dengan perkara 152 (1) (b) yang memberi hak kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk memelihara, meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum lain.

    kalau diteliti ayat yang digunakan oleh Federal Consti ini, tidak ada langsung yang menyebut hak untuk menubuhkan sekolah vernakular. yang ada cuma ayat “menggunakan, mempelajari dan mengajar bahasa selain bahasa kebangsaan”.

    “menggunakan, mempelajari dan mengajar bahasa” tidak bermakna menubuhkan sekolah vernakular kerana hak untuk menubuhkan sekolah vernakular tidak dinyatakan secara jelas.

    “menggunakan, mempelajari dan mengajar bahasa” bermakna bahasa selain daripada bahasa kebangsaan itu (seperti bahasa mandarin, tamil, inggeris, arab, dsb) boleh digunakan, dipelajari dan diajar.

    tiada langsung perkataan sekolah vernakular atau sjkc atau sjkt tertulis di dalam perlembagaan persekutuan.

    Cuba teliti betul-betul ayat di dalam Perkara 152 ini:

    Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

    (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
    Dengan syarat bahawa—

    (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
    bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

    (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
    atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

    kalau kita rajin menyemak fakta-fakta sejarah yang melahirkan perkara 152 ini, kita akan dapati perkara 152 ini adalah suatu cerminan daripada semangat yang ingin diterapkan oleh penyata razak yang merupakan inti kepada dasar pendidikan kebangsaan yang ingin menyatukan sistem pendidikan di negara kita di bawah suatu sistem persekolahan dengan menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa perantaraan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain untuk belajar bahasa ibunda mereka sendiri (perkara ini dipertegaskan lagi di dalam akta pendidikan 1996).

    namun begitu memandangkan masyarakat china dan india di malaysia menentang kuat sebarang usaha untuk menyatukan sistem persekolahan di bawah bahasa perantaraan bahasa malaysia dan juga sentimen emosi dan kecinaan serta ketamilan yang kuat di dalam hati sanubari mereka, maka semangat perkara 152 yang didasari oleh penyata razak tidak dapat direalisasikan.

  14. Buat saudara/i LJ dll,

    Aku rasa suatu artikel yg baik bukan diukur dari seberapa mantap bahasa yg digunakan. Bahasa mantap, isi null, tak guna juga!

    My point is, aku dapat lihat sebab artikel ini wajar berada di sini kerana ia bukan soal B.A.H.A.S.A. tp jauh lebih mendasar lg ia merupakan representasi komunikasi di Malaysia. Apa lagi yg lebih esensi drp itu. Ia berkait dgn suatu disourse yang lebih besar bukan bermain di air cetek, soal PP, soal BI kurang memuaskan, dsb.

    P/s Sefaham aku Diskopi lama dahulu telah mengkritik pemikiran literal, jd bacalah dgn hikmah dan paham akan pesan di “sebalik teks”.

    tk

  15. saya telah pun meneliti perlembagaan malaysia. memang betul tak ada langsung perkataan hak untuk menubuhkan sekolah vernakular.

    malah kalau kita perhatikan ayat dalam perlembagaan, ia hanya menyatakan “…..mengajar bahasa” dan BUKAN “mengajar ‘di dalam’ bahasa”.

    kalau “mengajar bahasa”, maknanya mana-mana institusi pendidikan tidak dilarang untuk mengajar subjek bahasa yang selain dari bahasa kebangsaan.

    hak untuk mengajar di dalam bahasa selain bahasa kebangsaan ini hanya akan menjadi “hak” jika sekiranya terdapat perkataan mengajar “di dalam bahasa”.

    tapi yang jelas dalam perlembagaan tidak ada perkataan “di dalam” yang membawa maksud menjadikan bahasa selain bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan di dalam mengajar bukanlah sesuatu yang diabsahkan oleh perlembagaan.

    sebenarnya mahkamah persekutuan telah pun menjelaskan tentang hal ini di dalam kes universiti merdeka pada tahun 1981 (waktu ini mahkamah kita masih lagi independent) di mana mahkamah persekutuan pada waktu itu telah pun mentafsirkan perkara 152 ini bermaksud bahawa pengajaran di dalam bahasa perantaraan yang selain daripada bahasa kebangsaan adalah unconstitutional. kerana itu petisyen daripada komuniti cina pendidikan mandarin untuk menubuhkan universiti merdeka telah ditolak oleh mahkamah persekutuan.

    apa yang berlaku sekarang iaitu kewujudan pelbagai sekolah daripada pelbagai aliran bahasa yang selain daripada bahasa kebangsaan adalah suatu tindakan politik semata-mata dan bukan suatu tindakan yang berlandaskan semangat perlembagaan itu sendiri seperti mana yang telah diputuskan oleh mahkamah persekutuan sebab masing-masing parti politik baik pemerintah mahu pun pembangkang takut kehilangan undi masyarakat cina dan tamil.

  16. kepada fan diskopi,

    betol la tu yang penting adalah komunikasi sesama kita yang duduk dalam satu rumah besar mcm msia ni. kalo takder komunikasi antara satu sama laen cam ner nak selesai masalah. aper yg ko ckp tu betol.

    tapi macam mana nak komunikasi kalo tak ada satu bahasa perantaraan yang semua orang fasih dan faham.

    aku bukan nak kata apa tapi kalo dah duduk kat msia ni dah lebih seratus tahun tapi masih tak faham dan tak fasih bahasa kebangsaan, macam mana nak komunikasi?

    jadi, point aku ialah B.A.H.A.S.A tu sgt2 penting sbb bahasa adalah kunci kepada komunikasi.

    nasib baik la LJ ni faham dan fasih bahasa kebangsaan. kalo dia tak faham dan tak fasih bahasa kebangsaan, langsung takder komunikasi.

    kalo takder komunikasi camner kita nak belajar memahami antara satu sama lain? kalo takder komunikasi camner nak discourse?

    dan untuk komunikasi perlu ada satu B.A.H.A.S.A yang semua orang fasih dan faham !

    jamegii kaise bisaat-e-yaaraaN ke shiisha-o-jaam bujh gaye haiN. sajegii kaise shab-e-nigaaraaN ke dil sar-e-shaam bujh gaye haiN. vo tiirgii hai rah-e-butaaN meN chiraaGh-e-ruKh hai na shamma-e-vaadaa. kiran ko’ii aarzuu kii laao ke sab dar-o-baam bujh gaye haiN.

    nah! ambik ko! ko faham tak? boleh komunikasi mcm ni? boleh discourse mcm ni? boleh tukar-tukar pandangan mcm ni? boleh saling faham-memahami mcm ni? boleh berkongsi pandangan dan perasaan mcm ni?

    salam.

    p/s: btw, itu bahasa urdu. bapak aku keturunan pakistan. dia ble sket2 ckp urdu. aku mintak dia tulis atas kertas puisi urdu. so, tak yah risau. aku tak kutuk ato maki ko dgn bahasa urdu tu. hahaha.

  17. Sdr mamat seluar jeans koyak,

    1. Parti Conservative hanya mendapat 36.1% undi dalam PRU yg lepas. Jadi hujah sdr – yakni “parti konservatif… mendapat peratusan undi majoriti yang terbanyak di dalam pilihanraya britain.. yang lepas” – tidak berasas realiti.

    2. Berkenaan isu anti-Islam, hujah saya ialah Cameron & Merkel tidak mempersoalkan kemampuan masyarakat West Indies, Yehudi, malah orang Hindu pun, untuk mengintegrasikan, hanya masyarakat Islam. Mereka sebenarnya mengalu2kan kedatangan masyarakat bukan Islam. Ambil contoh Notting Hill Carnival yg selalu disambut oleh semua prmimpin parti2 politik di Britain. Hanya Islam dikutuk.

    3. Berkenaan sekolah vernacular dan perlembagaan saya tidak menafikan apa yg disebutkan oleh sdr hanya bahawa walaupun mekanisme adalah seperti yg dikatakan oleh sdr, keputusan akhir terletak dalam tangan penjajah dan jikalau UMNO tidak menerima cadangan untuk memberi kewarganegaran kepada orang tidak Melayu, penjajah tidak akan meluluskan kemerdekaan. Itu Hakikat bukan kerana suatu kononnya “kontrak social”.

    Salam,

    LJ

  18. Saya akur dengan sdr Fan Diskopi bahawa isu utama dalam artikel ini ialah soal komunikasi antara orang-orang. Dan saya sepenuhnya bersetuju bahawa Bahasa Malaysia harus bahasa tersebut. Dan itulah sebab saya – walaupun saya sepenuhnya dididik dalam bahasa Bahasa Inggeris – berusaha untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia (walaupun penguasan BM saya jauh dari sempurna, tapi saya cuba sedaya upaya).

    Namun begitu, saya tidak akur dengan hujah2 berikut: (1) bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah penyebab utama penguasan BM merosot; dan (2) bahawa budaya Melayu adalah budaya tunggal Malaysia.

    Malaysia adalah masyarakat multiras dan jamak dan memaksa semua orang untuk menerima budaya Melayu (dan hanya BM) yang tidak selalu sangat dihormati (melihat sahaja lah semua penyakit sosial yang menderita masyarakat Melayu di Malaysia, itu bukan iklan terbaik untuk mengikuti suatu budaya yg ada unsur2 dekadensi & disfungsi dalaman) adalah untuk mengurangkan suatu kekayaan tertentu yang membuat “Malaysia Truly Asia”!

    Salam,

    LJ

  19. Sebenarnya saya tidak menyokong sekolah2 vernakular. Saya lebih menyokong pendekatan di Singapura, yakni Bahasa ibunda diajarkan sebagai suatu mata pelajaran di semua sekolah. Dalam pada itu, saya akan lebih yakin jikalau separuh mata pelajaran di sekolah kebangsaan diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah Bahasa Malaysia, seperti yang telah saya berhujah, tidak memiliki utiliti luar Malaysia, bahkan Indonesia pun tidak menerimanya.

    Salam,

    LJ

  20. salam semua..

    saya sama sekali tidak menjangkakan penulisan saya yang tidak seberapa ini mendapat begitu banyak sekali respon.. apa apa pun terima kasih. baik atau buruk komen yang diberi saya akan terima.

    sejujurnya apa yang saya tulis disini adalah luahan hati saya yang telah lama dipendam sekian lama dan hasil dari feedback yang saya terima.

    menariknya tentang isu ini ialah, saya rasa ia mendapat satu persetujuan yang bersama dari ahli pakatan rakyat dan juga barisan nasional. kalau tidak silap saya, dato mukriz mahathir sendiri melahirkan pendapat bahawa ianya ingin sekolah di malaysia berteraskan kebangsaan. dan pendapat beliau ini mendapat reaksi positive dari ahli DAP, Tony Pua.

    tetapi kenapa ianya tidak digembar gemburkan? kerana ia akan memberi impak negative politik kepada kedua dua belah parti, yakni pakatan dan juga bn. itu sahaja. jawapan yang selalu diberikan “kita kena rujuk ahli komponen” “kita kena tanya dulu kawan kita di pakatan” itu kata kata politik. saya yakin, mereka tahu untuk jangka masa panjang, sekolah berteraskan kebangsaan amat penting dan sekolah vernakular hanya akan memisahkan masyarakat cina dan india dari masyarakat majmuk di malaysia.

    dan satu lagi feedback yg menarik saya ketemui, penyokong bn dan juga pakatan juga bersetuju jika dihapuskan sekolah vernakular ini! ini berdasarkan temubual saya dengan beberapa kawan dan juga saudara mara saya yg merupakan penyokong tegar kepada kedua dua belah pihak.

    tetapi, seperti biasa, untuk “menjaga hati kawan kita didalam pakatan@ bn” isu ini didiamkan. semua sedia maklum ini semua jawapan politik. jawapan untuk mendapat undi. bukan untuk melihat isu ini dalam jangka masa akan datang.

    terima kasih kerana memberitahu saya tentang apa yg berlaku di german dan england. suka saya maklumkan disini bahawa saya ada kenalan di australia yang memberitahu saya terdapat beberapa muslim disana yg telah membeli sebidang tanah yang besar dan ingin mewujudkan perkampungan mereka sendiri. idea ini telah dibantah oleh masyarakat australia dan tambah menarik sekali, ia juga dibantah oleh komuniti islam australia sendiri!

    ini menunjukkan bahawa jika “kita buat hal sendiri” banyak perkara penting sukar dibincangkan. dan peluang ini digunakan oleh ahli ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan lagi untuk kepentingan masyarakat secara amnya.

    saya pernah bergurau dengan teman saya, jika isu ini dibuat poll di rancangan tv komersial, saya agak YAKIN bahawa majoriti malaysian akan menolak sekolah vernakular ini dan mahukan semua rakyat malaysia berada satu sekolah kebangsaan.

    terima kasih.

    effuan.

  21. Berkenaan sekolah2 vernakular – walaupun secara peribadi saya tidak menyokongnya – ekoran Laporan Razak, Perkara 3 Acta Pendidikan 1957 memperuntukan bahawa: “Sebuah sistem nasional pendidikan diterima oleh rakyat Persekutuan [Malaya] secara keseluruhan yang akan memenuhi keperluan mereka dan mempromosikan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai bangsa, dengan memperhatikan dengan maksud untuk membuat Melayu bahasa kebangsaan negara sambil memelihara dan mempertahankan pertumbuhan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini.”

    Hakikatnya, Perlembagaan tidak ada peruntukan yg membenarkan pembentukan atau kelanjutan sekolah-sekolah Melayu dalam sistem pendidikan nasional. Sebenarnya, perlembagaan tidak berbicara tentang sistem pendidikan. Perkara 152 tidak ada kaitan secara langsung dengan pendidikan. Serba aspek pendidikan di Malaysia dikandungi dalam Acta Pendidikan 1996 yg terus mengesahkan kewujudan sekolah2 vernakular. Perlembagaan menetapkan perkara2 berkaitan dengan hak, kewajipan dan badan2 kerajaan. Tambahan pula, Perkara 12 berbicara tentang tidak berdiskriminasi. Justeru, adalah hak semua rakyat Malaysia untuk membentuk suatu sistem pendidikan mengunakan bahasa manapun tanpa didiskriminasikan.

    Tambahan pula, tidak mustahil untuk berhujah bahawa realiti yg sedia ada – yakni tidak ada universiti yg mengunakan bahasa Cina, Tamil atau Inggeris di negara ini – merupakan suatu diskriminasi yang bertentangan dengan Perkara 12?

    Tentang kes Merdeka University v Malaysia (1982), Mahkamah Persekutuan tidak membuat kesimpulan bahawa penggunaan bahasa yg lain daripada BM dalam pendidikan adalah bertentangan dengan Perlembagaan (“unconstitutional”). Mahkamah tersebut memutuskan bahawa kerana MU adalah sebuah badan awam (“public authority”) ia tidak boleh – memandangkan Perkara 152 – mengunakan bahasa yg lain darpada BM. Akan tetapi tidak semua hakim dalam mahkamah tersebut bersetuju dengan penentuan bahawa MU adalah suatu “public authority”.

    Kita patut membuat perbezaan antara apa yg dikehendaki (desirable) – dan untuk saya Malaysia memerlukan suatu sekolah kebangsaan dimana bahasa ibunda dan bahasa Inggeris dapat dibelajar bersama2 dengan BM dan sekolah2 vernakular patut dimansuhkan – dan apa yang sah. Dan pada padangan saya, mengunakan Bahasa Cina atau Tamil dalam SRJK adalah sah (jika tidak ada yang lain, berdasarkan Acta Pendidikan 1996) walaupun ia tidak dikehendaki (desirable).

    Salam,

    LJ

  22. “Tambahan pula, tidak mustahil untuk berhujah bahawa realiti yg sedia ada – yakni tidak ada universiti yg mengunakan bahasa Cina, Tamil atau Inggeris di negara ini – merupakan suatu diskriminasi yang bertentangan dengan Perkara 12?”

    kurang tepat LJ. KURANG TEPAT.

    UiTM menggunakan bahasa inggeris dalam sistem pembelajarannya. yakni, mahupun di kuliah mahupun di peperiksaan.

    agak menarik juga disini jika saya katakan, UiTM YANG BEGITU BANGGA DENGAN UNIVERSITI YANG MEMBANTU BUMIPUTERA (BOLEH JELAS KELIHATAN DI BANNER BANNER DALAM UiTM Shah Alam..) sendiri tidak menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantarnya.

    Effuan

  23. Laaa….aper korang susah-susah. Nak sekolah cina ke, tak nak sekolah cina ke, nak sekolah tamil ke, tak nak ke, nak sekolah ajar dalam bahasa inggeris ke ato ajar dalam bahasa malaysia ke, nak kedudukan istimewa ke ato tak nak – keputusan bkn terletak kat tangan korang sorang.

    keputusan terletak kat rakyat malaysia. so, cara yang terbaik adalah buat jer referendum untuk isu-isu ni. lepas tu lihat apa yang sebenarnya rakyat nak.

    REFERENDUM ! REFERENDUM ! REFERENDUM !

    • Pro-Referendum:

      Memanglah keputusan akhirnya pada rakyat. tapi proses buat keputusan tu bukan hanya dengan referendum terus. idea itu harus diwacanakan dan beri ruang untuk masyarakat bertukar- tukar fikiran. maka, mereka di atas ini sedang melakukan nya..

  24. sama ada bahasa malaysia ada utiliti atau tak ada utiliti di luar malaysia tak perlu kita ambil kira sama ada indonesia terima atau tidak. sama ada amerika terima atau tidak. sama ada england terima atau tidak. sama ada german terima atau tidak. sama ada arab terima atau tidak.

    yang lebih penting, apakah kita sendiri percaya atau tidak. LJ orang yang tak percaya kepada keupayaan bahasa kebangsaan. berbeza dengan aku. aku orang yang percaya dengan keupayaan bahasa kebangsaan.

    sebab LJ ni berpendidikan Inggeris sebab tu dia tak percaya dengan keupayaan bahasa kebangsaan. mungkin dia tak pernah baca karya-karya sastera dan penulisan ilmiah di dalam bahasa kebangsaan sebab tu dia tak percaya.

    mungkin aku boleh cadangkan utk dia baca penulisan intelektual prof. rustam sani atau prof rahman embong di dalam bidang sains sosial atau penulisan ilmiah prof shaharir mat zin atau dr. alinor dalam bidang sains-fizik dan matematik. mereka ni professor yang menulis dalam bahasa kebangsaan.

    biasanya orang yang tak percaya dengan keupayaan bahasa kebangsaan ini ialah orang yang tak pernah ada komunikasi perbahasan dan wacana ilmiah ditingkat tinggi di dalam bahasa kebangsaan. sebab dia tak pernah alami dan tak pernah ada pengalaman sebab tu dia memandang rendah terhadap keupayaan bahasa kebangsaan. atau pun mungkin bila dia membaca karya ilmiah atau menyertai wacana ilmiah tingkat tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dia jadi tak faham, lepas tu mula cakap yang bahasa kebangsaan kita ni tak cukup layak.

    orang macam LJ ni mungkin dia lebih percaya kepada bahasa inggeris. tapi itu hak dia la nak percaya apa pun. tapi dia pun tentu tahu bahasa inggeris ni pun banyak pinjam dari bahasa-bahasa lain. infact, kajian linguistik mendapati original perkataan dalam perbendaharaan kata bahasa inggeris hanya ada lebih kurang lima ratus perkataan sahaja. selebihnya semuanya perkataan pinjam.

    so, apa ada masalah? mana-mana perkataan yang tak ada konsepnya dalam bahasa malaysia, pinjam jer lah. apa masalahnya? bahasa ni bukannya statik. dan tak ada bahasa yang statik dalam dunia ni. semua bahasa berkembang, berubah-bah dan pinjam-meminjam antara satu sama lain.

    takkan soal nak wujudkan bahasa perantaraan pun kena rujuk negara lain. itu dah mentaliti hamba. perlu dapat pengesahan dari negara lain baru nak buat. itu adalah mentaliti orang yang tak percaya dengan bahasa kebangsaan kita sendiri.

    kalau indonesia tak terima pun, apa masalah?

    setuju dengan pro-referendum. apa susah-susah. buat jer referendum. kita tengok suara hati rakyat kita sendiri, bukan suara hati kita sorang jer.

  25. Sdr/ Sdri Pembahas,

    1. Berkenaan pesan sdr Effuan pada February 28, 2011 at 3:01 pm, saya sedia bersetuju dengan sdr dan saya mengaku telah tersalah. Sesungguhnya saya terlupa tentang UiTM.

    2. Sdr Pro-Referendum, on February 28, 2011 at 3:57 pm, referendum dalam konteks Malaysia bukan sahaja asing bagi Perlembagaan & undang2 Malaysia, ia juga merupakan perkakas opresif majoriti. Majoriti tidak dapat memiliki semua yang mereka inginkan. Bahkan keinginan majoriti tunduk pada peruntukan perlembagaan dan undang-undang, termasuk hak asasi manusia kebangsaan dan antarabangsa. Kedudukan perlembagaan Malaysia ialah ditopang oleh “check and balances” di mana referendum tidak dikontemplasikan.

    3. Sdr Fan-atik Diskopi, on February 28, 2011 at 4:35 pm, sebenarnya saya sungguh percaya kepada keupayan BM dan walaupun saya tidak begitu akrab dengan karya-karya sastera dan penulisan ilmiah di dalam BM, saya ada sedikit pengetahuan berkenaan karya2 tersebut dan saya sentiasa menghormati garapan2 tersebut. Tetapi hujah saya ialah – walaupun begitu – nilai & utiliti BM luar Malaysia memang terhad dan jika kita hendak maju dan berjaya dalam dunia yg kian menyusut dan sejagat, penguasan BM sahaja tidak memadai dan orang kita (rakyat Malaysia) seharusnya menguasai Bahasa Inggeris, Mandarin dsbnya sampai tahap yg tertinggi.

    Baru kita dapat saing dengan orang2 negara2 lain dan oleh yg demikian kita mesti melengkapan diri kita dengan segala perkakas yg diperlu untuk berjaya dalam dunia Millenium baru ini. Oleh kerana itu, kita harus membebaskan diri dari beban nasionalisme sempit. Yakni, BM ada tempat dan fungsinya, tetapi, akhirnya, sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa penguasan Bahasa Inggeris yg cermerleng amat perlu. Ambil sahaja contoh, bolehkah seorang yg begitu berilmu tinggi dalam BM tetapi kurang fasih dalam Bahasa Inggeris mendapat perkerjaan di Singapura, UK, US dll? No chance Bro!

    Dalam konteks tersebut BM tidak begitu berguna. Itu lah hujah saya. Bahasa Inggeris membuka dunia kepada kita sambil BM menutup banyak pintu2! Itu lah hakikat. Jangan biarkan nasionalisme buta untuk menyekat masa depan anak-anak kita untuk berjaya dalam dunia sejagat.

    Salam,

    LJ

  26. tidak ada siapa pun yang menafikan kepentingan bahasa inggeris. bahasa inggeris bukan sahaja perlu tapi wajib dipermantapkan. tidak ada seorang pun pembahas yang menolak kepentingan bahasa inggeris. mungkin saudara LJ keliru dengan hujah-hujah yang dikemukakan. kalau diteliti tidak ada ayat pun yang mengatakan bahawa bahasa inggeris tidak penting.

    tapi persoalannya ialah masih ramai daripada kaum bukan bukan bumiputera khususnya kaum cina yang tidak fasih di dalam bahasa kebangsaan walau pun sudah tiga generasi tinggal di malaysia ini.

    ketidakfasihan kaum cina di dalam menggunakan bahasa malaysia menghambat proses komunikasi. kalau tiada proses komunikasi bagaimana mahu kita berkongsi pandangan, idea, wacana untuk saling faham memahami antara satu sama lain.

    itu yang sebenarnya yang ingin diutarakan oleh pembahas-pembahas. soal perlu memantapkan bahasa inggeris itu tidak ada sebarang penolakan terhadap hujah ini tetapi bukan sebagai bahasa perantara. bahasa perantara seharusnya bahasa kebangsaan kita sebagaimana yang telah termaktub di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

    manakala penggunaan bahasa inggeris memang perlu dipermantapkan malahan dikembangkan dengan lebih meluas tetapi bukan sebagai bahasa perantara tetapi sebagai bahasa kedua.

    jadi tidak timbul masalah tentang hujah untuk menidakkan penggunaan bahasa inggeris. bahasa inggeris perlu dipermantapkan tetapi bahasa malaysia wajib difasihkan pengunaannya oleh kaum bukan bumiputera khususnya kaum cina yang mana ramai daripada mereka sehingga kini masih belum fasih berbahasa kebangsaan.

    nasib baik mereka tinggal di malaysia, kalau tinggal di perancis atau german tetapi tidak fasih berbahasa tempatan kemungkinan besar mereka sudah dilucutkan kewarganegaraan.

  27. untuk mereka yang masih punya pandangan yang merendahkan keupayaan bahasa malaysia sebagai bahasa perantara khususnya di dalam sains dan matematik sila baca ringkasan berikut:

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

  28. “Bahasa Malaysia, seperti yang telah saya berhujah, tidak memiliki utiliti luar Malaysia, bahkan Indonesia pun tidak menerimanya”

    ini satu lagi kenyataan yang cukup dangkal, cetek dan tidak berasaskan pengetahuan yang mendalam.

    bahasa indonesia asalnya adalah bahasa melayu. dan seperti mana bahasa-bahasa lain bahasa melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan indonesia akhirnya berkembang menjadi bahasa indonesia dengan proses pinjam-meminjam dari pelbagai bahasa suku-kaum dan etnik yang lain spt jawa, sunda, madura, banjar dan juga daripada perkataan belanda dan inggeris.

    tetapi struktur ayat dan juga nahu bahasa indonesia adalah berasaskan bahasa melayu. mungkin LJ kurang membaca buku-buku indonesia yang dikarang di dalam bahasa indonesia yang tidak jauh beza struktur ayat dan nahunya dengan bahasa melayu.

  29. “…tidak memiliki utiliti luar Malaysia….”

    ini satu lagi ayat yang diutarakan oleh seorang yang tidak berpengetahuan tentang bahasa melayu.

    pelempar kata-kata ini tidak boleh disalahkan sebab beliau sendiri sudah mengaku bahawa beliau dari didikan bahasa inggeris. jadi tidak hairanlah beliau mengeluarkan kata-kata seperti ini.

    memang benar, bahasa malaysia tiada fungsinya di german atau perancis atau jepun. ini bukanlah hanya tertakluk kepada bahasa malaysia semata-mata. bahasa tamil dan bahasa mandarin juga tiada fungsinya di german, perancis, jepun atau negara-negara eropah yang lain. bahasa mandarin hanya ada fungsinya di negara china dan bahasa tamil pula hanya berfungsi di tamil nadu sahaja dan tidak di seluruh india.

    cubalah pergi cakap mandarin atau tamil di jepun, atau perancis atau german atau australia atau negara-negara lain yang rakyatnya bukan penutur bahasa mandarin dan tamil. cuba pergi lakukan. boleh? ada fungsinya? ada utilitinya?

  30. sambung….

    “…tidak memiliki utiliti luar Malaysia….”

    sekali lagi saudara LJ ini telah menunjukkan kecetekan pengetahuannya. bahasa malaysia yang asalnya bahasa melayu adalah lingua franca untuk seluruh penduduk di kepulauan melayu ini dari selatan thailand ke brunei ke selatan filipina, kepulauan sulu dan juga seluruh indonesia.

    sehingga sekarang terdapat hampir 300 juta penutur bahasa melayu di seluruh nusantara ini. ia bukan hanya digunakan oleh 23 juta rakyat malaysia sahaja. di luar malaysia – di brunai, selatan thailand, kepulauan sulu, seluruh kepulauan indonesia, selatan mindanao hinggalah ke timor-timor, bahasa melayu adalah bahasa perantara, cumanya loghat dan sebutan bunyinya berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

    kalau 300 juta penduduk yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantara dikatakan sebagai tiada utiliti, itu merupakan suatu pernyataan yang cukup tohor!

  31. 1. Sdr Fan-atik Diskopi, on February 28, 2011 at 10:30 pm, saya faham apa yg dibicarakan, yakni BM perlu sebagai bahasa utama komunikasi antara kaum2 di Malaysia & saya pun kecewa ada segelintir rakyat Cina Malaysia yg kurang fasih dalam BM.

    Akan tetapi saya tidak dapat terima 2 perkara yg berikut:

    (a) Saya tidak dapat terima bahawa penguasan BM rakyar Cina Malaysia telah merosot, kerana saya percaya pada amnya penguasan BM mereka jika dibanding 30 tahun dahulu memang telah meningkat dengan pesat. Tambahan pula – dan hatta – hanya segelintir dari mereka (kebanyakan mereka kurang pelajaran) ada masalah mengunakan BM. Berkenaan pelajar Cina di UKM yg tidak fasih BM, itu sungguh mustahil. Saya rasa mereka enggan mengunakan BM kerana sebab2 tertentu.

    (b) Saya tidak dapat terima bahawa BM digunakan sebagai bahasa penghantar ilmu kerana ia setanding dengan Bahasa Inggeris dalam fungsi tersebut. BM digunakan sebagai bahasa penghantar ilmu kerana sebab2 nationalisme dan politik dan bukan kerana ia suatu bahasa yg cekap. Hakikatnya BM hanya terbaik kedua (second best). Oleh kerana itu saya berpendapat bahawa separuh mata pelajaran di sekolah harusnya diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Baru kita boleh bertanding dalam gelanggang antarabangsa.

    2. Sdr Fan-atik Diskopi ujar “nasib baik mereka tinggal di malaysia, kalau tinggal di perancis atau german tetapi tidak fasih berbahasa tempatan kemungkinan besar mereka sudah dilucutkan kewarganegaraan.” Boleh jadi sdr tepat dalam kenyataan tersebut, tetapi boleh juga dikatakan bahawa immigren2 ke negara German & Perancis nasib baik kerana tidak migrat ke Malaysia di mana mereka akan didiskriminasikan berasas semata2 warna kulit dan penganutan agama bukan Islam! Jadi tak payah jadi begitu bongkak dan sombong.

    3. Sdr Mamat Seluar Koyak, saya tidak mengatakan bahwa BM tidak ada kesamaan dengan Bahasa Indonesia. Saya hanya mengutarakan pandangan ramai rakyat Indonesia bahawa mereka tidak dapat terima BM sebagai bahasa yg boleh digunakan di Indonesia atau bahawa BM setanding dengan Bahasa Indonesia. Dalam konteks itulah saya berkata “…bahkan Indonesia pun tidak menerimanya.” Bila saya melawat Jakarta mereka tidak suka mendengar BM, mereka lebih mesra jika saya gunakan Bahasa Inggeris. Sungguh ironis bukan? Semuanya konteks, bro!

    Salam,

    LJ

  32. “biasanya orang yang tak percaya dengan keupayaan bahasa kebangsaan ini ialah orang yang tak pernah ada komunikasi perbahasan dan wacana ilmiah ditingkat tinggi di dalam bahasa kebangsaan. sebab dia tak pernah alami dan tak pernah ada pengalaman sebab tu dia memandang rendah terhadap keupayaan bahasa kebangsaan”

    mengikut pengalaman peribadi saya…saya tepaksa mengaku saya sendiri BERFIKIRAN SERUPA..

    kebanyakan mereka yg fasih bahasa luar tidak pernah mengikuti wacana atau perbincangan di peringkat tertinggi di dalam bahasa kebangsaan. mungkin sedikit kasar kalau saya kata TIDAK PERNAH MENGIKUTI. tapi, lebih sopan, kalau saya kta pernah mengikuti, tapi enggan discourse atau join sekaln perbincangan atas sebab yg saya sendiri tidak tahu!

    saya punya 2 andaian. samada mereka pandang rendah kepada mereka yg berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan ataupun mereka bersikap “houlier than thou”, dalam erti kata lain, “aku terrer english, so, perbincangan ini tidak sama taraf dengan aku..”

    memang saya pernah nampak ini berlaku.. dan secara peribadi, agak menyedihkan..

  33. “Bila saya melawat Jakarta mereka tidak suka mendengar BM, mereka lebih mesra jika saya gunakan Bahasa Inggeris. Sungguh ironis bukan? Semuanya konteks, bro!”

    hairan. sebab saya tidak mengalami perkara yg sama. ketika saya di bandung, mereka lebih selesa kalau saya menggunakan bahasa malaysia. perkara yg sama ketika saya mewakili universiti saya di bidang sukan di pesta sukan asia di mana wakil dari indonesia juga ada. mereka lebih selesa kalau saya bicara dalam bahasa malaysia. dan mereka suka kata begini..

    “kita kan serumpun..”

    dan semasa saya di bandung, ketika saya berbual dengan anak muda sana, mereka lagi suka saya berbual dalam bahasa kebangsaan.. malah penjaja penjaja kecil juga..

    tapi, kalau saya pergi jakarta, lepak dengan dengan anak orang kaya, pendidikan overseas, ataupun kerja memang selalu jumpa “tourist” memanglah! sama juga di malaysia, kalau saudara berpendidikan overseas, di rumah pun cakap english, walaupun saudara MELAYU, saudara pun “prefer” cakap english!

    macam saudara/i LJ cakap,

    “Sungguh ironis bukan? Semuanya konteks, bro!”

    effuan

  34. “… orang yang tak pernah ada komunikasi perbahasan dan wacana ilmiah ditingkat tinggi di dalam bahasa kebangsaan…” Emmmm!

    Tetapi mengapakan orang biasa yg tak pernah ada komunikasi perbahasan dan wacana ilmiah ditingkat tinggi di dalam Bahasa Inggeris, tidak memandang rendah terhadap keupayaan Bahasa Inggeris? Apakah kerana keunggulan Bahasa Inggeris begitu jelas dan ketara berbanding dengan BM? Dan kerana itu kah suatu rancangan indoktrinasi diperingkat tertinggi diperlukan untuk menghargai BM.

    Tambahan pula, dapatkah sesiapapun menafikan bahawa di peringkat tertinggi di Malaysia baik politik, academik, perbankan, industri, perdagangan mahupun perkhidmatan awam bahasa praktikal yg digunakan adalah Bahasa Inggeris? Jadi mengapa pula orang biasa seperti pembahas2 disini meneriak dengan lantang kemuliaan BM sedangkan pemimpin2 kerajaan & kapten2 industri secara lazim mengunakan Bahasa Inggeris?

    Nescaya bahawa dalam dunia praktikal di KL Bahasa Inggeris masih raja!

    Salam

    LJ

    p.s. Sdr Effuan saya tak pernah ke Bandung. Jom kita melakukan lawatan bersama suatu hari nanti🙂

  35. aku pon tak faham dgn saper mamat LJ ni gi berjumpa kat indonesia tu. mungkin mamat LJ ni gi jumpa geng-geng elit jakarta yag ckp inggeris.

    tapi aku tiap-tiap tahun gi indonesia. medan, banda, lampung, jakarta, bandung, jogja, malang, solo – ini tempat-tempat yang aku selalu lepak dan buat kerja koloberasi seni dgn artis dan juga komuniti tempatan.

    langsung tak ada masalah utk komunikasi dalam bahasa melayu. tak ada langsung dari pengalaman aku yang orang-orang indonesia yang aku jumpa ni yang tak terima bahasa melayu yang aku guna. malah kalo aku cuba cakap bahasa inggeris dia orang selalu cakap:

    “apa an loe mas, mau jadi bule apa loe? guna bahasa kita aja. nggak perlu bahasa bule”

  36. “saya punya 2 andaian. samada mereka pandang rendah kepada mereka yg berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan ataupun mereka bersikap “houlier than thou”, dalam erti kata lain, “aku terrer english, so, perbincangan ini tidak sama taraf dengan aku..”

    ini dah kira rasis la ni. rasa diri lebih superior dan memandang rendah pada orang lain. ini klasik sifat rasis!

  37. “Tambahan pula, dapatkah sesiapapun menafikan bahawa di peringkat tertinggi di Malaysia baik politik, academik, perbankan, industri, perdagangan mahupun perkhidmatan awam bahasa praktikal yg digunakan adalah Bahasa Inggeris? Jadi mengapa pula orang biasa seperti pembahas2 disini meneriak dengan lantang kemuliaan BM sedangkan pemimpin2 kerajaan & kapten2 industri secara lazim mengunakan Bahasa Inggeris?”

    Saudara LJ sekali lagi sudah tersasar jauh. Cuba la pergi ke jabatan-jabatan perkhidmatan awam baik ditingkat rendah mahupun ditingkat pengurusan atasan. bahasa yang digunakan lebih banyak bahasa malaysia dari bahasa inggeris.

    dalam bidang politik pulak…cuba pergi ke parlimen, ada bercakap bahasa inggeris dalam parlimen? Ha, sekarang ni kan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau…pergi melawat ke sana dan tengok ada pemimpin-pemimpin politik ni bercakap dalam bahasa inggeris dlm kempen-kempen mereka?

    begitu jugak dalam akademik, tidak semua universiti menggunakan bahasa inggeris. datang sahajalah ke UKM ni, kita boleh melawat fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang masih menggunakan bahasa malaysia dlm setiap kuliah, tutorial, kelas dan perbincangan akademik.

    tak perlu buat lawatan ke bandung. kita melawat dalam negara kita sendiri sahaja sudah cukup untuk melihat realiti sebenar. kita boleh melawat ke jabatan-jabatan kerajaan, ke parlimen, ke kerdau dan merlimau dan juga ke ukm. saya sedia sponsor trip ke tempat-tempat ini.

    tapi kalau ke bandung tu mungkin saudara effuan dan LJ boleh menyusunnya!

  38. “Nescaya bahawa dalam dunia praktikal di KL Bahasa Inggeris masih raja!”

    Ini pernyataan saudara LJ.

    Raja atau tidak, jom kita pergi ke parlimen yang terletak di KL dan lihat bahasa apa yang digunakan?

  39. “Tambahan pula, dapatkah sesiapapun menafikan bahawa di peringkat tertinggi di Malaysia baik politik, academik, perbankan, industri, perdagangan mahupun perkhidmatan awam bahasa praktikal yg digunakan adalah Bahasa Inggeris? Jadi mengapa pula orang biasa seperti pembahas2 disini meneriak dengan lantang kemuliaan BM sedangkan pemimpin2 kerajaan & kapten2 industri secara lazim mengunakan Bahasa Inggeris?’

    ah..ini argument yang cukup bagus. sudah lama saya menunggu orang mengatakan sebegini..🙂 mengapa? mudah sahaja.. kerana di belah pihak kerajaan, yakni pihak pemerintah sendiri tidak ada usaha untuk menaikkan bahasa melayu.. malah tambah lebih menarik lagi, mereka sendiri ingin menghapuskan bahasa melayu dalam pembelajaran matematik dan sains!

    sebenarnya, penghujahan saudara banyak yang salah.. saya sendiri pernah pergi di conference conference yg disertai oleh kapten kapten industri tatkala saya bekerja sebagai investment analyst dahulu. untuk pengetahuan saudara, kalau saudara bekerja sebagai investment analyst, sudah dikira tahap wajib untuk saudara pergi ke conference conference international dalam mengikuti “the latest update on what is happening in the industry”.. betul, ketika mereka membuat “presentation”, mereka menggunakan bahasa inggeris, tapi, kalau saudara amati betul betul, ketika mereka betul2 berbual ikhlas, dalam erti kata lain, berbual dengan rakan rakan rapat mereka, perbualan yg mereka gunakan ialah bahasa melayu! saya sendiri pernah melihat beberapa kapten industri berbual dengan rakan rakan mereka, dan bahasa yg mereka gunakan ialah bahasa melayu! malah, di tempat saya bekerja dahulu, CIO (Chief Investment Officer) lebih mesra menggunakan bahasa melayu dari bahasa inggeris!

    dan jangan disebut ketika di perkhidmatan awam, mereka, rata rata dari pegawai bawah sehinggalah ke atas, semuanya menggunakan bahasa melayu!

    “Nescaya bahawa dalam dunia praktikal di KL Bahasa Inggeris masih raja!’

    bergantung kepada siapa yg saudara lepak. tapi, saya berani cakap, MAJORITI rakyat malaysia yg betul betul lahir dan dibesarkan di Malaysia, yg bukan sekolah VERNAKULAR, lebih ramai berbual dalam bahasa kebangsaan dari bahasa inggeris!

    saya pernah berada di sektor perbankan sekejap, rata rata, orang atasan saya berbahasa melayu. malah, CEO di tempat saya sendiri pun berbahasa melayu.. kalau di media sahaja, mereka berbual dalam bahasa inggeris, tapi, kalau perbualan peribadi, mereka lebih selesa berbahasa melayu..

    saya pernah bergurau dengan isteri saya,

    “di Malaysia ni, kalau kamu BODOH sekalipun, tapi kalau kamu cakap english terrer, masyarakat akan pandang tinggi kamu, sebab itu yg dipupuk oleh parti pemerintah.”

    saya pernah terlibat dalam discourse dengan beberapa anak muda yg cakap english “berabuk”, tapi, bila saya mendengar pendapat mereka… alahai.. pusing pusing situ sahaja.. tapi, ayat yg digunakan, “bombastic” gila! tapi, pandangan.. alahai..🙂

    p/s boleh sahaja nak aturkan pergi bandung.. bagi sahaja duitnya dong!😉

  40. LJ kata: “Hakikatnya, Perlembagaan tidak ada peruntukan yg membenarkan pembentukan atau kelanjutan sekolah-sekolah Melayu dalam sistem pendidikan nasional.”

    Ini suatu pernyataan yang bukan sahaja TIDAK TEPAT tetapi juga cuba mengelirukan pembaca. Di Malaysia ini tidak ada aliran sekolah melayu. Yang ada ialah aliran sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Terdapat tiga aliran sistem persekolahan di malaysia ini iaitu aliran cina yang menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa perantara, aliran tamil yang menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa perantara dan aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa perantara (sila rujuk perkara 2 akta pendidikan 1996)

    LJ kata: “Sebenarnya, perlembagaan tidak berbicara tentang sistem pendidikan. Perkara 152 tidak ada kaitan secara langsung dengan pendidikan.”

    Ini satu lagi kesalahan yang cukup ketara di dalam penghujahan LJ. Perkara 152 dengan jelas menyatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan. Ini bermaksud aliran pendidikan kebangsaan mesti berteraskan bahasa kebangsaan iaitu bahasa malaysia sepertimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan persekutuan (sila rujuk dan baca dengan teliti keputusan hakim mahkamah persekutuan di dalam kes universiti merdeka yang memutuskan bahawa penggunaan bahasa mandarin sebagai bahasa perantara di institusi pengajian awam adalah menyalahi perkara 152).

    LJ kata: “Serba aspek pendidikan di Malaysia dikandungi dalam Acta Pendidikan 1996 yg terus mengesahkan kewujudan sekolah2 vernakular”.

    Pernyataan LJ ini BETUL. Ini sebenarnya termaktub di dalam perkara 17, akta pendidikan 1996. Namun begitu perkara 17 ini belum lagi ada sesiapa yang mencabarnya untuk melihat sama ada ianya bertentangan dengan perkara 152 atau tidak.

    LJ cakap: “Tambahan pula, Perkara 12 berbicara tentang tidak berdiskriminasi. Justeru, adalah hak semua rakyat Malaysia untuk membentuk suatu sistem pendidikan mengunakan bahasa manapun tanpa didiskriminasikan. Tambahan pula, tidak mustahil untuk berhujah bahawa realiti yg sedia ada – yakni tidak ada universiti yg mengunakan bahasa Cina, Tamil atau Inggeris di negara ini – merupakan suatu diskriminasi yang bertentangan dengan Perkara 12?”

    Ini satu lagi pernyataan yang bersifat sembarangan tanpa adanya penelitian terhadap ayat yang digunakan oleh perkara 12. Perkara 12 tidak ada menyebut walau sepatah pun tentang hak menggunakan pelbagai bahasa di dalam sistem pendidikan.

    Andaian saya, LJ sendiri mungkin tidak benar-benar meneliti ayat-ayat yang digunakan di dalam perkara 12 ini. Eloklah saya copy dan paste ayat-ayat yang terkandung di dalam perkara 12 ini untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh LJ ini.

    Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

    (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir–

    (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

    (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

    (2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

    (3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

    (4) Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.

    LJ cakap: “Tentang kes Merdeka University v Malaysia (1982), Mahkamah Persekutuan tidak membuat kesimpulan bahawa penggunaan bahasa yg lain daripada BM dalam pendidikan adalah bertentangan dengan Perlembagaan (“unconstitutional”). Mahkamah tersebut memutuskan bahawa kerana MU adalah sebuah badan awam (“public authority”) ia tidak boleh – memandangkan Perkara 152 – mengunakan bahasa yg lain darpada BM. Akan tetapi tidak semua hakim dalam mahkamah tersebut bersetuju dengan penentuan bahawa MU adalah suatu “public authority”.”

    Ini satu lagi pembohongan yang cuba diajukan oleh LJ di dalam membahaskan keputusan hakim mahkamah persekutuan berhubung dengan kes universiti merdeka. Keputusan yang telah dibuat bukan hanya tentang sama ada universiti merdeka itu “public authority” atau “badan awam” tetapi juga tentang kedudukan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub di dalam perkara 152 dan hubungannya dengan petisyen untuk menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa perantara di universiti merdeka yang ingin didirikan itu.

    Yang jelas LJ sekali lagi cuba untuk memanipulasi kebenaran atas niat yang hanya dia sendiri sahaja yang tahu. Saya tidak boleh membuat andaian tentang apakah sebenarnya niat dia untuk memanipulasi fakta ini.

    Petikan daripada penghakiman hakim mahkamah persekutuan Tun Suffian yang mewakili keputusan majoriti 4-1 dengan dissenting views oleh Datuk George Seah. (Dissenting views George Seah ini juga hanyalah melibatkan persoalan definisi badan awam dan bukan tentang kedudukan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk semua urusan yang bersifat rasmi yang beliau sendiri persetujui)

    Petikan kesimpulan penghakiman Tun Suffian:

    CONCLUSION

    54. In any event, bearing in mind the history of education in this country and the divisive results of allowing separate language schools and the lesson learned from the experience of our neighbour with a private university and the determination of Parliament to so regulate schools and universities and education generally as an instrument for bringing about one nation out of the disparate ethnic elements in our population, we have no choice but to hold, as we have already held, that MU if established would be a public authority within Article 160(2) of the Constitution and that accordingly teaching in Chinese there would be use of that language for an official purpose, which use may be prohibited under Article 152.

    55. As there is no right to use the Chinese language for an official purpose, accordingly in our judgment it was not unconstitutional and unlawful of Government to reject the plaintiff’s petition to establish MU.

    56. We would therefore dismiss this appeal with costs.

    57. Over a period of six days Mr. Beloff addressed to us many other arguments, but in view of our conclusion on the meaning of Article 152 which is decisive of the result of the appeal, we do not think it strictly necessary to deal with them at any length. They were dealt with in detail by the learned trial Judge and we are in complete agreement with his conclusions thereon on the application of the principles of law involved to the facts of the matter before us.

    58. Before departing from this case, we would like to remark that it is unfortunate that there is a widespread tendency on the part not only of the Chinese to demand the establishment of this or that institution of learning as part of a campaign to win favour with the electorate. This is especially marked when a general election is looming. An unfortunate effect of this tendency is the need to appeal to racial and linguistic sentiments and the arousing of strong emotions on the part of those whose language is being championed and equally strong reactions on the part of those whose language is thought to be threatened. It is realized that this is a legacy from pre-Merdeka days when the different races were educated in separate compartments. Now that we have been in charge of our own destiny for 25 years, our people should be mature enough to realize the importance as regard sensitive issues of keeping the political temperature down rather then up, they should agree to regard universities and schools as an educational rather than a political problem, and that they are a vital instrument in nation-building.

    Di atas hanya petikan daripada penghakiman yang dibuat. Anda boleh membaca keputusan penuh Tun Suffian yang mewakili majoriti hakim-hakim lain serta dissenting views oleh Hakim Datuk George Seah di sini:

    http://www.ipsofactoj.com/archive/1982/Part4/arc1982%284%29-002.htm

    Berbahas bukan untuk menang tetapi untuk mencari kebenaran. Dan jangan kita sesekali menipu dan berbohong semata-mata untuk menang hujah.

    Salam,
    Yang Masih Belajar

  41. Terima kasih Budak Law UM atas fakta fakta yang menarik ini.

    satu ilmu baru untuk saya.

    Effuan.

  42. LJ kalah! ting2!

  43. aku bukan mencari menang. meletakkan menang sebagai matlamat di dalam berwacana adalah manifestasi kerakusan ego manusia yang memualkan.

    aku mencari perkongsian bersama. berkongsi rasa. berkongsi pandangan. berkongsi fikiran. biar kita berbeza jangan sampai kita menista. biar kita tak serupa tapi jangan sampai berdusta. biar kita berlainan jangan sampai kita melakukan penindasan.

    yang lebih penting adalah perkongsian perbezaan agar kita dapat belajar untuk saling mengerti antara satu sama lain. pengertian adalah awal mula kepada penerimaan akan perbezaan.

    yang lebih penting adalah pencarian kebenaran. dan kebenaran tidak menjadi kebenaran selagi ia tidak diuji dengan fakta, bukti dan kritik yang tajam serta berterusan. aku tidak menang dan bukan menang yang aku cari. aku mencari kebenaran dan tiada titik noktah di dalam mencari kebenaran.

    yang lebih penting adalah membina jambatan antara kita sesama warga malaysia agar hubungan yang lebih jujur dan kukuh dapat kita bina bersama.

    yang lebih penting adalah kita dapat bersama-sama belajar memahami antara satu sama lain agar hubungan yang berdasarkan kepercayaan antara sesama kita rakyat malaysia dapat tumbuh subur dan sihat.

    menang tidak termasuk langsung di dalam pertimbangan aku di dalam berwacana. kerana bukan menang yang aku cari. menang hanya milik yang Maha Kuasa.

  44. Hi people, I’m new here, and is a Malaysian Chinese but i can’t read or write any shit in Chinese because I’m from Sekolah Kebangsaan🙂
    Anyway, I can speak fluently in both English & BM, but it’s been awhile since I’ve written anything in BM ever since i got into university, so just let me continue in English alright?

    I strongly agree that the vernacular schools in Malaysia is a huge barrier in the formation of 1Malaysia. Maybe you’ll feel that I’m being bias because I’m not 1 of them, but the truth is, most of the students from vernacular schools are not fluent in both BM & English(not all of them of cause, some of them are able to adapt after entering middle school/college). When I say ‘not fluent’ I did not mean their writing skill, they can write in English alright(well, duh), but when they speak, they speak in what the Americans jokingly known as ‘Engrish'(This term actually comes from the Japanese’s English, which is equally bad).

    I studied my A-levels in the TAR College. As most of you know, because that college is partially owned by MCA, majority of the student is Chinese. The Malays & the Indians there are minorities and are usually neglected. Well, putting the Malays/Indians aside, even people like me, who can’t speak Chinese are neglected as well! Of cause again, this does not applies to all vernacular Chinese, what I’m talking about is the majority of them.

    I’m currently in my 3rd year in university & will be graduating this coming May. After this, I’m planning to further my studies in Germany, & as Angela Markel says, everyone in Germany need to know how to speak German. Therefore, I’m willing to take some time off & study German before I go, for the sake of integrating into the culture. Why can’t the local Chinese integrate with the Malay culture? Honestly, it’s because of pride. Most Chinese thinks that they’re superior to the other 2 races as most billionaires in Malaysia are Chinese, & the fact that most outstanding students ‘stolen’ by Singapore are Chinese as well. Don’t believe me? Watch the ‘dramatic’ video ‘Kawanku’ by Namewee(There is a version with subtitles), he claimed that “Kalau semua Cina balik China, Melayu tak dapat kerja”. Seriously, this ridiculous pride comes from the teachings of the vernacular schools.

    • Hi STKH, There is a point in your comments. However I personally feel the opinion is abit one-sided.
      I go to National school just like you all my life. Segregation is caused not only by Vernacular schools but also the current government.

      When I was studying in Primary school and High school after every major exam like UPSR and PMR, all the brilliant malay students in our class proceed to study in boarding schools especially for Bumis only.

      Only left about 4 or 5 malays in our class of over 40 students. We do not have chance to mix with them after that. I think this is a loss for both students from different races as we are separated and this halts the process of learning to understand and develop strong friendship with each other.

      • saya setuju dengan pendapat awak. memang betul apa yang awak cakap. kebanyakan pelajar-pelajar melayu yang mendapat keputusan cemerlang di dalam upsr dan pmr akan dihantar ke sekolah berasrama penuh.

        ini sebenarnya suatu dasar yang diskriminatif dan tidak baik untuk pembinaan negara bangsa sebab pelajar-pelajar selepas upsr dan pmr diasing-asingkan mengikut kaum. sepatutnya bagi saya peluang yang sama juga wajib diberikan kepada pelajar-pelajar bukan melayu yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat upsr dan pmr untuk turut ke sekolah berasrama penuh.

        sebab itu saya fikir kesemua sekolah-sekolah berasrama penuh ini perlu dibuka untuk semua warganegara malaysia tanpa mengira kaum.

  45. Dear Stkh,

    Terima kasih atas komen anda. sesungguhnya apa yg saudari kata sungguh sungguh mengejutkan saya.

    apa apa pun, terima kasih.. sesungguhnya sekolah vernakular banyak merugikan dari menguntungkan pembangunan sahasiah negara.

    effuan.

  46. Hi, i just saw the above discussion, and wanted to make a few comments :

    1. Re : 3 generations in M’sia, still can’t speak malay fluently:

    Yes, because until 60 yrs ago, the races were largely separated. In my father’s time & my time ( 50s-70s ) English was the language of interaction & instruction for many of us, not BM ( other than bazaar malay ). And in the current generation, as the debate above shows, there are many reasons why BM has still not been adopted as a language of choice by many non-Malays.

    2. Models of national language instruction in other countries :

    In Switzerland, 3 national languages are recognised and used : French, German & Italian.

    In Indonesia, less than 4% of the population speak BI / Melayu as their mother tongue; the majority speak Javanese. BI is therefore a 2nd language for most Indonesians, hence it works because it is an emotionally neutral medium.

    I suspect English worked in Malaysia for a time, for the same reason.

    3. I’ve worked 8 yrs in Indonesia, amongst some brilliant people. They earn 1/10th the wage of someone doing the same job, who speaks English. They can’t communicate their ideas & they can’t convince international bodies and funders to back them or trust them, just because of language. This is a tremendous waste, and it hurts to see good people not being given opportunities because of something as fundamental as language.

    4. I speak fluent Indonesian ( I pass for native speaker ) – why, because everyone in Indonesia speaks it fluently & you cannot help but get immersed in the language when you live there. I wish we had the same in Malaysia, but I have friends and family who would rather their child speak fluent English, or Mandarin, or Arabic = because they see these languages as giving more opportunities for their children, because they don’t see a future for their kids in M’sia, because they feel the National Schools system offers a much lower standard of education compared to vernacular schools. Because non-malay friends & children of friends who went to National Schools got straight As, & couldn’t qualify for local universities; because doors were closed, whereas the purpose of education is to open doors, and to build bridges.

    So please – don’t judge. See the wider context, & don’t just focus on one issue in isolation.

    The question should be, how do we make National Schools the schools of choice for parents & students.

  47. Thank you Yap for your comment.

    appreciate that.

    well, i have discuss this issues with one the respected lawmaker in Malaysia and he said to me that, he would love to see national schools have other languages in the syllabus. However, this has not been discuss in a top level among political parties. only his personal views.

    this issues can be a huge problem to the politicians as it becomes a political mileage to their opponents. honestly, the issue is simple. banned vernacular schools and at the same time, improve national schools and tried to include other languages as part of its education.

    but no one would like to come up with the idea. as it might hurt the Chinese communities. but this is the risk that you need to take. but as you know, politicians in Malaysia won’t take this risk. they would be more afraid if they can’t bring a bowl of rice to their family rather than think what is best for the country.

  48. hi, just saw your reply, thanks.

    the issue isn’t banning vernacular schools, sekolah agama, pesantren, international schools or whatever. 30 years ago, we had sekolah kebangsaan & vernacular schools, & many non-malay families still chose to send their kids to national schools – the statistics will tell you all you need to know. National schools then, unlike today, were widely seen to be giving as good or a better standard of education, compared to vernacular schools.

    the question is – what’s changed about national schools, such that many no longer choose to send their children to these schools? Have standards dropped, if so why & more importantly, how do we raise standards? The answer is not to ban vernacular schools; it’s to improve national schools. Let a hundred flowers blossom and a hundred schools of thought contend.

  49. that is a very good question.

    yeah. but is it really standard of national schools is going down? i have seen many top students that came from national schools and i don’t think the standard of national school is really that bad.

    is it? i am not sure. but to blame the entire national school system is more a escapism reason to go to vernacular schools. are the students that is produced by vernacular schools excel in their studies and life? all of them?

    honestly it is up to the students and the family on how they raised their children. true, there might have some national schools that have problems but there is ALSO other good national schools. all you need to do is to find it.🙂

    xoxo

  50. Thx, tanpa nama. Good to know we both agree, it’s not a blanket argument & a blanket response i.e. ban all vernacular schools, improve all national schools🙂

    Have a nice day🙂 and yes, God willing we will overcome all the political sniping & build a truly united country. Hidup Malaysia !

  51. I have lived both in Malaysia and Australia for over 10 years each. Racism will always be an issue in a multicultural community and I sincerely think it is political more than in the community. If the parliament was made up of a balance of the different races and they got along, (because they’re running th country so don’t they have to get themselves sorted out first?) only then MAYBE just MAYBE racism will become an issue of the past.

  52. Hi Luci Latte!

    Thank you for your comment.

    Herm..

    it is.. but situation in Malaysia is different. i too, have sibling that lives in Australia and yes, she also has encountered racist people. but in Malaysia is different. in malaysia, being racist is normal. in fact, it is like being “encouraged”. why? because that is what the leader in Malaysia wants to. Why? because they want to maintain their power.

    It is an issue in multicultural community, but likewise in other develop countries, they are being told that racism is bad and things in the past. the same thing did not happen here. in fact, we, the malays have been told to safeguard the country. and do you know, by whom? other races. particularly, chinese. so, basically, we are being told to protect the country from its people! Isn’t that weird?

    but most malaysian knows and i am sure, are not racist. the real problem is, we, the malaysian society, comprise mainly chinese, indians and malays SPEAK DIFFERENT LANGUAGE. when we speak different language, we AUTOMATICALLY DEVELOP PREJUDICE. and this all the problem start. because we did not speak the same language.

    the problem in Malaysia, racism has already being institutionalized and it is sad some people still did not know, it is just a ploy jut to make few retain their power.

  53. ini satu lagi dakyah dan propaganda murahan. maner ko dapat statistik yang cakap sekolah vernakular cina lagi bagus murid-murid dia dari sekolah kebangsaan?

    tunjuk pada aku statistik dia. siapa punyer kajian yang cakap? tak pon ko pon hanya ikot2 aper yang orang cakap jer tanpa ko sendiri ada fakta dan statistik yang jelas.

    jangan nak buat tuduhan sembarangan je tanpa ada bukti, fakta dan statistik.

  54. Orang yang dok cakap sekolah vernakular lagi baik tu sebenarnya dia cakap hanya mengikut persepsi sahaja. Dia tak ada fakta dan statistik. Kalau ikut pencapaian keputusan SPM 2010 yang lepas, senarai 20 sekolah yang terbaik semuanya adalah sekolah kebangsaan. Tak ada satu pun sekolah vernakular.

    Ini adalah senarai sekolah-sekolah yang mendapat pencapaian terbaik di dalam keputusan SPM tahun 2010 yang lepas. Sila klik:

    Dan ini pula adalah senarai sekolah-sekolah terbaik di dalam peperiksaan SPM tahun 2009:

    http://beritasemasa.com/pelajar-cemerlang-sekolah-terbaik-result-spm-2009-tahniah/comment-page-1

    Tak ada satu pun sekolah vernakular yang tersenarai. Jadi hujah yang mengatakan bahawa sekolah vernakular lebih bagus dengan sendirinya terbatal kerana tidak disokong dengan fakta yang sebenar.

  55. Terima kasih ira dan abon,

    terima kasih atas info ini. sedikit sebanyak dapat mematikan hujah “beberapa orang” yang mengatakan sekolah vernakular lagi baik dari sekolah kebangsaan.

    saya rasa inilah artkel yg paling banyak dikomen dalam diskopi dan menariknya ini bari artikel pertama saya yang belum habis dieditnya..🙂

    ada beberapa artikel yg saya tak publishkan sebenarnya yg saya rasa lahir dari betul betul fikiran rakyat malaysia yg hanya mahukan hidup yg aman dan tenteram. itu sahaja sebenarnya.

    maaf kalau saya kurang “menamakan” beberapa tokoh tokoh falsafah dalam meberikan hujah. saya tidak pandai dan tidak pun ada belajar di universiti.

    jawapan permasalahan di malaysia ini mudah. duduk dan berdiskusi. dan diskusi dengan jujur dan berilmiah. bila saya kata ilmiah, tak perlu pun quote “lenin, marxist, bakunin, emma goldman etc etc.,” (beberapa contoh). kita lihat dari kejujuran hati kita sebagai manusia. Insya Allah, selesai semua masalah.🙂

    xoxo
    effuan

  56. Menarik perbahasan di ruang komen yang saya baca. Banyak yang dapat saya pelajari.

    Saya setuju perlu ada satu bahasa bersama yang bukan sahaja semua orang boleh faham tetapi juga semua orang fasih bercakap dan fasih menulis supaya kita dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

    Komunikasi adalah langkah permulaan untuk kita saling faham dan saling mengerti antara satu sama lain. Kita mungkin tidak dapat bersetuju dengan semua isu yang ada tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyelami hati budi dan akal fikiran masing-masing melalui proses berkomunikasi.

    Untuk berkomunikasi dengan lebih mendalam terutamanya perkara-perkara yang kompleks, saya percaya satu bahasa bersama yang semua orang fasih baik secara lisan mahu pun tulisan adalah sangat-sangat penting.

    Tanpa satu bahasa bersama, proses komunikasi akan terencat dan ini sangat tidak baik kepada pembinaan negara bangsa khususnya di dalam membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara kaum di negara kita ini.

  57. Hi seluruh rakyat Malaysia..

    Saya seorang pelajar Melayu berketurunan India, yang masak dengan sifat rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat rasis.
    Saya tahu 4 bahasa,iaitu B.Melayu,Bahasa Inggeris,Cina dan India.
    Tetapi sesetengah kelompok sebangsa saya yang berfikiran cetek melabelkan saya sebagai orang India atau orang asing.
    Saya tidak menafikan terdapat kelompok rasis pada bangsa India dan cina.
    Tapi kelompok ini lebih banyak wujud di bangsa Melayu berbanding bangsa lain.
    Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya,tetapi in adalah yang perkara benar.
    Cuba kita tengok,sesetengah orang itu memanggil orang India itu sebagai ‘HINDU’.
    Tahukah anda ‘HINDU’ itu adalah agama dan bukannya bangsa.
    Sanggupkah seseorang Islam dipanggil ‘Hoi! Islam’.
    Pasti individu tersebut itu akan marah.
    Itulah yang melanda negara kita pada masa sekarang.
    Saya mengharapkan kesamarataan dalam pelajaran kepada semua bangsa.
    Kerana ramai bangsa Cina dan India mendapati susah untuk memasuki Universiti awam sedangkan keputusan pelajaran mereka cemerlang.
    Lebih-lebih lagi,mereka yang miskin dan harus menyambung pelajaran mereka di universiti swasta.
    Itu sahaja daripada saya,

    Ikhlas dari,

    Budak Anti Rasis.

  58. the only thing that i have to say as a foreigner is that most Malays are very lazy to work,
    but Chinese are very hard working…….listen very carefully, if Malays were to be hard working;i bet you in a short while Malays will take over to possess what was theirs .
    I have witnessed many situation were by the Malaysian women cheat on their husband and eventually divorce because the Malay man is depending on the woman(his wife)for a living. However,Chinese also have their own problem of feeling so superior among others of which they are not. The only people that Chinese pay respect to in the whole world are the Americans, these are they people they look up to.

    To sum up,Malay men should start being hard working and Chinese people should bring themselves down to earth because that was how they started.English language should be implemented in primary and high schools and lastly Malays should give every body equal chances so as to enhance competition among the Malaysian citizen which will eventually boost the economy wider and reduce the margin between the poor and the rich…

  59. inilah kerja bangsa asing seperti jeff ini. kalau dia ni mat salleh samalah perangainya macam nenek-moyang dia yang menjajah wilayah kita dahulu – mengadu-domba sesama kita supaya kita terus membenci antara satu sama lain. perbincangan yang dilakukan oleh pembaca2 diskopi di dalam rencana ini merupakan suatu permulaan baik di dalam komunikasi antara-etnik untuk memahami perspektif masing-masing. tetapi masuk sahaja si jeff ini terus lempar taik buat busuk ruang perbincangan ini. semoga kita semua tidak terprovokasi dengan statement rasis dari si jeff ini.

  60. cina ada dimana-mana
    mereka adalah kaum immigrant terbesar
    mereka mencorak pola ekonomi dan politik dunia
    tetapi mereka berasimilasi dengan masyarakat tempatan
    bercakap loghat tempatan
    cina di indonesia berbahasa indonesia sesama mereka dan jarang sekali berbahasa cina
    mungkin dangkal kenyataan ini tetapi “kerana kerakusan kuasa dan dipulas tangan oleh british bapa-bapa kemerdekaan kita tidak mampu menjadikan proses asimilasi ini satu kenyataan”… dan generasi hari untuk melakukan sesuatu, sudah terlewat tetapi kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada dan menzahirkan kesyukuran terhadap perbezaan kita…

  61. The politicians provoke ordinary malaysians to think about race, even though generally it is something that is in the back of their minds.

    Yes, race has a big impact in many things. If your son or daughter decides to marry outside the race, it does create some questions and perhaps even some tension.

    THe problem is there are those who benefit when race is not mentioned. These people are the whites and some orientals who have their faces plastered billboards and who have opportunities thrown at them for free.

    There are others who have to work harder to get noticed. These people want social justice, so they ask the government for that help.

    I think the government is correct in putting race in politics because that what it boils down to in a multiracial society.

    • whites and orientals have their faces plastered on billboards? huh? who is having opportunities thrown at them for free? when the chinese and indians came here, they started from zero. sure some of them became rich but they didn’t have the government carrying them on their backs just merely based on their race.

      • “when the chinese and indians came here, they started from zero”…. encik liew tong kim….mana kau dapat fakta ni? mana buktinya? buku apa yang cakap? research apa yang kata?

        aku setuju dengan kau kalau kau cakap sebahagian daripada orang cina dgn india datang ke tanah melayu ini dengan modal yang cukup sedikit. tapi bila kau cakap datang dengan tangan kosong tu, aku rasa kau dah memesongkan fakta la.

        tak semua orang cina dan india datang ke tanah melayu ini dgn tangan kosong. ramai juga yang datang sebagai kapitalis dan pemodal besar. malah penjajah british pada masa itu menggalakkan kemasukan modal dan pemodal-pemodal cina. kaum cina diberi ruang untuk terlibat di dalam sistem kapitalis dan sistem ekonomi pasar manakala kaum melayu dibiarkan di kampung-kampung manakala orang asli diletakkan di penempatan terkawal. malahan orang-orang melayu yang ingin terlibat aktif di dalam ekonomi pasar telah dihalang dan dikekang oleh british.

        mungkin kau perlu baca 2 buku ini untuk mendapat maklumat yang lebih tepat – Ownership and Control of Malayan Economy oleh James Puthucheary dan The Roots of Racial Polarisation oleh Colin Abrahams. Kalau kau dah baca dua buku ini mungkin kau akan lebih cermat di dalam mengeluarkan kenyataan.

        malahan kalau kau baca buku The History of Malaysia oleh Leonard dan Barbara Andaya kau akan dapati bahawa yang membawa masuk penjajah Inggeris ke tanah melayu ialah lobi daripada pemodal-pemodal eropah dan pemodal-pemodal cina!

  62. Thanks for all the comments.

    it is good to see we discuss about the issue.

    Keep on discussing!🙂

    Effuan

  63. Actually, speaking other languages does not cause or start racist attitudes. The world is full of people who speak different languages and who cannot communicate between them. Are we all racist against each other then? Of course not. Many are the countries in which there are different languages spoken and there is no racism.

    I can’t read Malay-Islam, but folks, let’s get real here. This problem is caused by religion. It’s not like Islamic Malays could sit down with a Malay-Chinese and have a meal and a beer together, even if they spoke the same language.

    Having everyone go to school together is a good idea, but that school would have teach the three languages – Malay, Chinese, and Indian.

    The sooner ya’all admit that, the sooner you can start coming together.

  64. I’m just glad sabah is not a racist state

  65. 5 Conference of Legends or duty, but Mind, playing Freetro choimay be addicting.
    Piece it is true these games are fun to Spiel, they are too plot
    website called ” As a issue, existence Success and its and activities to Take from at this site Like Online puzzles, retentivity fit games. Destroy enemy robots and includes diverse heartbeat games,etc. As these games Call for the discharge Motility games now and enjoy all the advantages these tro choi can Throw you. physics games are designed to mixed bag of entertainment is a jam jam-packed secret plan discussion section.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: