DAULAT

Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’
Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Ada pun daripada kisah yang telah tersulam ratusan tahun dalam tulang sum – sum sejarah dan jalan fikir orang Melayu ini telah acap kali dijadi bukti tanda pasti akan waadat dan daulat Sultan. Ada pula buah fikir yang mengatakan  Demang Lebar Daun adalah pertamanya yang berpatek dan memanggil  Sultannya dengan gelaran Duli Yang Di Pertuan. Tapi tidak itulah yang kita ingin sembahkan dalam tulisan yang penuh cela ini. Maka entah bagaimana terdetik dalam hati kita berkat kurnia rahmat dari Tuhan RabbiulAlamin untuk membaca semula Sulalatus Salatin yang mahsyur itu karangan Tun Seri Lanang.

Tertarik kita pada ayat yang ada dalamnya kata hukum syarak. Apakah dia gerangan makhluk Allah yang  memakai nama hukum syarak ini? Jika ditilik dalam buku Pendidikan Islam tingkatan 2, kurang lebih jawapannya adalah hukum yang bersandar undang – undang Islam. Adalah terpakai maknanya kini bahawa Sultan yang bersemayam di negeri Darul Ehsan itu juga harus bersandarkan undang – undang.

Maka tidaklah timbul soal derhaka akan Sultan jika persoalan yang rumit itu berkehendak kepada faham undang – undang yang lebih dasar  dan  sudah tentunya dengan jalan ke mahkamah. Selain menilik balik sebarang ayat dalam undang – undang tubuh negeri atau segala apa pun yang perlu ditinta semula. Tidaklah ini dilaksanakan untuk bersuka – sukaan, melainkan bagi menjamin akan sentosanya Sultan kekal bersemayam dan rakyat aman bersalam.

Namun begitu adalah menjadi tercela jika Sultan yang bersemayam dijadikan sebagai umpan si kitol buat merosak sentosa rakyat. Maruah diraja dijaja laksana berjual barang dagang adanya. Kononnya umat Melayu kini telah hilang segala nikmat, telah hancur tali pengikat, hingga musuh bertambah kuat.  Sungguhpun demikian, barang buruk jika dijaja pasti tidak disentuh orang. Maka, tidaklah menjadi kerugian barang sedikit pun jika rakyat Melayu ini berpecah pandangan, asal saja tidak berpecah saudara. Sesungguhnya kan telah dijelas dalam kitab agama  bahawa sesungguhnya perbezaan itu satu rahmat yang Esa. Dan Sultan akan terpelihara selagi mana rakyat sentosa.

5 Responses

  1. Kalau rakyat tak setuju nak ada monarki lagi, boleh tak kita buang sistem monarki ini? Ker rakyat ini selama2nya bodo, maka sampai kiamat mesti kena ada monarki utk bimbing rakyat?

  2. kalo rakyat dah tak nak…dengan sendirinya sistem monarki tu akan lenyap. yang tinggal hanyalah rajagopal. hahaha. tapi hakikatnya kat msia ni maseh ada lagi orang yang merasakan sistem monarki ni perlu. selagi ada orang yang percaya kepada perlunya sistem monarki ni wujud, selagi tu la ianya takkan lenyap.

  3. Isunya kat sini aku rasa bukan monarki tu ada atau tak tapi monarki yang sedia ada ini pun rupanya tidak kebal dari undang – undang, awal sebelum zaman Melaka lagi.

    Tapi ramai yang sibuk sekarang nak kembalikan kekebalan raja? mende…

  4. kat mesia nih boleh tak kita buat kempen kesedaran tentang tak perlu ada monarki lagi? ker kat mesia takleh buat kempen camtu? kalau tak leh buat kempen, camne nak bangunkan kesedaran rakyat, yg monarki ni tak perlu pom.

  5. brcakap tntg monarki kat ngare ni..yg aku x paham.. yg pgg kuasa memerintah dab kuasa pmutus ni sape?
    dan ape peranan ketua ngara?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: