BUDAYA PEMIKIRAN MODENITI DALAM PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU.

Oleh Muhammad Nazreen

Pemikiran kontemporari bangsa melayu sering kali dilihat terlalu rigid berkenaan soal raja,adat dan budaya kemandirian bangsa itu sendiri. Mereka seolah-olah takut untuk membicarakan soal yang dilihat sensitit lebih-lebih persoalan mengenai budaya dan adat. Apabila wujud pemikiran baru yang sedikit kontradiksi dengan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai pembudayaan, mereka berasa terancam dan takut untuk membenarkan sebarang modeniti pemikiran bertapak kerana merasakan bahawa pembudayaan baru akan menghakis nilai-nilai entiti kemelayuan yang terbina sejak terbentuknya era Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bangsa melayu masih lagi melihat relevansi sistem pemerintahan feudal mampu mengabsahkan soal keadilan rakyat. Kuasa kedaulatan sultan masih lagi menebal dalam pemikiran melayu dan merasakan sebarang bentuk ancaman terhadap institusi kesultanan itu merupakan sesuatu perkara yang amat serius. 

Budaya post-modernistik masih lagi menebal dan mereka merasakan sebarang orde-orde baru yang menghalang kemutlakan kuasa bangsa untuk mempunyai autonomi dalam perangkaan perlembagaan seharusnya ditentang sepenuhnya. Malah,jika dilihat mereka masih lagi belum rasional untuk menerima demokrasi secara total akibat takut akan kuasa dominasi bangsa lain dalam pemerintahan khususnya. Faktor utama yang menyekat semangat demokrasi antara kaum ini adalah akibat daripada budaya yang wujud melalui hegemoni yang diwujudkan melalui teori pecah dan perintah semasa era post-kolonial British di tanah melayu. Pengasingan bangsa di dalam kegiatan sosiopolitik dan ekonomi akhirnya menggagalkan semangat nasionalis kebangsaan tetapi konsensus masharakat kebangsaan bermula daripada nasionalis-etnik yang mementingkan semangat mengangkat kemandirian bangsa itu sendiri.

Pada 13 Mei 1969, tragedi rusuhan kaum menjadi titik hitam dalam sejarah pembentukan negara. Peristiwa ini membuktikan bahwa semangat perkauman bangsa melayu itu masih menebal dan mereka masih lagi terlalu sensitif dan tidak bersikap terbuka untuk berbicara soal berkenaan adat kemelayuan itu sendiri. Oleh sebab itu, intergriti dan kesepakatan antara kaum terutamanya berkenaan soal-soal di dalam Artikel  153 Perlembagaan masyarakat. Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang jugaan adalah sesuatu yang keramat dan sama sekali tidak boleh disentuh oleh maa menceritakan bahawa identiti sultan itu dalam masyarakat melayu adalah suatu nilai yang diangkat tinggi dalam struktur hierarki masyarakat melayu. Malah kekudusan kuasa sultan itu turut diceritakan melalui Hikayat Hang Tuah dimana Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat yang menderhaka akibat ketidakadilan sultan yang memerintah. Slogan keramat Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” turut membuktikan bahawa budaya melayu itu sendiri harusnya tunduk kepada adat dan masih kekal di dalam semangat etno-ethnicity sendiri.

Pemikiran modeniti masyarakat melayu terutamanya berkenaan soal adat istiadat dan keabsahan kuasa sultan adalah sesuatu ruang depresi dan penghalang utama dalam membina semangat kemajmukan bangsa dalam suatu pemerintahan bercorak demokrasi. Ketidaksediaan masyarakat untuk melepaskan keterikatan pemikiran lama untuk membina sebuah nilai modeniti baru dalam kalangan masyarakat berbilang kaum pada masa ini merupakan kegagalan utama dalam pembentukan sebuah negara demokrasi.Malah, jikalau kita menelaah kembali sorotan peristiwa-peristiwa sejarah melayu melalui penelitian semula hikayat-hikayat klasik. Sejarah membuktikan bahawa identiti kemelayuan cukup gah dengan retorik mendaulatkan sultan dan sikap taat yang tinggi terhadap pemerintahan diraja itu cukup membuktikan melayu pasca moden ini masih lagi berpegang utuh terhdap budaya kesultanan itu sendiri. Karya-karya pada abad ke 15 seperti Tuhfat Al Nafis, Hikayat Pasai turut mencatatkan budaya nusantara ini masih lagi keras mengagungkan adat istiadat berkenaan soal pemerintahan dan budaya hidup berzaman.

Mitos perlambangan atau metafora terhadap material-material semiotik dan skriptual misalnya, masih lagi menekankan dan mengisi tradisi kebudayaan masyarakat yang hidup pada zaman itu untuk terus kekal membina identiti yang tidak terlepas dari aspek-aspek kebudayaan. Penemuan batu bersurat tentang kedatangan islam turut meriwayatkan bahwa aspek dorongan kerohanian dan metafizik turut meluas pengaruhnya jika mubaligh-mubaligh agama mampu menarik minat golongan aristokrasi untuk menaruh kesediaan untuk menerima kesucian agama yang didakwahkan. Kajian-kajian berunsur hermenuetik ke atas skrip-skrip textual dan skriptual turut membuktikan bahawa budaya melayu itu merupakan sesuatu unsur penting yang hidup dalam masyarakat. Budaya melayu ini tidak terlepas dengan sikap yang pro tradisional-konservatif dan masyarakat yang hidup ini takut untuk melakukan reformasi terhadap sistem sebaliknya cuba mempertahankan sesuatu sistem itu sedaya mungkin daripada ancaman luar. Masyarakat melayu begitu terancam kepada sebarang bentuk pendekatan revolusioner masyarakat kerana mereka beranggapan bahawa sebarang idea-idea baru membawa kepada kemudaratan kepada etnik melayu itu sendiri tanpa sedar bahawa budaya seperti itu tidak lagi dilihat relevan untuk menghadapi globalisasi yang kian menderas di kala ini.

Hikayat Munshi Abdullah secara terang-terangan menyampaikan mesej bahawa perubahan budaya modeniti masyarakat melayu akan menemui kegagalan. Perubahan budaya modeniti secara rambang sepertimana yang diceritakan bagaimana Munshi Abdullah yang terasah pemikirannya mendahului zamannya ditentang hebat masyarakat akibat daripada idea perubahan mengatasi zaman tampak sedikit skeptikal. Ideologi pemikiran keseluruhan masyarakat masih lagi utopia dalam kehidupan kemasyarakatannya. Mereka percaya bahawa dogmatisme itu sesuatu bentuk yang kudus untuk terus direvolusikan dalam membina masyarakat pasca moden yang reformasi dala pemikirannya. Masyarakat melayu turut dilihat bersifat primordial utamanya dalam beberapa hal. Terutama berkenaan daulah raja sebagai hierarki paling atas dalam masyarakat. Kritikan terhadap unsur pemerintahan dilihat sebagai suatu tatacara yang tidak sopan. Usaha mempertikai nilai kebudayaan tampaknya gagal untuk dirasionalkan masyarakat tentang perubahan itu perlu untuk terus merelevankan identiti kemelayuan yang lebih kompetitif dan mampu menembusi arus intelektual yang lebih sihat walaupun akarnya masih utuh berpegang dengan budaya yang direformasikan untuk kepentingan bersama. Salam Pencerahan dan Sapare Aude

12 Responses

  1. Baiklah, selepas kau kutuk Melayu kaw2 sebab susah nak terima pembaharuan, lalu apa?

    Apa sebenarnya yang kau nak sampaikan? Sekadar kutuk Melayu je?

    Aku lebih minat nak tahu kenapa Melayu jadi macam ni, penulis atau sape bleh komen?

    • kenapa melayu mcm ni.. mungkin ini boleh jadik satu topic yang tersendiri.

      tapi bagi aku, mungkin penulis sengaja kritik keadaan masyarakat melayu. sebabnya dia dah tulis pun kat perenggan yang terakhir:

      “Usaha mempertikai nilai kebudayaan tampaknya gagal untuk dirasionalkan masyarakat tentang perubahan itu perlu untuk terus merelevankan identiti kemelayuan yang lebih kompetitif dan mampu menembusi arus intelektual yang lebih sihat walaupun akarnya masih utuh berpegang dengan budaya yang direformasikan untuk kepentingan bersama.”

  2. Abang Boy, jgn berlagak jadi abanglah kat sini. Kalau bodo buat cara bodo. Aku tak berminat nak baca komen bodo, yang konon nak tunjuk kritikal, tp tulis artikel sebijik pun taraak tulis. sekadar bagi komen kutuk je? aku minat nak tahu, mcmana org bodo mcm ko ini boleh muncul dlm masyarakat? boleh sesapa tulun jawab?

  3. Aku mengaku yang aku bodoh, sebab tu aku tanya.

    Sebab pertamanya tidak adil untuk mengutuk orang Melayu sehabis2nya begitu sahaja. Mesti juga dihuraikan kenapa melayu jadi macam ni.

    Kemudian, penulis ni bilang Melayu masih lagi belum rasional untuk menerima demokrasi secara total akibat takut akan kuasa dominasi bangsa lain. So sebagai orang yang tak masuk universiti, macam aku, aku nak tau, demokrasi total tu apa benda. ada ke kat dunia ni demokrasi total.

    Lagi penulis sebut tentang tulisan klasik Melayu yang mengangkat feudalisme. Dah memang zaman itu feudal, memanglah angkat feudal dan kalau nak dipening2kan yang seharusnya dihurai kenapa hingga kini kita masih bercakap soal feudal? Ini pun tak dihurai juga..

    sebab tu aku rasa, penulis ini hanya nak kutuk Melayu. kalau nak kata aku tak menulis, komen ni kira menulislah jugak.

  4. etno-ethnicity ini benda apa?

  5. sifat keetnikan(bangsa) yang bercirikan kedaerahan….adaptasi dari teori pechah dan perintah…kawasan penempatan dipisahkan dan dipisahkan melalui kegiatan sosio-ekonomi mereka

  6. Etno-ethnicity bermaksud sikap keetnikan(bangsa) yang bersifat parochial, kedaerahan…adaptasi dari teori pecah dan perintah..dimana kaum2 diasingkan penempatan dan dipisahkan dengan kegiatan sosio-ekonomi yang berbeza di bawah pemerintahan kolonial

    • Aku rasa Etno-ethnicity adalah istilah yang agak mengelirukan. Di mana ya boleh baca mengenai ini? Aku Google tak jumpa..

  7. setakat tulis komen, pastu marah2 org kutuk melayu, apa guna. tulis artikel hantar kat diskopi, baru betul. bagi hujah2 lengkap kenapa jgn tulis artikel kutuk saja. marah org kutuk, dia sendiri kutuk takpa. bodo takleh ajar.

  8. Aku tak marah penulis ni kutuk Melayu. Itu hak dia, dan aku cuba nak minta penjelasan berkenaan idea dia. itu sahaja. bukan personal apa pun. aku bukan tau pun siapa mamat penulis ni.

    So relakslah, gua tanya penulis, orang lain plak yang marah2 (kalau itu orang lainlah,haha..)

  9. Tahniah Abun! cumanya aku harapkan kupasan-kupasan begini dibawa secara lebih mudah hadam. Penggunaan kata yang berat-berat menyebabkan pembaca rasa seolahnya ini tulisan ditujukan untuk mereka yang sedia cerah dan mampu mencerahkan. Bukan untuk mencerahkan mereka yang maseh terperangkap dalam kegelapan.

    Penulisan Abun adalah penulisan yang menggemari pertindihan. Pokok perbualan diulang-ulang dengan kata-kata berbeza. Dan lagi, Abun ini punya hobi untuk mengulang perkataan sama maksud untuk menunjukkan penegasan, namun itu suatu praktis yang tidak sehat. malah menjengkelkan.

    Perenggan pertama sebagai contoh, punya pokok persoalan yang mudah: orang Melayu punya kecenderungan untuk mengekalkan nilai-nilai sedia terpakai, dan menolak pembaharuan yang bercanggah dengan nilai-nilai itu. Namun Abun berjaya mengulang ide serupa dalam satu perenggan panjang dengan penggunaan kata yang sama tetapi tak serupa.

    Tidak mengapalah. Yang penting kita harus bertanya, adakah penulisan ini menjawab soalan yang dipertanyakan olehnya? Tulisan yang sengaja dibiarkan tergantung untuk penilaian pembaca itu adalah kelaziman yang baik. Sangat ‘sapare aude’.

    Namun tulisan yang tergantung dan tiada penutup yang ‘sampai’ adalah tulisan yang menjengkelkan. Lainlah kalau ini tulisan bersiri tentang kisah misteri kehilangan topi vietnam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: