Ada Apa Dengan Gay?

Dua minggu yang lalu aku menghadiri satu jamuan makan malam dengan Wakil Rakyat Rembau Khairy Jamaluddin, anjuran NGO Saya Anak Bangsa Malaysia. Katanya perkauman itu masih relevan di Malaysia. Kita adalah masyarakat yang terpisah kerana label bangsa dan agama. Sering kali, aku diingatkan bahawa aku ini bukan Melayu, lebih daripada diingatkan apa bangsa aku sendiri. Sungguh pun dicerca, dihina, dimaki dan sebagainya, aku sudah lupa akan bangsa aku sendiri, yang aku ingat aku bukan Melayu, aku bukan Islam, aku anak bangsa Malaysia.

Tidak lupa juga masa-masa yang aku “diingatkan” bahawa aku ini kafir, bakal menghuni neraka dan sebagainya. Aku tersenyum mengingat kembali zaman sekolah dulu. Seorang budak lelaki, yang tidak berapa suka dengan aku pernah mengujarkan bahawa aku ini adalah budak kafir yang akan diseksa dalam api neraka, justeru teman-teman perempuan Melayu tidak harus rapat dengan aku. Tahun lepas aku ada terserempak dengan budak itu yang sudah dewasa, peliknya perasaan aku bertemu dia adalah perasaan yang mengembirakan. Aku menegurnya, dan dia menegur aku kembali dengan senyuman, kami bersalaman, bertanya khabar dan meneruskan perjalanan hidup masing-masing. Entah kemana perasaan geram, dan tidak puas hati dengannya waktu sekolah dahulu, kini hanya tinggal perasaan hormat terhadap seorang yang sudah banyak berubah.

Aku dikejutkan oleh muzik tema Mighty Morphin Power Rangers, SMS dari Jodie G teman baik aku sejak bangku sekolah lagi. Mesejnya berhubung video pengakuan seorang lelaki bernama Azwan Ismail, seorang jurutera dan penulis sajak. Jurutera itu telah membuat satu rakaman video dirinya yang mengaku secara terbuka bahawa dirinya adalah gay dan memberi dorongan kepada gay-gay yang masih menyembunyikan seksualiti mereka supaya jujur dengan diri sendiri, kerana keadaan akan menjadi semakin baik. Jodie G menghantar link Youtube tersebut kerana kecewa dengan makian, kejian, hinaan, cercaan, dan ugutan bunuh yang dilemparkan di ruangan komentar video berkenaan dan juga kerana hits yang mencecah 64,000 dalam jangak masa 3 hari sahaja. Bagi aku, hanya fakta bahawa video itu telah menjadi viral adalah menarik perhatian.

Di ruangan kanan muka video Youtube tersebut, ada dua lagi video yang berkaitan. Pengakuan yang serupa oleh seorang lelaki berbangsa Cina, Pert Ong (sekadar 8,634 tontonan) dan satu lagi video sokongan moral kepada golongan Lesbian, Gay, Bisexual, and Trangender oleh Kavidha (sekadar 966 tontonan). Aku meneliti komen-komen yang ditulis, mulanya aku hanya tersenyum simpul melihat kutukan tahap budak-budak sekolah rendah, tetapi semakin aku membaca aku semakin gerun melihat ugutan-ugutan yang dilemparkan. Sesetengah daripadanya dengan jelasnya satu perbuatan jenayah mengugut dan mengancam nyawa. Semua ini hanya kerana seorang Melayu beragama Islam telah membuat pengakuan terbuka. Pert Ong juga menerima makian dan sindiran sinis namun tidak sebanyak dan setajam yang dilemparkan terhadap Azwan Ismail.

Aku terkesima membaca komen-komen tersebut. Sukar untuk aku fahami mengapa masyarakat yang mengaku Islam dan bertuhankan Yang Maha Penyayang, Maha Mengasihi, dan Maha Pengampun boleh bertindak sebegitu rupa. Aku sedar, dan aku tahu kebanyakkan yang menulis komen-komen itu tidak semestinya mengambarkan wajah Islam yang sebenar, atau adakah aku silap? Daripada komen-komen itu aku melihat satu corak pemikiran yang seolah-olah bangsa Melayu ini satu bangsa yang berbeza daripada manusia kebanyakkan. Seolah-olah seorang Melayu itu shyumul, seolah-olah orang Melayu tidak mungkin dilahirkan sebagai gay, seolah-olah menjadi Melayu itu sesuatu yang amat berbeza dengan manusia lain. Aku merenung tajam tajuk akhbar terjijik di Malaysia “Jakim Pantau Seks Songsang”,

Aku masih bingung memikirkan mengapa keperibadian seks seorang Melayu itu mempunyai nilai berita yang begitu tinggi sekali di Malaysia. Apa yang istimewa sungguh keperibadian seks seorang Melayu berbangding bangsa lain? Adakah kerana bangsa lain itu tidak seperti Melayu? Adakah darah orang Melayu berwarna biru? Apakah mereka tidak bernafsu seperti manusia lain? Apakah mereka tiada perasaan seperti manusia lain? Seluruh moral seseorang bergelar Melayu hanya terletak pada seksualitinya? Sedangkan bangsa lain juga menghadapi perkara yang sama, tetapi orang Melayu melihat isu-isu ini lebih afdal daripada perkara lain? Reaksi yang serupa tidak pernah timbul apabila video mangsa I.S.A atau keganasan Polis dimuatnaik, reaksi yang serupa tidak pernah kelihatan apabila bayi berbangsa Melayu ditemui mati dalam longkang. Ada apa dengan Melayu?

Bagi aku, semua persoalan ini masih belum terjawab. Aku masih cuba mengerti apa yang istimewanya atau berbezanya menjadi Melayu. Secara peribadinya, aku berasa hairan mengapa orang ramai kecoh akan pengakuan seorang gay Melayu. Aku tidak menilai seseorang itu daripada keperibadian seksnya, bagi aku tidak ada beza seorang gay berbangsa Melayu dengan seorang gay berbangsa Yahudi. Kecenderungan seks seseorang individu itu bukan masalah yang wajar diberi perhatian yang sebegini besar. Moraliti seorang manusia bukan terletak pada kecenderungan seksnya, moraliti lebih daripada sekadar kecenderungan seks. Untuk golongan gay, lesbian, bisexual dan transgender, aku mohon maaf, kerana bagi aku ini perkara picisan yang tidak bermakna. Aku hanya melihat anda seperti manusia biasa, tiada apa yang istimewanya berhubung kecenderungan seks anda. Aku lebih berminat mengetahui mengapa stigma terhadap gay berbangsa Melayu jauh lebih hebat daripada yang dialami bangsa-bangsa lain.

Bagi yang mencerca, dan mengugut nyawa “lelaki Melayu gay pertama” itu, barangkali anda masih belum dewasa, atau anda menghidapi masalah psikologi yang memerlukan perhatian segera. Aku dikejutkan semula dengan rentak “Go! go! Power Rangers!”, kali ini SMS daripada James, seorang kawan yang selalu bergurau sinis bahawa aku seorang seksis rasis, anti kerajaan yang homofobik ;

James: “dude u dah tingok vdeo Gay Melayu tu? Whts up with our people man? Gay pun jadi issue, straight gatal n rompak harta rakyat tak ade pulak yg sound!”,

Lings: ” wht u mean our people? u forgot? We not Malay! Haha. Melayu rompak harta rakyat nvmd, cari makan. Melayu gay… i also dnt knw wht so special”

James: “oky, this is so gay! I’m gonna go listen to Beyonce! Haha”

Lings: “dude, you are gay! Its okay, count your blessings… your not Malay gay!”

James: “Haha… you blardy racist!”

30 Responses

  1. lelaki melayu tu mendapat kritikan kerana di tu muslim……kalau dia tak muslim tak kisah…komen2 semua tu hanya atas nama islam….bukan atas nama melayu…aku admit banyak melayu yang dah rosak…compared to non malay…..gejala seks songsang ni mmg amat berat…dan perlu perhatian serius….kita fikir apa kesan dari hubungan seks songsang ni???? x da lagi keturunan…. perempuan ramai x kahwin…..silap2, gejala pelacuran semakin meningkat..aku pun kutuk juga golongan gay ni….x berilmu…..

    • xpe biar kan dia…tuhan dia xmarah dia nk men blakang~
      agama kita berbeza,cara hidup kita pun berbeza. you boleh tulis apa you nak. sbb tuhan you x marah, eh jap you ada tuhan ker? org yg tiada kerpercayaan at the end begini lah jadi nya- peace out!

      • Mengucap lah cik anne. Tuhan tu satu, tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t, jangan legitimasi tuhan lain selain Allah. Dengan menyatakan Tuhan Dia, cik anne sendiri yang menduakan Tuhan. Mengucap cik Anne, mengucap….

      • ..jangan lah engkau sekali kali bertopengkan agama kamu untuk mengutuk orang…nk men blakang….pi lah tanya siapa siapa di golongan orang kamu yang sendiri gelar self-rightous tu yang straight, yang tak songsang tapi men blakang isteri? tak payah lah nak berlagak kat sini…..nak cakap pasal tuhan, kamu tak layak….

      • ..jangan lah engkau sekali kali bertopengkan agama kamu untuk mengutuk orang…nk men blakang….pi lah tanya siapa siapa di golongan orang kamu yang sendiri gelar self-righteous tu yang straight, yang tak songsang tapi men blakang isteri? tak payah lah nak berlagak kat sini…..nak cakap pasal tuhan, kamu tak layak….

    • tidak salah dilahirkan sebagai pondan atau gay atau tomboy kerana semua itu adalah dijadikan oleh Allah ..tetapi bukan untuk kita menikmati kejadian itu sebaliknya sebagai satu ujian dari yang Maha Esa untuk menguji ketaatan dan keimanan kita yang dilahirkan sebagai seorang lelaki mahupun wanita. Ganjaran bagi mereka mereka yang berjaya mengatasi ujian sebagai seorang yang beriman bukanlah sedikit tetapi syurga sebagai balasannya.. saya pernah menemui beberapa orang lelaki lembut dan pondan yang berjaya menahan godaan nafsu yakni tidak terjebak dengan gejala sosial dan mendirikan rumahtangga dengan bahagia dgn beberapa orang zuriat yang lahir dari kelakian sebenar yang mereka miliki.. maknanya nafsu ini bukan sesuatu tidak boleh dikawal tetapi memerlukan akal fikiran dan hati yang cekal dan bersunguh sungguh dengan rasa takut kepada Allah …

      sesungguhnya semua manusia dilahirkan dengan ujian…. kalau tidak gay,,,anda mungkin dilahirkan sebagai pondan ..atau sebagai lelaki atau wanita normal yang kuat nafsunya… atau manusia cacat… atau buta… anak yatim…. atau apa saja yang Allah kehendaki…. semoga kita berjaya mengatasi segala ujian2 tersebut … hanya orang2 yg beriman dan takutkan Allah saja yang berjaya

  2. Macamaner En. Hafeez tahu golongan gay tak berilmu? En Hafeez tak tahu kah, yang internet ini pun dicipta oleh seorang gay, dan kebanyakkan genius terkemuka adalah gay.

    • berilmu tu bukan sekadar bijak memahami ja…tetapi berilmu bijak dlalam gaya pemikiran juga….tu yang saya maksudkan tak berilmu…kalau dia cipta internet ka, apa ka, dia genius sekali pun, tapi kalau terlibat dengan seks songsang ni, macam orang yang tak belajar la…fitrah seorang lelki yang inginkan seorang perempuan sebagai teman hidup….apa reason untuk diorang jadi gay???? ambik contoh engineer dalam contoh atas…dia dah belajar agama islam, tapi mungkin dia tak mendalami agama itu sendiri…dia mungkin belajar pandai, genius…tapi, pernahkah dia terfikir kenapa perempuan diciptakan di dunia ni???? pernahkah dia terfikir kenapa semasa Adam kesunyian, Allah menciptakan Hawa???? ni saya cakap melalui sudut islam… sebab engineer tu melayu… dan melayu amatlah sinonim dengan islam…. kalau ada melayu yang buat macam ni, secara tak langsung, dia memburukkan islam….saya concern dengan saudara seislam dengan saya…..saya harap dia berubah…moga dia mendapat petunjuk…

      • Apa kena mengena “sex songsang” ni dengan orang gay? Gay tak ada sex songsang pun tetap gay. Lelaki yang liwat dengan perempuan pun tetap straight. Liwat itu bukan bererti homosex. Dan perempuan diciptakan untuk jai bahan sex ke maksud kamu? Kalau perempuan memang diciptakan untuk lelaki, kenapa bilangan perempuan dan lelaki selalu berubah? Kenapa boleh sampai dunia ini boleh overpopulasi?

        Setahu saya, Islam dan sains bersepadu. Tapi lebih kurang semua pakar perubatan sedunia dari Badan Kesihatan Sedunia ke Jabatan Psikologi Amerika dengan 12 badan mewakili 477,000 pakar sedunia sudah mengemukakan kenyataan bahawa homoseksualiti bukanlah penyakit, bukanlah masalah mental dan bukanlah sesuatu orientasi seksualiti yang perlu penawar dan ubat.

        Macam mana nak hubungkan Islam dengan realiti?

    • astaghfirullahalaazim…..
      Ashadu an la ilaha illa’llah wa Allah Ashad anna Muhammadan Rasululu’llah.
      maaf andai tersalah kata. berfikir secara rasional bukan kerana bangsa n negara.
      hanya dengan satu agama. ISLAM ADALAH AGAMAKU

      • ouh let me introduce myself: larazaman.blogspot.com

        masih bertuhankan allah. masih tetap dengan pendirian ku sbg muslimah, jua sedang memperbaiki diri. sekiranya apa yg dikatakan ku salah dan bertentangan dengan agama ku, mohon maaf aku pada allah s.w.t dan muhammad

    • tolong jgn sebarkan poster diatas.mana ada jihad utk gay.lu gay ka harimau?aku tgk kt zoo pon harimau jantan suka harimau betina juga😀

      • pejuangan orang gay yang ditindas oleh orang yang tidak mempunyai balas kasihan seperti satu gurauan bagi kamu kan?!! Bersembayang lah lebih lebih agar anak -anak kamu tak dilahirkan gay atau lesbian. kamu tidak akan merasai kesengsaraan itu selagi ia tidak terjadi kepada kamu!

        Kamu semua boleh kutuk sepuas puas nya, tetapi tolong ingat yang tuhan itu maha pengasih, penyayang, mana sikap penyayang kamu?!!

        Human beings are so obsessed with drawing a clear line between what is right and what is wrong that they become so heartless and loveless.

      • startrux: btol jugak kan…harimau di zoo jugak x gay~ (~_^)

  3. Gay ni adalah bertentangan dgn ajaran mana agama sekali pon.Ia salah.

  4. Isunya di sini bukan soal salah atau tidak.
    Isu yang lebih besar adalah bagaimana kita menentukan sikap kita terhadap mereka yang berbeza dengan kita.

    Jika benar mereka sesat, adakah dengan cara memaki hamun dan mengugut bunuh itu akan membawa hidayah kepada mereka?

    Menghormati mereka bukan bermakna kita turut merelakan perlakuan mereka, tapi biarlah dengan cara beradab (civilize) dan bukan seperti tidak beragama.

    Atas nama Tuhan, berbaik – baiklah kita sesama manusia dan nasihat – menasihati, bukan ugut mengugut.

    • Ya.lara fikir komen Saya bukan Gay adalah yang terbaik dan paling tepat dan selari dalam menjawab persoalan yang dikupas dalam entry di atas.isunya yang lebih besar adalah;

      “bagaimana kita menentukan sikap kita terhadap mereka yang berbeza dengan kita e.g. gay”

      Sudah tentu ugut mengugut dan memaki hamun seperti sekian banyak komen di laman you-tube saudara Azwan Ismail itu bukan caranya.

      Dan untuk saudara Harimau Tua,gay,ianya suatu yang di luar tabii,suatu perilaku tidak normal,dan paling utama ianya adalah satu jalan hidup yang bertentangan dengan prinsip agama Islam.

      Jadi untuk itu tidak perlu hairan mengapa video pengakuan Azwan Ismail (melayu dan sudah pasti Islam) paling banyak mendapat cercaan kerana kami umat Islam masih ada yang sayang.

      Cuma silap nya mereka,terlalu emosi,lantas memaki hamun dan mencerca sedang rupa wajah Islam sebenar bukan begitu dan Islam tidak pernah sekali2 redha akan perbuatan melampaui batas.

      Sekali lagi renungan dari Saya bukan Gay;

      “Atas nama tuahan, berbaik-baiklah kita sesama manusia dan nasihat-menasihati bukan ugut mengugut.”

      • same goes here, i wonder how malay claim themself islam boleh mencaci dan memaki azwan. i dont blame azwan, coz ive cousin n frens all those gay. i accept them as a n fren n family, but then xpernah pula saya membela mereka bila melibatkan orientation mereka. so the point is relevan ker seksuality merdeka? mereka boleh bela mereka yg kurang upaya ni, tp jgn terlampau obses. xperlu lah pendedahan secara terbuka. tp bg mereka yg non-muslim or btol2 rebel n teruja mo confessed ya silakan. utk azwan, u’re muslim so sudah buat tanggung sndri laa…ini baru balasan di dunia. diakhirat nti kita sama jawap la. bukan berkhutbah cuma membetolkan diriku juga. SALAM

      • laranur… sy suka komentar kamu.🙂 bagus.
        “Atas nama tuahan, berbaik-baiklah kita sesama manusia dan nasihat-menasihati bukan ugut mengugut.”

    • “Atas nama tuahan, berbaik-baiklah kita sesama manusia dan nasihat-menasihati bukan ugut mengugut.”

  5. NI ADALAH KOMEN MANUSIA YANG BERFIKIR SECARA ISLAM:

    pondan/gay/lesbian/pengkid adalah perbuatan songsang yang jelas di dalam alquran dan hadis haram perbuatannya. Allah sendiri melaknat manusia seperti ini. tidak ketinggaln nabi muhammad yang jelas didalam hadis banyak tertulis kebencian beliau terhadap golongan ini. tidak ada pula didalam hadis dan alquran menulis supaya golongan songsang ini dibelai manja dan disokong perbuatan mereka. namun, usaha untuk mengubah manusia ini ke kehidupan yang normal adalah lebih wajib daripada menghukum bunuh kerana Allah juga melaknat perbuatan membunuh. walaubagaimanapun, sokongan ada batasnya. hanya sekadar bertujuan mengubah sikap manusia songsang ini, bukan menggalakkan mereka supaya bergiat dalam kegiatan tidak bermoral itu lagi. jika mereka in tidak mahu bertaubat, maka membuang daerah atau buang negara lebih utama daripada hukum bunuh.

  6. Malaysia harus belajar membeza dosa dengan jenayah!

  7. kaum gay diciptakan oleh Tuhan. Tidak bijak lah jika Tuhan menciptakan untuk dilecehkan, gay adalah karya Tuhan yang tidak bisa dibilang karya yang gagal karena merubah bentuk ciptaan Tuhan adalah sebuah pelanggaran. Sifat gay dr Tuhan,syukuri saja,

  8. tidak salah dilahirkan sebagai pondan atau gay atau tomboy kerana semua itu adalah dijadikan oleh Allah ..tetapi bukan untuk kita menikmati kejadian itu sebaliknya sebagai satu ujian dari yang Maha Esa untuk menguji ketaatan dan keimanan kita yang dilahirkan sebagai seorang lelaki mahupun wanita. Ganjaran bagi mereka mereka yang berjaya mengatasi ujian sebagai seorang yang beriman bukanlah sedikit tetapi syurga sebagai balasannya.. saya pernah menemui beberapa orang lelaki lembut dan pondan yang berjaya menahan godaan nafsu yakni tidak terjebak dengan gejala sosial dan mendirikan rumahtangga dengan bahagia dgn beberapa orang zuriat yang lahir dari kelakian sebenar yang mereka miliki.. maknanya nafsu ini bukan sesuatu tidak boleh dikawal tetapi memerlukan akal fikiran dan hati yang cekal dan bersunguh sungguh dengan rasa takut kepada Allah …

  9. sesungguhnya semua manusia dilahirkan dengan ujian…. kalau tidak gay,,,anda mungkin dilahirkan sebagai pondan ..atau sebagai lelaki atau wanita normal yang kuat nafsunya… atau manusia cacat… atau buta… anak yatim…. atau apa saja yang Allah kehendaki…. semoga kita berjaya mengatasi segala ujian2 tersebut … hanya orang2 yg beriman dan takutkan Allah saja yang berjaya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: