life as a work of art

we had the conversation once,

only once,

that was the last time,

no more said, nothing more done,

     what do you do,

     when face with the unimagined,

     and the unseen,

     and fear comes a visiting,

cowed into docility,

passivity, and hopelessness,

if you know, you go nowhere,

one goes furthest, in times of darkness

     and the cycle continues,

     the wheel of madness,

     the turn of insanity,

     perpetuated, perpetuating,

when will it end,

there is no end,

     the hope for tomorrow,

     for a better today,

     escapes our grasp,

     descending, falling, dying

madness! insanity!

pitiful shame to the man of today!

how you partake in this mediocrity of everyday life,

wake up!

     look among you,

     is it not he, they, who told you?

     becoming! becoming!

     life is but on a canvass,

invent, fashion, care!

Advertisements

Interlok, Pariah dan Sikap Kita

 

Aku mula mengenali Abdullah Hussain bukan melalui Interlok, tapi Imam (yang aku rasa jauh lebih baik daripada Interlok-nya itu), malah aku lebih akrab dengan novelnya yang lebih lewat seperti Masuk ke dalam Cahaya dan pastinya aku sangat menyenangi Perjalanan Mencari Bahasa yang sangat membantu untuk membaca zamannya. Bagi aku Abdullah pandai bercerita. Ketika itu aku baru tingkatan dua, aku dengan mudah mencapai novel – novel Abdullah ini dari rak perpustakaan, dan tak siapa peduli, ya, sungguh, memang tiada siapa yang kisah, apatah lagi mahu membakarnya!

Seingat aku ini kali kedua sebuah novel dikecam sebegini hina, selepas Shit, Shahnon Ahmad tapi Shit jauh berbeza dengan karya Abdullah Hussain. Malah, membaca Shit buat aku sedikit mual, dan sejujurnya aku tidak pernah membacanya hingga tamat. Bagi aku, Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung, dan Prostes lebih mudah untuk dicernakan dan sangat mengesankan. Lagi pula aku rasa karya Shahnon Ahmad jauh lebih political, keras dan berterus-terang jika mahu dibandingkan dengan Abdullah Hussain – yang bagi aku sangat romantis meskipun tidak se-romantis Usman Awang dan Hamka!

Lalu mengapa tiba – tiba Interlok menjadi sangat ‘gergasi’ di Malaysia, hingga sebahagian dari kita membakarnya?! Aku yakin, tidak semua yang ikut marah – marah itu membaca Interlok, apatah lagi mengenali Abdullah hussain sebelumnya. Reaksi terhadap Interlok sangat berlebih –lebihan. Tambah menjengkelkan dengan sikap politikus oportunis yang menahan lukah di air keruh. Tapi itu cerita lain. Continue reading

DAULAT

Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’
Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Ada pun daripada kisah yang telah tersulam ratusan tahun dalam tulang sum – sum sejarah dan jalan fikir orang Melayu ini telah acap kali dijadi bukti tanda pasti akan waadat dan daulat Sultan. Ada pula buah fikir yang mengatakan  Demang Lebar Daun adalah pertamanya yang berpatek dan memanggil  Sultannya dengan gelaran Duli Yang Di Pertuan. Tapi tidak itulah yang kita ingin sembahkan dalam tulisan yang penuh cela ini. Maka entah bagaimana terdetik dalam hati kita berkat kurnia rahmat dari Tuhan RabbiulAlamin untuk membaca semula Sulalatus Salatin yang mahsyur itu karangan Tun Seri Lanang. Continue reading

BUDAYA PEMIKIRAN MODENITI DALAM PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU.

Oleh Muhammad Nazreen

Pemikiran kontemporari bangsa melayu sering kali dilihat terlalu rigid berkenaan soal raja,adat dan budaya kemandirian bangsa itu sendiri. Mereka seolah-olah takut untuk membicarakan soal yang dilihat sensitit lebih-lebih persoalan mengenai budaya dan adat. Apabila wujud pemikiran baru yang sedikit kontradiksi dengan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai pembudayaan, mereka berasa terancam dan takut untuk membenarkan sebarang modeniti pemikiran bertapak kerana merasakan bahawa pembudayaan baru akan menghakis nilai-nilai entiti kemelayuan yang terbina sejak terbentuknya era Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bangsa melayu masih lagi melihat relevansi sistem pemerintahan feudal mampu mengabsahkan soal keadilan rakyat. Kuasa kedaulatan sultan masih lagi menebal dalam pemikiran melayu dan merasakan sebarang bentuk ancaman terhadap institusi kesultanan itu merupakan sesuatu perkara yang amat serius.  Continue reading

Ada Apa Dengan Gay?

Dua minggu yang lalu aku menghadiri satu jamuan makan malam dengan Wakil Rakyat Rembau Khairy Jamaluddin, anjuran NGO Saya Anak Bangsa Malaysia. Katanya perkauman itu masih relevan di Malaysia. Kita adalah masyarakat yang terpisah kerana label bangsa dan agama. Sering kali, aku diingatkan bahawa aku ini bukan Melayu, lebih daripada diingatkan apa bangsa aku sendiri. Sungguh pun dicerca, dihina, dimaki dan sebagainya, aku sudah lupa akan bangsa aku sendiri, yang aku ingat aku bukan Melayu, aku bukan Islam, aku anak bangsa Malaysia. Continue reading

Argumentum ad Hominem

 

Argumentum ad Hominem, a Latin phrase which means an argument to the person. I often find myself caught in various arguments with various type of people for various reasons. Quite so often i come across some people who tend to use forms of argumentum ad hominem or commonly known as a personal attack. They usually cook up a logical fallacy by attacking the character or circumstances of their opponent, which may come in forms of insult, questions of personal conduct, character, and motives. Generally it is done in the course of insulting or belittling one’s opponent to invalidate the opponents argument instead of trying to disprove the truth of the statement or the soundness of the argument. Continue reading