AIR UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK KRONI!!!

Jom kawan-kawan kita turun ramai-ramai tuntut hak asasi kita!!! Jumpa di hadapan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Kita berarak ramai-ramai ke Istana Negara!!! Ingat air untuk rakyat! Bukan untuk kroni!!! Jom!!! Jangan lupa tanda tangan petisyen di sini!.

Maklumat tambahan :

SYABAS

  1. Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada   syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
  2. RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.
  3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.
  4. RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
  5. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Apakah pelan Selangor?

  1. Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
  2. Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.
  3. Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu “kos pemindahan”.
  4. Penekanan terhadap integriti dan ketelusan – seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor – akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.
  5. Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Pilihan di tangan anda!

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah

Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 diMasjid Negara Kuala Lumpur.

Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!

2 Responses

  1. Tak masuk akal.

    Selangor nak buat duit berbillion jadi orang tengah. Akhirnya rakyat kena bayar tarif air tinggi lagi.

    Selangor tak cerita dia Akan kemudiannya kena jual aset kepada PAAB. Selangor tak da duit. Situlah dia nak pau cukup Baik. Akibatnya, nanti tarif air naik. Pikirlah sikit Dari sokong membabi buta.

  2. sebab tu la nak state owned kan blik bnda nie,so dat the money wil be circulated back to the people,not to those capitalist back,at least the money wil be disbursed back to the people,instead of Rozali!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: