Apa Ertinya Tahun Baru?

Malam  tadi menjadi saksi akan mereka yang memaku janji,

Pada kerja, pada kekasih dan pada diri,

Bagaimana  untuk melayan semuanya buat setahun lagi,

Meskipun pasti janji dahulu masih berbaki.

 

Malam tadi menjadi saksi betapa gila manusia berpesta,

Memasyhurkan  tarikh yang baru tiba,

Meskipun hakikatnya hanya kalender yang bertukar,

 

Malam tadi menjadi saksi,

Bagaimana  wang bertukar bunga api,

Bagaimana kekasih rayu menyerah diri,

Bagaimana kawan dicabar – mencabar meneguk  wiski dan brendi,

Segalanya atas nama esok  1 Januari.

 

Dan kita bertanya, pada esok pagi,

Apakah semalam tetap serupa kini?

Kelaparan, perlecehan dan muka menteri,

Tetap kekal tidak berganti.

 

Yang pasti, pagi ini sedikit pening akibat brendi.

 

Advertisements

Humanisasi dan Pemantapan Kearifan Lokal (Local Wisdom)

Oleh:
Mohd Izzuddin Ramli

Kita seringkali melihat negara barat sebagai satu bangsa yang sedang berhadapan dengan krisis keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan (dehumanisasi) secara drastik dalam masyarakatnya. Masalah terhakisnya nilai moral dalam kalangan individu serta kekeliruan pilihan budaya dan identiti memperlihatkan barat sebagai jaguh utama. Amerika yang terkenal dengan slogan “The American Dream” juga akhirnya seakan-akan memutarkan satu mimpi ngeri kembali kepada mereka.

Di sebalik kemajuan yang dicapai, apabila perindustrian mulai mengambil alih ruang-ruang asas manusia, gedung-gedung mewah mulai memacak tiang seri di setiap ruang-ruang kosong kota, lapangan-lapangan permainan kanak-kanak diganti dengan toko-toko mewah, dan di dalam diam mereka sedang melihat merebak serta melebarnya nilai-nilai individualistik dalam kebanyakan masyarakatnya. Kesejahteraan hidup yang dinilai atas jumlah milikan materi ini akhirnya melahirkan masyarakat yang teralienasi dengan kehidupannya sendiri dan semakin menjarak dengan masyarakat lain. Relasi individu dengan individu terus sahaja merenggang.

Continue reading

AIR UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK KRONI!!!

Jom kawan-kawan kita turun ramai-ramai tuntut hak asasi kita!!! Jumpa di hadapan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Kita berarak ramai-ramai ke Istana Negara!!! Ingat air untuk rakyat! Bukan untuk kroni!!! Jom!!! Jangan lupa tanda tangan petisyen di sini!. Continue reading

Nizar Jamaluddin The Coolest Man in Malaysian Politics!

Semua pembaca Diskopi dijemput hadir ke pelancaran buku Perak: A State of Crisis” | Remember, Review & Reclaim | 12.12 di Galeri Annex, Pasar Seni pada 12 Disember 2010! Menteri Besar Rakyat Perak akan hadir untuk melancarkannya! Menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional perak juga dikhabarkan telah dijemput, adakah beliau akan sporting seperti Nizar Jamaluddin dan bersila bersama-sama rakyat marhaen? Ini peristiwa bersejarah!!! Jangan lepaskan peluang anda bersua dengan selebriti politik tanah air!!! Datang jangan tak datang!!! See you there guys!!!