Islam Kontemporari di Asia Tenggara

Ulasan diskusi mingguan oleh Kelab Sains Politik (KSP)

oleh: Mohd Izzudin

 

Diskusi tentang Islam Kontemporari ini secara asasnya telah memberi penjelasan secara lebih mendalam tentang dinamika perkembangan Islam di seluruh negara. Idea-idea tentang Fundamentalism, Radikalisme, Konservatisme, Liberal, Puritanisme dan Moderate dikupas secara perbandingan untuk melihat apakah perbezaan-perbezaan yang wujud antara fahaman-fahaman Islam ini. Hal ini demikian kerana, dalam kebanyakan wacana yang berkait dengan isu pemikiran Islam (Islamic Thought) terutama di Asia Tenggara, konsep-konsep inilah yang seringkali menjadi bahan perdebatan yang utama, namun sayangnya seringkali menemui kekeliruan serta “overlapping” dalam penggunaannya. Selain daripada perbincangan tentang konsep-konsep utama ini, isu berkenaan dengan terrorisme juga turut mengambil tempat dalam diskusi Islam Kontemporari. Terrorisme secara definisinya bermaksud, suatu keadaan ketakutan yang dicipta secara sengaja untuk membawa perubahan politik. Ketakutan-ketakutan ini dicipta melalui pelbagai keadaan dan tindakan seperti kekerasan yang secara umumnya dilakukan untuk mendapatkan perhatian pihak-pihak yang berpengaruh terutama sekali pihak kerajaan. Aksi terrorisme ini jika tidak dicegah ataupun dikawal, maka nyawa masyarakat awam akan menjadi pertaruhan.

 Dalam satu sisi lain, isu terrorisme ini kadang-kala dilihat telah digunakan oleh ahli politik untuk menutupi isu-isu yang lebih besar dan utama dalam Negara. (Ahmad Sahidah, 2010). Hal ini demikian kerana, jika isu keselamatan nyawa orang awam menjadi hujah utama dalam memerangi terrorisme, ternyata kes-kes yang membawa banyak korban jiwa adalah bukan disebabkan oleh terrorisme, malah ia sebenarnya disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kemalangan jalan raya. Namun, kes ini tidak pula cuba digembar-gemburkan oleh media dan juga pihak pemerintah. Topik perbincangan berkenaan konsep Negara Agama dan Negara Sekular juga menjadi topik yang hangat diperdebatkan pada malam diskusi ini. Menurut Ahmad Sahidah, secara amnya garis pemisah yang ada untuk membezakan antara Negara Agama dan Sekular itu adalah dalam sistem pemerintahannya. Jika Negara itu telah memisahkan agama dalam pemerintahan ataupun negara, maka sekularisasi akan mula berlaku. Jika dilihat kembali kepada konsep Negara yang wujud dalam dunia hari ini, sebenarnya tidak ada satupun negara yang wujud ini boleh dikatakan sekular sepenuhnya (total secular) ataupun Islamik sepenuhnya (total Islamic). (Yunanto, 2010). Bagi Sri Yunanto, apa yang penting dalam sesebuah Negara ialah bukan pada ideologi yang cuba dibawa, akan tetapi beliau melihat kepada matlamat akhir yang akan dicapai oleh sesebuah Negara itu. Jika kesejahteraan yang boleh dibawa kepada rakyat, maka apa pendekatan ataupun ideologi yang ada sekalipun boleh diamalkan. Dalam kes nation-building di Indonesia, Presiden Soekarno dalam aspek penerimaan Islam untuk diaplikasikan dalam sistem Negara Indonesia telah memetik idea Mustaffa Kamal Atartuk (Turkey) yang mana menegaskan bahawa, untuk Negara mencapai pemodenan, Islam dan sistem Negara itu harus diasingkan. Soal pemerintahan dan pentadbiran Negara harus dibezakan dengan soal agama. Soal agama adalah tanggungjawab pribadi rakyat, dan soal Negara adalah tanggungjawab pemerintah. Hanya saja dalam konteks ini kes Indonesia tidak sepenuhnya 100% boleh dikatakan sebagai negara sekular, kerana dalam Undang-Undang Dasar dan Pancasila (Rukun Negara), ayatnya dimulakan dengan menyebut nama Tuhan. Meski dalam implementasinya negera Indonesia tidak akan campur tangan dalam perkara agama rakyatnya, tetapi negara ini tidak mengijinkan masayarakatnya menjadi Atheis. Topik Islam dan Demokrasi juga telah menimbulkan satu perdebatan yang hebat dalam diskusi yang dijalankan. Menurut Ahmad Sahidah, dalam mewujudkan sistem Negara yang baik, simbol agama dalam sesebuah pemerintahan itu sebenarnya adalah penting. Hal ini demikian kerana, jikalau simbol agama itu sudah membawa satu idea yang murni dan baik, maka substansi juga akan sama. Ahmad Sahidah menegaskan bahawa, kita tidak seharusnya menjadikan barat 100% sebagai acuan untuk membentuk sebuah Negara pilihan sendiri. Contohnya dalam menggunakan idea demokrasi. Jika sesebuah parti politik yang membawa matlamat perjuangan Islam itu memiliki visi yang kukuh dan masih mempunyai konsisten dengan idealisme parti, maka ia tidak menjadi masalah. Jadi dalam menubuhkan Negara Islam, semaksima mungkin sebenarnya tidak harus mengambil idea daripada barat. Pendapat ini disangkal dengan satu persoalan ditimbulkan iaitu apakah Negara Islam total tanpa menceduk idea demokrasi berjaya dilakukan? Bagi Suyatno, sejarah telah membuktikan bahawa tidak pernah ada satupun Negara Islam dibina dengan menggunakan dengan tidak mengambil idea demokrasi barat. Sebagai contoh ialah, Empayar Uthmaniah tidak berjaya dan telah hancur tanpa meninggalkan warisan dalam aspek politik. Oleh kerana demokrasi mengizinkan kepelbagaian idea, seharusnya pembentukan Negara Islam seratus peratus harus diuji. Selanjutnya diskusi diakhiri oleh pentingnya kembali merumuskan pelbagai istilah yang melekat dalam gerakan Islam. Bagai sebuah spektrum, yang paling kiri boleh diletakkan Konservatisme, Puritanisme mahupun Fundamentalisme. Sedangkan yang paling kanan adalah Liberalisme. Adapun yang ditengah-tengah boleh diletakkan Moderat. Apapun bentuk-bentuk perjuangan yang ingin diamalkan sesuai asas nya (fundamental) tanpa mahu mencampur dengan idea-idea moden (bid’ah) maka kita boleh meletakkan di sisi kiri tersebut. Sedangkan spektrum yang bertentangan di sisi kanan boleh diterjemahkan bahawa perlunya menafsirkan Islam secara lebih bebas (liberal) sesuai tuntutan zamannya. Adapun moderat boleh dikata sebagai jalan tengah (secara skeptik malah ada yang mengatakan bagai “diatas pagar” atau opportunist), dimana memadukan pemahaman konservatif dengan pahaman liberal. Adapun radikalisme boleh masuk mana-mana tempat, manakala sebuah kepentingan diamalkan dengan sebuah cara yang sangat radikal. Sama ada kumpulan orang fundamentalisme (ini yang sering orang tuduhkan pada kumpulan terorisme) melakukan gerakan radikalisme sama ada dalam wujud pemikiran (menolak fahaman luar secara kuat, sehingga menutup dirinya dengan menggunakan simbol-simbol keagamaan secara konservatif) mahupun melalui gerakan keganasan terorisme. Radikalisme juga boleh wujud dalam sisi liberal, manakala fahaman liberalisme Islam diamalkan secara liberal, tetapi sering kali dilakukan dalam konteks pemikiran sahaja, misalkan gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: