HOPPES

oleh mesincetak

Malam itu, dengan jeans lusuh koyak,  t-shirt bundle dan rambut yang tidak pernah bersikat aku aturkan sebuah temujanji.  Temujanji dengan seorang minah comel di kopitiam sekitar Bangi.  Temujanji ini bukan temujanji kosong, temujanji ini barangkali menentukan sama ada aku mendapat surga atau neraka.  Temujanji ini punya sejarahnya.  Aku berulangkali pikir untuk adakan temujanji ini dengan dia.  Menimbang-nimbang dengan akal sihat dan memikirkan risiko yang datang.  Setelah bermeditasi hamper seminggu, aku putuskan untuk berjumpa dia.  Kali ini, seperti kebiasaan, aku tidak sedia untuk menang, tetapi sudah bersedia dengan risiko.

Sekarang, aku dan dia duduk berhadapan.  Hanya bertemankan 2 cawan kopi O.  Sama-sama diam.  Dalam tenang itu, aku cakap “Saudari minah,aku suka kau” – sekali lafaz.  Dia terkejut, kopi di cawannya berkocak.  Pekerja-pekerja Kopitiam itu dan pelanggan lain semuanya terdiam, semuanya menoleh arah aku.  Hujan turun renyai-renyai tiba-tiba berselang seli dengan kilat.  Lampu di kedai itu tiba-tiba berkelip-kelip.  Dia tunduk tanpa jawapan.  Orang-orang keliling aku kelihatan cemas, seakan berbisikkan dalam hati ‘hero mana boleh kena tolak’…. Dia terus diam, cuma sebelum pulang, dia janji akan memberi jawapannya nanti.  Aku senyum. Aku tunggu.

Awal pagi esoknya, ada satu panggilan.  Aku capai Nokia 3310 atas meja.  Rupanya panggilan dari minah comel.  Tanpa berbasi-basi dia berikan jawapan “aku tolak kau wahai sang hero, kerana aku sudah berjumpa dengan seorang lelaki yang bekerja tetap, berkereta, berkredit kad, berpakaian kemas dan meyakinkan dia boleh menjamin kehidupan aku kelak.  Lebihnya kau adalah dari sudut ketampanan. Itu saja. Tidak jamin apa-apa”.  Selepas itu minah comel terus letak.  Aku kaget.  Bukan kerana ditolak, itu perkara biasa.  Cuma terkejut dengan ayat kedua terakhirnya.  Namun yang pelik, kenapa aku ditolak kerana tidak memberi jaminan, apakah jaminan adalah perkara teratas dalam hidup manusia?  Pening memikirkannya sampai ke malam hinggalah aku tertidur.  Dalam tidur itu aku bermimpi kawan lamaku (sudah meninggal) datang, Hoppes namanya.  Tanpa aku bertanya, dia berkata….

“-apapun juga yang diam akan selalu diam, kecuali ada barang lain yang membuatnya tidak diam. Dan apapun juga yang bergerak akan selalu bergerak, sampai ada barang lain yang menghalangnya-

Dari konsep ini, manusia akan terus menerus bergerak, dan cuba menghindari dari apa-apa penghalang untuk bergerak. Jika dalam fizika, apa yang menggerakkan dan menghentikan adalah daya, tetapi antara manusia ialah kuasa.  Kuasa adalah sarana untuk manusia mencapai sesuatu keberhasilan, dan juga melupuskan malapetaka yang mengganggu-gugat kestabilan.  Mengapakah kuasa ini harus didapati sepenuhnya, seakan tidak cukup dan tidak terpuas?  Hobbes menjawab manusia bukan tidak selesa dengan kuasa yang sedang-sedang, tetapi adakah kuasa yang sedang-sedang (boleh dibatasi) ini menjamin kedudukan agar tidak direbut oleh orang lain.  Ya, apa yang paling penting bagi manusia adalah jaminan.  Manusia terus-menerus mencari makanan bukan kerana sedang lapar, tetapi jaminan untuk hari mendatang.  Manusia masuk ke sekolah dan sekolah tinggi, kerana mahukan jaminan. Manusia berkawan kerana mahukan jaminan.  Barangkali manusia beribadah, tunduk, patuh kerana mahukan jaminan.  Manusia ucapkan kata-kata cinta kepada pasangannya kerana mahukan jaminan.   Manusia berkahwin kerana mahukan jaminan.  Hari-hari manusia memikirkan apakah jaminannya hidupnya pada masa akan datang, dan kerana itulah ‘aku’ melihat sesuatu yang lain adalah pesaing, yang bila-bila masa berupaya untuk menutup dan menghalang usaha-usaha ‘aku’ untuk peroleh kedudukan yang terjamin – dengan kata lain mencampakkan aku dalam keadaan yang tidak terjamin, ini adalah ketakutan.

Kembar kepada manusia adalah ketakutan.  Perkara ini yang dilihat oleh Hobbes dalam masyarakat zamannya.  Ketakutan ini tidak lain dan tidak bukan adalah merasakan keadaan yang tidak terjamin.  Pada bila-bila masa sahaja yang kuat berupaya memeras yang lemah.  Namun yang lemah juga mempunyai peluang dengan pelbagai helah untuk menundukkan yang lemah.  Kuat – lemah bukan perkara penting dalam persaingan.  Masing-masing (si kuat dan si lemah) ada kebarangkalian untuk ditundukkan.  Masing-masing tidak terjamin.  Ketakutan bukan milik satu pihak, ketakutan milik semua dan ketakutan serta kecurigaan terhadap yang lain terus menerus, tiada titik.  Nah, di sini ketakutan harus diberhentikan.  Sebagaimana apa yang bergerak akan terus bergerak, ketakutan ini juga terus bergerak.  Hobbes berpendapat perlu ada daya penghalang (kuasa) untuk hentikan ketakutan.  Kuasa ini bukan kecil-kecil anak.  Kuasa ini yang akan mengawal kuasa-kuasa yang lain.  Maka dari sini munculnya Leviathan – si raksasa air.  Manusia lain perlu menyerahkan sebahagian haknya terhadap Leviathan ini bagi menjamin keselamatan daripada pemerkosaan dari yang lain.  Leviathan wajib mutlak, dan kesemua tunduk kepadanya.  Maka inilah batas kepada manusia untuk terus menerus capai kuasa absolute.  Kekuasaan Leviathan, batas kuasa yang lain akan memberi jaminan kestabilan – nyahkan ketakutan.”

Selepas berkata, aku pon terjaga.  Hoppes pon hilang dari pandangan. Dan dia, minah comel yang aku temu di kedai kopi itu, mungkin happy-happy peroleh ‘Leviathan’ yang memberi jaminan, nyahkan ketakutan.  Semoga dia sedia untuk serahkan sebahagian haknya nanti.  Tiba-tiba, aku terdengar suara Hoppes lagi, dia pesan “ bro, sorry la, minah comel tu adik aku la, aku sudah pesan sebelum meninggal, jangan ada hubungan dengan mamat selekeh”….cis!

One Response

  1. best, mantap wo!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: