Islam Kontemporari di Asia Tenggara

Ulasan diskusi mingguan oleh Kelab Sains Politik (KSP)

oleh: Mohd Izzudin

 

Diskusi tentang Islam Kontemporari ini secara asasnya telah memberi penjelasan secara lebih mendalam tentang dinamika perkembangan Islam di seluruh negara. Idea-idea tentang Fundamentalism, Radikalisme, Konservatisme, Liberal, Puritanisme dan Moderate dikupas secara perbandingan untuk melihat apakah perbezaan-perbezaan yang wujud antara fahaman-fahaman Islam ini. Hal ini demikian kerana, dalam kebanyakan wacana yang berkait dengan isu pemikiran Islam (Islamic Thought) terutama di Asia Tenggara, konsep-konsep inilah yang seringkali menjadi bahan perdebatan yang utama, namun sayangnya seringkali menemui kekeliruan serta “overlapping” dalam penggunaannya. Selain daripada perbincangan tentang konsep-konsep utama ini, isu berkenaan dengan terrorisme juga turut mengambil tempat dalam diskusi Islam Kontemporari. Terrorisme secara definisinya bermaksud, suatu keadaan ketakutan yang dicipta secara sengaja untuk membawa perubahan politik. Ketakutan-ketakutan ini dicipta melalui pelbagai keadaan dan tindakan seperti kekerasan yang secara umumnya dilakukan untuk mendapatkan perhatian pihak-pihak yang berpengaruh terutama sekali pihak kerajaan. Aksi terrorisme ini jika tidak dicegah ataupun dikawal, maka nyawa masyarakat awam akan menjadi pertaruhan.

  Continue reading

HOPPES

oleh mesincetak

Malam itu, dengan jeans lusuh koyak,  t-shirt bundle dan rambut yang tidak pernah bersikat aku aturkan sebuah temujanji.  Temujanji dengan seorang minah comel di kopitiam sekitar Bangi.  Temujanji ini bukan temujanji kosong, temujanji ini barangkali menentukan sama ada aku mendapat surga atau neraka.  Temujanji ini punya sejarahnya.  Aku berulangkali pikir untuk adakan temujanji ini dengan dia.  Menimbang-nimbang dengan akal sihat dan memikirkan risiko yang datang.  Setelah bermeditasi hamper seminggu, aku putuskan untuk berjumpa dia.  Kali ini, seperti kebiasaan, aku tidak sedia untuk menang, tetapi sudah bersedia dengan risiko. Continue reading

PERHIMPUNAN MAHASISWA NEGARA

 

Sudah tiba masa Mahasiswa bangkit menuntut hak mereka. Autonomi Universiti harus dikembalikan kepada penuntut sendiri, Universiti dan pendidikan bukanlah suatu komoditi. Akta Universiti dan Kolej Universiti harus dimansuhkan dengan segera. Kita sudah berbincang, kita sudah berdebat, kita sudah merayu, kita sudah menulis surat, kita sudah mendesak universiti, namun mereka masih tidak mendengar, mereka masih menganggap kita budak hingusan yang tidak mengerti, mereka langsung tidak menghormati kita. Suara kita tiada nilai kepada mereka, mereka terus merompak negara, mereka terus menindas rakyat, mereka terus bercendana. Tatkala kebodohan menjadi budaya, tatkala mahasiswa dibaculkan, tatkala negara dibinasakan, mahasiswa terus tidak mengambil parwah. Sertai perhimpunan Mahasiswa Negara untuk memberi isyarat kepada seluruh negara, anak Malaysia tidak sanggup berdiam diri apabila negara kian gagal. Kita tuntut kembali hak kita, kita sendiri bertanggunjawab untuk perbaiki sistem pendidikan kita. BANGKITLAH MAHASISWA! BANGKIT! NEGARAMU MEMERLUKAN MU!

Geng Diskopi menyokong dan akan turun bersama Mahasiswa-mahasiswa yang peduli pada 11.1.11 .

MANSUHKAN AUKU, KEMBALIKAN AUTONOMI UNIVERSITI AWAM

 

Surat dari Osun untuk Prof Ogostazis

Oleh Osun

Empat tahun lepas saya pernah mengambil satu subjek yang diajar oleh prof Ogostazis. Tugasan yang diberikan, saya siapkan tepat pada masanya, malah pembentangan saya juga mendapat pujian daripada beliau dan rakan-rakan sekelas. Exam juga dapat saya jawab dengan jayanya, malah ketika keluar dari dewan exam, hati saya berkata, subjek ini lah yang dapat membantu saya nanti.

Namun, apabila result exam keluar, alangkah terkejutnya saya apabila hanya mendapat gred B-, saya ulangi, hanya B-. Manakala bagi subjek-subjek yang lain saya mendapat A- dan A. Timbul rasa curiga di sini, saya pun cuba menyiasat result kawan-kawan yang lain. Tapi kebanyakannya mendapat result yang hampir sama dengan saya iaitu B dan B+. Mendengar jawapan-jawapan tersebut, hati saya pun berkata, tak mengapalah..bukan rezeki saya kali ini. Kemudian, selang beberapa hari, dengan pertolongan kuasa Tuhan, datang seekor hamba ini berkata “Tengoklah aku, tak hantar tugasan Ogostazis pun boleh dapat A!! Hahaha. Itulah korang, tak pandai amik hati Ogostazis. Tengoklah aku, exam pun aku main belasah jawab sahaja.”

Akhirnya saya percayalah dengan apa yang diceritakan dari senior-senior dan super senior saya dahulu…pandai bodek dan ambil hati Ogostazis, A lah jawabnya. Kalau tak ada kebolehan tersebut, jangan bermimpilah saudari! Jadi apa yang saya nak simpulkan di sini ialah, sebelum anda hendak mengambil paper Ogostazis, pastikan anda ialah seorang : 1) Polis Nak Pencen 2) Kaki Bodek 3) Pandai Memuji 4) Budak Kelantan 5) Muka “”Jambu”” 6) Indon-Aceh.

Sekiranya anda memiliki kelima-lima atau salah satu ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka potensi anda mendapat A boleh dikatakan 100%!!! Sekian, terima kasih Prof Ogostazis dengan gred yang anda berikan kepada saya tersebut. Kerana kesannya cukup mendalam utk saya mendapat pekerjaan sehingga ke hari ini.

WARKAH MELAYANG DARI KAYANGAN II : DICULIK MAMBANG KE ISTANA API

Diriwayatkan oleh: Puaka Kubur Tujuh Petala

KISAH INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA, TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI. SEBARANG PERSAMAAN ADALAH KEBETULAN SEMATA-MATA.


Sungguh bisa Si Ikan Keli,

Bisa meresap tiada bertanya,

Jika tuan memakan cili,

Tuan juga merasa pijarnya,

Continue reading

Ulasan Terhadap Pilihanraya Kecil Galas & Batu Sapi

Setelah meneliti keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini dan beberapa peristiwa kebelakangan ini, saya terpaksa akur bahawa Barisan Nasional adalah parti yang hebat. Ini adalah kerana saya tidak dapat memahami logik disebalik kemenangan mereka di pilihanraya Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan berganda ini telah dijadikan kayu ukur terhadap keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Barangkali masalahnya bukanlah dengan Barisan Nasional, mungkin rakyat yang harus dipersalahkan bagi semua tindak tanduk kerajaan yang tidak masuk akal. Continue reading