Aduan Tentang Seorang Tutor UKM yang Memperbodohkan Anak Saya

gambar hiasanOleh Mak Cik Azura

Perubahan sikap anak saya amat ketara sejak awal semester ini (semester 1 sessi 2010/2011).  Ini lebih-lebih lagi apabila dia pulang ke rumah, di mana dia tidak lagi teruja untuk menceritakan pengalamannya menimba ilmu di Pusat Ilmu Terpilih.  Secara jujur, saya melihat dia seperti mengalami tekanan besar walaupun mengambil bidang yang diminatinya sejak dari kecil lagi, iaitu bidang ‘Sains Politik’.  Sebagai seorang ibu, saya memang tertanya-tanya mengapa dia sangat tertekannya sepertimana yang jelas kelihatan diwajahnya. Namun, bila saya tanyakan kepadanya, dia cuba mengelak dan memberi senyuman yang hambar. Kerana perasaan ingin tahu yang cukup kuat, maka saya memberanikan diri untuk membaca diari merah jambu milik anak emas saya tersebut. Beginilah antara isi kandungan diari dia yang cukup mengejutkan saya:

Jika dahulu, cuti semester bagaikan neraka bagi saya.  Setiap masa yang dihabiskan tanpa ke bilik kuliah itu bagaikan hari-hari yang melelahkan, hari-hari yang kekosongan, betapa kerinduan yang saya kenal ialah kerinduan untuk ke bilik kuliah. Namun, malangnya, saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.  Segala-galanya berubah sejak Prof Agoz (bukan nama sebenar) melantik seorang tutor yang gemar memakai baju kotak-kotak, sambil mengepit fail dan memakai kacamata seperti lagaknya seorang cendiakawan terbilang.  Namanya cendikiawan sejati ini adalah En. Topek (bukan nama sebenar).  En.Topek inilah yang telah merampas kebahagiaan yang saya nikmati selama ini.

Kelas toturial yang saya lalui tidak lagi seindah selalu.  Tiada lagi wacana, tiada lagi tanya-jawab, dan tiada lagi kegiatan saling debat antara para pelajar.  Sungguh, atas nama Tuhan, En. Topek bertanggungjawab mematikan pemikiran pelajarnya sendiri.  Soalan yang kononnya paling mencabar yang keluar daripada mulut En.Topek hanyalah, “namakan tiga buah bandar di Indonesia, selain daripada Jakarta?”.  Inilah soalan En.Topek yang sangat dibangga-banggakannya.  Walhal, inilah soalan trivia yang boleh saya google dengan Blackberry untuk mendapatkan jawapannya.

Remuk redam hati saya memikirkan betapa tidak intelektualnya UKM kerana bendul memilih seorang totur yang sedangkal ini. Bayangkan saja, En.Topek seringkali lari daripada persoalan-persoalan yang diajukan oleh pelajarnya, sambil beralasan kononnya mahu memberi ruang untuk pelajar berfikir, padahal dirinya sendiri terlalu cetek tentang ilmu-ilmu politik yang asas.

Bahkan, kejelekan En.Topek ini tidak berakhir di bilik toturial saja.  Tapi memang silap saya juga, untuk ‘approve’ dia dalam ‘Facebook’ saya.  Mungkin kerana saya sentiasa bersangka baik dan kebetulan pernah menjadi seorang senior yang dilihat baik pada awalnya, namun ternyata bebal pada akhirnya.  Setiap kali dia ‘post’ sesuatu yang kelihatan intelek, dia tidak pernah menjawab, malahan mengelak dari menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.  Bahkan, lebih memalukan lagi bila beliau dengan sengaja mem‘post’ videonya sendiri semasa menjadi moderator di salah sebuah program di UKM.  Dalam Facebook dia juga memadamkan setiap komen yang negatif. Saya menyaksikan semua kemunafikan ini di hadapan mata saya. Bermula pada saat inilah, saya benar-benar yakin bahawa En.Topek memang tidak layak untuk jadi tutor UKM di Sains Politik.  Sungguh, bukanlah saya cemburu, tetapi daya inteleknya semasa program berkenaan boleh memalukan seluruh kakitangan akademik.  Hujahnya tidak lebih hanyalah sembang kosong, sama seperti Prof Agoz.

Atas nama Allah swt, saya amat kecewa dengan pemilihan En. Topek sebagai tutor dalam program Sains Politik.  Saya percaya kebodohanyan untuk memahami politik dan tiadanya sikap kritisnya telah menyebabkan para pelajar sains politik kemudiannya akan mewarisi pula kebodohan yang telah dia telah pelopori.  Kekesalan yang amat sangat juga ditujukan kepada pensyarah yang bertanggungjawab menyerahkan tugas tutorial ini kepada En. Topek yang tidak layak. Saya pencaya, dengan kualiti En. Topek ini, maka kebodohan demi kebodohan akan disaksikan lagi di sains politik UKM.

Namun, ada sebuah pertanyaan yang menganggu fikiran saya. Sebenarnya, apakah En. Topek telah melalui prosedur yang betul untuk menjadi tutor? Saya musykil, mungkin En. Topek diterima masuk menjadi tutor Sains Politik menerusi jalan belakang, menerusi bodek-bodek. Sebab, saya difahamkan, ada ramai lagi bekas pelajar yang lebih hebat darinya, tapi dinafikan untuk menjadi tutor. Saya, sangat kecewa dengan keadaan ini, sampai saya terfikir-fikir untuk membunuh diri kerana tertekan akibat kebodohan yang tiada batasnya, nauzubillah hi minzalik!”

Sampai di sini sahaja hasil tulisan  dalam diari anak sulung saya yang sempat saya baca.  Sebenarnya saya tidak sanggup untuk terus membaca halaman-halaman lain lagi.  Walaupun mengalir airmata darah sekalipun, pasti tangisan itu tidak akan mengubat kesengsaraan anak saya yang dahagakan ilmu-ilmu politik dan berhasrat benar menjadi seperti idolanya, Prof. Dr. Niklas Luhmann.

Namun harapan itu kian gelap akibat kesilapan UKM mengambil tutor yang tidak layak, dan tidak berkualiti. Perasaan saya sekarang ini, samalah seperti kata sebuah pepatah, ‘bagai menyuruh penyu mengajar matematik.’ Pepatah ini tepat menceritakan betapa tragisnya kesah pengembaraan ilmu anak saya tersebut. Semoga En. Topek bertaubat, dan meminta maaf kepada para pelajarnya yang telah diperbodohkannya!

Sekian, terima kasih.

21 Responses

  1. saya adalah salah seorang pelajar sains politik tahun tiga…
    seperti biasa saya gemar membaca blog ini…. namun post kali ini saya fikirkan terlalu beremosi ataupun “gila gedik”… ahakz…

    pertama, saya tidak pasti cerita ini adalah cerita sebenar ataupun mitos yang direka semata-mata untuk membiarkan pembaca terbuai oleh khayalan yang direka oleh penulis ini… jika rencana ini rekaan semata-mata, ianya menunjukkan penulis rencana ini seorang yang pengecut dan menggunakan imej khayalan sebagai perisai jika penulis diserang kembali..

    kedua, adakah anak mak cik azura seorang mahasiswa yang sebenar…. kita semua menyedari bahawa mahasiswa ialah pelajar yang diasah untuk menghadapi keadaan di tempat kerja yang lebih sukar jika mahu dibandingkan…. perkara ini saya cuba timbulkan bagi menjelaskan bagaimana tidak semua perkara itu akan menjadi sepertimana yang kita mahu….disini saya memetik kata-kata di dalam diari….

    “Saya, sangat kecewa dengan keadaan ini, sampai saya terfikir-fikir untuk membunuh diri kerana tertekan akibat kebodohan yang tiada batasnya, nauzubillah hi minzalik!”

    Jika inilah yang ditulis di dalam diari “mahasiswa” itu, bukankah kita patut merisaukan anak puan dan bukannya merisaukan “kebodohan” tutor yang dikatakan…. Jika keadaan sebegini tidak mampu dihadapi, bagaimana jika ianya berlaku ditempat kerja…. boleh jadi, asyik bertukar-tukar pekerjaanlah anak mak cik azura….

    ketiga….pemilihan tutor ini mungkin dipilih menerusi sistem “bodekism”…. mungkin ada pelajar senior lain yang lebih “layak” menjadi tutor…. tapi adakah kita hanya melihat dari satu aspek sahaja iaitu keintelektualan…. namun tugas sebagai tutor bukannya sama tugasnya seperti seorang pelajar….. pemilihan seorang tutor dilihat daripada banyak aspek…. secara “ideal”nya, kita mungkin akan memilih seorang tutor itu melalui kepandaiannya…. namun secara realitinya, kita akan memilih pekerja melalui keserasian, displin dan persefahaman…. Jika proses “bodek” ialah salah satu cara pensyarah mengenali pelajar, maka bagi saya ianya bukannya suatu masalah…. Melalui pengenalan inilah membenarkan pensyarah memilih tutor yang sesuai dengan dirinya…. Perkara ini berbeza dengan pelajar yang tidak mem”bodek”….. pensyarah sukar mengenali mereka dan membina persefahaman…. Idea ketiga ini sebenarnya cuba menerangkan bahawa darjah ke”intelektual”an bukannya satu-satunya aspek yang dinilai oleh pensyarah di dalam mengambil pekerja yang akan berkerja dengannya….

    Sebenarnya, jikalau anda menilai perkara ini dengan teliti, dapat dilihat bahawa perasaan ketika penulis menulis di dalam diari itu ialah “perasaan tidak puas hati” dan bukannya “perasaan dahagakan keintelektualan”…. Jikalau, individu tersebut dahagakan keintelektualan, beliau akan mencari cara alternatif untuk mendapatkannya… Segala yang ditulis menunjukkan perasaan geram yang mendalam terhadap individu dan segala tingkahlaku Topek sehinggakan dapat dilihat daripada ayat

    “….seorang tutor yang gemar memakai baju kotak-kotak, sambil mengepit fail dan memakai kacamata seperti lagaknya seorang cendiakawan terbilang”

    oleh itu,dapat dilihat, penulis cuba meletakkan kesakitan daripada “kedahagaan ilmu” itu ke atas individu yang bernama topek di dalam cara yang tidak intelektual….. Pada pendapat peribadi saya, faktor ketidakpuasanhati ini lahir akibat apabila mereka tidak sependapat…. Saya sendiri pernah mengalami itu…. namun saya mengerti Topek baru sahaja menjadi tutor pada semester ini….. Banyak yang perlu dipelajari…..

    Bagi Topek, saya sebenarnya tidak rapat dengan individu itu tetapi saya berharap, beliau dapat menerima artikel diatas sebagai komen membina kerana ianya penambahbaikan yang anda boleh lakukan…… Sekian….

  2. Cam x patut jer benda….. delete pon ok jugak ni…..

  3. Semua ini adalah rekaan semata2 untuk membalas dendam…tapi yg paling jijik adalah ada seorang pensyarah berkepala botazzz licin (bukan nama sebenar) sanggup menjadikan pelajarnya mangsa pemuas nafsu serakah kepala botak bawahnya…sungguh jijik…

    • bukan dendam bukan sengketa yang dicari cuma perlu ingat setiap patah fitnah zina yang ditabur pada orang yang beriman, neraka tempatnya. Siapa yang menabur buih, kelak akan menerima badainya. Jazakallah..

  4. salam…

    Saya rasa…anda tidak perlu menulis semua ini…anda bukan seorang yang layak untuk menilai…….anda tidak sedar bahawa penulisan anda ini hanya menampakkan kecetekan ilmu anda….anda seperti membuka pekung di dada……..saya tersenyum membaca penulisan anda ini kerana saya pernah melaui pengalaman ini…menemui ilmuan yang dikatakan bertanya soalan yang seperti menampakkan tidak intelektual….tetapi, anda perlu beringat….di luar sana, cabaran lagi banyak. Ditambah pula dengan pelbagai soalan yang boleh dikatakan tidak intelek akan ditanya kepada anak anda……saya pernah bekerja di beberapa firma selalu melaluinya..sebenarnya..soalan yang kelihatan bodoh dan tidak intelek itu lah yang menjadikan seseorang itu luar biasa…pernah dengar bagaimana seorang akitek diberikan satu idea yang kelihatan tidak intelek walhal idea yang itu mampu menghasilkan satu idea reka bentuk bangunan yang hebat? bagi saya..anak anda seorang yang gagal…….mahasiswa harus berfikir….bukan terlalu cepat melatah dan give up..sebab kerana EN TOPEK anak anda hilang semangat belajar? pelik dan aneh…..mungkin anak anda tak layak berada di UKM….saya yang telah berada hampir 6 tahun di UKM merasakan anak anda harus segera mematangkan diri…jangan salahkan sesiapa tapi lihat pada diri…bagi saya EN TOPEK menjalankan tugas dengan baik kerana kerana anak anda pun belum tentu jadi TUTOR UKM kot……………….

  5. yati ni macam danial azanzil la..

  6. yati

    ni ceghite pasai topek.awat yang ang melalut pensyarah botak.pe dia ni.ke ang ni topek dok menyamaq yati..awat dah tukaq jantina ka? eloq-eloq ada k*t* nak tukaq poen pulak? muahmuahmuhamuah

  7. Bagaimana yati boleh tahu..dan bgaimana ada perbandingan paling jijik..maka btol la apa yg dilakukan en.topek ni jijik…

  8. Kalau kita berani mengkritik orang, kita juga mesti berani menerima kritikan dari orang… Budak sains politik kritik orang no 1, tapi bila dikritik cepat saja melatah..

    Apa yang disampaikan tak mahu diambil peduli… Hahaha..
    Bodoh punya sains politik…

  9. Bagi aku masalah ni bukan salah topek.. salah org yg pilih topek itu.. wawawawaaaaaa

  10. picisan.sekadar menjadikan medan blog ini sebagai mengkritik..

    kalau rasa hakikat ketidaksempurnaan itu akhirnya menghantui diri, banyakkan istighfar dan reda, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui kejadian ciptaanNya.

    berniatlah menuntut ilmu kerana Allah, sesungguhnya ilmu yang sedikit diperolehi itu lebih baik daripada tiada langsung.

  11. Kah kah.. Bodoh laa korang, persoalan kisah ini ialah tentang kesesuaian topek sebagai tutor, itu yang perlu didengari bukan pasal kisah-kisah ‘ibu dan anak’.. Aku rasa si penulis pun tahu/percaya yang korang tak kan percaya benda ini… kah kah… Disebabkan keangkuhan korg; tak boleh dikritik, korg lupa apa mesej yang ingin disampaikan kah kah… Bodoh betol.. Kah kah…

  12. memangle budok-budok sains politik bingai..tutornye bingai same..muhamuhamuhamuha..ade ke ajor demokrasi & sivl tapi tanye budok pase nama bando dalam Indon..tak ke bodo tu..padan le budok sains politik bingai-bingai kome oi..nengok ketua jabatan le..bongok same..

    • mknenye ko pown bingai sme la..psl sibuk prhati n judge owg len bingai smpai x pasan hl diri sendiri y lebeyh bingai..=)

  13. jgn kita lupa setiap yg bernyawa pasti akn menemui mati…..allah maha adil keatas setiap umatnya…hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu…

    oleh itu, buat si fitnah janganlah lupa , setiap perkara yang di lakukan kebenaran akan di ketahui akhirnya.

    buat yg di fitnah : teruskan berjuang…kerana setiap perjuangan menjanjikan kebahagian…andai rebah bangkitlah semula,..andai terluka ingat janjinya.. Teruskan berjuang demi anak bangsa…

  14. budak-budak sains politik elok masuk kandang lembu saja. cucuk idung, ikut saja mana tutor/pensyarah nak heret. langsung takut nak berfikir lebih. buat malu umur saja!

  15. […] Aduan Tentang Seorang Tutor UKM yang Memperbodohkan Anak Saya […]

  16. ala korang, rilek2 sudah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: