Bertanyakan erti falsafah di Malaysia

Semasa pelan tindakan Wawasan 2020 diumumkan dan dipegang sebagai ideologi nasional pada masa 1990an, ia diletakkan sebagai landasan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dapat membawa Malaysia ke tahap negara moden. Pengagihan ekonomi yang saksama dan pembentukan bangsa Malaysia menjadi objektif utama. Pertumbuhan industri-teknologi dan pencapaian fizikal-infrastruktur menjadi pertaruhan kerajaan Mahathir.

Tidak dibicarakan di mana harus letaknya falsafah atau sains manusia. Continue reading

Advertisements

WARKAH MELAYANG DARI KAYANGAN

Diriwayatkan oleh: Puaka Kubur Tujuh Petala

KISAH INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA, TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI. SEBARANG PERSAMAAN ADALAH KEBETULAN SEMATA-MATA.


Awalul Kalam,

Sahibul hikayat.  Baratul Istihlal….Hikayat bermula pabila hamba duduk-duduk beristirehat di bawah pohon kedondong setelah penat seharian membanting tulang.  Angin sepoi-sepoi bahasa menjelang musim tengkujuh seakan-akan mengelus-ngelus lembut pipi hamba, laksana jari-jemari kasihnya Dewi Siti Sundari mengusap rambut Sang Bimanyu seperti diperihalkan dalam Hikayat Seri Rama.  Aduhai, kerana panahan kenikmatan yang tidak terhingga itu, hamba pun terlena seketika.  Sedetik, dua detik terlena, sekonyong-konyongnya hamba didatangi oleh seorang tua yang terlalu sangat saktinya dalam mimpi.  Lagaknya laksana seorang petapa yang baharu turun dari Bukit Seguntang Mahamiru.  Air mukanya bercahaya laksana Maharaja Darmawangsa yang baharu turun dari keinderaan.  Bersimpuhlah dia seakan seorang Batara Guru di hadapan hamba. Continue reading

Intelektual Komunikatif

Apa, dan siapa itu intelektual (atau, cendikiawan)? Apakah tugas-tugas intelektual? Apakah intelektual itu hanyalah akademikus yang berkubu di kampus-kampus? Sebetulnya, melihat dunia intelektualisme di Malaysia, pertanyaan-pertanyaan ini amat mendesak untuk dirungkaikan.

Dewasa ini, kampus di Malaysia, memang sudah menjadi zon selesa, di mana intelektual kita kekenyangan meneruskan apa yang ada (das Sein), bukannya mengangkat apa yang seharusnya (das Sollen). Yang ada adalah, akademikus yang gigih memperbodohkan generasi-nya. Manakala, yang seharusnya, mencerdaskan generasi, makin dilupakan. Persoalannya, bagaimana semua ini dibenarkan berbudaya? Bagaimana akademikus kita, yang sepatutnya bertindak sebagai intelektual, tapi akhirnya gagal memenuhi amanah dari makna intelektual itu sendiri. Continue reading

Aduan Tentang Seorang Tutor UKM yang Memperbodohkan Anak Saya

gambar hiasanOleh Mak Cik Azura

Perubahan sikap anak saya amat ketara sejak awal semester ini (semester 1 sessi 2010/2011).  Ini lebih-lebih lagi apabila dia pulang ke rumah, di mana dia tidak lagi teruja untuk menceritakan pengalamannya menimba ilmu di Pusat Ilmu Terpilih.  Secara jujur, saya melihat dia seperti mengalami tekanan besar walaupun mengambil bidang yang diminatinya sejak dari kecil lagi, iaitu bidang ‘Sains Politik’.  Sebagai seorang ibu, saya memang tertanya-tanya mengapa dia sangat tertekannya sepertimana yang jelas kelihatan diwajahnya. Namun, bila saya tanyakan kepadanya, dia cuba mengelak dan memberi senyuman yang hambar. Kerana perasaan ingin tahu yang cukup kuat, maka saya memberanikan diri untuk membaca diari merah jambu milik anak emas saya tersebut. Beginilah antara isi kandungan diari dia yang cukup mengejutkan saya: Continue reading

Conversation of Minds

An ex atheist : I would still believe in God even if the truth is there is no God.
A believer of X : The truth is God.
An ex believer now atheist : I simply can’t deny any of that.
An atheist from childhood : There is no such thing as God.
An ex atheist : Woa… Your right! There is definitely no such thing as God. There is only God. Are you sure you’re an Atheist?
A believer of X : How dare you say that An atheist from childhood? You have offended me. You are evil personified!
An ex believer now atheist: You will be those that suffer a great retribution in the hereafter. You have verily provoked the wrath of God.
An atheist from childhood : That’s bullshit.
An ex atheist : Hey that’s not what i meant. I was just astonished by the wisdom in what An atheist from childhood said. There is no such thing as God,… because God is incomparable.
A believer of X faith : But i think that’s just your weird imagination. You see (Name of God) is God. (Name of God) is incomparable. The God you’re looking for is (Name of GOD).
An atheist from childhood  : Haha…
An ex believer now atheist : Yea man, verse (insert reference) of the (insert name of sacred text) states, that there is only one God. If you don’t believe then you shall suffer when The Day comes.
A believer of X faith : Your talking about your fate right?
An ex atheist : Does this qualify as a congregation in the name of God?
A believer of X faith : Are you mad?…
An atheist from childhood  : Dude not you too…

*Replace X with any religion.