Falsafah Malaysia!

He also made an impassioned plea for Malaysians to avoid “destructive talk and wasteful academic and philosophical debates” on racial issues.

-Idris Jala, MalaysianInsider, 22 September 2010-

Pertama sekali, sesiapa yang tidak mengetahui atau ingin mengenali dengan lebih lanjut lagi maksud falsafah boleh terus ke sini; http://www.wikipedia .org. Kedua, pilihan ini digalakkan untuk mereka yang terutamanya daripada Barisan Nasional – UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, muhyddin, Ibrahim ali, rosmah, Mahathir, Perkasa dan banyak lagi yang diluar sana.

Ketiga tawaran ini seterusnya harus dilanjutkan juga kepada mereka-mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR, PAS, DAP, PSM, dan lain-lain lagi – bagi memastikan semangat 1 Malaysia yang dilaungkan Najib dilaksanakan. Keempat, dijemput juga ke rumah terbuka Hari Raya yang akan berlangsung di laman Wikipedia semua professor dan pensyarah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia – namun ini hanya sebagai jemputan peringatan – jemputan ini sememangnya telah diterima dari dulu-dulu lagi dan ada juga yang telah menghadiri rumah terbuka setiap tahun tanpa gagal.

Kelima, bagi mereka yang telahpun biasa merujuk inovasi teknologi yang agung ini – untuk rujukan, pembacaan, perdebatan, perbincangan, menghentam, memandai-mandai – anda harus berusaha dengan lebih keras lagi. Terlalu banyak maklumat dan pengetahuan yang terdapat dalam 1 halaman laman sawang itu. Sehingga hanya mereka yang pandai sahaja dapat memahami isi-isi yang terpapar dan memerlukan masa yang sangat banyak – bukan sahaja untuk mencari maklumat tersebut, tetapi untuk membaca dan mentafsir makna yang ingin disampaikan.

Alangkah bodohnya mereka di Eropah pada kurun ke-17 hingga ke-20 – Hume, Descartes, Kant, Hegel, Schopenhauer, Spinoza, Nietzsche, Kierkegaard – memikirkan tentang ilmu dan konsep manusia yang tidak berguna dan hanya untuk menghabiskan masa yang terlalu banyak.

Sedihnya melihat mereka yang terkorban semasa Revolusi Perancis kerana idea-idea Rousseau, Voltaire, Diderot yang tidakpun membawa apa-apa perubahan kepada masyarakat Perancis dan Eropah. Rasional, hak asasi manusia, akal, kebebasan – liberty, equality, fraternity – hanya kata-kata dalam sastera bahasa yang tidak diperlukan.

Hampir terlupa, kita tidak memerlukan falsafah, pengetahuan. Masyarakat kita, negara kita, kerajaan kita, tidak pernah ada falsafah. Bahaya pemahaman sebegini – falsafah sebagai emansipasi – kerana akan nanti menyalahtafsirkan makna, tujuan dan objektif universiti-universiti di Malaysia. Tujuan universiti adalah untuk menyekat, membodohkan, menhanguskan, bonsaikan minda pelajar. Kita tidak boleh memberi tafsiran yang salah kepada konsep universiti. Itu satu tindakan yang sangat tidak beretika. Harus kita bersyukur kepada kerajaan – Barisan Nasional – kerana membodohkan, menganggurkan kita.

Pakatan Rakyat mesti faham. Rakyat malaysia mesti faham. Ini untuk kebaikan kita.

Baru saya sedar. Pernyataan 1 hingga 5 adalah silap – semua itu tidak berkaitan dengan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: