Jangan Lupa UKM4

KEADILAN SENTIASA BERSAMA MAHASISWA

Setelah membuat keputusan untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya telah meletakkan seluruh pengharapan saya kepada sistem perundangan dan penghakiman negara ini. Hal ini berikutan ketidak adilan dan kezaliman yang berlaku terhadap saya dan 3 orang teman yang lain.

Justeru pada hari esok, Selasa, 28hb September 2010, pada jam 2 petang – adalah hari keputusan dan penghakiman terhadap kes kami ‘UKM 4’. Dengan pengharapan yang besar, kami berempat akan hadir ditemani keluarga dan sahabat terdekat ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan kes berkenaan. Inshaallah, kami berempat telah bersedia dan akan terus tabah menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada pandangan saya, kes ‘UKM4’ bukan hanya isu dan pengalaman ketidak adilan yang berlaku terhadap kami berempat, tetapi juga kes yang melibatkan seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia.

Kes ‘UKM4’ juga bukanlah sekadar kes untuk mahasiswa menuntut hak dan kebebasan berpolitik, tetapi kes ini adalah perjuangan seluruh anak muda dan mahasiswa bagi mendapatkan hak dan kebebasan untuk berakademik, hak dan kebebasan untuk bergerak, hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan, juga hak untuk berpolitik.

Hal ini jugalah yang berlaku kepada kami berempat –mahasiswa Sains Politik, yang dilarang turun ke lapangan pilihan raya, untuk mendapatkan ilmu yang praktik tentang politik. Juga dibataskan pergerakan kami dengan tidak boleh berada di kawasan pilihan raya atas sebab kami adalah mahasiswa.

Seluruh hak dan kebebasan ini telah dirampas oleh institusi yang dinamakan universiti. Hal ini jugalah yang dilihat oleh para mahasiswa, ahli akademik dan rakyat Malaysia sebagai perkara yang membantutkan pencapaian dan prestasi mahasiswa yang seharusnya lebih baik. Oleh yang sedemikian, saya menyeru seluruh anak muda dan mahasiswa, atas nama ‘student unity’ untuk terus berjuang mempertahankan hak dan kebebasan kita yang sepatutnya.

Saya dengan yakin dan percaya bahawa keadilan sentiasa bersama mahasiswa.

Terima kasih,

Hilman Idham,
Presiden,
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Advertisements

Falsafah Malaysia!

He also made an impassioned plea for Malaysians to avoid “destructive talk and wasteful academic and philosophical debates” on racial issues.

-Idris Jala, MalaysianInsider, 22 September 2010-

Pertama sekali, sesiapa yang tidak mengetahui atau ingin mengenali dengan lebih lanjut lagi maksud falsafah boleh terus ke sini; http://www.wikipedia .org. Kedua, pilihan ini digalakkan untuk mereka yang terutamanya daripada Barisan Nasional – UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, muhyddin, Ibrahim ali, rosmah, Mahathir, Perkasa dan banyak lagi yang diluar sana. Continue reading

Ganyanglah!

“Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Presiden Soekarno


Itu adalah petikan daripada ucapan Ganyang Malaysia, sebagai reaksi kepada demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur yang berlangsung tanggal 17 September 1963 di mana lambang Garuda Pancasila dari kedutaan Indonesia diturunkan oleh Samy Vellu yang masih muda, dan oleh pemberita Berita Harian ketika itu Khalid Yunus. Lambang itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri ketika itu, di Jalan Dato Onn. Mereka telah memaksa Tunku yang enggan memijak lambang tersebut dengan mengusungnya dan diletakkan di atas lambang itu. Continue reading

Diskopi Condemns Quran Burning Plan

Geng Diskopi menyelar rancangan Gereja Evangelican untuk membakar Al-Quran untuk menandakan serangan 9/11. Pengumuman Pastor Gereja Dove World Outreach Centre itu amat biadap dan tidak menghormati kepercayaan orang lain.

We hereby strongly condemn with great disgust the plan to burn the Quran by the Dove World Outreach Centre Church. The action is not only a crying shame but also contradictory to Christian believes. The pastor should be reminded that Jesus taught to turn the other cheek, and to love thy enemy.

Reflections on India and the discussions about Asia

We hear very often that India is a country engulfed in problems. From poverty to violence to disasters, these are the usual murmurs we hear. At the same time, personally, I have also been privileged to read about many prominent intellectuals and leaders that come from this vast nation of impossibly diverse peoples.  Tagore, Gandhi, Nehru, Radhakrishnan, these are just some of the thinkers that have made India what it is today, and not too forget also the contemporaries; Amartya Sen, Ashis Nandy, Manmohan Singh, Gurcharan Das, Ramachandra Guha, Sunil Khilnani, Gayatri Spivak, Arundhati Roy, and many more. Continue reading