Geng Diskopi Selar Tindakan Universiti Malaya

Tak sampai 24 jam selepas Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial UM memberi kebenaran kepada Persatuan Sejarah untuk menganjurkan public lecture STUDENT POWER buat mahasiswa Universiti Malaya pada 24.08.10, pihak pentadbiran UM telah campur tangan mengikut jejak langkah UiTM dengan membatalkan lecture tersebut. Usaha aku sejak tahun lalu hendak berkongsi sejarah ini dengan mahasiswa negara kita ternyata sia-sia… jelas sekali mereka yang berkuasa tak mahu kamu mahasiwa tahu tentang sejarah ini.

Geng Diskopi menyelar tindakan Universiti Malaya sekeras-kerasnya. Tindakan Universiti Malaya adalah satu tamparan hebat terhadap orang muda. Ini adalah satu penghinaan terhadap mahasiswa dan budaya ilmu. Adalah amat menghampakan dan memalukan apabila Universiti yang dianggap terbaik di Malaysia itu mengikut jejak UiTM yang sememangnya diketahui tali barut UMNO. Malang sekali untuk negara apabila institusi pendidikan tinggi turut dicemari politik zalim UMNO!. Diskopi memanggil semua badan, persatuan dan gerakan orang muda untuk menyelar tindakan Universiti Malaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: