CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA

KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)

-KENYATAAN MEDIA-

13HB OGOS 2010

CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA

Syarahan Perdana dan tayangan Student Power yang di langsungkan oleh seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia. Beberapa siri syarahan telah dijalankan secara terbuka di luar kampus khusus di Lembah Klang. Pihak penganjur juga telah menambah inisiatif untuk menjalankan syarahan perdana ini di dalam kampus. Namun, percubaan untuk menganjurkannya di dalam kampus itu telah digagalkan apabila program itu diarahkan batal serta merta. Minggu lepas di UiTM Kampus Puncak Perdana dan semalam ia diarahkan batal di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran universiti yang membatalkan program syarahan ini tanpa sebab yang munasabah. KAMI juga mengecam sekeras-kerasnya campur tangan politik yang tidak mahu program sebegini terus berlangsung. Bagi KAMI, pihak universiti seharusnya lebih bersikap terbuka dalam membuat keputusan dan mengabaikan sebarang tekanan politik yang diberikan khususnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.

KAMI menolak sebarang campur tangan politik di dalam universiti atas kesedaran bahawa autonomi universiti itu harus diserahkan kembali kepada mahasiswa. Masalah yang terbesar dengan sistem pengajian tinggi di Malaysia ialah apabila segala keputusan dan tindakan yang akan diambil itu adalah tindakan dan keputusan politik. Keputusan ini akhirnya adalah pada tangan Naib Canselor yang dilantik langsung oleh Menteri Pengajian Tinggi atas dasar lantikan politik. Maka keputusan yang dibuat oleh Naib Canselor dan pentadbirannya juga adalah keputusan  politik. Ini adalah masalah yang terbesar bagi IPTA di Malaysia.

Atas kesedaran itu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen berpendirian bahawa;

  1. Pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti harus lebih terbuka dan demokratik dalam membuat keputusan.
  2. Mengecam keras sebarang campur tangan politik dalam keputusan yang diambil oleh universiti.
  3. Mendesak agar universiti membenarkan penganjuran program syarahan perdana Student Power.

Hilman Idham,

Presiden,

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: