IDEA MAHASISWA BERPOLITIK BUKAN ISU POKOK

KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)

-KENYATAAN MEDIA-

-UNTUK EDARAN SEGERA-

24HB OGOS 2010

IDEA MAHASISWA BERPOLITIK BUKAN ISU POKOK Continue reading

Kalau Melayu

Nama aku Singh, aku bukan rasis… namun hidup aku penuh dengan rasisme. Manakan tidak? Setiap borang yang diisi tidak lengkap tanpa kotak bangsa. Buka akhbar, hampir setiap hari ada sahaja berita yang berbaur perkauman. Politik, ekonomi, dan sosial, semuanya dilihat daripada kaca mata perkauman kalau tidak agama.

Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi Negara pun bicaranya masih tentang kaum. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. Continue reading

Merdeka Kah?

Kepada sekalian pembaca, tahun ini Tuk tidak merasa merdeka. Tahun ini banyak perkara yang Tuk kira harus Tuk berkabung… demi negara yang tercinta. Bagi yang tidak parwah dan masih ditipu, tertipu, dan menipu…. Selamat Menyambut Hari Merdeka ke -53.

CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA

KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)

-KENYATAAN MEDIA-

13HB OGOS 2010

CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA Continue reading

Geng Diskopi Selar Tindakan Universiti Malaya

Tak sampai 24 jam selepas Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial UM memberi kebenaran kepada Persatuan Sejarah untuk menganjurkan public lecture STUDENT POWER buat mahasiswa Universiti Malaya pada 24.08.10, pihak pentadbiran UM telah campur tangan mengikut jejak langkah UiTM dengan membatalkan lecture tersebut. Usaha aku sejak tahun lalu hendak berkongsi sejarah ini dengan mahasiswa negara kita ternyata sia-sia… jelas sekali mereka yang berkuasa tak mahu kamu mahasiwa tahu tentang sejarah ini.

Geng Diskopi menyelar tindakan Universiti Malaya sekeras-kerasnya. Tindakan Universiti Malaya adalah satu tamparan hebat terhadap orang muda. Ini adalah satu penghinaan terhadap mahasiswa dan budaya ilmu. Adalah amat menghampakan dan memalukan apabila Universiti yang dianggap terbaik di Malaysia itu mengikut jejak UiTM yang sememangnya diketahui tali barut UMNO. Malang sekali untuk negara apabila institusi pendidikan tinggi turut dicemari politik zalim UMNO!. Diskopi memanggil semua badan, persatuan dan gerakan orang muda untuk menyelar tindakan Universiti Malaya!

Usrah dan komunikasi

Usrah dilihat sebagai medan pemantapan idea dalam gerakan mahasiswa islam di Malaysia. Melalui temubual dengan soalan yang seragam kepada barisan kepimpinan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia,  kesemuanya bersetuju bahawa usrah merupakan kaedah dan aktiviti paling penting dalam gerakan Islam.  Pentingnya aktiviti usrah ini dalam gerakan mahasiswa bukan sahaja pada awal kemunculan gerakan mahasiswa Islam malahan sehingga ke masa ini.

Perkataan usrah berasal dari kalimah Bahasa `Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah usrah ini, pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak. Mencontohi badan Ikhwanul Muslimin, kumpulan usrah menjadi unit asas dalam menyampaikan ideologi dan strategi perjuangan gerakan.  Usrah bertindak sebagai kumpulan kecil untuk membantu para mahasiswa Islam.  Ahli-ahli digalakkan mengemukakan masalah-masalah peribadi, membincangkan keraguan-keraguan tentang sejauhmana kursus yang mereka ambil di university mengikut lunas-lunas Islam, tentangan-tentangan yang mereka hadapi dalam kehidupan harian dan sebarang masalah lain.  Dengan ini, terbentuk perpaduan erat dalam kumpulan dan sebagai anggota pelajar berasa selamat dan bertempat.

Continue reading

Bahagianya kecelakaan, celakanya kebahagiaan

Benarkah kamu hebat? Mereka kata kamu mempunyai akal dan rasional. Boleh bertindak dan berfikir. Miliki, mengawal kebebasan untuk membina dan mengubahsuai alam mental dan fizikal. Adakah begitu?? Didengar kamu dicipta lebih kurang 200 tahun dahulu. Seluruh dunia berpesta menyambut kedatangan kamu. Pernah ditulis, banyak dikorban untuk menerima kamu. Continue reading