Tradisi, Moderniti dan Kolonialisma

Tradisi secara amnya dilihat sebagai sesuatu yang melambangkan dogma, kepercayaan mitos, tidak progresif, dan tidak rasional. Tradisi sinonim dengan kehidupan di kampung, bercucuk tanam, menangkap ikan dan menternak lembu dan kambing. Bagi yang lain, tradisi mungkin dilihat sebagai amalan dan kepercayaan nenek moyang yang karut dan tidak munasabah. Kepercayan-kepercayaan seperti tidak boleh keluar malam, tidak boleh bekerja dan mesti mematuhi peraturan atau etika tertentu.tradisi dicelah modernity..

Gambaran ini yang wujud apabila konsep tradisi diperkatakan. Akibatnya masyarakat yang mempunyai dan memegang kuat pada tradisi dilihat sebagai masyarakat yang tidak bertamadun, mempunyai budaya primitif dan tidak berpendidikan. Ini mungkin pernyataan yang tidak tepat tetapi sememangnya inilah yang kerap difikirkan.

Bertentangan dengan konsep tradisi ini, moderniti dilihat sebagai sesuatu yang melambangkan kemajuan manusia dan perkembangan tamadun. Perubahan daripada kerangka tradisi kepada tradisi modern dilihat sebagai sesuatu yang perlu. Pergerakan moderniti ini berasal daripada pergerakan Renaissance dan Enlightenment di Eropah yang berlaku selepas berakhirnya zaman gelap. Perubahan paling penting yang menyifatkan zaman ini adalah apabila manusia tidak lagi hanya bergantung pada wahyu semata-mata tetapi juga melihat kepada akal manusia dan rasional untuk membentuk dan mengubah dunia.

Perubahan yang berlaku pada zaman ini dilihat sebagai menjanjikan emansipasi manusia daripada kejahilan zaman sebelumnya. Para pemikir dan pemimpin melihat perubahan dan idea yang terbentuk pada zaman ini sebagai menjanjikan masa depan dunia dan masyarakat sejagat yang lebih baik.

Negara Malaysia, Malaya pada masa itu, juga tidak terkecuali daripada pengaruh pergerakan ini. Beratus tahun kemudian selepas pergerakan moderniti tercetus di Eropah, ombak moderniti ini juga telah sampai ke persisiran Malaya. Kemuncaknya pada zaman penjajahan British. Pada zaman penjajahan British dan tahun-tahun akhir sebelumnya merdeka hasil-hasil moderniti ini cuba dipindahkan kepada Malaya. Sama ada berjaya atau tidak masih lagi menjadi persoalan.

Tetapi kesimpulan yang paling jelas sekali, projek ini ternyata gagal. Namun di sini, perkara ini tidak ingin dibincangkan. Terdapat persoalan lain yang lebih penting lagi. Kesan paling buruk penjajahan British di Malaya adalah mana karya-karya sastera, intellektual dan budaya dimatikan, tidak dilakukan atau diteruskan atau terus hilang.

Ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana tradisi dilihat sebagai konsep yang mundur yang perlu digantikan oleh pergerakan moderniti.

Salah satu contoh yang dapat diberikan adalah apabila sistem ‘common law’ British di guna pakai di Malaya. Sistem ini, yang telah melalui proses moderniti dan yang melihat kepada ‘nation-state’ sebagai ‘the sovereign’, dikuatkuasakan ke atas seluruh Malaya. Dalam proses ini, adat, kepercayaan dan ‘system of thought’ masyarakat Malaya dipadamkan daripada ‘psyche’ masyarakat tempatan. Kepelbagaian nilai dan pemikiran tidak diteruskan. Ini semestinya berlaku kerana entiti ‘nation-state’ memerlukan supaya semua sistem disatukan dan semua nilai di rasionalkan.

Perbincangan di sini bukan bertujuan untuk menyatakan bahawa nilai dan kepercayaan masyarakat Malaya pada masa itu adalah lebih baik, tetapi ingin memberi penjelasan kepada persoalan kenapa sehingga ke hari ini negara Malaysia masih dilanda masalah dan krisis.

Konsep moderniti sememangnya bermasalah. Ini yang menyumbang kepada krisis-krisis institusi-institusi di Malaysia pada hari ini. Tetapi ini bukan masalah paling besar. Yang lebih bermasalah lagi, disebabkan nilai dan ‘system of thought’ masyarakat dipadamkan dan digantikan dengan system of thought yang baru, yang bukan sahaja asing dan tidak dilahirkan daripada masyarakat itu sendiri, keseluruhan sistem politik, ekonomi dan social telah runtuh, bukan secara terus, tetapi secara beransur-ansur. Kesannya dapat dilihat 52 tahun kemudian selepas diberi kemerdekaan.

Tradisi tidak semestinya sesuatu yang mundur. Sekiranya kita dapat memahami tradisi sebagai sesuatu yang sentiasa berubah, sentiasa mengadaptasi dan merupakan manifestasi daripada inkuiri intellektual dan rohani masyarakat, kita tidak akan cepat mengeneralisasikan tradisi sebagai penghalang perkembangan masyarakat dan negara.

Rasional itu sendiri adalah hasil daripada ‘the tradition of rationality’.

About these ads

2 Responses

  1. sebenarnya tidak.

    selepas ‘common law’ digunakan di malaya, ‘psyche’ atau ‘sistem pemikiran’ tempatan juga diterapkan dalam sistem kehakiman. ia merupakan campur aduk atau fusion kedua-dua sistem.

    psyche tempatan tidak dihapuskan.

  2. “Perubahan paling penting yang menyifatkan zaman ini adalah apabila manusia tidak lagi hanya bergantung pada wahyu semata-mata tetapi juga melihat kepada akal manusia dan rasional untuk membentuk dan mengubah dunia.”

    part nih saye tak berape paham…penulis atau ade sape2 blh tolong jelaskan? tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: