My Name is Singh

Lingswaran Singh Musings on love, religion, and Article 11 over Penang delicacies – scored with a soundtrack too.

Hi, my name is Singh. Last month I was back in Paradise Island (I truly believe Penang is heaven on earth). It was a fine Saturday evening, and I was taking a stroll down Gurney drive. As I was recalling sweet memories shared with the love of my life, when the evening breeze drowned me in bliss. I slipped on my head phones and fast tracked to track no.786, Govinda by the band Kula Shaker. Continue reading

Advertisements

SUBKHIDDIN, PIALA DUNIA DAN MUFTI PERAK

Oleh mesincetak

Malaysia, aku sayang sangat pada Malaysia.  Malaysia membuatkan aku yakin untuk berjalan keseorangan ke pasar malam.  Malaysia juga membuatkan aku yakin untuk mengorat mana-mana awek yang berkeliaran di down-town.  Kerana Malaysia juga aku yakin makan di warung AZURA.  Sesungguhnya Malaysia memebri aku keyakinan untuk hidup. Continue reading

KATA F

Kalau tidak ada sebab sesuatu yang penting,

tidaklah perempuan itu akan suka mempertukarkan

tepung yang telah halus dengan beras yang telah ditumbuk-

Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA)

Dua -dua kepercayaan, cumanya satu dianut dahulu, lagi satu dianut kini. Itulah animisme dan feminisme. Mereka, satu golongan itu yakin merekalah yang bakal merubah nasib perempuan-perempuan lain, lalu berusahalah mereka melupus dikotomi yang wujud antara dua jantina, yang mana salah satunya telah melalui pensejarahan diskriminasi yang panjang. Tapi mereka juga lupa, bahwa mereka pula menjadi superior terhadap golongan mereka sendiri. Apabila asas perjuangan mereka ialah dominasi, maka tiada perubahan unggul yang bakal diraih, hanya pertukaran aktor, pengulangan sejarah.Yang membezakannya, kini, perempuan pula ‘mendominasi’ dunia. Mereka gagah melaungkan hak untuk ‘setara’ dengan lelaki. Ini permulaannya. Mereka mendakwa bukan ingin menjadi sama atau seperti lelaki tetapi ingin membuktikan mereka boleh melakukan pekerjaan yang mampu dilakukan lelaki, jantina yang dikutuk wujudnya. Tidakkah pelik jantina yang pernah dibenci itu kini dijadikan aras pula untuk mengukur kemampuan mereka sendiri? Di sinilah pergulatan dimulai! Bahwa patriarki itu bukan pada lelaki semata tapi juga perempuan. Patriarki itu tidak berjantina. Kenapa harus, perempuan itu perlu untuk melakukan perkara yang sama seperti orang lain semata-mata untuk membuktikan keberadaan dirinya. Berbeza itu bukan berlawanan. Tidak berdosa menjadi berbeza, tetapi menjadi yang bukan dirinya. Jika perempuan itu selesa di dapur, biarlah. Tetapi jika ia dipaksa, bangunlah. Jika perempuan itu rela diduakan, bukan atas sebab agama tetapi atas sebab yang tak mampu dijelaskannya, tapi dengan kesedarannya, izinkanlah, usah dicerca. Melainkan jika ia dianiaya, hukumlah hanya pada yang bersalah, jangan pula kejadian satu ini diangkat menjadi satu hukum untuk semua.

Adakah bersalah untuk menjadi PEREMPUAN? Kerana ada perempuan lain lagaknya yang tidak-tidak. Ahh, biasalah, kan manusia. Manusia juga bukan siapa-siapa, bukan malaikat harus sentiasa tunduk, juga bukan syaitan nir rajim yang selalu angkuh jalannya. Peraturan ini tidak hanya jatuh pada perempuan tetapi lelaki. Kanta itu harus dibetulkan tempatnya sebelum berani melihat lagi. Iya, memang perempuan itu makhluk berdarah, lalu kenapa? Tanyakan semula kepada mereka! Agar mereka tak lupa, tempat asal darah ini juga, tempat asal mereka dan semua. Jangan diherdik kepada kehidupan. Berbanggalah menjadi perempuan, kerna jika kamu malu dengan apa yang melekat di tubuhmu, jangan mengharap penghormatan dari orang terbanyak. Selagi perempuan itu menyangka mereka punca segala dosa, menjadi lubang maksiat, dunia itu takkan pernah berani berubah. Kenyataannya, penghuni syurga itu juga bukan hanya lelaki. Kamu bukan semulia hiasan di dunia seperti nyanyian agamawan palsu, tetapi kamu juga seperti manusia lainnya, mampu membuat keputusan sendiri tanpa dipaksakan.

Menggagas persekitaran sosial yang berkeadilan gender bukanlah pengulangan atas pembahasan persoalan perempuan melainkan sebagai bentuk kepedulian akan masa depan demokrasi yang juga berpihak pada perempuan kerana sistem sosial sedia ada bersifat machois dimana peranan tertumpu hanya pada lelaki dan tempang pada perempuan.

Feminisme dan gerakan pembebasan terus berlangsung dalam sejarah dan dapat ditemu akarnya dalam setiap bangsa, dan ini bukan gerakan orang Barat, Eropah atau Amerika sebagaimana yang digambarkan sebahagian orang dan tidak muncul pada abad ke-20 ini sahaja. Sejarah membuktikan perempuan di Mesir kuno, Afrika dan Asia telah terlebih dahulu melakukan perjuangan melawan sistem patriarki. Tambah Nawal lagi, tiada pembunuhan yang lebih dasyat melainkan ia berkaitan perempuan, agama dan moral. Setiap zaman mempunyai ciri-ciri tersendiri sesuai dengan tahap kesedaran dan perkembangannya. Sistem politik dan ekonomi yang berlangsung sehingga kini masih belum berfungsi membebaskan pemikiran atas majoriti yang tertindas dan ditindas daripada kalangan perempuan, lelaki dan hamba. Malah, cenderung mengaplikasikan falsafah yang kurang lebih sama dengan yang berkembang pada zaman perhambaan. Penggunaan istilah sangat menakjubkan dunia Barat dan Timur namun pengaruhnya tidak bermakna terhadap kaum miskin dan perempuan di seluruh dunia.

Continue reading

The Atheist and his Daughter.

Dad: Many people have imaginary characters they look up to when in despair.
.
Cynical daughter :”ouh! like Barney and friends”.
.
Dad : “precisely” but i was thinking more along the lines of “Jesus, Ram, and Buddha”.
.
Daughter : “you know dad, lets look at it from an Atheist point of view. Now as Atheist we don’t believe in the whole supernatural package right?”.
.
Dad :”Erm…yea”.

Malang si Gadis Pertiwi

Dont believe in the illusion of an organ that was conceived of an Imperialist father and a Colonized mother, to bear the plight of a certain segment of the human race. All the Imperialist White man cared about was his lust for gold, and all the Colonized Gadis wanted was just to be acknowledged with dignity and respect. She sold her soul, and compassion over the past 57 years simply trying to be the White woman she is not. She became greedy,rotten, arrogant, and proud for poorly copying the White man. Now her time has come, yet she refuses to let go. One man said, she tried so hard to be as huge and rich like the White man, that she forgot she was a gadis kampung who ate, played and slept with her dearest amois, and thangachies. Now she has become something strange, not really a gadis, a far cry from being an amoi or a thangachie, she became what she really was, An Imperialist… finally she has embraced her true identity. She is now scared, she is desperate, she will do anything  to make sure she doesn’t let go… May God put her in peace.

Harga Baru untuk 1Malaysia

Awek Kami Benci AUKU!!

Membaca tulisan di dada akhbar Utusan, Metro , Berita Harian dan sebagainya – medium pembawa berita terkini dan berinformasi membuatkan aku semakin  jelek dengan sebahagian pelajar  Universiti yang semakin hari semakin tidak mengenag budi.  Selepas membaca berita-berita yang maha tepat ini, aku mula berfikir, apakah yang mereka mahukan sebenarnya?  Tidak cukupkah lagi dengan peluang yang kerajaan berikan untuk mereka mendapat tempat di Institusi Pendidikan Tinggi?  Tidak puaskah mereka dengan keselesaan yang diberikan semasa di universiti? Tidak cukupkah pinjaman atau biasiswa yang diberikan? Betul kata bapa kemodenan Malaysia, Melayu mudah lupa (mamak ingat sikit-skit).

Membaca surat khabar seminggu lepas, pelajar universiti buat hal lagi.  Beberapa pelajar yang tidak berapa kacak dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).  Maka melompatlah pelajar-pelajar universiti dengan laungan kebebasan – mahu AUKU dimansuhkan.  Tidak cukup membuat kacau di ruang universiti, muncul pula ‘post’ menentang AUKU di facebook.  Ada yang tulis ‘ AUKU MEMANDULKAN MAHASISWA’ , ‘ AWEK SAYA BENCI AUKU’ , ’RANKING UNIVERSITI JATUH KERANA AUKU’.   Ada yang lebih dasyat lagi, mereka mengatakan ‘AUKU MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA’ , ‘AUKU TIDAK DEMOKRASI‘, ‘ AUKU TIDAK ISLAMIK’.  Nah, pelajar sekarang sudah pandai mengaitkan isu AUKU  dengan agama.  Tidak sedarkah mereka yang layak bercakap tentang agama hanya Harussani, sebab dia seorang mufti yang sangat berkelayakan.

Cis! Sumpah, aku sungguh meluat membaca ‘post’ pelajar university yang tidak tahu mengenang budi.  Lebih menyedihkan lagi rata-rata dari mereka ialah bangsa Melayu.  Di benakku terbayang bagaimana susah payahnya rakan-rakan dari PERKASA bersengkang mata, membanting kudrat dan memerah keringat bagi memastikan nasib Melayu di Malaysia tidak dipinggirkan.  Namun sedikit pon tidak dihargai oleh segelintir pelajar Melayu di universiti.

Aku pelik bila pelajar menyalahkan AUKU sebab kelembapan mereka di universiti.  Aku juga pelik bila mereka mengatakan AUKU mengongkong kebebasan mereka.  Apakah AUKU menghalang untuk pelajar membaca buku?  Apakah AUKU menghalang pelajar berpartisipasi atau cakap-cakap dalam kelas dengan pensyarah?  Apakah AUKU menghalang pelajar masuk ke perpustakaan dan berbual-bual tentang ilmu?  Mudahnya, adakah budaya malas diskusi ini muncul apabila adanya AUKU?  Pelajar universiti paling lama terikat dengan AUKU selama 3 hingga 4 tahun.  Kalau baru 6 bulan masuk, maka baru 6 bulanlah duduk bawah  AUKU.  Maka, pengaruh AUKU terhadap pelajar bukanlah lama sangat. Continue reading