DISKOPI SELAR TINDAKAN UKM!

Geng Diskopi dengan ini mengutuk tindakan Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan mendakwa beberapa orang pelajarnya yang dituduh melanggar peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Diskopi berpendapat Universiti sudah tunduk dengan tekanan agensi-agensi yang mendesak untuk pelajar-pelajar tersebut supaya dibuang dan dijadikan pengajaran kepada pelajar yang lain. Apa yang menghampakan adalah sikap Universiti yang berat sebelah dan menutup mata apabila pelajar-pelajar universiti terlibat secara terus dalam politik UMNO. Pelajar-pelajar yang akan didakwa merupakan pelajar-pelajar jurusan sains politik yang ke Hulu Selangor pada waktu pilihanraya kecil untuk memerhatikan politik yang berlaku di kawasan tersebut. Apa yang terjadi pula adalah, pihak universiti yang ditempatkan di sana semata-mata untuk menangkap pelajar-pelajar yang terlibat dengan kempen pilihanraya telah memaksa pelajar-pelajar ini bergambar dengan risalah-risalah Parti Keadilan Rakyat dan kemudian menuduh mereka memiliki dan mengedar risalah-risalah tersebut. Dakwaan tetap diteruskan walaupun pihak Polis sendiri telah menggugurkan siasatan. Ini dengan jelasnya menunjukkan pihak universiti berniat jahat dalam mendakwa pelajar-pelajar ini semata-mata memuaskan kehendak rakus pemimpin atasan. Ruang demokrasi, dan kebebasan akademik kita terus dinodai politik murahan. Diskopi menyeru semua persatuan dan NGO orang muda supaya menyelar tindakan Universiti Kebangsaan Malaysia. Diskopi juga akan menulis kepada TIMES Higher Education rankings untuk mengadu akan kualiti kebebasan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengeyorkan kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia diturunkan lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: