Bila Jamal Abdillah Bercakap Tentang Nasionalisme..

Apabila Jamal Abdillah menyanyikan semula lagu Othman Hamzah – Gadis Melayu – ramai yang terhibur, malah penulis yang sememangnya peminat penyanyi evergreen ini merasakan jamal berjaya memberi nafas baharu kepada lagu Gadis Melayu. Namun apabila Jamal Abdillah cuba ‘mensesuaikan’ lirik lagu Gadis Melayu’ dengan  agenda 1 Malaysia, maka polemik yang muncul bukan hanya pada soal hak cipta.

Wacananya merebak kepada persoalan identiti bangsa Malaysia itu sendiri. Apabila Jamal menyanyikan lagu Gadis ‘Malaysia’ di pentas dengan menampilkan gadis Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban adakah ini yang dimaksudkan sebagai gadis bangsa Malaysia? Timbul pula soalan, jika begitu apakah pula bezanya gadis Melayu dengan gadis kaum lain dan lebih rumit lagi perbandingan gadis kaum lain dengan gadis Malaysia? Hal ini dapatlah kita hubungkan dengan persoalan apakah sebenarnya karekter bangsa Malaysia itu? Adakah bangsa Malaysia itu hasil asimilasi dengan kebudayaan Melayu? Polemik ini menjadi sedemikian kabur kerana sejujurnya kita tidak pernah ada wacana identiti bangsa Malaysia dalam konteks nation- state. Tahap tertinggi kefahaman kita adalah menerima bahawa Malaysia perlu kepada toleransi kaum kerana kita majmuk.

Malah kata kaum dan bangsa itu seringkali kita tukar pakai hingga keliru akan maknanya. Kaum adalah rujukan komuniti yang bersifat primodial seperti kaum Melayu, Cina, India, dan lainnya.  Bangsa pula sebagaimana yang diperjelaskan oleh Ben Anderson adalah satu rupa bentuk komuniti bayangan hasil produk negara- bangsa. Sebelum wujudnya Malaysia ini, kan tidak ada lagi istilah bangsa Malaysia, begitu juga dengan bangsa Indonesia, Itali dan Amerika dan lainnya.

Kekusutan dalam wacana identiti bangsa di Malaysia ini timbul kerana faham bangsa itu sering bersifat ento- sentrik dengan hanya mengikat identiti bangsa dengan kaum. Tambah kacau lagi apabila identiti ini terkait pula dengan kepentingan politik yang partisan. Tindakan ini hanya akan merugikan agenda 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri kita ini. 1Malaysia adalah sebahagian daripada usaha pembinaan bangsa (nation building), namun bentuk dan citra bangsa Malaysia ini haruslah datang daripada fikiran segenap lapis masyarakat, bukannya satu rupa bangsa yang dipaksakan sebagai sebuah dasar negara. Mungkin atas kesedaran inilah, Dato Seri Najib Razak tidak menyatakan secara tuntas akan rupa bangsa Malaysia itu. tugas ini pastinya terletak pada pundak setiap warga Malaysia untuk membangunkan wacana identiti nasional ini dan dalam kes ini, Jamal telah melaksanakan bahagiannya mesti pun mengundang kritikan.

Dalam jawapan balasnya juga, Jamal ada mengatakan bahawa idea menukar lirik ini dicetuskan oleh pihak atasan Istana Budaya sendiri dan Jamal menerimanya atas alasan patriotisme dan bukannya parroting sebagaimana kritikan Siti Jarum. Namun dalam hal ini, penulis berasa faham patriotisme Jamal sedikit dangkal apabila melihat budaya ikut – ikutan – mungkin Jamal kurang selesa dengan istilah parroting –  sebagai memperlihatkan patriotisme. Bukan maksud penulis mengatakan Jamal salah. Tidak. Tetapi faham yang sebegini bersifat superficial  dan sangat bermasalah jika merujuk kepada keperluan nation building sebab akan timbul pula persoalan adakah mereka yang kritikal terhadap 1 Malaysia ini kurang patriotiknya?

Patriotisme adalah kecintaan terhadap negara, budaya ikut – ikutan termasuk para pegawai Istana Budaya ini tidak banyak menguntungkan agenda perpaduan. Lebih –lebih pun sekadar untuk merancakkan lagi promosi 1 Malaysia yang telah sedia menjadi suatu fashionable kini.  Bagi menjayakan pembinaan bangsa Malaysia ini critical engagement rakyat sangat diperlukan, pastinya kita tidak mahu pengisian 1Malysia ini hanya terhad kepada elemen kebudayaan seperti nyanyian, persembahan pentas dan perayaan bersama malah turut juga didasari dengan intelektualismenya. Jika dua elemen ini – kebudayan dan intelektualisme –  dapat berjalan seiring dan sama teguh derap langkahnya, pasti matlamat membina bangsa Malaysia sebagaimana yang dicita – citakan dalam Wawasan 2020 akan memperlihatkan hasil. Terima kaseh juga kepada Jamal Abdillah dan Siti Jarum kerana  telah membuka wacana sebegini. Semoga karier Jamal dan Siti Jarum akan bertambah maju.

Tulisan ini merupakan respon kepada ulasan Siti Jarum dan kenyataan balas Jamal Abdillah dalam Pancaindera, Mingguan Malaysia 21hb Febuari 2010.

2 Responses

  1. kebudayan dan intelektualisme adalah 2 perkara penting di dalam artikel ini. Tapi apa disebalik intelektualisme ini dan apa huraiannya?Moga diberi pencerahan..

  2. intelektualisme dan kebudayaan adalah dua hal penting yang harus dibangunkan secara organik dari celah – celah masyarakat terbanyak. jika hari ini kelihatannya, ruang dan dorongan untuk berkarya daalam bidang kebudayaan relatifnya lebih luas, berbanding dengan ruang aktiviti intelektualisme.

    masyarakat harus diberikan ruang untuk bersama – sama terlibat dalam membentuk faham mereka mengenai rupa bangsa pengisi negara ini. Bagi membolehkan wacana yang dibangunkan itu bersifat rasional, mereka perlukan maklumat, jadi seharusnya maklumat di negara ini jangan disekat – sekat, khususnya yang melibatkan kepentingan awam. Mediumnya juga mesti disediakan, jangan semua yang ada ingin disekat, bagaimana masyarakat ingin berkomunikasi begitu?

    jika pertumbuhan aktiviti kebudayaan ‘1 Malaysia’ tidak diberengi oleh faham intelektualisme ‘1Malaysia’ juga, adalah dikhuatiri budaya yang terhasil itu hanyalah kulit – kulitan semata. tidak organik dan tidak difahami denan jelas oleh masyarakatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: