Protest Rock Tercool Cranberries!

Masih ingatkah anda akan lagu Zombie yang dipopularkan oleh kugiran Ireland The Cranberries sekitar tahun 1994? Jangan cepat menolak lagu tersebut dengan label hedonis.Sejarah disebalik lagu tersebut adalah amat bermakna dan mendalam. Daripada sekadar hiburan rock lagu Zombie sebenarnya merupakan satu lagu tunjuk perasaan yang menceritakan akan konflik yang berlaku di Northen Ireland. Lagu yang digubah oleh Dolores O’ Riordan vokalis band tersebut, menengahkan petikan gitar berat yang luar daripada irama biasa band tersebut. Irama yang lebih ala grunge/ alternative metal telah mencipta sejarah carta teratas di Perancis, Belgium, Austria, Australia dan Jerman.

Zombie dirakamkan di Windmill Lane Studios di Dublin 1994. Lagu tersebut ditulis ketika Konsert penjelajahan (tour) Cranberries dalam tahun 1993, sempena memperingati dua budak lelaki iaitu Jonathan Ball 3 tahun, dan Tim Parry 12 tahun yang terbunuh dalam pengeboman Irish Republican Army di Warrington  pada 20 Mac 1993.

Video muzik Zombie pula diterbitkan pada tahun 1994. Video tersebut diarah oleh Samuel Bayer dan diterbitkan oleh Doug Friedman dan H.S.I Production. Dalam video tersebut Dolores O’Riordan disaluti mekap emas dan dilihat dihadapan salib. Video tersebut juga mengandungi paparan askar British yang sedang bertugas di Northen Ireland. Pegawai-pegawai tentera tersebut dirakam dengan alasan bahawa klip video tersebut akan digunakan bagi sebuah dokumentari. Video tersebut merujuk kepada The Easter Rising di Ireland pada 1916, dan merupakan kritik kepada keganasan yang berterusan di Ireland.

Dolores juga ada menyatakan bahawa Zombie adalah mengenai perjuangan untuk kemerdekaan orang Ireland yang seakan selama-lamanya. Lirik dalam lagu tersebut juga merujuk kepada perkara tersebut, lirik yang berbunyi “It’s the same old theme since 1916”. Cranberries telah menyatakan bahawa mereka menulis Zombie dengan harapan mewujudkan keamanan diantara Ireland dan England.

IRA (The Irish Republican Army) merupakan kumpulan militan yang bermatlamat untuk mengusir tentera British dari Northern Ireland. Perjuangan mereka masih berterusan sehingga hari ini. Perkataan Zombie yang diulang-ulang dalam lagu tersebut adalah merujuk kepada kumpulan militan tersebut kerana pada ketika lagu ini ditulis kumpulan tersebut dirujuk sebagai IRA Zombies. Hal ini sedemikian kerana IRA telah dianggap lama mati, namun masih terdapat beberapa kumpulan kecil yang meneruskan perjuangannya umpama mayat yang meneruskan kehidupan (zombie).

Perjuangan IRA dikutuk dan dikritik hebat kerana telah mengorbankan nyawa insan-insan yang tidak berdosa. Persoalan pokok yang menyelebungi isu ini adalah kehadiran tentera British yang berterusan di Northern Ireland, mengapa autonomi untuk merdeka tidak diberikan? Mengapa British berkeras untuk menjajah? Mengapa pihak British tidak dikritik? Mengapa rakyat Noerthern Ireland tidak dibenarkan untuk menentukan haluan mereka sendiri? Apa pun pandangan anda, lagu Zombie ini evergreen dan alternatif rock yang hebat!.

2 Responses

  1. should listen to all the cranberries album…dolores o’riordan is a great singer and song writter.analyse it.

  2. should listen to all the cranberries album, dolores o’riordan is great singer and song writter. analyse it.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: