Perlembagaan &; Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang

Perlembagaan &; Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang

5 – 7 Februari 2010

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor

Penceramah utama: Professor Abdul Aziz Bari

Apakah Akademi Merdeka?

Akademi Merdeka ialah satu kursus pendek yang membincangkan dengan mendalam prinsip-prinsip penting untuk negara, seperti kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan kemerdekaan individu. Program dikendalikan oleh tokoh-tokoh tersohor dari dalam dan luar negara dan biasanya berlangsung daripada hari Jumaat sehingga Ahad. Semua peserta dimestikan menginap di tempat program. Para peserta juga dibekalkan dengan buku, kertas kerja serta lain-lain bahan rujukan.

Penganjur

Akademi Merdeka dianjurkan oleh http://www.AkademiMerdeka.org, sebuah platform yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative for Freedom, Free Trade and Prosperity untuk memperkembangkan prinsip-prinsip libertarianisme, dengan kerjasama Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Malaysia.

Siapa patut menghadiri Akademi Merdeka?

Akademi Merdeka merupakan satu program unik yang akan mencabar minda dan membina daya intelektual pelajar, mahasiswa dan golongan professional muda. Biasanya sekitar 30-40 orang peserta akan dipilih untuk menyertai akademi intensif ini.

Silibus

Akademi Merdeka kali ini bertemakan “Perlembagaan dan Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang”. Program akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini. Para peserta juga akan berpeluang berinteraksi dengan wakil-wakil pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang. Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah:
• Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan
• Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia
• Hak asasi manusia dan perlembagaan
• Kedudukan istimewa Islam dan Melayu
• Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia
• Mendepani cabaran keperlembagaan

Biasiswa

AkademiMerdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan. Tetapi kos pengangkutan mungkin akan dibiayai dalam kes-kes tertentu sahaja.

Yuran penyertaan dan kos penginapan

Yuran penyertaan ialah RM500 bagi mereka yang tidak menerima biasiswa. Ini termasuk kos makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di tempat Akademi (berkongsi bilik twin).

Pengendali utama

Dr Abdul Aziz Bari merupakan professor undang-undang di Universiti Islam Antarabngsa Malaysia. Beliau mengajar undang-undang di UIA sejak 20 tahun yang lalu. Beliau merupakan timbalan dekan (kajian dan pembangunan) pada tahun 2004-05. Beliau juga merupakan bekas ketua jabatan undang-undang awam dan editor IIUM Law Journal yang paling lama berkhidmat.

Professor Abdul Aziz mendapat pendidikan perundangan di Malaysia dan England. Bidang kajian dan pengajaran utama beliau ialah undang-undang awam, perbandingan undang-undang, dan teori perundangan. Professor Abdul Aziz giat menulis pelbagai karya. Antaranya ialah buku-buku ‘best-selling’ seperti Constitution of Malaysia: Text and Commentary (dengan Farid Sufian Shuaib), Malaysian Constitution: A Critical Introduction dan Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah. Karya lain termasuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice, Islam dalam Perlembagaan Malaysia dan Politik Perlembagaan.

Lebih daripada 60 artikel dan bab-bab dalam buku yang Professor Abdul Aziz hasilkan telah diterbitkan di Malaysia dan luar negara. Beliau telah membentangkan lebih daripada 140 kertas kerja di seminar dan persidangan antarabangsa. Sebagi seorang pakar perlembagaan, beliau juga telah menulis lebih 300 artikel mengenai topik tersebut dalam media tempatan. Pencapaian beliau tercatat dalam edisi ke-22 Marquis’ Who’s Who in the World (2005). Professor Abdul Aziz ialah ahli Society of Legal scholars (SLS), United Kingdom dan International Bar Association (IBA) yang berpusat di London.

Pendaftaran dan Maklumat lanjut

Untuk memuat turun borang permohonan pendaftaran dan permohonan biasiswa, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cilia Chong (email: cilia@ideas.org.my | tel: 036201 6334) atau Amin Ahmad (email: amin@ideas.org.my. Tel: 012-466 7658)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: