Manusia, Kerja dan Marx

Kita semua, barangkali sudah pernah berkerja, atau tentunya akan berkerja. Maka, tidaklah salah untuk kita melihat pekerjaan dalam sorotan filsafat pula, daripada selamanya hanya terus-menerus berkerja tanpa kesedaran.
Manusia itu, sekurang-kurangnya boleh ditempatkan penghayatannya pada tiga wilayah yang saling bersentuhan, dan juga menemukan dirinya: manusia lain, alam, dan alam transendental. Dalam bahasa lain, tiga wilayah ini juga boleh dimaknakan sebagai kesosialan, sebagai persekitaran, dan sebagai agama. Dan, semua wilayah ini adalah hakiki, meskipun diakui bahawa alam transendental itu tidak kelihatan menerusi kasat mata, namun tetap saja punya makna, serta melampaui dua wilayah yang lainnya. Kerana adanya wilayah-wilayah ini, maka manusia tidak seharusnya berwatak makhluk satu dimensi, melainkan punya banyak dimensi, seperti dimensi keluarga, dimensi persahabatan, dimensi organisasi, dimensi kepercayaan, dimensi pekerjaan, dll. Continue reading

Women Are Naturally Selfish 2

Now, my previous article with the same title got much furore from some very arrogant and very emotional people. Apart from calling me names, and belittling me, they also very rudely suggested that i should do some reading before writing anything. The weird thing is that the previous writing was meant to be an observation, but these very arrogant people dont seem to get this. So i decided that i should write a more academic styled piece to meet their emotional outburst. I thought long about this matter, and i came to the conclusion that i would have to address the issue from the opposite side so to not trigger their irrational emotions. Continue reading

Bila Jamal Abdillah Bercakap Tentang Nasionalisme..

Apabila Jamal Abdillah menyanyikan semula lagu Othman Hamzah – Gadis Melayu – ramai yang terhibur, malah penulis yang sememangnya peminat penyanyi evergreen ini merasakan jamal berjaya memberi nafas baharu kepada lagu Gadis Melayu. Namun apabila Jamal Abdillah cuba ‘mensesuaikan’ lirik lagu Gadis Melayu’ dengan  agenda 1 Malaysia, maka polemik yang muncul bukan hanya pada soal hak cipta.

Wacananya merebak kepada persoalan identiti bangsa Malaysia itu sendiri. Apabila Jamal menyanyikan lagu Gadis ‘Malaysia’ di pentas dengan menampilkan gadis Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban adakah ini yang dimaksudkan sebagai gadis bangsa Malaysia? Timbul pula soalan, jika begitu apakah pula bezanya gadis Melayu dengan gadis kaum lain dan lebih rumit lagi perbandingan gadis kaum lain dengan gadis Malaysia? Hal ini dapatlah kita hubungkan dengan persoalan apakah sebenarnya karekter bangsa Malaysia itu? Adakah bangsa Malaysia itu hasil asimilasi dengan kebudayaan Melayu? Polemik ini menjadi sedemikian kabur kerana sejujurnya kita tidak pernah ada wacana identiti bangsa Malaysia dalam konteks nation- state. Tahap tertinggi kefahaman kita adalah menerima bahawa Malaysia perlu kepada toleransi kaum kerana kita majmuk. Continue reading

Protest Rock Tercool Cranberries!

Masih ingatkah anda akan lagu Zombie yang dipopularkan oleh kugiran Ireland The Cranberries sekitar tahun 1994? Jangan cepat menolak lagu tersebut dengan label hedonis.Sejarah disebalik lagu tersebut adalah amat bermakna dan mendalam. Daripada sekadar hiburan rock lagu Zombie sebenarnya merupakan satu lagu tunjuk perasaan yang menceritakan akan konflik yang berlaku di Northen Ireland. Lagu yang digubah oleh Dolores O’ Riordan vokalis band tersebut, menengahkan petikan gitar berat yang luar daripada irama biasa band tersebut. Irama yang lebih ala grunge/ alternative metal telah mencipta sejarah carta teratas di Perancis, Belgium, Austria, Australia dan Jerman. Continue reading

Perlembagaan &; Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang

Perlembagaan &; Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang

5 – 7 Februari 2010

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor

Penceramah utama: Professor Abdul Aziz Bari Continue reading