Perempuan

Innocent Creature!

“Manusia mungkin berada dalam keadaan gembira, dan manusia lainnya berusaha untuk menyedarkan. Itu memang usaha yang baik. Namun keadaan ini mungkin buruk baginya, dan kesedaran mungkin baik baginya. Membangunkan orang yang tidur, baik atau buruk bergantung kepada siapa yang melakukannya. Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi, maka akan meningkatkan keadaan orang lain. Jika tidak, maka akan memburukkan kesedaran orang lain.” Rumi

Kenapa perempuan perlu bergantung pada abangnya? Kenapa isteri perlu terus-terusan bergantung pada suaminya?? Keadaan saling bergantung ini hanya memberi peluang kepada yang lebih berkuasa mengawal pasangannya. Wujudnya dikotomi antara superior dan inferior. Masing-masing bukan hamba! Tidak lelaki tidak perempuan. Kerana kehadiran wanita dan lelaki BUKAN untuk merendahkan (degrade) satu sama lain, tapi agar mereka dapat sama-sama menonjol. Prinsip seperti ini yang harusnya ada dalam setiap perkahwinan iaitu mutual friends atau shared responsibilities bukannya wanita diamnya di rumah, manakala lelaki bekerja di luar. Kenapa perempuan sering dikatakan lemah?

Stigma seperti inilah yang selalu dibenarkan dengan kenyataan hawa yang dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Tetapi kenapa tulang rusuk, tidak tulang lain? Tulang rusuk dipilih kerana ia yang paling dekat dengan hati—disimbolkan kedudukan yang istimewa untuk kaum hawa. Bukannya tulang di kaki, tangan… kaum hawa membawa pengaruh yang besar kepada lelaki kerana hati adalah raja badan manusia. Jika baik hati itu, baik segalanya. Kaum hawa hadir kerana kaum adam memerlukan sokongan. Jika diperhalusi, lelaki yang tidak lengkap malah lemah hingga harus disokong perempuan bukan? Tapi, kami atau lebih tepat lagi aku telah menolak ayat genre ini. Kerana aku dan kamu bukan lelaki atau perempuan tetapi manusia yang tidak pernah akan mahu dibezakan atas alat genital. Perbezaan (gender) harusnya dilihat berlainan bukan berlawanan. Bukan sebagai pelindung-dilindung, kuat-lemah, rasional-emosional dan berbagai-bagai. Itu tidak adil. Perempuan dan lelaki haram dilihat sebagai simbol jahat dan baik. Perbezaan itu diraikan diiktiraf dihargai dan dihormati sebagai manusia yang punya prestasi dan ekuiti yang sama tanpa ada diskriminasi gender. Yang dituntut adalah hubungan mu’awadhah bukannya patriarki. Kerana hubungan yang berat sebelah hanya akan melahirkan patologi dalam masyarakat.

Ketepikan soal-soal hadis, Quran, pesan-pesan..manusia walaupun tidak dinisbahkan atas aturan-aturan ini, pasti tidak ingin akan penindasan. Itu hal yang paling mendasar. Kemudian, datang pesan-pesan yang baik-baik (Quran, hadis, apapun) sebagai tanda peringatan kerana manusia itu cepat lupa dan melatah. Tapi sayang, berlaku sebaliknya, ia malah diatasnamakan untuk melegitimasikan tindakan yang mencacatkan keadilan. Jadi, masakan aku boleh tolak (tidak juga aku terima) jika agama-agama yang punya kitab—agama Ibrahimiah ini banyak timbul konflik daripada kedamaian. Manusia tidaklah lagi menjadi Tuhan kepada manusia lain seperti dinyatakan sebaliknya oleh Bacon. Tapi aku tidak menolak agama, kerana itu terletak hati aku yang kerananya aku masih bernyawa. Ada satu keyakinan dalam diri bahawa ajaran agama Islam dan agama yang lain berpunca daripada wawasan sosial yang menentang kesalahan dan kemungkaran aturan sedia ada, dan ingin melahirkan suatu aturan sosial baru yang berkeadilan bagi semua. Cumanya, kekesalan sama aku kongsi dengan Delamont (1980) bahawa terdapat jurang besar antara kepercayaan agama (religious beliefs), kelakuan (religious behaviour), prasangka agama (religious prejudices). Dan ia berputar dalam tiga tema besar perempuan, agama dan moral. Dan sesungguhnya benar kata Nawal al-Sa’dawi bahawa TIADA pembunuhan yang lebih dasyat melainkan ia berkaitan perempuan, agama dan moral. Dalam usia ini, aku juga kita hanya mampu berharap tidak akan berlaku lagi kisah tragis yang menimpa Jeanne d’Arc dan moga bumi mengizinkan Faridah Hanum, Siti Zubaidah dan Salmah terus bernafas. Bukan sebagai stereotaip perfect lady (domestic ideology) dan ibu mithali malah lebih dari itu—sebagai Aisyah, Fatimah dan Sakinah pada masa depan!

“We don’t seek to impose anything on women but merely to open up all possible alternatives” (Maryam Jameela. 2003)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: