DISKOPI PRESS STATEMENT

Kebelakangan ini Diskopi menerima hit yang mencecah 5000 pengungjung sehari, dan artikel yang menjadi tumpuan orang ramai adalah artikel Profesor UKM Tidak Bermutu! (mengapa agaknya?) . Ada juga pembaca yang menghantar nota-nota mengugut penulis-penulis Diskopi berhubung artikel berkenaan. Ada juga yang mendesak artikel berkenaan diturunkan. Di sini Geng Diskopi mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa Diskopi adalah ruangan wacana bebas yang membincangkan apa sahaja perkara secara intelektual. Perkara yang sama juga terpakai kepada semua tulisan-tulisan di Diskopi.

Kami juga ingin menjelaskan bahawa penulisan Tukang Tonyoh adalah kritik ilmiah semata-mata dan tidak diniatkan untuk menghina mana-mana pihak. Tulisannya juga tidak mengandungi apa-apa elemen libel, slander, defamasi, atau fitnah. Kami percaya pembaca Diskopi mampu untuk menilai sendiri baik buruk tulisan di sini. Tentang komen-komen yang diutarakan pula, kami tidak ada kawalan terhadap buah fikiran orang ramai, dan kami berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara. Di Diskopi kami menghormati pandangan semua pihak.


7 Responses

  1. Kah kah kah… Admin pown dah gabrah… hahaha. Oiks, tulisan Tukang Tonyoh tu merupakan suatu kritik yang berdasarkan sesuatu yang benar, kalau prof tu menjadi malu dia sendiri mau ingat la. Bukannya ada apa-apa fakta yang tidak benar atau memalukan, tukang tonyoh hanya meluahkan pendapat. Hahaha… Kalau aa pihak yang mahu saman Diskopi, dipersilakan!!! Ha ha ha…

  2. hai Tok dah lama tak menganas… haha busy ker? Yang peliknya Tok, ramai banar yang menyifatkan tulisan Tukang tonyoh itu sebagai mengutuk dan menghina. Tapi tuk saya dah baca hampir 10 kali, saya tidak lihat apa-apa yang mengutuk mahupun mencerca, mahupun menghina. Cuma kritik yang pedas la kot. Malaon2 yang komen yang melompat2 kata tukang tonyoh berdosa lah, pandai kutuk guru la itu la ini la.. rasenye langsung tak bace tulisan tukang tonyoh kot. Yang komen pakai nama prof tu pulak, memandai jer kate nista la itu la, dirurunkan martabatlah, membuta ja pakai hujah agama.

    To be quite frank, aak pathetic lah kalau betul itu adalah reaksi dari prof tersebut. Sewajarnya prof itu berbangga ada student camni. Patut dia tulis pula satu thesis lengkap berhubung Iran itu sebagai reaksi kepada tukang tonyoh, ini… main hujah2 agama pulak, dak dapat simpati la kot.

    Haha.. ape pun napaknyer Diskopi semakin popular yer… haha… esok boleh ar cari kerja jadi wartawan Diskopi yer? keh keh keh…

  3. should we call this in Bahasa “bahana internet”?

  4. roxyx911 what do you mean?

  5. Persetankan semua itu. You guys are doing great. We have your back.

  6. huhuhua..aku lihat cuak jugak admin discopy..but nevemind,biasa-lah hidup kena berani, this is the field! orang selalu pesan berani buat berani responsible! yeah.teruskan bekarya

  7. ada org copy paste tajuk tu kat blog tukartiup..so paham2 je la…tentu ramai yg baca artikel tu..termasuk saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: