Flesh, machines and Understanding

sweet-cars-model2

Bagaimana sesuatu fenomena harus ditakrifkan? Atau difahami? Semua fenomena membawa pemahaman tertentu. Sekiranya gambar di atas diperhatikan, secara keseluruhannya apa yang dapat difahami adalah proses modernisasi dan perkembangan masyarakat manusia. Gambar tersebut memerangkap keadaan semasa sesuatu tempat dan masa, ruang dan waktu. Pemerangkapan sesuatu fenomena yang terdapat dalam gambar tesebut menyedarkan kita tentang keadaan-semasa, dan bagaimana keadaan-semasa dibentuk masa-dahulu. Oleh itu apa yang diperhatikan adalah keadaan-semasa yang melambangkan kemajuan kerana perbezaan dengan apa yang berlaku atau keadaan pada masa-dahulu.

Jika diperhatikan dengan lebih dekat lagi, gambar tersebut menunjukkan tiga entiti. Yang pertama perempuan yang berdiri, yang kedua kereta dibelakangnya, dan yang ketiga keadaan-semasa yang membentuk ruang dan persekitaran yang memposisikan perempuan-di depan-kereta.

Secara tradisinya, mengikut pemahaman Cartesian, terdapatnya perbezaan subjek dan objek. Manusia sebagai subjek memahami dan mentakrifkan objek-objek sekelilingnya seperti pokok, meja, buku etc. Kita memahami gambar di atas dalam erti kata yang sama.

Kita fahami dan lihat perempuan tesebut sebagai seorang yang mempunyai identiti dan kedudukan dalam masyarakat, melambangkan kecantikan dan mempunyai kebebasan. Manakala kereta tersebut dilihat sebagai lambang kemajuan teknologi, perkembangan ekonomi dan kebolehan untuk menyenangkan kehidupan manusia.

Disebabkan oleh kecenderungan kita untuk melihat fenomena dalam kerangka Cartesian, maka gambar di atas digunakan untuk melambangkan dan sebagai simbol kebebasan manusia, kemajuan teknologi dan perkembangan ekonomi. Dan pemahaman sebegini di bawa dan disebarkan ke seluruh dunia dan semua negara. Pemahaman sebegini ditonjolkan sebagai universal dan sebagai pangkal hujung perkembangan manusia.

Namun, keadaan sebegini tidak berlaku, dan sudah ditunjukkan bahawa ia tidak mungkin berlaku. Pemahaman dan penghayatan sesuatu fenomena, atau di sini gambar di atas, tidak berlaku dalam kerangka Cartesian. Sebagaimana keadaan-semasa yang membentuk dan mendefinisikan perempuan-di depan-kereta di dalam gambar tersebut, keadaan-semasa di luar gambar tersebut, iaitu keadaan-semasa kita yang memerhatikan gambar tersebut, berfungsi untuk membentuk pemahaman kita dan pendefinisian kita terhadap gambar tersebut. Dan keadaan-semasa yang mempengaruhi pemahaman kita juga tidak wujud dalam ruang kosong. Pemahaman keadaan-semasa atau keadaan-semasa wujud dibentuk oleh masa-dahulu dan ditujukan ke masa-depan.

Pemahaman manusia terhadap fenomena oleh itu dipengaruhi dan dibentuk oleh masa-dahulu, keadaan-semasa, dan masa-depan. Setiap cubaan  untuk menguniversalkan fenomena akan gagal, sebagaimana cubaan untuk menguniversalkan lambang dan simbol gambar di atas akan gagal kerana perbezaan kondisi sosial, iaitu pemanifestasian keadaan-semasa, yang terjadi akibat daripada takrifan dan visi kita tentang masa-dahulu dan masa-depan. Kondisi sosial yang berbeza akan membawa kepada pemahaman dan penginterpretasian yang berbeza, sama ada dalam kesusasteraan dan teks, nilai-nilai atau undang-undang. Dalam keadaan ini, penuniversalan dan penyeragaman tidak mungkin berlaku.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah, adakah gambar tersebut membawa pendefinisian dan makna yang sama seperti gambar di atas?

korean-car-model

5 Responses

  1. Sy cuba fahamkan maksud gambo tuh… maksudnya kalo takde kereta mewah macam tuh tak boleh dapat awek lawa macam dlm gambo tuh…

    Eh betol ker??

  2. …or may be exploitation?
    what is it that they’re trying to advertise? the car? the machine?
    what does that got to do with woman standing so seductively in front of the machine?
    Using sex appeal to get potential customer’s attention… that’s it

  3. it’s a genuine exploitation since modern women are dumb.
    i like the way Islam treat its women.full of respect.gotta learn Islam

  4. Apa yang hendak di ketengahkan dari gambar yang tetera di atas ialah kesexsian wanita adalah penarik minat bagi penuntun.
    Cuba tiada gambar wanita yang menampakkan pangkal buah dada dan pangkal peha yang gebu, saya rasa peratus orang ingin mengambil tahu berhubung kait dengan berita yang hendak disampaikan adalah bekurangan. Serupa juga tajuk-tajuk bagi sesebuah akhbar atau berita, mereka akan meletakkan tajuk yang boleh menarik minat untuk orang membacanya walhal isi kandungannya tidak seberapa. Itulah lumrah manusia.

  5. try putting a man in formal attire? or a men in briefs? no appeal. gotta be a women, appeals to both men and women. truly, women unclothed is the vehicle of the devil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: