Flesh, machines and Understanding

sweet-cars-model2

Bagaimana sesuatu fenomena harus ditakrifkan? Atau difahami? Semua fenomena membawa pemahaman tertentu. Sekiranya gambar di atas diperhatikan, secara keseluruhannya apa yang dapat difahami adalah proses modernisasi dan perkembangan masyarakat manusia. Gambar tersebut memerangkap keadaan semasa sesuatu tempat dan masa, ruang dan waktu. Pemerangkapan sesuatu fenomena yang terdapat dalam gambar tesebut menyedarkan kita tentang keadaan-semasa, dan bagaimana keadaan-semasa dibentuk masa-dahulu. Oleh itu apa yang diperhatikan adalah keadaan-semasa yang melambangkan kemajuan kerana perbezaan dengan apa yang berlaku atau keadaan pada masa-dahulu. Continue reading

DISKOPI PRESS STATEMENT

Kebelakangan ini Diskopi menerima hit yang mencecah 5000 pengungjung sehari, dan artikel yang menjadi tumpuan orang ramai adalah artikel Profesor UKM Tidak Bermutu! (mengapa agaknya?) . Ada juga pembaca yang menghantar nota-nota mengugut penulis-penulis Diskopi berhubung artikel berkenaan. Ada juga yang mendesak artikel berkenaan diturunkan. Di sini Geng Diskopi mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa Diskopi adalah ruangan wacana bebas yang membincangkan apa sahaja perkara secara intelektual. Perkara yang sama juga terpakai kepada semua tulisan-tulisan di Diskopi.

Kami juga ingin menjelaskan bahawa penulisan Tukang Tonyoh adalah kritik ilmiah semata-mata dan tidak diniatkan untuk menghina mana-mana pihak. Tulisannya juga tidak mengandungi apa-apa elemen libel, slander, defamasi, atau fitnah. Kami percaya pembaca Diskopi mampu untuk menilai sendiri baik buruk tulisan di sini. Tentang komen-komen yang diutarakan pula, kami tidak ada kawalan terhadap buah fikiran orang ramai, dan kami berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara. Di Diskopi kami menghormati pandangan semua pihak.


Catatan untuk Khalid Jaafar

habermas

Di sini saya tak mahu berbicara tentang polemik, atau tentang narasi-narasi kecil. Kita tak mahu terperangkap, sepertimana pascamodenisme. Persoalan Maza (Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)  atau anti-Maza (anti-Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin), itu adalah narasi kecil, dan hal yang sungguh remeh-temeh.Tentu ada yang lebih tinggi dari itu, atau lebih awal dari itu—iaitu berbicara tentang jalan menuju kepada narasi-narasi besar. Continue reading