Bau Mempengaruhi Moral?

flower2-768862Kita tentunya suka bau rumah atau tempat kerja yang bersih, tapi sebuah studi baru-baru ini menunjukkan orang lebih cenderung bersikap adil dan murah hati ketika dalam persekitaran bau yang bersih. Terutamanya yang mengandungi pencuci tingkap Windex.

Profesor Universiti Brigham Young Katie Liljenquist dan sebuah pasukan kecil penyelidik telah memantau reaksi daripada orang-orang telah melalui ujian yang dibuat untuk mengukur moral individu ketika dalam sebuah bilik yang berbau pembersih tingkap biru, Windex.

* Para peserta yang diselidik di bilik yang berbau Windex secara signifikannya lebih tertarik untuk menjadi sukarelawan (4,21 pada skala 7-mata) daripada yang di dalam bilik muzik (3,29).
* 22 peratus daripada peserta dalam bilik berbau Windex mengatakan mereka ingin menyumbangkan wang, berbanding dengan hanya 6 peratus daripada mereka yang berada di bilik muzik.

Meskipun kita dapat dengan mudah memahami bagaimana persekitaran rumah atau pejabat boleh melahirkan perasaan yang lebih menyenangkan, namun dalam konteks pencuci tingkap Windex logiknya menghairankan. Adakah ada bau yang mengubah suasana hati anda? beri tahu kami di ruang komen.

Baca selanjutnya di Clean Smells Promote Moral Behavior [Science Daily]

 

One Response

  1. mungkin jugak…aku cepat marah bila berada dalam suasana yang kurang menyenangkan baunya…memang bau boleh mengubah hati aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: