Dikawal kebebasan

“Man is just a recent invention; and perhaps one that is nearing its end”

Pelajar selalu diberitahu mereka bebas. Individu yang bebas untuk belajar, bebas cari pasangan, bebas pergi universiti, bebas untuk pergi ‘shopping’, bebas untuk makan, bebas untuk kerja dan macam-macam. The central theme is; pelajar bebas untuk memilih segala jenis tindakannya.

Sama seperti pelajar yang menghadiri universiti. Semuanya boleh memilih dan berfikir. Jadi setiap pelajar semestinya akan membuat pilihan masing-masing. Ada yang pergi universiti untuk menghabiskan tempoh pengajian dan selepas itu dapat ijazah. Itu sahaja. Jadi dalam menghabiskan tempoh pengajian ini, boleh buat kerja lain. Boleh keluar dengan kawan, pergi warta, metrokajang. Kalau ada masa lebih boleh pergi midvalley, 1 utama, mines. Malam nanti lepak kat al fariz, ameer ali. Selepas itu balik tidur. Hari esoknya buat yang sama. Hidup ini bebas.

Ade juga yang buat kerja lain. Mungkin aktif dalam kelab atau persatuan. Ada yang buat kerja bantu pelajar lain. Ada yang kerjanya hasut pelajar. Ada juga yang paksa pelajar, perbodohkan pelajar. Tapi tidak ada masalah. Pelajar bebas. Pelajar boleh memilih.

Ada lain pula yang tidak kerap keluar dan lebih banyak hanya tinggal di universiti. Mereka ini mungkin yang lebih miskin. Mungkin dari tempat yang lebih jauh. Banyak habiskan masa di ktho, ptsl, fakulti. Main facebook, atau mungkin pergi padang sebelah petang. Jogging.

Ada lain juga yang sebelum ini tidak banyak melihat tempat baru, benda baru. Jadi masa di universiti ini dimanfaatkan. Melihat tempat baru; bukit bintang, jalan ampang, damansara, petaling jaya. Ada yang minat internet. Berita sensasi. Gosip. Porno. Seks Barat. Seks Asia. Seks Melayu. Seks Jepun, Thai.

Semua pelajar bebas. Pelajar pilih untuk bebas. Bebas berfikir.
Tapi bagaimana kalau kebebasan ini yang mengawal dan mempengaruhi pelajar?

Pelajar di mana sahaja dilihat, diperhatikan. Dari masa daftar di universiti, maklumat diambil. Daftar di kolej. Masa orientasi. Pergi ke kelas. Jumpa dengan pensyarah. Di mana-mana sahaja diperhatikan. Rekod diambil. Universiti yang mencipta pelajar. Membentuk profil pelajar. Dari masa masuk pintu utama diperhatikan wisma aman, hingga ke bilik kolej diperhatikan pergurus dan jaksa.

Sama juga bagi mereka yang ingin keluar. Dari masa naiki bas untuk gi ktm. Bas disediakan. Tujuan untuk bawa pelajar, dan digunakan pelajar. Pengorientasian bahawa bas digunakan untuk bawa pelajar. Pelajar menjadi subjek, diperhatikan, sistem yang hanya dibentuk untuk mengstrukturkan hidup pelajar. Sama juga semasa naik ktm, guna teksi, moto. Semua diperhatikan. Semua didaftarkan.

Internet tidak kurangnya. Yang guna facebook turut diperhatikan. Dikawal dan dibentuk oleh sistem yang disediakan. Bagaimana cara bertutur, komunikasi, cara berhubung, semua disediakan. Semua disistemkan. Pelajar hanya perlu ikut. Ikut sistem yang telah dibentuk. Ikut arahan yang diberikan.

Plihanraya kampus? Sistem pemerhatian dan pengawalan yang teramat canggih. Antara sistem yang tercanggih kerana merupakan sistem yang mempunyai paling banyak kawalan, tetapi pada masa sama dipercayai dan selalu ditonjolkan dan dibuktikan dengan keras-kerasnya bahawa merupakan sistem yang paling adil dan transparen. Nama calon didaftar. Ketua calon didaftar. Nama perlu diambil. Pengundi perlu didaftar. Perlu ikut peraturan. Jentera diperhatikan. Ada yang semua telah dibentuk dan sedia ada. Cuma perlu manusia (pelajar) sahaja untuk ikut dan jalankan. Semua diperhatikan dan disistemasikan. Tetapi ingat, pilihanraya kampus adalah bebas.

Akhirnya yang ada hanya pelajar yang telah siap diprogram dan diorientasikan untuk menjalankan kehidupan yang asalnya telah disediakan, dibentuk. Pelajar-pelajar berguna yang dilatih menjadi binatang yang boleh bekerja dan dieksploitasi dan pada masa sama dungu, menurut, dan fungsi cuma untuk menyokong sistem.

Tapi pelajar tetap bebas. Bebas untuk memilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: