Nabi Muhammad Buta Huruf atau Genius? Syekh al – Maqdisi

Telah aku tinggalkan kepadaMu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang teguh kepada kedua – duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad memang layak digelar sebagai al – Quran bergerak kerana baginda merupakan huswatul hasanah kepada alam, manusia. Namun agak keterlaluan jika baginda dikaitkan bahkan dilabel dengan sifat yang buruk. Mungkin inilah yag ingin diketengahkan oleh penulis kontroversial di Timur Tengah iaitu Syekh al – Maqdisi dengan bukunya “Nabi Muhammad Buta Huruf atau Genius?” Syekh Maqdisi adalah nama samara dari seorang ulama Timur Tengah yang berfikiran luas. Merupakan penlis produktif untuk buku – buku keagamaan yang bersifat polemik dan kontroversial, antara lain: Khurafatu ‘Ummiyati Muhammad, Tarikhus Sabah, Fiqhul Irhab, Manid Dzabih: Ismail ‘amil Ishaq?, Kafir ibnul Kafir, Muhammad was Sharaf, ‘Anin Naskh fil Quran, dan Muqaranah.
Buku “Nabi Muhammad Buta Huruf atau Genius?” ini dikarang untuk mengungkap misteri “keummian” Rasulullah s.a.w.. Adakah benar seperti yang didakwa ia adalah misteri atau kita yang tidak dapat menjawab lantaran tidak memahami lalu meletakkannya sebagai ssbuah misteri?? Buku kontroversial ini dilihat menolak beberapa dakwaan yang dipegang masyarakat kebanyakan dan golongan tradisi. Mereka menyatakan Nabi itu ummi iaitu tidak pandai membaca dan menulis atau dalam perkataan lain ‘bodoh’ dan hal ini ini tidak memungkinkan Nabi Muhammad mengarang al – Quran itu. Dan, terbukti al – Quran itu kalam Allah kerana Nabi adalah seperti diperkatakan? Adalah tidak logic jika seseorang yang diakui kenabiannya bodoh! Pemimpin umat Islam bodoh?? Oleh itu, buku ini membawa penjelasan yang dapat diterima akal dan paling penting adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya (baca: adil) terhadap sifat yang dipunya Rasul Allah. Malah, buku ini juga memuatkan segala tafsiran daripada kitab – kitab yang menjelaskan makna ummi dengan lebih mendalam sehingga menjangkau apa yang telah kita fahami selama ini dan membuatkan kita terkesan dengan makna dan pesan sebenar yang lebih jauh dan tidak dangkal.
Ya, memang tidak dapat dinafikan baginda adalah ummi tetapi jauh sekali daripada ummi yang kita maknai selama ini. Ummi sebenarnya membawa pelbagai makna berdasarkan konteks masa itu. Makna pertama bagi kata ummi ialah keadaan atau asal yang sama seperti dalam kandungan atau ketika baru dilahirkan al – umm (baca: ibu kandung). Ummi atau ummiyun bukan kerana mereka tidak mampu membaca tetapi ketidaktahuan terhadap kenabian dan kitab suci. Hal yang sama telah juga dipersetujui banyak ulama dan kitab – kitab tafsir iaitu;
Al – Sayyid al – Murtadla banyak mengutarakan pendapatnya pada waktu sebelum dan selepas kenabian yang memungkinkan kesangsian tentang Nabi Muhammad s.a.w. mampu tulis – baca atau tidak. Dalam Tafsir al – Manar pula mengatakan ungkapan “minhum ummiyun” bererti tidak ada pengetahuan tentang kitab suci, hukum – hukum dan ajaran agama. Perkara yang hampir serupa (ketidaktahuan terhadap kitab agama) juga diakui Dr. Muhammad Shahrur. Beliau mengatakan kata ummi sepadan dengan kata goyem dalam bahasa Ibrani. Maknanya sekarang ialah orang awam. Yang biasanya jahil. Dapat disimpulkan :
1. Selain orang Yahudi dan Nasrani
2. Orang yang tidak mengenal kitab suci agama Yahudi dan Nasrani.
Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh ayat Allah, sebagaimana dalam al – Imran, 20: …Katakanlah kepada orang – orang yang telah diberikan kitab suci dan orang – orang ummi…
Dalam al A’raf, 157: mereka adalah para pengikut Nabi yang ummi. Ungkapan ini digunakan kerana baginda bukanlah daripada golongan mereka (Yahudi) tetapi goyem (ummi). Kerana mereka mendakwa soal kenabian tersebut sudah jelas tertulis dalam Taurat dan Injil, dan itu bukan Nabi Muhammad s.a.w.. Waminhun ummiyun menurut Fakhrudin Razi pula merujuk kepada orang Yahudi yang menentang kebenaran.
Selain kata ummi itu dikaitkan dengan makna keadaan asal (al – umm), ketidaktahuan terhadap kitab suci, ia juga diberi makna dengan ummul qura. Al – Quran sendiri menjelaskan: Dialah yang telah mengutus di kalangan orang – orang yang ummi itu seorang utusan yang membacakan kepada mereka ayat – ayatNYA, menyucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Baginda disebut ummi juga kerana beliau adalah orang Mekah, dimana Mekah ialah induk dari perkampungan (ummul qura). Dalam kitab Majma’ul Bayan; terdapat beberapa kemungkinan iaitu pertama, tidak boleh baca – tulis; kedua, merujuk kepada ummat atau kaum pergunungan atau orang – orang yang ada fitrah dan masih murni; ketiga, al – umm (ibu kandung); keempat merujuk kata ummul qura.
Bukan itu sahaja, malah dalam Tafsir Min Hadyil Quran; kata ummi juga merujuk kepada kata ummah sebagaimana dijelaskan Allah: Ini adalah umat kalian; umat yang satu. Sementara aku adalah Tuhanmu dan sembahlah Aku. Hal ini jelas bahawa Nabi Muhammad diutus untuk seluruh umat Islam.
Adapun ayat al – Quran yang menegaskan: Engkau sama sekali tidak mampu membaca kitab dan tidak pula mampu menuliskannya dengan tangan kananmu sehingga membuat sangsi para penentangmu adalah berkenaan situasi sebelum kenabian. Hal ini terbukti dengan turunnya wahyu pertama “Iqra!”, kehadiran malaikat yang menyuruh baginda “membaca” sebanyak 3 kali. Sekaligus menunjukkan selepas kenabian, baginda tahu membaca dan menulis bukan sebelum kenabian, maka dakwaan tentang baginda yang pelajari kitab Yahudi dan Nasrani lalu merekayasa Quran terbatal. Kerana kita dapati pula dalam Taqribul Quran, al – ummi dapat diacukan kepada sosok yang tidak pernah belajar dengan seorang guru (bukan orang yang tidak tahu sama sekali). Iaitu ia bermakna tidak tahu membaca dan menulis secara formalistik.
Oleh itu, penggunaan ummi perlulah terlebih dahulu dijelaskan ummi terhadap apa? Dan amat penting bagi kita untuk memahami makna ummi daripada sejarahnya agar tidak menimbulkan kekeliruan yang hanya akan memberi imej yang tidak serasi dengan Nabi Allah Nabi manusia Nabi kita. Begitu banyak halnya sekitar hal sebegini, tetapi tetap tertinggal hkmahnya iaitu rahsia terbesar mengapa Nabi tidak mampu membuat bahan bertulis dan membaca bahan – bahan tertulis adalah disebabkan hal yang paling mendasar dalam proses komunikasi antara manusia ialah suara bukan tulisan. Tulisan mungkin banyak dimanipulasi dan punya interpretasi yang pelbagai. Dan di sini juga ingin menunjukkan bahawa sebarang usaha mengubah sesuatu harus dibuat secara bersemuka, berhadapan bukannya dengan perantaraan.

3 Responses

  1. Syaikh Al Maqdisi adalah nama samaran, seorang misionaris di Arab. Penerbit Indonesia yg menerbitkan bukunya entah teledor atau sengaja, menerbitkan dengan judul “Buta Huruf atau Jenius” sebagai eufimisme dari judul aslinya “Khurrafatu Ummiyatu Muhammad”, dia menganggap umminya Nabi yg merupakan ijma` ulama2 pendahulu sbg khurafat. Argumentasinya berkisar seputar penafsiran independen tentang ayat dan hadits tanpa sekalipun mencoba untuk merujuk pada pendapat ulama terdahulu. Silahkan cek ke link misionaris berikut: http://alkalema.site90.net/cd1.htm
    dan ini judul buku2nya yg lain: muhammad al watsaniyah (paganisme muhammad), kaafir ibnu kaafir (kafir anak orang kafir), majhul an tarikh muhammad dst. Sayangnya sebagian umat islam yg mudah dibodohi seperti ini.

    • Saya kira mungkin saudara priyodjatmiko terus menyimpulkan isi hanya dari judul buku, sudahkah dibaca bukunya ini? Buku ini saya dapati tidak sedikitpun mengeji tapi memuji, dan memberi tafsiran lain tentang “ummi”. Jadi, terserah jika ingin memilih tafsiran yang anda senang.

      • sudah lah, kalau untuk buku khurrafiyatu ini saya bahkan konfirmasi buku arabicnya selain buku terjemahnya, itu silahkan cek di link saya kasih di atas🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: