Benarkah Aisyah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. di usia dini. O Hashem

O. Hashem merupakan penulis best seller buku bertajuk Berhaji mengikut Jalur Para Nabi. Penulis ini jugalah yang telah membongkar kebiasaan yang telah lama terbungkam dalam masyarakat Islam dan pemikiran umatnya. Kebiasaan yang dimaksudkan ini adalah menikahkan anak perempuan pada usia muda. Sebelum kita membicarakan hal ini dengan lebih terperinci, elok juga jika mengetahui serba sedikit tentang penulis kepada buku Benarkah Aisyah menikah dengan Rasulullah s.a.w. di usia dini yang akan kita bincangkan nanti. O. Hashem bergiat dalam pemberian ceramah dan penerbitan buku, antara buku – bukunya ialah Rohani Jasmani dan Kesihatan (1957), Keesaan Tuhan (1962), Marxisme dan Agama (1963), Jawaban lengkap kepada Pendeta Prof. Dr. J. Verkuyl (1967), Menaklukkan Dunia Islam (1968), Saqifah (1987), Syiah Ditolak Syiah Dicari (2000), dan Berhaji mengikuti Jalur Para Nabi (2008).

Dalam bukunya iaitu Benarkah Aisyah menikah dengan Rasulullah s.a.w. di usia dini memerihalkan segala hadis yang dilemparkan semata – mata menunjukkan Aisyah dinikahi pada usia awal adalah wajib untuk diragukan kerana beberapa sebab dan alasan. Sejarah hadis perlu ditelusuri dan konteks pembuatan hadis harus diambil kira agar tidak berlaku kesalahfahaman yang hanya akan memberi keuntungan kepada pihak tertentu (pihak lelaki khususnya). Dan kita dapat dalam lembaran buku ini disertakan sekali di bahagian akhir buku ini terdapat biodata ringkas perawi hadis. Hal ini perlu agar pembaca dapat mengambil kesempatan untuk mengenali mereka dan kitab – kitab yang dihasilkan. Dari sini, pembaca mahupun penulis pada masa akan datang akan lebih kritis dan komprehensif dalam membicarakan sesuatu perkara terutama perihal Islam; hal inilah yang dilakukan oleh O. Hashem. Kemurnian Islam telah mendorong penulis ini untuk menyebarkan kebenaran melalui bukunya. Bukan itu sahaja, dalam buku ini juga terselit beberapa rujukan untuk bacaan lanjut pembaca.

Buku ini bukan sahaja membincang dan mempersoal kenyataan Aisyah menikah dengan Rasulullah s.a.w. pada usia dini, tetapi turut memberi pengetahuan tentang kritik – kritik atas hadis sahih dan perawi bohong, agar umat Islam tidak taklid buta tetapi menggunakan akal untuk berfikir demi memelihara hukum dan syariat Islam. Dan tidaklah agak keterlaluan untuk dinyatakan di sini, Islam itu tidak beku kerana adanya manusia yang berijtihad. O. Hashem dengan jelas telah berjaya dalam usahanya itu kerana telah berani mencabar kepercayaan yang masih dipegang sesetengah kelompok. Usaha ijtihadnya kelihatan dalam setiap tulisannya ini.

Berbalik kepada bukunya ini, antara riwayat yang dinyatakan ialah; Riwayat tentang nikah 6 tahun dan berkumpul pada 9 tahun, tentang bermain boneka dan mimpi Rasulullah akan Aisyah. Riwayat ini kesemuanya disampaikan oleh Hisyam ibn Urwah. Tetapi peliknya, Imam Malik Ibn Anas dan Imam Abu Hanifah yang merupakan anak murid beliau tidak pernah menerima riwayat itu. Kenapa? Kerana keadaan Hisyam yang lemah ingatan dan pindah ke Iraq pada umur 70 tahun untuk mendapatkan wang kerana dikelilingi hutang akibat pernikahan anaknya. Riwayat nikah 6 tahun dan kumpul 9 tahun bukan sahaja tidak masuk akal malah telah dijadikan sunnah untuk diikuti. Terdapat banyak peristiwa yang membuktikan riwayat ini adalah rekaan semata. Antaranya, ketika ikut perang Badar, terdapat remaja sekitar 15 – 16 tahun yang dipulangkan semula (Usamah ibn Zaid, Zaid ibn Arqam, Zaid ibn Tsabit) tetapi Umair ibn Abi Waqqash menangis teresak – esak sehingga baginda membenarkannya ikut serta. Kalau Hisyam benar, Aisyah pada ketika itu baru berusia 10 tahun, adakah logik jika Rasulullah melarang remaja berusia 15 – 16 tahun ikut serta dalam perang Badar tetapi membenarkan Aisyah berusia 10 tahun? Hisyam bercerita tentang Abu Bakar yang minta izin daripada Aisyah (6 tahun) untuk dinikahkan kerana mahu koheren dengan sabda Nabi seperti diriwayatkan Abu Hurairah atau ibn Abbas “tidak boleh menikahkan gadis tanpa persetujuannya”. Jadi, adakah kanak – kanak yang berumur 6 tahun tahu persis ia akan berumah tangga? Diamnya bukan kerana setuju tetapi kerana tidak tahu. Tambahan, pinangan seorang anak bawah umur harus diputuskan walinya. Bukankah terdapat kekusutan dalam riwayat Hisyam ibn Urwah? Selain itu, Aisyah juga menghafal surah al – Qamar ayat 46 dari al – Quran sedangkan surah itu turun sebelum Aisyah lahir jika menurut Hisyam.
Penolakan lain terhadap riwayat seumpama ini juga telah disampaikan ahl Hadis seperti adz – Dzahabi dan ibn Hajar. Jadi, mestinya ketika berumah tangga dengan Nabi, Aisyah berumur sekitar 20 – 21 tahun . Tuntasnya, apabila ada riwayat atau Hadis yang mencoreng akhlak Nabi , ia pasti palsu dan wajib ditolak.

Hal seperti ini yang dahulunya mungkin tidak dianggap punya impak sosial lalu tidak diteliti sanadnya, harus diberi perhatian kerana ia boleh menjadi punca atau sumber kekerasan kepada wanita atau gadis atau kanak – kanak perempuan.
Buku juga telah memerihalkan lagi tentang permasalahan yang berakar umbi dalam masyarakat keluarga Islam sejak berzaman lagi sampai sekarang, tidak mustahil masih berlaku perkahwinan atau mengahwinkan anak perempuan pada usia yang muda. Perkahwinan semacam ini pula terus terjadi dan bakal terjadi pada setiap lapisan atasan mahupun bawahan. Perkara sebegini seharusnya ditelusuri dengan hikmah agar mereka dapat mengerti sebab – sebab tidak dapat diizinkan berlakunya perkahwinan pada usia muda. Ia demi syariat. Syariat yang membela atau menjaga kemaslahatan umum. Maka, ia adalah perlu jika buku ini dibaca dan difahami serta dimanfaatkan ilmu dan pengetahuannya untuk kebaikan bersama. Kerana dengan mengingkarinya bererti kita hanya mengundang pelbagai masalah yang kelak hanya menyusahkan. Perkahwinan pada usia muda ini telah diabsahkan tindakannya dengan menyandarkan pada Rasul Allah, dan nyata ia merupakan satu tndakan yang amat silap kerana O. Hashem telah menjelaskan bahawa tiada perkara sebegitu yang berlaku dalam amalan berkeluarga Nabi Muhammad s.a.w.. Oleh itu, adakah kita masih akan menutup mata demi mengikut amalan yang tiada asasnya jika dibandingkan amalan kekeluargaan atau perkahwinan sebenar mengikut Islam? Ayuh, mari kita dan semua mencelikkan mata dengan membaca buku ini. Buku ini tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi penulisnya hanya..sebagai kegunaan dan dakwah untuk disebarkan kebenarannya. Kebenaran yang bakal diketahui pembaca setelah memiliki serta membaca lembaran demi lembaran yang tidak dapat tidak, memang sangat – sangat besar kegunaannya. Ia bukan karya semata – mata melainkan suatu medium untuk menyampaikan pesan yang lebih besar daripada sekadar perkahwinan, hayatilah.

5 Responses

  1. Terima kash..sy sudah membacanya. Dan mungkin sy perlu mbacanya bkali2 agar lebih jelas. Tp, ia tidak mjelaskan dgn lbih jelas & pjg lebar ttg bbrapa isu di situ, contohny ‘bikr’ & ‘jaariyah’, dan hadis Urwah tetap digunakan dlm sesetengah hal sdgkn tdapat riwayat drp anak muridny sndri (Hanbal) mragui priwayatanny di Iraq..tp penulis msih shj ingin mbuktikn authenticity trustworthy Urwah ketika di Iraq. Adakah Hanbal akan mngatakan dua pkara yg sgt2 kontradik ttg 1 hal yg sama? Penulis juga gagal mngemukakan usia ‘matang’ bg perempuan sms sertai perang. Penulis hnya bsandarkan pd rwayat yg mgatakan umur 15 tahun yg dibenarkan sertai prg itu adlh mrujuk kpd lelaki SHJ.

  2. Dan, maaf jika sy silap.. Tp bukankah dgn mnyatakan ‘manhood’ mrujuk kpd makna lelaki=man, itu betul?? Tidakkah ia jelas2 ingin myatakan manhood=manusia kseluruhanny? (lelaki & prmpuan). ‘chairman’ pn digunakan w/pn yg mjabat jwtn itu prmpuan. Tnpa mrujuk kpd ‘man’ itu. Prebutan makna istilah msih lg blaku shingga skrg & ia dijadikn isu. Namun, psoalannya, manhood itu bukan makna LELAKI tp manusia. Psoalan seterusnya, pd konteks msyrakt itu, pkahwinan pd umur 9 thn mjadi tradisi..JIKA benar, adkh ia boleh diabsahkn mjadi tradisi bg umat Islam seluruhnya..? tnpa mrujuk masa & konteks msyrakt?? Budaya tudung & poligami juga bgitu.. Bukankah itu yg rata2 umat Islam amalkn iaitu Arabisasi bukan islamisasi. Islam as a way of life BUT not Arab as a way of life.. Mungkin, alkemist juga boleh mbaca buku Benarkah Aisyah bnikah di usia dini ini, dan kita sma2 bincang mngenainy. Wallahualam..

  3. tertarik dengan tulisan yang ditulis melalui pembacaan buku tersebut…berharap penulis ini teliti dan mendalami lg hadis,jgn berguru dengan buku sahaja.sebaliknya berguru lah dengan seorang guru bersama buku.dari tulisan aishah,pejam celik dapat lihat,aishah bukan merujuk terlebih dahulu kepada yg pakar.sebaiknya bertanya lah kepada yg lebih arif,bukan kita buat dengan andaian sendiri.ya,memang tak salah melontar pandangan dan kemusyikilan.bertanya dahulu sebelum kita terbebas dan perlu berguru.

  4. Ya, mungkin ada kebenarannya di situ, sy terima.. Terima kasih atas teguran itu =) Saya pn tidak menerima apa yg saya baca dan ucapkan scr bulat2 dan ia melalui proses utk memahami sesuatu pkara. dan mgkin jika skrg A, di kemudian hari ia akan berubah menjadi B. pendapat yg dilontarkan tidak statik, hanya utk difikirkn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: