Dari mana datangnya agama?

manusia itu sentiasa meminta dan mengharap..Pengalaman beragama merupakan fenomena social yang tidak mudah untuk difahami dan diteorikan. Tiada siapa yang dapat menyatakan dengan pasti – dalam masa yang sama mampu meyakinkan – sejak bila manusia beragama. Malah mentakrifkan agama itu sendiri punya kompleksiti yang bukan sedikit. Secara umumnya, daripada sudut sosiologi, agama adalah respon kepada ketakutan manusia.

Agama berfungsi untuk memberikan manusia rasa selamat dan terpelihara. Agama juga bagi mewujudkan rasa kawalan terhadap alam yang tidak terkawal ini. Sebagai contoh, manusia tidak mampu mengawal cuaca, namun, dengan memuja Tuhan Langit yang menjaga angin mereka merasakan bahawa mereka telah mengamankan taufan dan mengelakkan kemarau. Peningkatan kemampuan manusia-proto dalam membangun dan mewarisi ilmu nenek moyang mereka telah membantu mereka meningkatkan survival mereka dalam dunia yang kejam dan tidak teramal ini. Dalam masa yang sama wujud konsep kesementaraan kehidupan di dunia ini apabila mereka sedar akan tiba satu titik masa kematian yang tak terelak.

Ketika evolusi manusia–proto kepada homosepiens sepenuhnya, mereka mula mempersoalkan persekitaran dan diri mereka, selari dengan peningkatan kemampuan berfikir mereka. Apa yang mengawal musim; pergerakan rutin matahari, terbitnya bintang, hilangnya bulan? Perkara apa yang mengawal alam sekitar; hujan, banjir, kemarau? Siapa yang mengawal kesuburan; tribe mereka, haiwan ternakan, tanaman? Apakah system moral yang terbaik untuk mengekalkan kestabilan tribe? Dan persoalan yang jauh lebih besar; apa yang akan terjadi setelah kematian? Hidup dalam dunia pra- saintifik tidak memungkinkan mereka menemukan jawapan pada soalan di atas. Malah kini, dengan segala kecanggihan teknologi sains, kita masih gagal menemukan jawapan pada dua soalan terakhir – khususnya yang terakhir – dan masih berdebat akannya. Namun, sejak awal sejarah manusia mula berfikir akan kewujudannya, persoalan ini telah membawa kepada permulaan:

– System kepercayaan agama

– Golongan agamawan

– Ritual untuk Tuhan

– Satu set sikap dan moral tribe (puak)

-Dan satu bentuk kawalan ke atas moral ini; hal yang menjadi titik tolak kepada perbincangan kita yang seterusnya. Bilakah wujudnya insitusi agama? Terlebih dahulu hendaklah difahami apakah yang diertikan dengan insitusi agama. Insitusi merupakan organisasi – tidak semestinya structured dan formal sifatnya – yang terbina daripada hubungan dan interaksi antara ahli masyrakat. Institusi agama dalam faham sosiologi Marxis adalah superstruktur yang terbina atas landas ekonomi masyarakat tersebut. Contohnya, jika masyarakat tersebut merupakan masyarakat pertanian; insitusi keagamaanya pasti akan berkait dan terbentuk hasil daripada sosialisasi mereka dengan pertanian. Insitusi agama wujud selari dengan sejarah agama itu sendiri. Dalam masyarakat moden, insitusi agama boleh diwakili oleh gereja, kariah masjid, organisasi dakwah, baitulmal, jabatan agama, khalifah dan lain – lain struktur yang berorentasikan agama.

24 Responses

  1. agama? isu yg paling sukar dibicarakan. kadang2 manusia terlalu bijak utk mempergunakan agama utk kepentingan sendiri sehingga imej agama tersebut tercalar kesuciannya.

    pada pendapat saya, saya lebih suka jika agama tidak dikaitkan dengan politik langsung.

    agama+politik=disaster.

  2. maksudnya agama harus dipisahkan daripada politik?
    walau apa pun tulisan di atas tidak menyentuh hal politik, lebih kepada menilai agama daripada sudut sosiologi.

  3. apakah kajian sosiologi diatas mencakupi agama-agama langit juga?

  4. aik

  5. apakah kajian sosiologi ini termasuk agama langit?

  6. apa itu agama langit..greek juga agama langit…zeus juga dari langit..

  7. apa itu sudut sosiologi? betol ker kajian ini dari sudut sosiologi? apakah bukti emperikal bahawa kajian sosiologi ini dapat tunjukkan bahawa manusia yang cari agama itu benar2 dari ketakutan? apakah bila manusia makin bijak, maka manusia tak ada rasa takut pada agama lagi?

    saad, baca wikipedia sket, cari dalam perkataan “abrahamic religions”

  8. Bukan psoalan bila manusia mkin bijak, manusis xkan takut, tp bile manusia mula bfikir, manusia xkn takut, mgkin barangkali cinta. Jika dahulu, manusia tidak mgunakan akal rasional, tnpa soal& bsandar hny pd kprcayaan primitif. “Prsn takut ini mrupakan darjah primitif bg kprcayaan kpd Tuhan”- Asghar Engineer.
    Namun yg m’jadi psoalan mgkin mgapa seputar hal ketuhanan tak tselesaikan. lalu dibebani dgn ritual2 yg kononny drp agama langit. Dr segi sosiologinya, mungkn boleh selak weber; d sociology of religion (jk xslh). Namun, alamiah manusia sbnrny xdpt lari drp b’harap atau harapan, dan itu disandarkan kpd wujudny Tuhan dlm menunaikan itu (mngkin boleh dbaca nukilan Syariati).

  9. yang tukang tulis artikel sudut sosiologi ini tak jwb ker?

    kalo ikot engineer tuh, maknenyer setiap manusia ada fitrah eh? fitrh manusia adalah takut eh? dulu2 takda ker manusia bijak ker? adakah logik manusia dulu2 lain dengan logik manusia zaman sknag?

    lagi satu, antara harapan dgn takut, mana satu yang lebih logik utk mencari tuhan (atau, penulis artikel cakap, agama)?

  10. Sejak ble plak engineer ckp ad fitrah. cbe bce betul2 ayt 2. psoalan ny bukan psl ada atau x org bijak dlu n skg, Tp, psoalan ritual agama yg dpersembahkan ats sbb takut ad sosiologiny. Dan itu merupakan ketundukan yg prmitif (baca: plg rendah tarafny). Dlu mmg ad org bijak, skrg pn. Tp adakh mrk digerakkn dgn takut atau persoalan?

    Agama (a-gama: X-Kucar kacir) bg sy, yg menyusun hidup manusia, yg punya pegangan@kpercayaan ttntu (Xrigid kpd agama langit etc). Itu agama. Dan ia ada krn manusia scr alamiahny percaya pd hrpn. Hrpn (kuasa ttinggi) yg dpt mengubah. Dan ia dsandarkan kpd Tuhan@agama. Dan dlm mcari Tuhan, logiknya dlm setiap pcarian mstinya xputus asa (b’HARAP) pcarian itu bhasil. Bukan takut, krn takut mbataskan manusia bfikir & mcari.

  11. kalo gitu eh, apa sosiologi secara emperikal yang agama muncul dari rasa takut eh? dan kenape orang dulu2 tak digerakkan dgn persoalan eh? apa itu “yang paling rendah tarafnya” eh? macamana kite tahu tu rendah tu tinggi? apakah yang kayu ukur itu rendah itu tinggi? kemudian, bagaimana kita tahu rendah itu salah, dan tinggi tu betol? (kalau betollah kata-kata “yang paling tinggi taraf” itu mungkin betol?)

  12. Perasaan kmu gimana klu org lain hormat pd kmu? atau takut pd kmu? Rendah dan tingginya tletak di c2. N rasany, xckp pn rendah tu slh n tinggi tu betul.

  13. kalo gitu, bagaimana si rabiatul boleh gune pkataan, “plg rendah tarafnya.” apa itu yang paling rendah? kalau ada paling rendah, mesti ada paling tinggi. kalau ada semua tu, mesti menunjukkan byk martabat2nya. bagaimana nak ukur, bezakan dan tentukan martabat2 tu? kalo boleh, nak ukur cara sosiologi aah?

  14. aik?

  15. Dengan mengukur ‘takut’ sbg plg rendah taraf dan ‘cinta’ sbg tinggi taraf. Taraf dlm pengabdian diri pd Tuhan. Kalau buat dlm keadaan takut, itu mgkin dsebabkn paksaan dan b’sebab yg cnderung Xikhlas. Bbeza.

  16. tapi, bagaimana kita tahu bahawa org purba itu benar2 takut pada tuhan? apakah kajian sosiologi secara emperikal dalam soal ini? mengapa org purba tak terpikir bermula dengan persoalan? dari mana kita tentukan bahawa org purba itu takut, tidak mempersoalkan?

  17. hmmm?

  18. Perlu banyakkan lg bahan bacaan, jika sy sdah ketemu jwpnny, sy akan mnyusul

  19. Agama itu hanya kebetulan, yg mana sampai dulu kpd kita itu yg kita anuti dan praktik-kan

  20. agama tu datang dari TUHAN, kalau tak yakin agama dtg dari mana, so tak yakin pada TUHAN. senang je jwpn dia. terpulanglah pada manusia itu nk percaya pada TUHAN yg mereka pilih utk percaya.disitu la dtgnya agama.

  21. jangan perlekehkan Tuhan, Tuhan bukan Agama dan Agama bukan Tuhan.

  22. memang betul la Agama itu datangnya dari Tuhan..siapa yg memperlekehkan siapa ni??

  23. memang betul la Agama itu datangnya dari Tuhan..siapa yg memperlekehkan siapa ni???

  24. agama itu ciptaan manusia… tuhannya adalah pemimpin masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: