UKM dan Perempuan Puaka
*UNTUK 18 TAHUN KE ATAS (UNSUR SERAM KETERLALUAN)
oleh: Belia tidak berpersatuan
Selepas berakhir Pilihan Raya Kampus aku rasa UKM mula aman dari pekik lolong mamat dan minah yang turun ke jalan. Hanya sikit-sikit bunyi pekikan berok nakal melompat bila dapat sisa makanan dari jamuan selepas meeting yang maha kerap. Pendek kata, keadaan memang tenang, sesuai untuk study sambil memejamkan mata. Tapi harus diingat. Sejarah mesti berulang. Ini pon kalau ikot teori Ibn Khaldun….haha..
Entah sumpahan laknat dari mana yang menyebabkan setiap purnama makhluk ini pasti menyerang garang. Puaka ini memang lantang. Setiap purnama wajib datang. Dia menyerang. Makhluk puaka tidak diundang ini tiada lawannya, jangan katakan Bukan Murugadas, Pak Hitam dari Selama pon telah dibaham ke dalam perut rumahnya. Ngeri, selepas dijumpai, Pak Hitam tidak waras lagi. Ini bukan mitos. Angin pagi Rabu 12 Ogos berbau garang.
Firasat aku tragedi seram berdarah pasti akan berulang. Angin bertiup songsang itu bagaikan membawa khabar mangsa kali ini lebih ramai,malah lebih dahsyat. Petang itu hujan renyai, bagaikan bakal mengiringi angka korban malam ini. Malam telah datang. Bagaikan hampagas menyedut sampah, rakyat UKM seakan terpanggil untuk dijadikan mangsa. Dengan tidak semena-mena, satu pekikan memecah telinga. Peluh aku jatoh.. aku tau dia akan bermula bila-bila masa. Pekikan itu semakin kuat. Pekikan Aku Hanya Serangga dari Awang BPR disambut dengan ngauman keretapi kecik dari rumah puaka. Sejarah berulang lagi. Mangsanya semakin ramai. Dari jauh aku nampak Bukan Murugadas berasak-asak hendak membeli token.. Walau apa pon Pesta Konvo kali ini bukan Murugadas ingin masuk dalam rumah Puaka lagi…..
Filed under: Kampus, Pengalaman, Sastera, Seni | Tagged: hantu, perempuan puaka |
Ceh…