Featured Comment – PPSMI

Oleh sokong ppsmi on Pendemokrasian Bahasa, Sastera Demokrasi dan Falsafah Pendidikan

Pemansuhan ppsmi akan lebih merugikan pelajar melayu. pelajar cina dan india akan mendapat lebih banyak manfaat. tanpa ppsmi, majoriti pelajar melayu hanya akan mahir dalam bahasa ibundanya, iaitu bahasa melayu. hanya segelintir kecil yang mampu untuk mahir berbahasa inggeris. maksudnya, jumlah maksimum penguasaan bahasa adalah dua sahaja. dibandingkan dengan pelajar cina dan india yang menuntut di sekolah vernakular, golongan ini berpeluang untuk mahir dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. di antara dua golongan pelajar iaitu melayu dan bukan melayu, kita semua sedia maklum bahawa penguasaan bahasa inggeris adalah lebih tinggi di kalangan pelajar bukan melayu terutamanya golongan cina dan india kawasan bandar.sesungguhnya, saya telah membuat perbandingan di atas berlandaskan garisan perkauman. tetapi saya tidak berniat untuk memperkecilkan mana-mana kaum. kadang-kadang, sesuatu polisi itu amatlah jelas terutamanya dalam pemansuhan ppsmi yang saya lihat hanya merugikan pelajar melayu. kita jangan nafi kepentingan bahasa inggeris dalam bidang sains dan matematik.

ingin saya bawakan fakta menarik: saya sudah terlupa sumbernya tetapi berikut adalah fakta tanpa nombor kerana saya tidak ingat nombornya…

bahasa yang paling ramai pengguna di dunia ini bukanlah bahasa inggeris seperti sangkaan orang ramai. jawapan sebenar adalah bahasa mandarin. ini kerana penulisan dan ejaan bahasa mandarin adalah sama di seluruh dunia. yang berbeza hanya loghat sahaja mengikut negara. rata-rata semua rakyat negara china tahu berbahasa mandarin. itu sudah lebih kurang 1 bilion. jumlah pengguna bahasa inggeris adalah jauh kurang berbanding bahasa mandarin. sekadar beberapa ratus juta. tetapi mengapa bahasa inggeris menjadi bahasa antarabangsa???

jawapannya senang. bahasa inggeris digunakan secara meluas dalam bidang sains dan matematik. juga meluas dalam bidang perundangan dan perdagangan antarabangsa. walaupun jumlah pengguna bahasa inggeris kurang berbanding bahasa mandarin, bahasa inggeris telah menguasai bidang-bidang kritikal seperti di atas yang mengerakkan ekonomi dan perkembangan sains dunia. bahasa mandarin lazimnya digunakan dalam pertuturan harian dan tidak lebih dari itu.

bagaimana pula dengan bahasa melayu? jumlah pengguna bahasa melayu amatlah kurang. jika kita tidak menyamakan bahasa melayu dengan bahasa indonesia, maka bilangan pengguna sekadar jumlah rakyat malaysia + singapura + brunei. kalau samakan dengan bahasa indonesia, mungkin boleh mencecah 230 juta.

kerajaan memansuhkan ppsmi dan memulihkan bahasa melayu sebagai medium hanya kerana bahasa melayu lebih banyak digunakan di rumah dan pertuturan harian. sepatutnya kerajaan mengekalkan bahasa inggeris yang betul-betul menguasai medium sains dan matematik.

berdasarkan perkiraan di atas, boleh saya simpulkan bahawa pemansuhan ppsmi adalah suatu langkah kebelakang dan negara semakin hilang kemampuan bersaing dengan negara lain. sememangnya bahasa melayu juga boleh membawa perkembangan negara, tetapi saya rasa bahasa inggeris dapat
membawa perkembangan yang lebih banyak.

masa negara mula-mula merdeka sekitar tahun 1957, negara-negara seperti jepun, korea selatan, taiwan dan singapura sebenarnya setaraf atau sedikit lebih baik daripada malaysia. hari ini, malaysia jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. malahan negara-negara yang asalnya pada tahun 1957 lebih mundur daripada malaysia seperti thailand, indonesia, china dan vietnam telah mula mendahului malaysia di zaman 2009 ini. malaysia memang banyak berkembang dalam tempoh 52 tahun ini, cuma negara lain lebih banyak berkembang daripada malaysia.

para pembaca, sila jawab persoalan saya ini sekiranya sanggup. dalam aspek manakah negara malaysia mendahului negara jiran terdekat singapura? padahal singapura jauh lebih mundur ketika berpisah dengan malaysia untuk menjadi negara bebas pada tahun 1965….

ribuan maaf sekiranya menyinggung mana-mana pembaca…

2 Responses

  1. ada betulnya apa yang anda katakan. saya juga dikalangan orang melayu yang tidak pernah didedahkan dengan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian saya. jadi, sebelum saya memasuki universiti, penguasaan saya dalam bahasa inggeris amatlah teruk. tetapi, apabila di universiti, kebanyakan buku adalah di dalam bahasa inggeris dan ini menjadikan saya terbiasa dengan bahasa inggeris. namun begitu, tidaklah saya dapat menguasai bahasa inggeris sepenuhnya cuma saya sekurang-kurangnya dapat meningkatkan bahasa inggeris saya.

    namun begitu, cuba kita lihat kepada keseluruhan aspek. golongan muda diperingkat umur 7-15 tahun, mereka ini tergolong dalam golongan yang perlukan daya tarikan bagi membolehkan mereka memberi perhatian kepada sesuatu subjek. bukan sahaja dari segi pengajaran tetapi dari segi penggunaan bahasa. rata-rata kanak-kanak dan remaja melayu didedahkan dengan bahasa melayu seawal usia 1-6 tahun berdasarkan kehidupan seharian mereka. apabila mereka melangkah masuk ke alam persekolahan, secara tiba-tiba mereka perlu belajar satu bahasa tambahan baru iaitu inggeris. perlu diingat, tumpuan kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan ini mudah terjejas apabila hilang minat dalam sesuatu subjek. hilang minat ini boleh berlaku disebabkan faktor penggunaan bahasa yang mereka tidak fahami. apabila sains dan matematik diajar didalam bahasa inggeris, mereka secara automatik telah meletakkan di dalam minda mereka sebagai subjek yang tidak diminati. habuannya, mereka tidak akan ambil tahu langsung mengenai subjek ini. adakah ini yang kita harapkan?

    penggunaan bahasa inggeris ini tidak boleh didedahkan secara mengejut kepada kanak-kanak. seharusnya mereka diberi pendedahan sejak mereka kecil iaitu sebelum masuk alam persekolahan lagi. disinilah peranan ibu bapa. dari sudut persekolahan, kita sudah wujud subjek bahasa inggeris. yang menjadi masalahnya, cara pembelajaran dan pengajaran bahasa inggeris ini dilihat terlalu lemah. seharusnya guru-guru inggeris ini mewajibkan pelajar-pelajar bertutur dalam bahasa inggeris di dalam kelas dan tidak menumpukan terhadap pemahaman grammar semata-mata. perlu diingat, tujuan asal PPSMI ini adalah disebabkan murid-murid sekolah tidak fasih bertutur (dan bukannya memahami) bahasa inggeris.

    minta maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini. saya juga manusia. cuma memberikan pandangan sahaja

  2. bolehkah Malaysia dalam masa terdekat ini mengatasi Singapura sekiranya kita meneruskan PPSMI? adakah Malaysia ini menjadi tidak maju kerana murid-murid di sekolah diajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu? adakah perjuangan menegakkan bahasa ibunda yang telah dimulakan oleh pencinta bahasa sejak zaman kemerdekaan dulu sekarang ini dianggap terkebelakang?

    kesian….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: