Pendemokrasian Bahasa, Sastera Demokrasi dan Falsafah Pendidikan

Kerap kali sebab yang digunakan  untuk menjustifikasikan pengunaan jenis bahasa adalah kebolehan seseorang itu untuk menguasai sesuatu bahasa itu. Dalam hal ini bahasa yang selalunya dipakai dipilih daripada jenis yang dekat dengan individu itu atau yang lahir daripada kebudayaannya atau identitinya.

Dilihat perbahasan tentang PPSMI baru-baru ini etnik masing-masing pada dasarnya atau sekurang-kurang daripada luarannya perjuangkan untuk menggunakan bahasa yang berasal daripada identiti dan budaya masaing-masing, dengan MCA bahasa Cina dan UMNO bahasa melayu serta MIC Tamil.

Ini mungkin mempunyai kemunasabahannya tetapi harus difikir dengan kritis tujuan dan akibat daripada dasar-dasar sebegini.

Sesuatu bahasa itu tanpa ruang demokrasi tidak akan berkembang. Asas, kreativiti dan gaya sesuatu bahasa itu amat berkait rapat sekali dengan nilai demokrasi. Sekiranya sesuatu bahasa itu tidak dapat meluahkan nilai-nilai moral, estetika, sastera, etika, falsafah, dan akal fikiran, keberangkaliannya dinamika bahasa itu telah dibantutkan oleh korupsi kuasa dan pengecilan ruang demokrasi.

Dalam konteks Malaysia ini, ruang demokrasi ini dimonopoli dan diperkecilkan oleh kerajaan. Ruang wacana dan ruang demokrasi dibunuh dan dirogol kumpulan UMNO-Barisan Nasional. Jadi tidak hairan sekiranya bahasa melayu, cina dan tamil bukan sahaja tidak meluahkan nilai-nilai yang telah disebut di atas tetapi juga dikongkong tatabahasanya kerana keperluan untuk mematikan perbahasan intelektual dan pemikiran kritikal. Ini semestinya penting untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan.

Bahasa yang dikongkong dan dikawal kemudiannya digunakan untuk mengajar anak-anak muda, murid-murid dan pelajar diseluruh Malaysia. Semestinya akan gagal untuk membuka minda dan melahirkan individu yang kritikal.

Sains dan matematik tidak seharusnya dilihat sebagai sains dan matematik sahaja.

Sains merupakan manifestasi penggunaan rasional dan akal fikiran untuk menjelaskan fenomena yang berada diluar metafisika, ontologi, theology dan epistemologi. Ia  mengerakkan kemajuan dan perkembangan tamadun manusia dengan membolehkan manusia memahami serta menguasai dunia fizikal. Satu daripada cabang falsafah yang juga dikenali sebagai sains semula jadi atau ‘the natural sciences’.

Matematik merupakan manifestasi pemikiran logik dan teori yang diilhamkan dalam minda manusia.

Tanpa kedua-kedua ini, manusia tidak akan wujud kerana tiada idea, tiada akal, dan tiada rasional. ‘I think therefore I am’.

Selagi ruang demokrasi tidak dibuka, bahasa yang digunakan itu akan melahirkan anak muda yang tiada idea, akal dan rasional kerana fungsi bahasa dalam ruang yang tidak demokratik adalah bertujuan untuk melahirkan golongan pasif.

Bahasa yang difahami dan sinonim dengan budaya dan identiti sesuatu golongan adalah lebih baik lagi kerana proses pembodohan akan berlaku dengan lebih cepat dan senang. Pelajar-pelajar akan memahami kebodohan dan bertindak bodoh dengan lebih jelas dan tepat.

Bahasa melayu untuk perbodohkan orang melayu.

Bahasa cina untuk perbodohkan orang cina.

Bahasa tamil untuk perbodohkan orang india.

Bahasa yang sepatutnya dikembalikan dan dipelajari dahulu adalah sastera demokrasi. Tanpanya, bahasa, terutama bahasa yang sangat difahami oleh etnik masing-masing, hanya merupakan alat untuk perbodohkan rakyat Malaysia.

Pembebasan minda atau ‘liberation of the mind’ adalah konsep asas falsafah pendidikan. Dapatkah ini dicapai dengan bahasa melayu, bahasa cina dan bahasa tamil tanpa demokrasi?

9 Responses

  1. Info yang sangat bagus, kritis dan membangun….. trim’s

  2. bahasa demokrasi juga memerlukan bahasa perantaraannya. jadi bahasa perantaraan apa yang hendak dipakai untuk menbangunkan ruang, nilai dan idea demokrasi?

  3. Salam kenal
    Bahasa memang penting sekali
    Dengan bahasa kita bisa berkomunikasi dengan banyak orang
    MANTAP

  4. Fuh… pedas, pedih,… fuh……….bisa sekali.

  5. ya, i think therefore I am.
    dan lebih kurang separuh abad sebelumnya,
    credo ut intelligam (I believe in order to understand)

  6. pemansuhan ppsmi akan lebih merugikan pelajar melayu. pelajar cina dan india akan mendapat lebih banyak manfaat. tanpa ppsmi, majoriti pelajar melayu hanya akan mahir dalam bahasa ibundanya, iaitu bahasa melayu. hanya segelintir kecil yang mampu untuk mahir berbahasa inggeris. maksudnya, jumlah maksimum penguasaan bahasa adalah dua sahaja. dibandingkan dengan pelajar cina dan india yang menuntut di sekolah vernakular, golongan ini berpeluang untuk mahir dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. di antara dua golongan pelajar iaitu melayu dan bukan melayu, kita semua sedia maklum bahawa penguasaan bahasa inggeris adalah lebih tinggi di kalangan pelajar bukan melayu terutamanya golongan cina dan india kawasan bandar.

    sesungguhnya, saya telah membuat perbandingan di atas berlandaskan garisan perkauman. tetapi saya tidak berniat untuk memperkecilkan mana-mana kaum. kadang-kadang, sesuatu polisi itu amatlah jelas terutamanya dalam pemansuhan ppsmi yang saya lihat hanya merugikan pelajar melayu. kita jangan nafi kepentingan bahasa inggeris dalam bidang sains dan matematik.

    ingin saya bawakan fakta menarik: saya sudah terlupa sumbernya tetapi berikut adalah fakta tanpa nombor kerana saya tidak ingat nombornya…

    bahasa yang paling ramai pengguna di dunia ini bukanlah bahasa inggeris seperti sangkaan orang ramai. jawapan sebenar adalah bahasa mandarin. ini kerana penulisan dan ejaan bahasa mandarin adalah sama di seluruh dunia. yang berbeza hanya loghat sahaja mengikut negara. rata-rata semua rakyat negara china tahu berbahasa mandarin. itu sudah lebih kurang 1 bilion. jumlah pengguna bahasa inggeris adalah jauh kurang berbanding bahasa mandarin. sekadar beberapa ratus juta. tetapi mengapa bahasa inggeris menjadi bahasa antarabangsa???

    jawapannya senang. bahasa inggeris digunakan secara meluas dalam bidang sains dan matematik. juga meluas dalam bidang perundangan dan perdagangan antarabangsa. walaupun jumlah pengguna bahasa inggeris kurang berbanding bahasa mandarin, bahasa inggeris telah menguasai bidang-bidang kritikal seperti di atas yang mengerakkan ekonomi dan perkembangan sains dunia. bahasa mandarin lazimnya digunakan dalam pertuturan harian dan tidak lebih dari itu.

    bagaimana pula dengan bahasa melayu? jumlah pengguna bahasa melayu amatlah kurang. jika kita tidak menyamakan bahasa melayu dengan bahasa indonesia, maka bilangan pengguna sekadar jumlah rakyat malaysia + singapura + brunei. kalau samakan dengan bahasa indonesia, mungkin boleh mencecah 230 juta.

    kerajaan memansuhkan ppsmi dan memulihkan bahasa melayu sebagai medium hanya kerana bahasa melayu lebih banyak digunakan di rumah dan pertuturan harian. sepatutnya kerajaan mengekalkan bahasa inggeris yang betul-betul menguasai medium sains dan matematik.

    berdasarkan perkiraan di atas, boleh saya simpulkan bahawa pemansuhan ppsmi adalah suatu langkah kebelakang dan negara semakin hilang kemampuan bersaing dengan negara lain. sememangnya bahasa melayu juga boleh membawa perkembangan negara, tetapi saya rasa bahasa inggeris dapat
    membawa perkembangan yang lebih banyak.

    masa negara mula-mula merdeka sekitar tahun 1957, negara-negara seperti jepun, korea selatan, taiwan dan singapura sebenarnya setaraf atau sedikit lebih baik daripada malaysia. hari ini, malaysia jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. malahan negara-negara yang asalnya pada tahun 1957 lebih mundur daripada malaysia seperti thailand, indonesia, china dan vietnam telah mula mendahului malaysia di zaman 2009 ini. malaysia memang banyak berkembang dalam tempoh 52 tahun ini, cuma negara lain lebih banyak berkembang daripada malaysia.

    para pembaca, sila jawab persoalan saya ini sekiranya sanggup. dalam aspek manakah negara malaysia mendahului negara jiran terdekat singapura? padahal singapura jauh lebih mundur ketika berpisah dengan malaysia untuk menjadi negara bebas pada tahun 1965….

    ribuan maaf sekiranya menyinggung mana-mana pembaca…

  7. kalau tujuannya adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris, tepatkah kaedahnya?

    tiada yang mempersoalkan kepentingan menguasai bahasa inggeris, dan jalan penyelesaian bukanlah ppsmi

    asasnya, baca,tulis dan bercakap. itu sahaja

  8. tiada siapa persoalkan kepentingan bahasa inggeris pada zaman sekarang.

    tapi pokoknya, pelaksanaannya, ppsmi itu sendiri. dengan belajar sains, dan matematik (terutamanya), jelaskan macam mana dapat menguasai bahasa inggeris.?

    asas untuk menguasainya – membaca, menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris. itulah kaedah yang digunakan bertahun-tahun.

    pada pendapat saya, singapura maju kerana salah satunya ialah kemantapan kerajaannya menguruskan negara. banteras rasuah misalnya.

    salam

  9. wahai kerajaan,
    hentikanlah menjadikan kami, anak2 PPSMI,
    sbg tikus ujikaji kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: