Menemukan Campa Yang Hilang

menemukan Campa yang hilang 238 tahun dulu, air mata Si Puteri menitis kecewa. Cinta tidak berbalas, menguburkan harapan bukan sahaja untuk meraih jiwa Sang Pangeran, malah membantut usaha melimpah syiar Islam di bumi Campa. Lalu Si Puteri membawa diri lara pulang ke Kelantan mengubat atma. Kisah ini merupakan sebahagian daripada bukti yang dipersembahkan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Zain Musa untuk memperlihatkan hubungan keagamaan antara Tamadun Campa dengan Kelantan. Kini, ceritera dakwah dan cinta luka ini yang dulunya ditinta dalam 162 bait telah dibuku kemas dengan judul Nai Mai Mang Makah (Tuan Puteri Dari Kelantan). Menurut Dr Mohamad Zain yang merupakan penyelidik di Insitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Kelantan pada tika itu dirujuk sebagai Makah lantaran fungsinya mirip Makkah – pusat pembelajaran ilmu agama. “waktu itu ramai tokoh dari Kelantan seperti Po Riyak yang merupakan ahli dalam membina kapal. Sesuai dengan gelarannya riyak (ombak). Katip sumat pula adalah tokoh perjuang Cam yang adatang dari Kelantan pada tahun1883. Malah ramai lagi sosok agaman yang diam merata campa” jelas penyelidik kelahiran bumi Campa ini. Dalam abad – abad berikutnya, orang Cam yang amat menitik beratkan ilmu agama telah menghantar anak mereka ke Makah (Kelantan). hal ini membuktikan Islam cukup subur sejak awal usia zaman lagi tanah Cik Wan Kembang. Sewajarnya tradisi keilmuan ini dipelihara dan dibaja. Kenyataan beliau ini dikutip sewaktu Forum Pengkaji Pemikiran dan Tamadun bagi siri yang ke-20. Forum bertempat di Kojel Dar al-Hikmah. Jelas beliau, oleh kerana keadaan di Campa tidak memungkinkan kedatangan orang Arab, Farsi dan India untuk berdakwan sambil berdagang akibat perperangan dengan jirannya di utara sejak abad ke 10 maka amanah dakwah digalas cekal oleh orang Melayu Kelantan. kehadiran mubaligh Kelantan ini dikesan seawal abad ke14 lagi. Oleh kerana asal rumpun yang satu, maka mudahlah kedua budaya ini berasimilasi dengan sendirinya tanpa disuruh- suruh. Malah kemudiannya, disebabkan masyarakat ini hampir homogeneous lalu Perancis yang pada waktu itu menjajah Indochina telah mengelompokkan mereka sebagai Melayu seluruhnya.Melihat akan hubungan ini, tidak semudahnya untuk kita mengatakan bahawa sejarah kita terasing dengan Campa. Tidak dapat dibayangkan kini betapa pekatnya pengaruh Melayu di rantau ini hingga Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca. Di Campa sendiri, terdapat sejumlah manuskrip yang merupakan leksikon Melayu- Cam. Oleh sebab nilai akedemiknya yang tinggi maka manuskrip ini telah dikaji dan diterbitkan di Paris dengan judulnya Quatre Lexiques Malais-Cam Anciens Rediges Au Campa pada 1999 oleh Po Drama. Menginsafi kerugiannya jika tidak dapat dihadam sendiri oleh pengkaji tempatan, pada tahun berikutnya Dr Mohamad Zain bertindak menterjemahkan makalah tersebut dalam Bahasa Melayu dengan nama Empat leksikon Bahasa Melayu- Bahasa Cam; Disusun di Campa Pada Abad ke-17. Dalam majlis yang juga dihadiri oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Dr Mohammad Zain menyatakan dengan nada yang sedikit kesal bahawa jumlah kajian yang dibuat oleh penyelidik tempatan amatlah langka dalam hal ehwal ketamadunan Campa ini. Kebanyakan makalah adalah hasil cerapan kajian daripada Perancis – antaranya A. Cabaton, M. Nerd, Maspero dan P. Rondot – yang banyak menulis tentang Islam di Campa. Malah kebanyakan khazanah ilmu Campa diam di Universiti Sorbonne dalam bahasa Perancis. “ Kajian ini penting kerana Campa merupakan antara tamadun terawal dunia dan ia bertambah penting lagi kerana ia adalah tamadun kita sendiri. Melupaka Campa bererti melupakan sebahagian dari khazanah ilmu bangsa ini. Maka tugas ini harus disambung oleh penyelidik muda.” harap Dr Mohamad Zain. Diakhir seminar ini, Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang juga mantan presiden ABIM, telah membangkitkan beberapa persoalan, ini termasuklah keakraban bahasa antara Melayu dan Campa, isi butir pada perut prasasti dan batu bersurat serta peranan Islam dalam membangun tamadun. Manakala Dr Alinor, penyelidik prasasti di INSPEM, UPM yang bertindak selaku pengerusi forum malam itu merumuskan bahawa kerja – kerja penyelidikan ini memerlukan komitmen ramai dan kebolehan memahami bahasa Campa dan Perancis amat membantu dalam kajian umpama ini.

6 Responses

  1. hmmmm apa kabar!

  2. harisz tak patut plagiat artikel ni dari siasah. tulis sendirilah. jgn malas!

  3. bukan harisz yang plagiat siasah. siasah yang plagiat harisz. tak pon harisz dan haris zuan adalah orang yang sama!

  4. tunggu harisz buat declaration… tak pon minta diskopi buat suruhanjaya maharaja utk siasat

  5. Harisz xplagiard mana2 tulisan. Harisz & Hariszuan ialah orang yg sama!

  6. Hahaha… ikut Diskopi tapi tak tahu yang Harisz dan Hariszuan adalah orang yang sama. Hahaha… Tak cool… tak cool… hahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: