UNDANG-UNDANG ZALIM WAJIB DILAWAN!

Mansuhkan ISA!
Mansuhkan ISA!

Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang lebih dikenali dengan nama ISA adalah suatu akta zalim yang tidak berperikemanusiaan. ISA memberi kuasa mutlak kepada pemerintah untuk memenjarakan sesiapa sahaja TANPA PERBICARAAN. Maknanya seseorang itu boleh dipenjarakan tanpa perlu bukti-bukti dikemukakan di mahkamah. Dengan kata lain ISA adalah akta yang menghalalkan pemenjaraan manusia tanpa perlu dibuktikan dia bersalah atau pun tidak. ISA adalah suatu bentuk penculikan dan penyeksaan oleh pemerintah!

ISA bukan sahaja melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia tetapi juga tiada satu nas pun baik di dalam Al-Quran, mahu pun Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. yang membenarkan seseorang itu dipenjarakan atau dihukum tanpa proses perbicaraan.

Justeru itu pada 1hb OGOS ini, HARI SABTU, JAM 2.00 PETANG, berkumpul di Masjid Jamek, Masjid Negara dan Sogo, suatu perhimpunan aman menuntut pemansuhan undang-undang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini akan diadakan. Ayuh kita anak-anak muda dan mahasiswa turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman mansuhkan ISA ini.

Tetapi sebelum kita turun berhimpun secara aman ini, eloklah terlebih dahulu kita baca dan fahamkan panduan-panduan penting yang telah digariskan oleh pihak penganjur supaya perhimpunan kita itu nanti berjalan dengan aman dan beroleh manafaat buat kita semua di dalam perjuangan kita demi kebenaran dan keadilan untuk umat manusia khususnya di tanahair kita yang tercinta, Malaysia.

 Sila baca seterusnya untuk mengetahui panduan-panduan penting untuk peserta-peserta perhimpunan mansuhkan ISA ini.

Continue reading

Advertisements

Featured Comment – PPSMI

Oleh sokong ppsmi on Pendemokrasian Bahasa, Sastera Demokrasi dan Falsafah Pendidikan

Pemansuhan ppsmi akan lebih merugikan pelajar melayu. pelajar cina dan india akan mendapat lebih banyak manfaat. tanpa ppsmi, majoriti pelajar melayu hanya akan mahir dalam bahasa ibundanya, iaitu bahasa melayu. hanya segelintir kecil yang mampu untuk mahir berbahasa inggeris. maksudnya, jumlah maksimum penguasaan bahasa adalah dua sahaja. dibandingkan dengan pelajar cina dan india yang menuntut di sekolah vernakular, golongan ini berpeluang untuk mahir dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. di antara dua golongan pelajar iaitu melayu dan bukan melayu, kita semua sedia maklum bahawa penguasaan bahasa inggeris adalah lebih tinggi di kalangan pelajar bukan melayu terutamanya golongan cina dan india kawasan bandar. Continue reading

Merayakan Kemerdekaan Sambil Sembang Santai Bersama Buku Indo dan Kiri Untuk Perjuangan !

Rumah Terbuka Gerakbudaya- Hari Sabtu, 8 Ogos 2009.

Jom Datang Ramai-ramai Ke Rumah Gerakbudaya, di No. 11 Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor (Berdekatan dengan Hospital Universiti)

Aturcara program :
9  pagi – 11 malam : Jualan Makanan Otak (buku la tu!)

8  malam – 11 malam : Sembang Santai: ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka !!!’

Untuk siri yang pertama, kami memilih buku-buku yang kami import khas dari penerbit-penerbit buku tersohor Indonesia di dalam bidangnya seperti Yayasan Obor, Komunitas Bambu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Resist Book dan beberapa yang lain sebagai barang dagangan yang akan dijual dengan harga istimewa (murah banget!), juga buku-buku bernuansa kiri.

Selain daripada itu, kami juga akan memberikan diskaun istimewa untuk buku-buku baru yang tidak akan diperoleh pada waktu-waktu biasa melainkan pada hari acara ini berlangsung.

Meneruskan tradisi, judul-judul buku tertentu akan diberi secara PERCUMA untuk tetamu yang hadir.

Acara  Sembang Santai:

Tajuk: ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka !!!’ 
Masa : 8 malam – 11 malam

Sudah menjadi kelaziman sang pemerintah berkuasa di mana-mana untuk menulis sejarah mengikut versi mereka dan meminimalkan atau menidakkan sama sekali sumbangan pihak yang lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan buku teks rasmi sekolah yang secara terancang menghitamkan segala yang berkaitan dengan gerakan kiri, apatah lagi komunis.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, kami dengan rasa hormatnya menjemput anda semua untuk hadir berdikusi tentang sumbangan gerakan kiri di dalam proses mendapat kemerdekaan negara bersama dua panelis yang kita jemput khas iaitu;

1) Saudara Hishamuddin Rais – NGI &, pengarang buku “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya”, “Keganasan, Penipuan & Internet” & bekas aktivis mahasiswa tahun 70 an (blogger famous tukartiub.blogspot – sudah hit 3.5 juta beb!)

2) Saudara Lee Ban Chen – kolumnis di Malaysiakini & bekas aktivis kesatuan sekerja & parti buruh tahun 60 an

Sila hadir beramai-ramai, hidangan nasi lemak yang enak juga akan disediakan khas untuk tetamu yang datang. Terima kasih.

Tentang Rumah Terbuka Gerakbudaya

Rumah Terbuka Gerakbudaya merupakan satu hari di mana kami akan mengadakan jualan istimewa dengan pemberian diskaun pada harga buku-buku yang kami terbit dan edarkan. Kami merancang untuk mengadakan siri rumah terbuka tiga (3) kali setahun dan diakhiri dengan acara yang bersifat tahunan iaitu Jualan Akhir Tahun.

Kami akan memilih tema-tema khas mengikut subjek buku yang kami tawarkan untuk setiap rumah terbuka yang dianjurkan, seperti contoh buku politik, buku Indonesia, buku Islam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kami juga akan menganjurkan sembang santai untuk berwacana hal-hal tertentu yang menjadi bahagian dari Gerakbudaya.

Segala pertanyaan sila emel ke sird@streamyx.com atau hubungi Zulhabri di 019-389 3804

JOM DATANG RAMAI-RAMAI DAN AJAK MEMBER-MEMBER DATANG SEKALI. SAMBIL MEMBORONG MAKANAN OTAK SAMBIL SEMBANG SANTAI SAMBIL PEKENA NASI LEMAK MANTAP!

GB Gerakbudaya (www.gerakbudaya.com)

Governmental mediocrity, absurdity and lunacy

Sometimes you just wonder what is happening to our society. We want so much, but do so little. The government does everything it can to overcome this and that, but simultaneously it is the source and cause of everything that is happening in the first place.

  Continue reading

Pendemokrasian Bahasa, Sastera Demokrasi dan Falsafah Pendidikan

Kerap kali sebab yang digunakan  untuk menjustifikasikan pengunaan jenis bahasa adalah kebolehan seseorang itu untuk menguasai sesuatu bahasa itu. Dalam hal ini bahasa yang selalunya dipakai dipilih daripada jenis yang dekat dengan individu itu atau yang lahir daripada kebudayaannya atau identitinya.

Continue reading

Menemukan Campa Yang Hilang

menemukan Campa yang hilang 238 tahun dulu, air mata Si Puteri menitis kecewa. Cinta tidak berbalas, menguburkan harapan bukan sahaja untuk meraih jiwa Sang Pangeran, malah membantut usaha melimpah syiar Islam di bumi Campa. Lalu Si Puteri membawa diri lara pulang ke Kelantan mengubat atma. Kisah ini merupakan sebahagian daripada bukti yang dipersembahkan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Zain Musa untuk memperlihatkan hubungan keagamaan antara Tamadun Campa dengan Kelantan. Kini, ceritera dakwah dan cinta luka ini yang dulunya ditinta dalam 162 bait telah dibuku kemas dengan judul Nai Mai Mang Makah (Tuan Puteri Dari Kelantan). Menurut Dr Mohamad Zain yang merupakan penyelidik di Insitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Kelantan pada tika itu dirujuk sebagai Makah lantaran fungsinya mirip Makkah – pusat pembelajaran ilmu agama. “waktu itu ramai tokoh dari Kelantan seperti Po Riyak yang merupakan ahli dalam membina kapal. Sesuai dengan gelarannya riyak (ombak). Katip sumat pula adalah tokoh perjuang Cam yang adatang dari Kelantan pada tahun1883. Malah ramai lagi sosok agaman yang diam merata campa” jelas penyelidik kelahiran bumi Campa ini. Dalam abad – abad berikutnya, orang Cam yang amat menitik beratkan ilmu agama telah menghantar anak mereka ke Makah (Kelantan). hal ini membuktikan Islam cukup subur sejak awal usia zaman lagi tanah Cik Wan Kembang. Continue reading

Politik baru atau kebangkitan etnonasionalis Melayu?

Hang Tuah pasti tidak menyangka kata – kata ‘tak Melayu hilang di dunia ’ yang diungkapkannya dulu kini diulang teriak dengan suara yang lebih lantang serta emosi yang lebih getar. Kali ini bukan pahlawan berpencak keris, panglima gagah setia atau laksamana utusan raja yang melaungkannya melainkan para demogog politik konservatif kanan yang semakin terhimpit dengan faham politik primodial  mereka. Namun latarnya tetap serupa – setidaknya pada permukaan – ketika Melayu dilihat hilang kuasa politiknya. Hang Tuah menutur katanya waktu kapitalis menjajah negerinya lalu dia berkelana sufi dari Ayudhya hingga ke Turki (rujuk Kasssim Ahmad 1962). Kini, ayat yang sama dijeritkan dalam banyak akhbar etnonasionalis Melayu dan jerit itu makin menggugah selepas malam 8 Mac 2008.

Kata – kata lain dengan nada yang sama diulang sebagai modal memancing simpati politik. Perbuatan itu bukanlah terlalu ajaib untuk diwacanakan di sini. Jika sebelum ini, hanya soal Melayu yang dicanang kini apabila ia telah kebas di telinga orang Melayu  maka isu agama ikut dipalu dengan irama yang sama – ketuanan Melayu-Islam! Semua maklum bahawa parti politik bermatlamatkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk itu. Maka tidak hairanlah sentimen  perkauman yang bebal, kasar dan keras diguna buat sekian kalinya.  Namun, apabila umpan perkauman ini mula mendapat reaksi masyarakat – malah dalam kalangan parti poltik pembangkang yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam – maka di situ letak duduk  isunya. Mengapa soal perkauman ini masih ada tempat dalam politik Malaysia pada saat ramai yang percaya pasca 8 Mac adalah era politik baru? Mengapa isu Malayu-Islam ini mudah menggoncang emosi Lebai Usen di Kota Tinggi  walhal  sekelumit kuman pun belum tentu Lebai Usen dapat untung daripadanya. Tambah pula Lebai Usen bukan orang politik. Sekadar pernah sekali bersalam dengan Yang Berhormat, itu pun waktu Yang Berhormat datang merasmi mesyuarat tahunan Khairat Kematian Kampung Lukut. Itulah sekali, itu pun kebetulan dekat – dekat nak pilihan raya, kalau tak mesti Yang Berhormat sekadar hantar wakil. Ini bukan kisah Lebai Husin sahaja,  malah isu yang sama turut menggodak seluruh isi perut Wak sukiman di Parit Sulong, mengoncang jiwa Mak Nab di Felda Selancar dan sempat menjentik hati Mail yang berniaga nasi lemak di Kampung baru, Kuala lumpur.  Selut perkauman ini sukar sekali untuk tanggal daripada kulit orang Melayu. Continue reading