Manohara

“Saya menikah dengan kamu karena cinta, tapi jangan perlakukan kami sebagai propertimu. Jangan anggap orang Indonesia bisa dibeli.”

“Manohara minta untuk dihargai sebagai perempuan! Pernikahan model Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Fakhry, menurut Daisy Fajarina (bonda Manohara) terjadi ketika anaknya masih berusia 16 tahun. Kenapa? Kerana keluarga mempertimbangkan baik – buruk yang boleh terjadi ketika mereka berkasih – kasihan.
Kekerasan dialami model Manohara Odelia Pinot, oleh suaminya, Tengku Muhammad Fakhry. Daisy Fajarina, punya bukti keterangan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Dr. Naek L. Tobing ketika manohara datang ke Jakarta melarikan diri dari suaminya. Manohara dipaksa melayani nafsu seks putera Kerajaan Kelantan itu walaupun semasa kedatangan haid.”

Waduh, mantap sekali ya artikel yang ku petik dari media massa ini. Ku sangka artis saja yang mahu glam2 gaya gini tapi yang duduk di atas sana juga mahu jadi model, biar nampak jantannya biar nampak kuatnya gitu. Tidak perlu guna macam – macam tapi cukup aja memperguna cinta gadis. Ala, jika nggak boleh, gunakan aja kuasa ‘kuningmu’ lalu kahwini dia, layannya bagai burung di sangkar emas, jika nggak puas ‘burung’kan aja dia. Boleh? Harusnya dengan akal yang sehat, kita harus mempertanyakan bagaimana hal seperti ini mampu berlaku.

Hal seperti ini yang dahulunya mungkin tidak dianggap punya impak sosial lalu tidak diteliti harus diberi perhatian kerana ia adalah kekerasan kepada wanita atau gadis atau kanak – kanak perempuan. Lebih – lebih lagi apabila ada institusi yang diserahkan mandat untuk menjaga hal ehwal agama Islam dan berperanan sebagai ketua agama Islam tetapi kini mencoreng arang terhadap pegangan masyarakat. Ya, mungkin ia sudah menjadi tradisi hasil yang ditinggalkan kolonial; iaitu punya banyak wanita a.k.a harta. Cuma kali ini, ikatan ini nampak baik kerana dijalin atas nama Tuhan, bersaksikan Tuhan. Namun, mana nilai – nilai kebertuhananmu? Ada atau tidak pernah ada? Jika hal ehwal dan kesucian agama Islam tidak dijaga, maka perlu lagikah penjaga itu? Hmm, mungkin selepas ini, akan keluar lagi fatwa yang bagusssss sekali tentang hal – hal yang tidak terfikirkan, mungkin fatwa buat kesekian kalinya untuk membenarkan perkara yang tidak dibenarkan.. boleh jadi, kan??

John Locke menggambarkan suatu keadaan alamiah (state of Nature) sebagai suatu keadaan dimana manusia hidup bebas dan setaraf. Keadaan alamiah ini membawa manusia untuk hidup rukun dan tenteram sesuai dengan hukum alam (law of reason) yang mengajarkan bahwa manusia tidak boleh mengganggu hidup, kesihatan, kebebasan, dan hak milik.
Melalui perjanjian sosial Locke, individu-individu (masyarakat) telah sepakat untuk menyerahkan sebahagian hak-hak alamiahnya kepada suatu lembaga kekuasaan tertinggi yang kita kenali kini sebagai negara. Tetapi hak-hak yang berupa hak asasi tidak mereka lepaskan. Penguasa yang diberi tugas untuk mengatur hidup individu dalam ikatan kenegaraan, maknanya Negara hanya diberi autoriti untuk menjaga dan menjamin terlaksananya hak asasi manusia tadi. Jadi, dalam menjalankan tugasnya, kekuasaan penguasa itu terbatas disebabkan tidak boleh melanggar hak asasi manusia. Atas dasar kontrak sosial itu, negara juga dibentuk semata – mata untuk mempertahankan harta dan kekayaan individu dari pelbagai ancaman. Serta dengan adanya kontrak sosial, negara akan melindungi hak-hak alamiah dasar (kehidupan, kemerdekaan, dan hak milik pribadi). Dengan kata lain, pembentukan negara menurut Locke merupakan usaha bersama individu untuk saling menjaga keberlangsungan hidup, kebebasan dan harta kekayaan dan bukannya mengikat, mengawal dan menentukan kehidupan rakyat. Tetapi sayang, kerana nampaknya Negara bukan sahaja kononnya menjaga harta individu tetapi juga turut memilikperibadikan manusia (baca: khususnya wanita), mungkin tidak baik untuk memperkatakan wanita sebagai harta tetapi hakikatnya, memang ia diperlakukan sebegitu. Dikawal. Seperti ia tidak punya hak ke atas dirinya sendiri! Hukum mana yang membenarkannya?? Hukum 1 Malaysia kot… iaitu hanya milik SATU institusi tertentu.. kah…kah..kah……. dan….menjadikan undang – undang hanya miliknya yang SATU. Hah, menyentuh hal undang – undang ini, terdapat sesuatu (bukan satu – satu) yang amat kontradik. Bukankah undang – undang itu untuk keselamatan manusia sejagat atau…undang – undang hanya menjadikan kehidupan manusia semakin kompleks? Dalam konteks Malaysia, didapati undang – undang sering digunakan sebagai apparatus untuk menyekat kebebasan individu dan memelihara status quo pemerintah. Rakyat memerlukan sistem undang-undang yang memelihara hak dan harta mereka yang pada masa yang sama menghalang pencabulan hak dan harta sesama sendiri. Tetapi, didapati institusi tertentu yang telah ‘mencabul’ hak rakyat dan tidak cukup dengan itu, institusi berkenaan turut ‘mencabul’ kehormatan wanita (walaupun setelah bergelar suami – isteri), seolah – olah hak itu telah lenyap dengan termeterainya janji Tuhan (baca: perkahwinan). Locke juga dengan tegas menyatakan pemerintah tidak layak untuk mencampuri kehidupan peribadi rakyat. Kenapa? Kerana bagi penulis, ia akan hanya mencipta ‘peluang’ dan ruang dalam mengawal rakyat secara total sehingga mereka (baca: pemerintah atau raja) membawa mindset seperti ini dalam kehidupan bertiang empat (baca: keluarga). Dan sesungguhnya walaupun fizikal dapat ditundukkan, hati tetap akan memberontak kerana bagi sesiapa yang tahu, gempa bumi berlaku pada waktu yang tidak terjangkakan, result of eons of silent tectonic pressure, dan berlakunya ia hasil ketegangan atau tekanan yang telah dibina bertahun – tahun. Begitu jugalah manusia, kerana perubahan alam mempengaruhi tingkah laku manusia (Lao Tze). Dan tidak mustahil suatu perkara yang ‘menggemparkan’ akan berlaku sebagaimana gemparnya manusia tika gempa bumi berlaku. Dan ingatlah hati tidak mudah ditundukkan kerana sedangkan penundukan fizikal pun tidak terpatahkan dengan FRU dan das – das pemedih mata. Sesungguhnya, ketika Galileo diseksa sehingga fiziknya rapuh, hatinya memaksanya menulis: “Taubat Galileo tidak akan pernah menghentikan bumi untuk tetap berputar (mengelilingi matahari)”. Walaupun dalam 1 Malaysia tetapi mereka – mereka di atas sana tetap tidak akan punya upaya menghalang kami – kami daripada berSATU hati menyuarakan ketidakadilan.

One Response

  1. Salam Aishah dan semua,

    Perlu tafsiran al-Quran yang sesuai dgn kondisi yang moden ataupun yang baru… tak caya??? Cubalah pergi ke, http://doktrinisasi.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: