Mat Rempit dan Minyak Petrol

dicilok dari tukartiub.blogspot.com

Saya merayakan Mat Rempit. Ini sebagai tanda saya merayakan anak-anak muda. Mat Rempit adalah anak muda negara kita. Mat Rempit adalah warga negara bangsa. Mat Rempit ini lahir dari pembudayaan yang kita bentuk sendiri. Pembudayaan ini lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam rangkaian ekonomi kapitalis Mat Rempit adalah tangga terakhir. Mat Rempit adalah pembeli, pengguna dan pemakai motosikal yang diwujudkan dalam sistem kapitalis.

Mengutuk dan memperlekeh mereka – sekali pandang kelihatan cukup senang – tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis Mat Rempit ini penting. Tanpa Mat Rempit motosikal akan bertimbun-timbun di gudang. Syarikat pemasang motorsikal, syarikat mengimpot motosikal dan penjual motosikal akan muflis. Ini hakikat ekonomi kapitalis.

Mereka yang mengutuk Mat Rempit tidak memahami jaringan sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma memerlukan pengeluar dan pengguna. Mat Rempit ialah pengguna. Tanpa pengguna sistem kapitalis tidak dapat bergerak. Penggunaan motosikal ini wujud kerana adanya keperluan. Keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat memerlukan sistem pengangkutan.

Dalam sistem pengangkutan ada dua bentuk sistem. Satu sistem pengangkutan awam dan sistem pengangkutan milik peribadi. Dalam negara kita ini sistem pengangkutan awam tidak wujud. Apa yang wujud ialah sistem pengangkutan peribadi. Sistem pengangkutan milik peribadi ini adalah manifestasi budaya kapitalisma.

Kapitalisma mahukan kita semua memiliki benda. Memiliki dan mencintai benda-benda adalah sebahagian dari budaya kapitalisma. Dalam budaya kapitalisma – jika individu memiliki banyak benda – maka individu ini akan dihormati. Jika tidak memiliki benda maka individu ini tidak akan dinilai. Ini budaya kapitalisma. Kita tidak dapat lari dari budaya ini kerana negara kita mengamalkan sistem kapitalisma.

Sistem pengangkutan awam diajukan oleh sistem yang mengamalkan ekonomi sosialis. Dalam ekonomi sosialis apa yang di dukung dan di kembangkan ialah pengangkutan awam. Ini selari dengan falsafah sosialisma dimana kebaikan ramai lebih dipentingkan dari keuntungan individu. Kapitalisma menyembah dan mengagungkan keuntungan individu. Sosialisma mengagungkan keuntungan ramai. Inilah bezanya dua sistem ekonomi yang wujud dalam dunia ini.

Budaya merempit ini datang dari kotak kapitalisma. Merempit lahir dari budaya pemilikan sistem pengangkutan individu. Yang dirayakan oleh Mat Rempit itu ialah manifestasi kebebasan individu yang selari dengan budaya yang di sebarkan oleh kapitalisma.

Justeru jika ingin menghapuskan budaya merempit – apa yang perlu dilakukan ialah menghapuskan sistem kapitalisma itu sendiri. Mat Rempit adalah manifestasi dari budaya kapitalisma. Satu cara awal ialah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang cekap.

Ertinya semua kampong dan bandar akan di jaring dengan sistem pengangkutan awam. Tidak ada pekan, tidak ada kawasan Felda atau kampong yang tidak di jaringi dengan sistem pengangkutan awam. Sudah tentu ada kawasan yang tidak ramai penduduk akan mengalami kerugian. Pasti juga akan ada kawasan yang padat dengan penduduk akan membawa keuntungan lumayan.

Ini samalah dengan sistem francise MacDogal – kawasan yang tidak untung akan di sokong oleh dana dari kawasan yang untung lumayan. Apa yang penting disini bukan keuntungan individu tetapi keupayaan warga untuk bergerak dengan menggunakan sistem pengangkutan awam.

Sistem pengangkutan awam ini hanyalah satu usaha awal sahaja. Apa yang wajib difahami ialah dalam jangka panjang budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini tidak dapat bertahan. Ekonomi kapitalis ialah ekonomi beli, pakai dan buang untuk beli lagi. Sistem ini menggalakan pembaziran bahan mentah.

Dunia kita ini – bahan mentahnya – tidak dapat menampong budaya dan gaya hidup yang dianjurkan oleh ekonomi kapitalis. Jika semua warga dalam dunia ini mahu hidup dengan budaya kapitalis maka kita memerlukan 4 buah lagi dunia. Ini mustahil. Bayangkan jika hanya setengah warga Malaysia memiliki kereta dan motosikal maka dengan sendirinya semua jalan raya dalam negara ini akan jam. Ini hakikat.

Apa yang wajib makhluk dalam dunia ini disedarkan iakah ekonomi kapitalisma asasnya ialah minyak petrol. Dalam masa yang tidak lama lagi – dalam usia hidup ini – kita akan menyaksikan kekeringan bahan bakar ini. Apabila bahan minyak petrol ini semakin kurang maka dengan sendirinya sistem kapitalis ini akan mengecut.

Justeru sebelum masa itu sampai kita wajib memikirkan untuk menyususn dan mencipta kembali tamadun manusia moden. Tamadun yang akan wujud ini tidak mungkin lagi berasaskan bahan bakar petrol. Kita perlu mengubah seluruh hidup kita. Cara kita befikir. Cara kita berhubung. Cara kita mencari makan. Cara kita bercucuk tanam. Dimana kita tinggal. Bentuk kota kita. Semua ini perlu berubah.

Satu pekara yang pasti berlaku kita akan dipaksa mengurangkan pergerakan kita juga. Kita terpaksa kembali berbasikal, bersampan, berkapal layar dan berjalan kaki. Sungai Klang, Sungai Pahang, Sungai Perak akan menjadi penting kembali. Saya yakin ramai pembaca akan menganggap apa yang saya tulis ini sebagai tidak masuk akal.

Tapi yakinlah masanya akan sampai apabila bahan bakar minyak petrol akan menjadi begitu mahal sekali. Dan akan sampai ke satu masa di mana memiliki sistem pengangkutan peribadi akan dilihat tidak berbaloi lagi.

Bila masa ini sampai maka seperti lagu arwah Along Spoon kita akan ‘ rindu serindu-rindunya’ terhadap Mat Rempit. Cilok mereka akan hanya tinggal dalam ingatan. Merempit akan menjadi mahal. Justeru tidak lama lagi anak-anak muda ini juga wajib melahirkan stau budaya baru untuk merayakan kemudaan mereka.(TT)

15 Responses

  1. “Tanpa Mat Rempit motosikal akan bertimbun-timbun di gudang. Syarikat pemasang motorsikal, syarikat mengimpot motosikal dan penjual motosikal akan muflis. Ini hakikat ekonomi kapitalis”

    Mana ada muflis. Kalau takde mat rempit nak beli motor, para kapitalis akan menutup kilang kilang motor di Malaysia, memberhentikan puluhan ribu pekerja miskin yang bekerja di kilang mereka, dan membuat untung dengan menjual aset aset mereka di sini lepas tutup kilang. Hasil keuntungan itu boleh dibuat melabur dalam industri lain atau negara lain.

    Terima kasih Mat Rempit! Kerana anda puluhan ribu orang miskin boleh bekerja dengan ihklas dan mencari rezeki halal di kilang milik kapitalis

  2. memang la kilang tak muflis. yang muflis pekerja. kilang honda kat shah alam 3 bulan lepas baru jer berenti kan dekat 3,000 pekerja. kilang yamaha kat bayan baru 1000 orang bulan lepas.

    • “”Apa yang wajib makhluk dalam dunia ini disedarkan iakah ekonomi kapitalisma asasnya ialah minyak petrol. Dalam masa yang tidak lama lagi – dalam usia hidup ini – kita akan menyaksikan kekeringan bahan bakar ini. Apabila bahan minyak petrol ini semakin kurang maka dengan sendirinya sistem kapitalis ini akan mengecut.””

      Penyataan ini gagal mengambil kira satu sifat kapitalisme iaitu dinamik. Datanglah apa bala sekalipun, manusia yang bermotifkan keuntungan akan mencari macam macam jalan untuk terus hidup dan mencari kekayaan. Sistem kapitalisme tidak bergantung kepada sumber alam, tetapi sumber alam yang bergantung kepada sistem tersebut. Habis petroleum, sistem kapitalisme akan beralih kepada sumber lain seperti matahari, arang, angin, bio-diesel, nuklear, dan lain lain

      Jika petroleum telah habis, Shell, Exxon, Petronas, dll akan menceburkan diri dalam industri tenaga yang boleh diperbaharui atau industri lain. Mereka memang akan buat begitu kerana bermotifkan keuntungan. Kapitalis lain yang tak terlibat dengan petroleum seperti Tesco perlukan kenderaan untuk mengangkut barangan mereka. Maka Toyota Corporation akan mereka dan menghasilkan lori elektrik atau hybrid sel hidrogen, dan tenaga tersebut samada elektrik atau sel hidrogen akan ditawarkan oleh Shell & Da Geng. Ini cuma satu cadangan senario bagaimana kapitalisme akan terus hidup dan malah menjadi lebih kuat. Ada ribuan lagi senario logik yang boleh kita fikirkan.

      Bagus juga kalau habis petroleum, maka berbillion manusia yang hidup dibawah payung kapitalisme global dan demokrasi tidak perlu lagi bergantung kepada sumber yang kebetulan dimonopoli oleh negara negara yang kurang atau tidak demokratik seperti Arab Saudi. Mereka boleh bina reaktor nuklear di negara masing untuk menjana infrastruktur dan kereta elektrik mereka, duit pun tak habis mengalir ke tangan orang Arab dengan Venezuela

  3. Saya tidak setuju dengan apa yang seolah olah dikatakan hanya kerajaan boleh menyediakan pengangkutan awam yang cekap, sedangkan kebanyakan perkhidmatan awam yang cekap kita lihat seluruh dunia disediakan oleh firma bermotifkan keuntungan

    Orang kampung dulu menaiki bas swasta seperti Bas Len Seng untuk ke sekolah dan tempat kerja. Kerajaan tidak perlu pun sediakan perkhidmatan ini, firma swasta sanggup menghantar bas mereka ke ceruk kampung kerana bermotifkan untung.

    Hari ini pengangkutan awam di Malaysia amat menyedihkan kerana terlalu banyak campur tangan kerajaan.

    Lesen pengangkutan awam dikeluarkan mengikut kuota kaum dan mendiskriminasi pemilik bas yang berketurunan dari Asia Timur. Akibatnya persaingan kurang dan pengguna terpaksa membayar kadar lebih tinggi. Jika ada persaingan yang sengit, pemilik bas tidak akan berani mengenakan kadar yang tinggi kerana dikhuatiri pengguna akan menaiki bas pesaingnya, maka dia akan rugi

    Kerajaan juga cuba menceburkan diri dalam perniagaan pengangkutan awam. Dari Rapid KL ke KTM. Ini mengakibatkan sektor swasta terpaksa bersaing dengan kerajaan yang memiliki modal yang lebih besar

    Jika kerajaan menyediakan semua pengangkutan awam, ini membawa kepada monopoli kerajaan atau dalam kata lain state capitalism. State capitalism terbukti lebih banyak membazir dan kurang cekap berbanding free market capitalism. State capitalism juga tidak mampu bertahan lama dan akan runtuh juga. USSR adalah buktinya

    Sosialisme boleh menyediakn pengangkutan awam, tapi kapitalisme boleh buat jauh lebih baik

  4. tu komen saya yang kedua tu patutnya jadi komen yang ketiga, silap tekan reply

  5. “””Justeru sebelum masa itu sampai kita wajib memikirkan untuk menyususn dan mencipta kembali tamadun manusia moden… …. Kita perlu mengubah seluruh hidup kita. Cara kita befikir. Cara kita berhubung. Cara kita mencari makan. Cara kita bercucuk tanam. Dimana kita tinggal. Bentuk kota kita. Semua ini perlu berubah.””””

    Deja Vu~~ Nostalgia Khmer Rouge cuba membentuk tamadun😉

  6. Tukar Tiub,

    Budaya motorsikal ini adalah kejayaan kapitalisme yang banggakan! Harley-Davidson ini bagai simbol kerjaya kapitalisme yang masih diraikan. Pernah baca wayang “Easy Rider” (1969) tak? Hanya di Amerika u akan jumpa orang yang menunggang chopper-chopper merayau, bagus juga Malaysia dapat import elemen budaya ini… ;P

    Tapi, Tukar Tiub, cuba u cari satu Mat Rempit kat Korea Utara, cuba u cari seorang Mat Rempit kat Mao’s China, cuba u cari seorang Mat Rempit kat Soviet Union, cuba u cari seorang Mat Rempit kat Khmer Rogue… tak jumpa! Mengapa?

    Sebab hanya di masyarakat bebas (yang hanya boleh wujud dengan adanya pasaran bebas), individu dapat buat apa yang dia suka(Free to choose). Rempit pun suka hati u lah, asal tak langgar orang (rule of law). Hanya di negara kapitalis, seseorang dibenarkan membuat sesuatu yang tidak produktif. Kegiatan rempit merupakan kegiatan leisure, yang paling dibenci oleh Marx (sebenarnya Marx sendiri pun tak pernah kerja). Kat nagara sosilais, janganlah harap nak rempit, semua akan dikerah untuk kerja; kerja tak apa, kerja untuk kapitalis dapay gaji juga. Kerja untuk sosialis dapat apa? Pada 1960-an, upah pekerja China di bawah Mao adalah sebanyak 36 yuan. Cuma u kira exchange rate pada masa itu dan bandingkan dengan bapa Kumar kat estet. 36 yuan, jangan kata motor, helmet pun tak dapat beli!

  7. Astaga…mengucap Hisham…dah sesat ko ni….

  8. Здравствуй! Спасибо за подаренные хорошие эмоции…

  9. “Dalam rangkaian ekonomi kapitalis Mat Rempit adalah tangga terakhir. Mat Rempit adalah pembeli, pengguna dan pemakai motosikal yang diwujudkan dalam sistem kapitalis.

    Mengutuk dan memperlekeh mereka – sekali pandang kelihatan cukup senang – tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis Mat Rempit ini penting. Tanpa Mat Rempit motosikal akan bertimbun-timbun di gudang. Syarikat pemasang motorsikal, syarikat mengimpot motosikal dan penjual motosikal akan muflis. Ini hakikat ekonomi kapitalis”.

    huhuhu bongok gak hishamudin rais ni, sm mcm bapak anwar de..

    atok aku yang beli honda ex5 2 mat rempit gak ke?
    ayah aku yang bwk moto g keje (nak jimat minyak) pn mat rempit?
    aku bawak yang xsmpai 100 km/h (tp kadang2 lebih) pun mat rempit?
    huhuhuh keterlaluan sungguh..
    kalau kami dikategorikan mat rempit aku stuju la yang jika kami ni sbg MAT REMPIT dah xde conform kilang motor bankrup.
    tp kalau kami bukan dikategori mat rempit aku rasa xkan bakrupt kilang 2..

  10. Достаточно интересная и познавательная тема

  11. только 5 дней всем посетителям скчавшим фильмы бесплатный приз

  12. yang kaya terus kaya,yang miskin terus cmtu jer berhempas pulas cari duit tapi xcukup,malam nak merempit duit abis, yang kutuk anwar tu pon sama je bukan ekonomi bagus pon,yang pemimpin umno terus kaya yang ahli umno yang biasa2 ni terus berhempas pulas cari makan,mane de senang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: