Hak, Legitimasi dan Pemberontakan Rakyat

“I should have a right to destroy that which threatens me with destruction: for, by the fundamental law of nature, man being to be preserved as much as possible, when all cannot be preserved, the safety of the innocent is to be preferred…”

Hari ini kita berkabung untuk kematian demokrasi di Perak. Sememangnya sebelum ini demokrasi telahpun lama mati namun kejadian yang berlaku di Perak pada hari ini jelas menunjukkan apa-apa harapan untuk demokrasi dinyawakan kembali dikuburkan selama-lamanya. One Malaysia jelas hanya merupakan illusi semata-mata dan selagi parti Barisan Nasional memerintah, tidak akan hidup demokrasi dan keadilan.

Mungkin parti Barisan telah lupa, dalam konsep dan filosofuf nation state dan demokrasi, legitimasi untuk menjadi kerajaan mesti diperolehi. Kebangkitan human reason yang membolehkan wujudnya nation state meletakkan manusia sebagai agen penentu utama walaupun ini diamalkan dalam batasan nilai-nilai moral, etika dan agama. Oleh itu demokrasi adalah perlu untuk membolehkan pengaplikasian dan practice kaedah-kaedah yang wujud sebagai manifestasi daripada pemikiran rasional dan human reason. Tanpa demokrasi, tiada legitimasi. Dan apabila tiada legitimasi, sesebuah nation-state akan gagal untuk berfungsi. Ini yang berlaku di Perak pada hari ini. Jelasnya apabila pimpinan yang wujud tidak di legitimasikan oleh rakyat, sebaliknya dipilih oleh institusi beraja, hura-hara adalah kesan semulajadi.

Dalam konteks nation-state dan sesebuah Negara yang mengamalkan keluhuran perlembagaan, hak rakyat dan hak pemerintah di pisahkan dan di asaskan pada konsep-konsep dan filosofuf undang-undang dan politik. Di sini rakyat memberi legitimasi dan hak kepada pemerintah sebagai entiti untuk menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Apabila bidangkuasa yang dimiliki oleh rakyat di cerobohi, akibat daripada tindakan-tindakan pemerintah, rakyat mempunyai hak untuk menjatuhkan dan menggulingkan pemerintah tersebut. Ini bukan sahaja suatu hak yang diberikan sesama manusia tetapi merupakan hak yang diberi Tuhan. Sebagai seorang manusia, setiap individu dikurniakan hak untuk memastikan kesejahteraan hidupnya.

Pemerintah yang tidak dapat menjaga kesejahteraan rakyat, tidak memperolehi legitimasi rakyat, menggunakan budi bicara dan tidak mengikuti rule of law, menyalahgunakan kuasa serta menindas, mesti digulingkan dan dijatuhkan.

Seperti keadaan yang berlaku di Perak pada hari ini, jelas menunjukkan tiada cara lain melainkan pemberontakan rakyat.

76 Responses

  1. Tragedi ini akan diingati, dan akan kekal dlm sejarah malaysia.Ruang demokrasi telah dirobek dgn rakusnya.Rakyat telah memilih.Kerana itu ramai yang tidak bersetuju dengan niat rampasan kuasa oleh DSAI dahulu.Walau dgn apa pun niat, biarlah kebangkitan itu bermula dari kesedaran rakyat.

  2. Melihat idea legitimasi adalah salah satu elemen yg sangat penting dalam melihat sejauhmana demokrasi itu berlangsung. Pemberontakan rakyat itu benar dan rakyat harus digerakkan untuk beri tekanan kpd kerajaan. Pilihanraya mesti dijalankan secepat mungkin bagi memperkukuh semula kepercayaan dan kredibiliti kerajaan perak. Krisis di Perak sudah tidak dpt diselesaikan lg dgn kaedah undang-undang. Jalan terbaik dan penyelesaian haruslah melalui pilihanraya. “adapun negeri ini dibentuk oleh rakyat maka dalam segala hal tentang pemerintahan haruslah dipulangkan semula kepada rakyat”……

  3. suatu pandangan yang berasaskan prinsip demo-kratos!

    tapi memberontak dalam laman web tak akan sekali-kali dapat mengembalikan demokrasi. ini hakikat. hanya satu jalan sahaja sepertimana jalan yang telah diambil oleh kawan-kawan pejuang demokrasi di negara-negara lain yang juga pernah mengalami nasib yang sama, iaitu jalan turun ramai-ramai ke jalanraya!

  4. di akhir analisa, kesimpulannya negara kapitalis adalah sekumpulan orang-orang yang punya senjata dan kuasa melindungi kepentingan borjuis, elit politik dan elit ekonomi!

  5. tak sudah sudah, semua peluang di ambil untuk salahkan kapitalis

  6. One Perak, Democracy first, Election now.

  7. negara kapitalis adalah sebuah negara yang akan mempertahankan kepentingan pemodal-pemodal ekonomi bukan kepentingan rakyat jelata. krisis di perak adalah bukti yang terang lagi jelas. antara pemodal-pemodal ekonomi termasuklah raja-raja, sultan-sultan, anak-anak raja dan anak-anak sultan yang ada saham berjuta dalam syarikat-syarikat kapitalis, contohnya melewar corporation yang dimiliki oleh kaum kerabat raja negeri sembilan dan juga gamuda yang juga turut dimiliki oleh kaum kerabat sultan perak. ini hakikat. semudah itu.🙂

  8. ko ingat sultan perak dan umno akan bagi election senang-senang ke? sultan-sultan ni ada kepentingan dia jugak. sultan pun ada bisnes jugak nak protect. selama ni umno yang protect bisnes dia, kasi kontrek, kasi projek, bayar hutang kalah judi kat kasino, bagi lesen balak etc. etc. takkan dia nak kasi pada pakatan pulak. sifat pemodal ni ialah dia akan menyokong orang politik yang bole bagi dia buat duit lebe banyak. dalam negara kapitalis, mana bole pisah antara pemodal dan politik. dua-dua tu cium molot brader!

  9. kah kah kah….

    mcm la tentera Jerman Timur bunuh rakyat yg nak menikmati peluang kerja di negara pro pasaran di Jerman Barat dulu dari produk kapitalis.

    incoherent dan state of denial.

    cth2 abe lah tu terang2 State Capitalism…produk Stalin!

  10. abe lah, sy kasihankan anda jika anda membuat analisis sebegitu mudah dgn maksud.

  11. memang mudah. sultan-sultan ni memang ada bisnes interest. melewar, gamuda, antara pemiliknya adalah kaum keluarga sultan-sultan ni. kaum keluarga sultan ni pulak memang dapat kontrek, projek, lesen balak etc. etc. daripada umno. jadi, kalo dah umno protect dia punya interest takkan dia nak jatuhkan umno pulak. sebab tu pada sapa-sapa yang mengharapkan sultan membubarkan DUN perak tu, itu harapan kosong. semudah itu.🙂

  12. kapitalis sejati (baca:libertarian) akan menolak definisi anda kerana definisi anda itu turut sama ditentang para pendokong kebebasan (libertarian)

  13. Abe Lah,

    Ya… betul. Di Malaysia, kontrak, lesen, projek semua dipegang oleh Sultan-sultan dan kroni-kroni di UMNO. Mengapa? Kerana Malaysia BUKAN sebuah ekonomi kapitalisme pasaran bebas. Pelajar Darjah 3 pun tahu Malaysia adalah sebuah ekonomi perancangan. Dari DEB, ke DPN… macam-macam dasar ditentukan oleh kerajaan. Malah di Malaysia ada ‘Unit Perancangan Ekonomi” (UPE), tak lari daripada jangkaan Hayek — segala perancangan akan membawa kepada pemusatan kuasa, dan implikasinya ialah demokrasi tergadai.

    Lihat korporasi yang terbesar di Malaysia (mengikut urutan market value) — Sime Darby, MISC (subsidiari Petronas), Public Bank, Tenaga Nasional, Maybank, Bumiputra-Commerce, IOI Corp. Hanya Public Bank yang tidak dimilki oleh Khazanah Nasional — badan kerajaan untuk mencampur tangan dalam pasaran.

    Melihat pula Amerika, syarikat terbesar — Exxon Mobil, Wal-Mart, Procter & Gamble, Microsoft, AT & T, Johnson & Johnson, General Electric… tiada satu pun dikawal oleh kerajaan, malah di US tidak wujud badan seperti Khazanah ini. Badan sebegini hanya wujud di negara yang tidak demokratik, contohnya China. Petrochina, ICBC, CCB, Bank of China… semua dimiliki oleh CIC. Di Singapura juga sama, ada GIC dan Temasek Holding. Ya… betul, Dick Cheney pun ada interest dalam Halliburton, tapi dia hanya boleh labur secara individu, bukan melalui kerajaan. Nampak perbezaan itu?

    Di negara-negara Eropah yang bercorak social democratic pun, kerajaan hanya berhak dalam soal percukaian, kerajaan tak libat dalam pasaran. Di Jerman, Siemens tak dimiliki kerajaan, Volkswagen tak dimiliki kerajaan. Di Finland, Nokia tak dimiliki kerajaan. Di Sweden, H & M tak dimiliki kerajaan, IKEA tak dimiliki kerajaan. Tapi apabila kita lihat Rusia, kerajaan memanipulasi pasaran melalui RNWF, Gazprom dimiliki kerajaan, Rosneft dimiliki kerajaan… dan politik pun autokratik.

    Tapi para sosialis di Malaysia masih tak nampak hakikat ni, dengan menuntut pemiliknegaraan, biar pun bertukar kerajaan, Malaysia tak kan capai demokrasi punya. Sediakan t-shirt hitam ekstra lah kalau nak sangat ekonomi perancangan.

  14. masih tidak menolak hujah saya yang mengatakan bahawa sultan-sultan ini tidak akan membubarkan DUN Perak atau mana-mana DUN negeri bersultan yang lain kalau ada krisis yang sama seperti perak kerana sultan-sultan ini turut dinaungi oleh umno. gamuda dan dan melewar corporation contohnya dimiliki oleh kaum kerabat sultan-sultan yang bisnes interestnya dilindungi oleh umno. semudah itu.🙂

  15. YAM Raja DS Eleena (daughter of sultan perak) is essentially the sole owner of Generasi Setia, which is the largest shareholder of Gamuda, which is (by far) the largest shareholder of Litrak, which owns the LDP toll concession that was raised by 60%.

    who else in the board of directors of Gamuda?

    Tan Sri Dato’ Mohd Ramli bin Kushairi. He also served as UMNO Liaison Secretary for Federal Territory from 1980-1982 and as a member of the Advisory Board of Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    Dato’ Ir Kamarul Zaman bin Mohd Ali. He is the uncle of Y A M Raja Dato’ Seri Eleena Azlan Shah.

    A classic elite class collaboration between royalty, umno and capitalists.

    DUN Perak bubar? In your dreams may be. kahkahkahkah

  16. check it out:

    http://ckcounterpunch.wordpress.com/2009/02/07/who-is-on-umno-linked-gamuda-board-of-director-malaysiskini/

    in real world, its about protecting class interest. a pure collaboration between the upper class of various races to steal the wealth of the nation!

    • Protecting class interest? I suppose that’s a bit overboard or exaggeration.

      Protecting their ill-gotten personal wealth will be more precise to describe it

  17. Woi! Jangan lupa Melewar Corporation. Aku baca dalam buku Gomez ngan Jomo, Melewar Corporation tu antara syarikat kapitalis yang dipunyai oleh kaum kerabat raja negeri sembilan, yang banyak dapat kontrek, projek dan lesen daripada Umno maser Mahathir dulu!

  18. mmg tak menolak hujah, malah menyokong hujah anda abe lah. ketahuilah bahawa libertarian menolak state capitalism…sebab tu saya suruh renung betul2 saving capitalism from capitalist!

  19. saya rasa terdapat ketempangan antara ideal idea libertarian dan praktik capitalism di dunia nyata. ideal adalah suatu imaginasi di dalam keyakinan kita. contohnya ideal idea islam adalah adil, tetapi praktiknya di dunia nyata ternyata melahirkan orang-orang seperti osama bin laden. begitu juga dengan ideal idea libertarian tiada campurtangan antara kapitalis dan politik di dalam sistem kapitalism. tetapi ternyata praktik di dunia nyata tidak sebegitu. di dunia nyata kapitalis akan sentiasa bersekongkol dengan ahli politik yang berkuasa.

    ini adalah sesuatu yang nyata. usah menuding jari pada UMNO semata-mata. dalam PAS dan PKR sendiri terdapat ramai kapitalis-kapitalis yang turut membiayai dan mendanai parti-parti pembangkang ini, khususnya dana yang diberikan oleh kapitalis ketika kempen pilihanraya.

    kerana itu analisa ekonomi-politik dari garis kelas lebih meyakinkan saya. kapitalisme membentuk kelas-kelas dalam masyarakat dan apabila pembentukan kelas-kelas dalam masyarakat ini sudah mapan, kelas yang terbentuk ini iaitu kelas yang berkuasa, baik berkuasa di dalam politik mahupun ekonomi, cenderung untuk melindungi kelasnya sendiri.

    di dalam menganalisa sistem masyarakat, yang paling penting adalah praktik manusia yang terhasil daripada sistem tersebut. jadi, kita harus meneliti bukan sekadar idea tetapi praktik sebenar manusia di dalam menjalani kehidupannya.

  20. betul ravi,

    1.Idea libertarian begitu indah
    2. Membiarkan kehendak pasaran bagi membina tamadun/kemajuan bukanlah kaedah yang terbaik.
    3.Walaupun di dlm sosialis cuba menyamaratakan kelas, tapi pendapat sy amat mustahil, kerana ini adalah fitrah.

  21. Ravi,

    Keadaan ‘kapitalis’ bersekongkol dengan politikus hanya berlaku di negara dunia ketiga, yang tentu tidak pernah menerima idea kapitalisme bebas. di Malaysia, sistem ekonomi yang terdiri daripada betapa banyak peraturan, kawalan dan halangan telah memudahkan politikus untuk menjaga “special interest” kroni-kroni & kerabat diraja. Itu disebabkan semua ada di dalam “kawalan”.

    Tak ada masakah jika ‘kapitalis’ menyuntik dana dalam politik, cuma masalahnya POLA kuasa. Di Malaysia, semua kuasa dipusatkan ke tangan satu parti (akibat ekonomi perancangan), tentunya semua dana mengalir ke tangan mereka, dan keadaan ini menghakis demokrasi.

    Bagaimana keadaan di US? Di US, tiada pemusatan kuasa berlaku, akibat daripada falsafah pasaran bebas. Syarikat-syarikat besar juga menyumbangkan dana mereka kepada kempen politik, tapi BERBEZA dengan Malaysia, dana tidak dipusatkan dalam tangan satu parti: Democrat mendapat dana daripada General Electric, Google, Goldman Sachs, Berkshire Hathaway… Republican pula dapat dana daripada Exxon Mobil, HP, Dell, eBay… bukan saja dua parti ini, parti-parti kecil pun dapat sokongan dana — Reform Party dapat sumbangan daripada Ross Perot, antara 50 korporat yang terkaya. Malah Libertarian pun dapat dana daripada Amerikan yang ke-9 kaya, David Koch. Jangan selalu kata kelompok kapitalis ini selalu “berpakat”, malah dalam keluarga pun, kapitalis-kapitalis ini tidak harmoni. Contohnya eBay, pemegang syernya, Pierre Omidyar merupakan antara individu yang terawalnya menyatakan sokongannya kepada Obama, tapi CEOnya, Meg Whitman, merupakan antara penyokong McCain yang paling menonjol.

    Tentunya kami sokong sistem ekonomi bebas ini bukan kerana ia TERBAIK, tetapi kerana ia LEBIH BAIK, keadaan ekonomi semasa Reagan lebih baik daripada keadaan ekonomi semasa Carter, keadaan ekonomi semasa Thatcher lebih baik daripada semasa Callaghan. Tak munasabah jika kerana kita takut (paranoia) sistem kapitalisme akan wujudkan golongan penindas, kita halang orang lain mencari keuntungan. Takkan kerana kita takut wujud lebih banyak Osama, kita pula menghalang orang lain beriman?

  22. “Tak ada masalah jika ‘kapitalis’ menyuntik dana dalam politik, cuma masalahnya POLA kuasa.”

    kahkahkahakah!

    tak ada masalah kapitalis bagi duit kat ahli politik! kalo dah ahli politik makan duit kapitalis, mana la ahli politik ni nak mengira masalah rakyat jelata. kalo dah kapitalis sogok duit, takkan sogok free jugak kot? kurang-kurang ahli politik ni dapat buat dasar yang boleh mengkayakan lagi ahli politik dan kapitalis. kalo dah dapat duit sogokan kapitalis, kurang-kurang satu dua projek tentu lah kena bagi kan?

    kalo dah suntik dana kat ahli politik, itu kan unfair trade competition? aku ada modal banyak, boleh la aku kasi sogok ahli politik dua tiga juta, kan? dah tu peniaga-peniaga kecil nak sogok dengan apa? bulu hidung? ape ar mamat libertarian ni. kata nak fair trade competition.

    dah terbongkar niat sebenar libertarian.

    kahkahkahkah

    masalahnya ialah pola kuasa? ini satu lagi statement tak berpikir. kuasa tu datang dari mana? turun free dari langit? mamat ni ada baca ke buku tentang kuasa? patut lah tak tahu tentang kuasa…sebab baca buku-buku libertarian sahaja. contoh terbaek “libertarian fundamentalist!”🙂

    kahkahkahkah

  23. no centralization of power in america? thats bullshit! the centralization of power in america is the monopolization of power by the elite class through economic patronage. and these elite classes reside in both democrats and republican as well as in the powerful business associations interest lobby groups, media moguls, and military-industry complex. republicans and democrats are both like pepsi and coca-cola. at the end it is america ruling class that rules whether it is nixon, reagen, carter, clinton, bush or obama.

    brother you can read c. wright mills book on the power elite. its an old book but very much relevant in understanding the “pola” of power in america and how the ruling class america creates and maintained their power. since its a sociology book, so its empirical and not just an abstraction of ideas based on theoretical assumptions.

    and yeah! great that you read libertarian books. but at the same times do exposed yourself to other books especially from the field of anthropology and sociology to understand more the human action and behavior as well as understanding the society that we are living now.

    cheers!

    • See, to me the problem with all these class analysis is that it has failed to take social mobility sufficiently into account.

      How you described when someone born in the so-called ruled class climbs up the ladder and becoming a new member of ruling class. Miss Condy Rice from Alabama can be a good example. The reverse is true also. Patti Davis Reagen voluntarily ditched her so-called ruling status, did not get involved in politics and power, and posed nude for Playboy.

      Since there is no barrier whatsoever to prevent the ruled to become the ruling(and vice versa), so what is class thing’s all about? As the members of both ruled and ruling can freely change their “class”, why do we classify them as though they are going to be permanently stuck in their class? Why do we need to classify them at all?

  24. “Tak ada masalah jika ‘kapitalis’ menyuntik dana dalam politik….”

    tidak ada bezanya dengan praktik kapitalisme kroni Barisan Nasional di Malaysia ini. semudah itu.🙂

  25. Isaac,

    You really can’t deny that there’s no “centralization” of power in US. “Centralization” means only one set of power, a two-party system is already an antithesis to any ”centralization”. Yes, in the US, there’s Democrat vs Republican, there’s Coca-Cola vs Pepsi, there’s Exxon Mobil vs Chevron, there’s Microsoft vs Oracle, there’s Google vs Yahoo, but there is no even ONE example of monopoly! Democrat & Republican faced challenges from small third parties — in 1992, Ross Perot, an independent, scored nearly 20% of votes. There are no one set of opinion, liberal media (CNN, MSNBC) rival with conservative (Fox). But in Malaysia, any opposition opinion will be censored, and I don’t see any counterpart to Tenaga Nasional or PLUS Highway…

    and Isaac, apart from reading books (I’ve read a lot! –covering all disciplines in humanities & social sciences, don’t worry…), you should have to study real-life case, have common sense. Have you spend time to study how the real market works? Have you spend time to understand a business operation? Have you spend time to understand every single business enterpreneur rather than just simply labelling them “elit”, “capitalist”… ?

    Mamat Skema & Hidup Kroni,

    Itulah masalah jika perkataan “kapitalis” diguna terlalu kerap. Apa itu kapitalis, alien? predator? ET? Mereka bukan rakyat ke? Pemilik perniagaan yang ada harta RM 50,000 dengan pemilik perniagaan yang mempunyai harta RM 60,000, siapa kapitalis? Mengapa di US, parti politik ditaja oleh business? Bukan kerana apa “special interest”, kerana biar pun Democrat atau Republican, mereka tak ada duit! Mereka perlu bergantung kepada rakyat, dana datang dari rakyat. Tak sama dengan keadaan di Malaysia, kat Wisma Putra entahlah betapa banyak duit sorok kat situ.

    Tujuan ‘kapitalis” menyumbang di US bukan untuk mengekalkan ISA atau AUKU, tetapi untuk idea-idea yang konstruktif. First Solar Inc menaja Obama kerana percaya Obama akan menumpukan usaha dalam industri tenaga alternatif, Warren Buffett menyokong Obama kerana nak KEKALkan Estate Tax, cukai yang dikenakan ke atas pewaris harta.

    Korang jangan salah faham saya tak pakai t-shirt hitam masa 7 Mei, saya pakai. Saya memuja libertarianisme kerana saya rasa jijik tentang keadaan ekonomi di Malaysia — tiada persaingan, semua projek ada cop kerajaan yang menyampah, semua kontrak dibolot oleh UMNO, cukai yang tinggi semua masuk ke dalam poket kepala-kepala UMNO, birokrat dibayar gaji tinggi tak buat kerja tapi asyik jamuan ini jamuan itu. Nak ubah Malaysia tak perlu lagi fahaman Marxist, kerajaan dah lah bercorak Keynesian, yang Malaysian perlukan hari ini ialah hidup yang bebas dari kerajaan, kerajaan yang tunduk kepada rakyat!

  26. i’m talking about class here. the power in american society lies within certain section of class i.e. the the class that dominates in political sphere and economic sphere as well as in discursive sphere. whether it is two-party system or multi-party system is of no consequences in analyzing how power is created, usurped and maintained.

    your statement in explaining that by having two-party system is in itself an anti-thesis to the notion of centralization is rather simplified in understanding the complexities of power. having two-party system simply does not deny the centralization and concentration of power to the elite class because class transcends party organizations be it in america or in other country in other part of the world.

    obviously our thinking paradigm is different in analyzing society as i’m looking at society through structure, distinction and structural boundaries that created, nurtured, maintained and reproduced through the hegemonic discourse of the dominant class. and for me libertarian ideas is one of such discourse.

    but i know you read a lot which is rare for malaysian students now days. u are cool. keep up the good work🙂

  27. Becoz some people do not understand bout libertarian, they can be calld/looked stupid. Becoz some people clearly state about capitalism, they not read a lot.

    nice thou 😉

  28. Isaac,

    I’m not for arguing but just want to give a bit reflections on your words…🙂

    Class is not a problem. From the day God created world, human society are class-based — even the democratic Athens. Classless society only happened in 20th century — in Cambodia, and it’s horrible.

    The problem is the “mobility” of classes, whether a society can empower the lower classes to move to higher socioeconomic ground. I admit there are “superclass” in US (mostly they are Democrats) — but anyone still have chances to join the superclass, people live in poverty can elevate their status to middle class.

    The economic system is the determiner to what the class look like. Political scientists have observed — Alexis Tocqueville, praised the American free market for its ability to avoid class conflict in his “Democracy in America” (1835) — because in US, everyone is work hard to achieve higher economic ground because they can. That’s the “class” in Tocqueville’s eyes. But the class Karl Marx saw is another thing, in Marx’s days, Germany is a royal aristocracy. The mobility of classes is low, conflict of classes is something can’t be avoid. Free market economy is the way to get out of these “class” messes.

    Your 3rd paragraph sounds exactly like Gramsci…😉

    • Damn, you always managed to bring forth stronger arguments than mine. Dude, you are one solid libertarian;) Keep up the very good work

  29. alamak! pakai t-shirt hitam 7 mei pon nak iklankan kat sini ke? orang berjuang tak perlu bagi tahu kat public ar. orang siap masuk lokap 2 hari demo kat kuala kangsar tak de bising pon. hehehe. jangan marah gurau-gurau je.🙂

  30. “Tak ada masalah jika ‘kapitalis’ menyuntik dana dalam politik….”

    adakah libertarian menghalalkan perbuatan ini?

    • Terpulanglah

      Sebagaimana sosialisme pun boleh ada pelbagai jenama(marxisme, maoisme, trotskyisme), di blok libertarian pun bukanlah bersatu hati setuju kesemua benda. Adalah sedikit perkara yang libertarian berselisih sesama sendiri macam saiz kerajaan ke

  31. condi and patti? who else? buffet? who else? thatcher? who else? out of few who climbed the ladder of class, i can give you millions of names in malaysia alone who stucked in their own class generations after generation. all you need to do is to go down to the people on the ground.

    just visit hundreds of estate plantations. and ask them how many generations they have stucked there? just ask them how many of their family members are university graduates? or you can just go to flat lumba kuda or flat larkin in jb or flat jalan lengkok in kl or flat sungai pinang in penang, or flat kampung medan in pj selatan and other ghettos, numbers in thousands in the city, and ask them have they changed class after 3 generation migrated to the cities?

    bro, dont just sit there in the comfort of your middle class zone and sipping your starbucks coffee without going down to the people. just becoz you read 2-3 rags to riches autobiographical books, doesnt mean other people are that lucky living in this current system. but i bet you wont go down simply becoz you are from a different class from them. for you, i guess…work hard you guys, put a lot more effort, work 12 hours a day….the harder you work the more chance for you guys to change class! if auntie condi and uncle buffet and i myself can do it…you guys can also do it!

    kahkahkahkah

    • There are some who are stucked but surely it is not permanent. They have the opportunity to go up to higher socio-economic level. No legal barrier stops them from doing that. There is economic barrier perhaps, but even that is not unsurmountable.

      Care to explain why there is now relatively huge and increasing middle class in Malaysia? Are not these millions of middle class citizen are originated from the lower strata? See the big picture bro, things are improving albeit slowly

  32. okay. maknanya dalam libertarian pun ada yang berlainan mazhab la yer? kalo macam tu libertarian mazhab manakah yang menghalalkan kapitalis menyuntik dana dalam politik?

  33. Alahai, the whole idea is about Freedom and Liberty. Duit kau, kau nak sokong siapa, lantak kaulah.

    Bila Cato Wong tunjukkan ada blok2 kuasa kapitalis menaja politician mana2 pun lantak merekalah. Yang penting ialah pastikan persaingan berlaku dan bukan favouritism. Mereka boleh taja lain2 parti kerana mereka bebas, kerajaan x kacau bisnes mereka mereka nak sokong siapapun. Konsepnya persaingan. Persaingan hanya berlaku bila pasaran bebas.

    Pukul borong semua kapitalis adalah pendokong kapitalisme adalah cubaan yg senget. Badul berniaga burger pun kapitalis juga! Margin untung dia besar juga!

    Prinsipnya yg harus dilihat….

    Apa dirisau kapitalis nak sapot mana2 parti, akan ada kapitalis yg against mereka (dlm cth yg Cato Wong bagi). Equality before the law…

  34. frank talk, aku org miskin, x kaya pun mcm org lain.

    kalau kau kaya tentu kau boleh tolong mereka kan? bila kau x kaya, apa yg kau beri pada mereka?

    ckp mmg senang. let say kilang tutup, mereka kerja di mana? tak ada?
    jadi, at the 1st place, mereka telah buka peluang kerja. kau yg tentukan mana kau nak kerja. x semua org sanggup, ya. kau ingat semua org sanggup berhutang nak mulakan perniagaan?

    come on, jd kaya x salah. caranya….dan sebab hati kau baik, silalah jadi kaya dan bela mereka yg kau nak bela.

  35. amin,

    bapak ko kerja jolok kelapa sawit kat estet ke? aku rasa tak kan. ko budak flat ke? ko budak flat maner? aku raser ko pun bukan budak flat. tapi kalo bapak ko kejer jolok kelapa sawit kat estet gaji rm450 sebulan, aku tarik balik kenyataan aku. aku mengaku memang kapitalisme berjaya mengeluarkan individu dari kemiskinan.

  36. tetapi tidakkah dengan mendanai parti politik akan melahirkan kronisme di kemudian hari nanti?

    dan tidakkah dengan menghalalkan suntikan dana kepada parti politik akan menyebabkan berlakunya persaingan yang tidak adil?

    tidakkah dengan membenarkan kapitalis menyuntik dana kepada parti politik, akan hanya memberi advantage kepada pemodal-pemodal besar sahaja dan memberi disadvantage kepada pemodal-pemodal kecil yang tak mampu menyumbang?

    • Sebab itu kami selalu ulang cakap pendukung kapitalisme mesti melindungi kapitalisme dari kapitalis.

      Ambil contoh Paulian. Paulian ni mazhab yang menyokong calon Republikan libertarian Ron Paul. Ironinya walaupun Ron Paul gagal dicalonkan oleh parti, beliau mempunyai rekod lebih baik dalam meraih dana dan perbelanjaan dana dari McCain. Dan nak menambahkan lagi ironinya, sumber dana terbesar Mr Paul datang dari anak anak muda libertarian yang lebih kurang sebaya dengan saya (22 tahun), bukan dari syarikat mega macam McCain dan Obama.

  37. bolehkah favouritism dielakkan apabila ahli politik yang berkuasa itu sudah menerima berjuta dana dari kapitalis-kapitalis besar ini?

    • Biasanya pertahanan yang digunakan untuk mengelakkan hal ini ialah amalan kerajaan minimal dan kecil. Cukup kecil sehingga tidak berkuasa mempengaruhi ekonomi, dan cukup besar supaya boleh menjalankan fungsi fungsi asas seperti menyediakan mahkamah dan pertahanan negara

      Ada pelbagai pendapat di kalangan libertarian dalam hal ini. Ada yang lihat saiz kerajaan ideal ialah 20% saiz KDNK seperti di Hong Kong, dan ada yang mahu lebih kecil dari itu. Bila kerajaan sudah minimal, ahli politik mana pun yang dipilih beliau tidak mampu melakukan kerosakan kepada ekonomi negara.

      Cara mudah untuk memahaminya ialah sebagaimana golongan kiri mensyaki dan meragui para kapitalis besar, begitu jugalah sentimen libertarian terhadap kerajaan. Watak jahat kapitalis besar dalam sosialisme, digantikan dengan kerajaan dalam libertarianisme atau kapitalisme

      Polisi ekonomi paling ideal untuk negara libertarian adalah tiada polisi langsung. Pasaran bebas semata mata. Apabila pasaran itu lebih berkuasa dari kerajaan, maka kerajaan tidak mampu memberi kelebihan kepada mana mana pihak

      Ahli politik tersebut masih boleh memberi kelebihan kepada sesuatu pihak dengan meluluskan undang undang tidak adil, maka itulah tugas pembangkang dalam dewan untuk pastikan ia tidak berlaku

      Mungkin ini juga menerangkan mengapa kita lihat sikap sesetengah libertarian yang kurang kisah tentang dana kapitalis ini, kerana bagi mereka (dan saya) apabila saiz kerajaan itu kecil dan tidak berkuasa besar maka pemberian dana itu dilihat bukan ancaman besar kepada kebebasan ekonomi. Katakan kos operasi kerajaan minimal ialah $100 billion, maka kalau dana berjumlah beberapa puluh juta itu secara relatifnya terlalu kecil dan tidak akan membesarkan saiz kerajaan

      Kerajaan minimal( atau ketiadaan kerajaan bagi yang ekstrem) adalah salah satu rukun penting libertarianisme

  38. saya rasa terlalu simplistik kalau meletakkan masalah estet kelapa sawit dan budak flat sbg akibat kapitalisme..lebih2 lagi dalam malaysia…pertama sekali adakah malaysia amal kapitalisme pasaran bebas? kalau tak, contoh tersebut tdk blh dipakai…sebaliknya kerajaan malaysia campurtangan melalui sime darby atau felda dan juga melalui DEB…jadi kalau masalah2 diatas wujud salah siapa dan apa sebenarnya….

  39. whichever corporation wants to support whichever party is entirely up to each and everyone of them and is not for any particular authority to decide…

    the capital and the profits obtained belongs to the shareholders and it is up to them to decide how they want it spent..

    if consumers decide not to buy the products of a particular corporation because it supports a particular party that is also entirely within their discretion..

    now in malaysia it is a totally different thing…why is it that only corporations that support the establishment are granted licenses to carry out businesses in major industries? supposedly, every corporation, regardless of who or which party they support, must be granted licenses to carry out operations in all industries…that is the proposition and premise…whatever happens after that, what they do with their profits, is up to them…

    consider this also…within the liberal discourse, when we say that politics and economics should not mix, it is not to be defined strictly within the illustration used in the 1 and 2 paragraph…by separation of economics and politics, we mean that the state must not interfere in the market…there must be equal opportunity to all…no granted monopolies (etc highways, fast food franchises)…the right given to one must not deprive the right of another…politics should and must not decide who can open and what business can be open…

  40. favouratism dan kronisme tak akan wujud…

    everyone is equal before the general rules of just conduct…kalau A diberi lesen, B juga mesti diberi lesen…kalau A di beri lepasan cukai, B juga mesti diberi lepasan cukai…dan vice versa…

    kalau favouratism dan kronisme berlaku, sama ada sykt itu menyuntik dana atau tak pd parti itu da tak jadi faktor…ia lebih kpd masalah penyalahgunaan kuasa…

    kerana favouratism dan kronisme juga tetap dan selalu berlaku walaupun sykt itu tdk beri dana kpd parti…

  41. pecah tembelang libertarian. rupa-rupanya support political-economic patronage!🙂

  42. fund contribution = political-economic patronage?

    that would really be pushing it…

  43. fund contribution from corporation to political parties who have power to make decision in awarding projects and contracts, is clearly a form of patronage. semudah itu.🙂

  44. and a crystal clear conflict of interest! terang lagi bersuluh.🙂

  45. “aku org miskin, x kaya pun mcm org lain”.

    amin miskin? kahkahkahkah. miskin berbanding dengan syed al-bukhary. tapi kalo banding dengan anak pekerja estet ato anak mak cik bedah pekerja kilang western digital kat flat larkin, amin ni kira okay la.

    tapi amin memang bukan dari keluarga kaya. itu aku tahu. keluarga dia keluarga melayu kelas pertengahan sederhana. bapak kerja kat mahkamah. emak jururawat.🙂

    • Dude, please refrain yourself from getting personal. It is not the way we do here. We are more intellectual than that, which I hope so you are. Stick to the topic please

  46. such understanding would be very perverse…if thats the case, everyone would be in clear conflict of interest with a particular party…millions of ppl donate to a party’s coffers..so each of them would surely have conflicts of interest with a party…

    certainly its not that simple…

  47. okay…okay…sorry. tapi aku tak leh nak elak untuk tergelak bila amin cakap yang dia miskin. bukan tujuan untuk menyentuh peribadi. tapi bila amin mengaku dia miskin, aku tak le nak terima la sebab aku tahu dia tak miskin. tak betul yang dia cakap tu. anyway, sory banyak2.

  48. individu nak donate, aper kisah. aku kat ceramah-ceramah PAS yang aku pergi tu, kadang-kadang bila unit amal PAS hulur karung, aku pun letak gak 5-10 hinggit utk perjuangan. tapi aku donate, aku tak de kepentingan mintak PAS kalo dia perintah nanti, kasi projek kat aku. aku tak de kepentingan macam tu. yang masalah bila syarikat-syarikat besar donate, lepas tu syarikat-syarikat besar ni terlibat pulak dalam tender projek ato kontrek. itu masalah bro. itu memang dah tak fair competition, konflik interest dan jugak satu bentuk patronage. itu dah kira satu bentuk korupsi jugak tu bro.

  49. kerja kat malaysian think tank pun miskin lagi ke? ini tentu majikan ko tak bayar gaji minima ni. itu sebab ko miskin. 🙂

  50. haha…kelakar la korg ni. but suma ttp cool.🙂

    aku sket2 cam dah nak faham idea di

  51. haha…kelakar la korg ni. but suma ttp cool.🙂

    aku sket2 cam dah nak faham idea disebalik libertarian ni.

    • hati hati shah,
      libertarianisme ni sekali melekat di hati dan akal, susah nak dibuang, haha

      Ambil kata kata dari salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia ( dia kata depan saya, hari tu jumpa dia kat seminar kat Penang) = “orang kiri berubah jadi orang kanan ni biasalah, tapi kalau orang kanan jadi orang kiri ni jarang jarang…”

  52. Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya 3 hari bersama salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia. Kami menghadiri satu seminar Freedom Academy oleh Malaysia Think Tank kat Penang. Kali ini seminar membincangkan Ayn Rand dan Objectivism, iaitu tokoh dan mazhab penting dalam libertarianisme.

    Sekarang dia sudah tidak bersama PSM dah, kerana perbezaan ideologi. Dah masuk parti lain

    Selama 3 hari banyak jugalah pertanyaan saya kepada dia tentang sejarah pergerakan kiri di Malaysia dan juga pengalaman dia sendiri.

    Dia menceritakan jatuh bangun pergerakan kiri di Malaysia

    Dia menyuarakan simpati kepada kapitalis miskin yang menjual goreng pisang di tepi jalan. Simpati untuk golongan pekerja saya tak dengar pula (sumpah! tak dengar)

    Dia juga ada cuba cadangkan kepada Malaysia Think Tank untuk buat seminar “Knowing your enemy”…

    Selepas sesi bersoalkan negara Islam tamat, dia ada kata dia tentang “Islamic state” bukan sebab ia “Islamic”, tapi sebab ia adalah “state” ~ saya pun kata dalam hati: eh eh, menentang state tanpa mengira apa jenis state tu, itu sudah libertarian tu, hehe

    Ada juga satu malam tu, dia ada kata hendak berubah dari democratic socialism kepada social democracy ini banyak bibit bibit nya, bukan mudah. Tapi perlahan lahan kita bergeraklah ke arah economic liberalism… haha, saya memang tergelak gembira mendengar apa dia cakap

    Lepas habis seminar tu, menyesal pula saya tak tanya banyak lagi soalan. Sayang, dia menulis buku tapi tak blogging, facebook jauh la lagi. Kalau panjang umur nak jumpa dia lagi. Insyallah

  53. Ahah, tiba2 Kerel mengaku lebih kenal kesukaran keluarga aku berbanding aku yg melaluinya…dan lawak juga bila nak dikaitkan dgn Kelapa Sawit. Dan dia mungkin nampak apa yg aku belanja, tp dia tak nampak mcm mana aku kerja cari duit.

    Aku kerja di MTT berdasarkan KONTRAK YANG DIPERSETUJUI, tak ada siapa paksa aku dan aku x kaya mcm sesetengah pegawai kerajaan pun. Aku boleh pilih untuk tak nak bekerja jika aku mahu.

    Org yg anti libertarian ni mmg selalu lupa bahawa bila mereka disagree for the sake of arguing, mereka sering kelihatan incoherent.

    Afif, Wan Hamidi kini seorang zamil a.k.a. Felo di MTT.

    Mamat, contoh kau sangat lawak. Anything to do with State Capitalism tertolak. Ideanya ialah PERSAINGAN, bukan MONOPOLI. Ya, kau nak derma atau tidak, itu hak kau. Duit kau. Sistem wakaf dlm Islam tak perlukan state untuk uruskan🙂

    Afif, nak juga aku tahu kalau2 ada org libertarian menjadi sosialis🙂 yg nampak kapitalis pro-state adalah, almaklum state akan amalkan favouritism…bacalah sikit sebanyak tulisan Frederic Bastiat tentang kisah pembuat lilin. Keluarlah duit sikit untuk pengetahuan…

    • aku pernah baca pasal petisyen tukang buat lilin tu, ari tu Freedom Academy ada dapat buku pasal ni

      Waa, baguslah Wan Hamidi sekarang jadi Fellow MTT. Dia boleh ajar macam mana nak hadapi “musuh” nanti, hehe

  54. apa yang sukarnya kalau ayah kerja pesuruhjaya sumpah dan emak jururawat, berbanding dengan kumar yang bapaknya berkerja di estet kelapa sawit gaji rm450 sebulan?

  55. mamat, itulah masalah org yg anti libertarian. melihat sesuatu dgn absolute, bukan comparative…

    kenapa guru add math di sekolah mengajar benda yg sama, ada yg score dan ada yg tidak? kenapa yg score boleh masuk uni dan yg x score tidak? tapi kenapa dlm sesetengah kes yg x score pun masuk uni? dan kenapa di uni yg score masa spm dpt result suam2 kuku atau ada yg ditendang? kenapa yg x score time sekolah boleh dpt result cemerlang, sama dgn score dan ada yg teruk?

    sebelum menulis, pastikan anda tidak incoherent.

    kau ingat gaji jururawat berapa? kau ingat kerja pesuruhjaya sumpah tu turun dari langit?

  56. hehe…

    sy ini jenis yg terbuka, apa yg baik sy terima. ada sisi yg baik yang mungkin tidak dpt dilihat dgn mata kasar. tidak semua sisi sosialis itu buruk juge😉. Yg penting kita meraikan perbezaan pendapat.

    amin,
    knp suka “membunuh” dgn ayat2 sebegitu. Kadang2 cara kita memandang sesuatu adalah berbeza(hasil drpd akal-budi,pengalaman,sejarah dan, cara hidup)lantas apa yg kita fikirkan dan pendapatkan juga akan berbeza.:)

  57. saya rasa anda patut tanya mereka yg minat sgt nak masuk urusan keluarga org lain. dan anda boleh tahu dari aliran mana ideologi mereka.

  58. Kapitalisma di dunia sedang menghadapi krisis paling teruk dalam sejarahnya. Tetapi setiap kali krisis kapitalisma, kelas pekerja dan rakyat miskinlah yang terpaksa menanggung beban krisis akibat kerakusan keuntungan kapitalis-kapitalis. Dengan agenda pro-kapitalis, BN dan Pakatan tidak mewakili aspirasi dan kehendak kelas pekerja dan mereka tidak mempunyai penyelesaian kepada krisis ekonomi dan kehendak warga pekerja selain menyelamatkan pasaran bebas kapitalisma dengan agenda perubahan mereka.
    Baca selanjutnya di : http://asocialistmalaysia.blogspot.com/2009/05/peralihan-kuasa-untuk-menyelamatkan.html

  59. dunia pulih dari Great Depression melalui pasaran bebas. kehancuran ekonomi bermula dari dasar yang salah. belajarlah sedikit daripada sejarah kenapa stok market crash dulu.

    tanpa pasaran bebas, org tak melabur, agak2 mereka akan bekerja di mana? jika ada pilihan lain, silakan…tapi jangan merungut kemudian bila banyak unemployment. tengoklah big picture kalau nak suruh kerajaan create job lagi, di mana agaknya sumber duit kerajaan? mujur kita ada sumber, di negara tak ada sumber?

  60. tetapi ada jugak teori mengatakan bhw peristiwa great depression berlaku kerana dasar pasaran bebas.

    kesilapan libertarian selalu mengatakan bahawa rakyat menyuruh kerajaan menyediakan peluang pekerjaan secara total. sbnarnya rakyat hanya meminta kerajaan menyediakan ruang supaya pekerjaan dpt dijanakan/dikembang dgn lbh byk lagi.

  61. CWI Malaysia,

    Krisis kapitalisme yang paling teruk? Janganlah buat saya kejut… Krisis ini memang teruk, tapi tak sampai lah paling teruk. Pasaran US semasa 1929 jatuh sebanyak %, krisis kali ini cuma %; jatuh sebanyak % pun boleh pulih tak kan kali ini tak boleh pulih?Semasa saya menaip komen ini, pasaran di US sedang naik leh…🙂

    Shah,

    “Great Depression disebabkan oleh pasaran bebas” bukan teori, tapi cuma propaganda oleh politikus seperti Franklin Delano Roosevelt dan tukang propagandanya, J. K. Galbraith (Hari ini mereka diganti oleh Barack Obama dan Paul Krugman). Pada mulanya, krisis kali itu hanya “depression”, tapi hanya apabila President Herbert Hoover melaksanakan dasar protektionis dengan menguatkuasakan Smoot-Hawley Tariff Act, depression itu baru jadi “great”.

    Kami perjuangkan kapitalisme bukan sebab kapitalisme ini paling cekap: kalau kira pasal cekap, diktator lah yang paling cekap, cuma tengok Nazi Germany bawah Hitler, betapa cepatnya Jerman pulih daripada krisis ekonomi! Tapi kami perjuangkan kebebasan manusia, kami tak ingin sebuah negara, atau sebuah dunia seperti dunia dalam “1984” (George Orwell) atau “Brave New World” (Aldous Huxley) , seperti Nazi diwarisi kepada generasi yang akan datang.

    sila baca buku-buku:

    Rothbard, M. 2000. America’s Great Depression
    Woods Jr, T. 2009. Meltdown: A Free-Market Look at Why Stock Market Collapsed, the Economy Tanked, and Government Bailouts Will Make Things Worse.
    Shlaes, A. 2008. The Forgotten Man — A New History of the Great Depression

  62. Aiya, maaf..

    butirnya di sini:

    Krisis 1929-1932 — -89%
    krisis 2007-2009 — -55%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: