Krisis Ekonomi – Krisis Kapitalis

PEKERJA JANGAN BAYAR SESEN PUN

UNTUK SELAMATKAN SISTEM KAPITALIS !

Hari Mei Satu menjelang lagi. Warga pekerja seluruh dunia menyambut Hari Mei Satu yang penuh bermakna ini dengan cabaran krisis ekonomi dan tekad perjuangan yang lebih tinggi pada tahun ini.

Hari Mei Satu, bukan sahaja hari kita menghargai perjuangan pekerja pada masa lampau, tetapi juga hari untuk memperingatkan para pekerja bahawa perjuangan pekerja untuk membebaskan diri daripada belenggu pemerasan dan penindasan sistem kapitalis belum lagi selesai.

Sambutan Mei Satu sebagai Hari Buruh Antarabangsa bermula daripada perjuangan pekerja menuntut masa kerja 8 jam sehari pada penghujung abad ke-19. Perjuangan tersebut telah menyaksikan pengorbanan para pejuang pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis yang berpakat dengan kerajaan yang pro-kapitalis. Namun, dengan tekad perjuangan yang tinggi,masa kerja 8 jam sehari telah diiktiraf sebagai satu hak asasi pekerja di seluruh dunia.

Aksi Mei Satu telah menjadi inspirasi kepada pekerja untuk berjuang demi menuntut hak dan maruah. Bagi memperingati perjuangan gagah perkasa pekerja dalam menuntut kerja 8 jam sehari, para pekerja akan berhenti kerja dan keluar berhimpun serta berarak pada Hari Mei Satu.

Dunia pada hari ini sedang menghadapi krisis yang mendalam. Krisis ekonomi yang hebat telah melanda seluruh dunia akibat daripada keruntuhan sistem kewangan di Amerika Syarikat yang menjadi minyak pelincir untuk sistem kapitalis sedunia. Krisis ekonomi sedunia yang terbaru, seperti krisis-krisis ekonomi yang sebelum ini, adalah berpunca pada sistem kapitalis itu sendiri yang hanya mementingkan keuntungan pemilik modal yang berasaskan pemerasan golongan pekerja dan alam sekitar.

Dunia kita telah semakin kaya dan produktiviti pekerja tidak pernah menurun, tetapi akibat daripada sistem kapitalis yang mengagung-agungkan pasaran bebas bagi tujuan penimbunan keuntungan oleh para kapitalis, hakikatnya adalah yang miskin menjadi lebih miskin lagi di seluruh dunia. Golongan pekerja semakin tertekan akibat daripada dasar ekonomi neoliberal yang diperkenalkan lebih kurang 30 tahun yang lepas, yang melakukan penswastaan perkhidmatan asas, liberalisasi pasaran untuk kepentingan golongan kapitalis, dasar gaji rendah untuk pekerja dan menghancurkan segala peraturan yang menjamin hak pekerja. Sekarang ini, para pekerja dan rakyat biasa ditekan lebih hebat lagi akibat krisis ekonomi sedunia.

Ini adalah krisis kapitalis, mengapa pula pekerja perlu menanggung bayarannya?

Malaysia juga tidak dapat terlepas daripada krisis ekonomi sedunia. Ramai pekerja sedang menghadapi masalah pembuangan kerja, pengurangan gaji, pengangguran dan sebagainya. Keluarga yang berpendapatan rendah akan dijejas oleh kegawatan ekonomi dan menjadi lebih miskin lagi.

Kerajaan Malaysia yang pada awalnya menafikan berlakunya krisis ekonomi di Malaysia akhirnya terpaksa bertindak dengan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, dengan pakej terbaru yang dilancarkan pada bulan Mac berjumlah RM 60 billion. Persoalan besar timbul sama ada wang yang berjumlah begitu besar ini benar-benar dapat digunakan untuk mengurangkan penderitaan pekerja ataupun hanya untuk selamatkan kroni-kroni yang rapat dengan pihak pemerintah?

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telahpun menunjukkan wajah pro-kapitalisnya dengan keengganannya untuk melaksanakan akta gaji minima, merampas hak pekerja melalui pemindaan undang-undang buruh, menyekat aktiviti kesatuan sekerja, menjalankan perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan kuasa-kuasa besar dan sebagainya. Adakah kerajaan sama yang sebelum ini menyebelahi golongan kapitalis untuk menindas pekerja, dapat menyelamatkan pekerja daripada keadaan krisis ekonomi yang mendalam ?

Rakyat Malaysia telah memberi pengajaran kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum pada tahun 2008. Namun, Pemerintah masih enggan melakukan perubahan dasar yang menyeluruh demi mengembalikan kuasa kepada rakyat dan melindungi kesejahteraan rakyat. Pihak pemerintah terus mempermainkan politik perkauman, memperalatkan jentera kerajaan untuk menyekat kebebasan rakyat dan menggunakan kekayaan janaan pekerja untuk selamatkan kroni-kroni.

Krisis ekonomi yang telah menyebabkan rakyat biasa semakin tertekan ini telah mencetuskan penentangan hebat daripada golongan pekerja seluruh dunia, sama ada di benua Amerika, Eropah, ataupun di Asia. Sekiranya kerajaan-kerajaan tidak sanggup menyelesaikan krisis ini dengan menjamin kesejahteraan golongan pekerja, gelombang perjuagan pekerja yang lebih besar bakal melanda.

Dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang melanda, kita perlu sekali lagi dengan suara yang lantang menegakkan tuntutan rakyat pekerja :

  1. Melaksanakan dasar yang melindungi pekerja dan rakyat miskin – menggubal akta gaji minima, melaksanakan tabung pembuangan kerja, perumahan untuk semua, tanah untuk petani dan menghentikan segala penswastaan perkhidmatan awam.
  1. Kerajaan tidak boleh sama sekali menggunakan wang rakyat untuk selamatkan bank dan syarikat pemilik modal besar.
  2. Kerajaan perlu merombak semula sistem ekonomi negara, dengan memberi penekanan kepada pengagihan kekayaan secara samarata, penyertaan rakyat secara demokratik dan perlindungan alam sekitar.
  3. Memansuhkan segala undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), AUKU dan sebagainya.

Golongan pekerja menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara dan penjanaan kekayaan masyarakat. Namun, pihak pemerintah kapitalis tidak pernah menghargai sumbangan pekerja ini, malah segala tipu helah dan kekerasan digunakan untuk terus memeras golongan pekerja. Dalam keadaan ekonomi yang stabil, gaji pekerja ditekan pada paras yang rendah dan hak pekerja dirampas satu demi satu. Dalam keadaan ekonomi yang bergelora, pekerja pula dikorbankan untuk menyelamatkan keuntungan golongan kapitalis.

Golongan pekerja dan masyarakat tertindas tidak boleh berdiam diri dan menunggu masa untuk dicincang habis oleh kapitalis. Hanya perjuangan rakyat dari bawah dapat membawa perubahan sejati.Hanya dengan golongan pekerja bersatu sebagai satu kelas yang sedar, kita akan dapat menumpaskan pemerintahan kapitalis yang berasaskan penindasan kelas dan membina sebuah masyarakat demokrasi yang benar-benar bebas, adil dan saksama.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengucapkan selamat menyambut Hari Mei Satu kepada seluruh warga pekerja dan berharap kita semua akan menjadikan Hari Mei Satu ini satu lambang bagi semua rakyat tertindas untuk melawan segala penindasan dan pemerasan.

Marilah kita jadikan Hari Mei Satu, sebagai satu hari kita melawan balik dan menuntut kuasa pekerja!

Hancurkan sistem kapitalis! Kita tidak akan membayar sesen untuk selamatkan sistem kapitalis

Kerajaan bertanggungjawab sediakan kerja untuk semua! Tiada seorang pun patut ditinggalkan!

Hidup pekerja! Hidup Perjuangan!

Dikeluarkan oleh:

Choo Chon Kai

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM

45 Responses

  1. 1. Mekanisme pengutipan tol jelas menguntungkan pihak kapitalis.
    2. Meminda akta perumahan.

    Apabila timbul masalah/isu mengenai perkara ini, satu negara akan heboh memincangkannya, tetapi akhrnya tiada sebarang perlaksanaan.

  2. “Kerajaan tidak boleh sama sekali menggunakan wang rakyat untuk selamatkan bank dan syarikat pemilik modal besar”

    Salah satu cadangan yang dipertujui bersama oleh para pendukung kapitalisme pasaran bebas dan para sosialis

  3. Astaga, tobat la korang ni…..tak baik hidup bergelumang dalam dosa…

  4. State capitalism adalah produk Stalin! Semudah itu.

  5. Dan penjajahan pula adalah produk kapitalisme. semudah itu.🙂

  6. Cuba bagitau negara mana Amerika pernah jajah boleh tak? Penjajahan hanyalah kempen huduh orang yg tak memahami kapitalisme dan argue for the sake of arguing…

  7. Orang yang kata kapitalisme = penjajahan ini ada masalah untuk membeza merkantilisme dan kapitalisme… mereka tak dapat nak beza orang Sepanyol, orang Perancis, orang Jerman… konon orang putih semua sama je… sebelum Adam Smith mengarang The Wealth of Nations, orang Portugal dan Sepanyol dah membina empayar… mereka kapitalis ke? Sebelum Frederic Bastiat mengarang The Law, Napoleon dah hampir menakluk seluruh Eropah, dia kapitalis ke? Memahami kapitalisme sebelum memusuhinya.

  8. hahaha…Amerika tak pernah menjajah? jangan lah nak sempitkan penjajahan tu dengan hanya penjajahan fizikal ke atas kawasan geografi sahaja. meletakkan tentera-tentera amerika di afghanistan, iraq, mindanao, beberapa negara amerika latin, menjajah secara proksi….itu semua kira penjajahan la jugak. kalau amerika letak tentera dia kat dalam malaysia ni, tak kira penjajahan ke tu? itu belum masuk penjajahan yang bukan bersifat fizikal macam penjajahan minda, penjajahan ekonomi, penjajahan budaya. janganlah nak argue for the sake of arguing je.🙂

    merkantilisme tu bukan kapitalisme? kahkahkah! pensyarah ekonomi mana yang cakap merkantilisme tu bukan kapitalisme? pensyarah ekonomi dari sintok ke? kahkahkahkah🙂

  9. Kalau merkantilisme tu kapitalisme, apa pulak Adam Smith perlu menakrifkan konsep kekayaan semula melalui The Wealth of Nations? Kalau merkantilisme tu merkantilisme tu kapitalisme, apasal munculnya golongan Physiocrat yang menekankan kekayaan perlu disimpan oleh rakyat bukannya kerajaan? Nampaknya you sendiri pun tak faham, belajar lah sejarah ekonomi dari basic dulu…

  10. Kekayaan disimpan oleh rakyat? rakyat mana? rakyat mana? rakyat pemodal atau rakyat pekerja? rakyat miskin atau rakyat kaya? kekayaan tu milik siapa? tentunya bukan milik mat rempit flat sri pahang, atau mat estate di ladang brooklands, atau mat jual vcd kat jinjang! kahkahkah🙂

  11. Adam Smith menyatakan apabila seorang pemancing mengeluarkan ikan dari sungai, maka ikan tersebut menjadi kekayaan negara/rakyat. Definisi kekayaan itu tidak patut terhad kepada harta mereka yang lebih kaya

  12. Abe Lah, saya menemukan tulisan anda sbg org yg keliru dgn propaganda anti pasaran bebas dan gagal melihat idea libertarian dgn lebih cerah.

    tapi x apa, itu tugas pendokong libertarian untuk berkongsi.

    1) ternampak jelas anda gagal membezakan absolute advantage dgn comparative advantage.

    2) katakan tidak ada peniaga, agak2 pekerja ini akan bekerja di mana ya? memberi peluang pekerjaan adalah sumbangan social justice yg paling besar oleh kelompok pemodal. mereka sanggup mengeluarkan modal utk berniaga tanpa ada jaminan mendapat pulangan. ini hanya boleh berlaku dgn persaingan sebagaimana didorong libertarian. masalah yg berlaku ialah apabila state capitalism sbg produk sosialis-komunis – mereka mahu monopoli dan mendapat jaminan pulangan modal.

    3) tidak ada siapa memaksa buruh2 ini bekerja dgn kaum pemodal. ia dibuat melalui kontrak yg dipersetujui. jika x setuju jgn kerja, sila cipta peluang kerja lain dan mmg dlm islam kerja terbaik ialah kerja sendiri.

    4) dgn menjamin hak pemilikan, kaum petani misalnya boleh mula melindungi pemilikan mereka dan menjana kekayaan sendiri.

    5) konsep spontaneous order harus benar2 difahami dari perspektif mutual consent dan freedom to choose.

  13. kalau nak kupas penjajahan dari perspektif sendiri, buatlah apa saja sdr nak. yg penting libertarian tak pernah setuju dgn tindakan ketenteraan amerika. pukul borong semua amerika buat itu mewakili libertarian adalah fakta senget!

    kapitalisme adalah satu konsep melindungi kebebasan manusia dari kapitalis. bunyinya aneh, tapi saya harap org yg nak sembang pandai pasal libertarian harus mendalami keanehan ini.

  14. mereka lupa bahwa semasa sosialis-komunis meluaskan empayar mereka, itu adalah penjajahan juga – dengan kekerasan!

  15. definisi kekayaan tidak patut terhad kepada harta mereka yang lebih kaya? kahkahkah. kalau harta pun tak ada, takkan orang tu kaya juga? cuba gi tanya mamat ngan minah etstate kat ladang kelapa sawit….berapa harta dia ada? kahkahkahkah

    memberi peluang pekerjaan dengan gaji rm450 sebulan? itu sumbangan social justice? kahkahkah.

    kalau gaji rm450 sebulan macam mana nak kumpul harta? kalau harta tak ada macam mana nak kumpul modal? kalau modal tak ada macam mana nak kerja sendiri? kahkahkah

    kapitalisme adalah satu konsep melindungi kebebasan manusia dari kapitalis? kahkahkah. melindungi kapitalis menindas ada lah. kalau tidak tak de lah gaji pekerja estet rm450 sebulan. kahkahkahkah

    syarikat hindia timur, syarikat hindia belanda menjajah dan membunuh rakyat dinegara koloni, itu tidak kekerasan? tidak penjajahan? oppsss! itu bukan kapitalisme. itu merkantilisme. korang tak faham antara kapitalisme dengan merkantilisme……🙂 kahkahkah

    • lagi ramai berpuluh juta mati dibawah sosialisme Stalin dan Mao, orang sendiri plak tu yang mati, bukan orang luar, tak kecoh pun. dan jangan lupa fasisme seperti nazisme juga satu bentuk sosialisme yang dibancuh bersama ethno-nationalism

      anda nak kelirukan kapitalisme sejati dengan imperialisme atau merkantalisme takpe, kerana kami lebih cerdik dengan tidak keliru antara sosialisme sejati dengan stalinisme atau state socialism

  16. Bila timbul sosialis-libertarian@kapitalis, maka hujah2 yg sama terus berkumandang😉.

    cato wong>>>sebelum Adam Smith mengarang The Wealth of Nations, orang Portugal dan Sepanyol dah membina empayar… mereka kapitalis ke?

    yes.

  17. amin>>kapitalisme adalah satu konsep melindungi kebebasan manusia dari kapitalis?

    @gengsterisme melindungi manusia dari gengster.logikkah?

    puak kapitalis akan menggunakan segala jenis nama,mekanisme,isme utk melindungi kepentingannya.

  18. 3) tidak ada siapa memaksa buruh2 ini bekerja dgn kaum pemodal. ia dibuat melalui kontrak yg dipersetujui. jika x setuju jgn kerja, sila cipta peluang kerja lain dan mmg dlm islam kerja terbaik ialah kerja sendiri.

    aku cuma lepasan SPM je sebab result tak berapa bagus nak sambung blajar macam korang semua. sekarang dah lima tahun aku keja kat kilang yg sama wlwpon gaji kecik. cakap memang senang. kalau tak puas hati g keje tempat lain. ko ingat senang ke nak cari keje? nak niaga sendiri? kumpul modal? huh, ngam2 makan je duit gaji aku. masalah ni bukan aku sorang je..mane2 budak kilang pon macam ni jugak. tu belum kira yg keje kat estet. lagi teruk, dah berapa keturunan tak lepas jugak dari miskin.

  19. Manusia pernah hidup dengan gaji lebih rendah dari RM450 di bawah kapitalisme pasaran bebas di Hong Kong. Itu 50 tahun dulu. Sekarang lihat pencapaian orang HK hari ini. 50 tahun dulu Afrika telah memilih sosialisme dan hari ini mereka masih….

    Kapitalisme adalah satu proses semulajadi yang berterusan meningkatkan taraf hidup masyarakat

    Kapitalisme global telah mengangkat 2 billion manusia keluar dari kemiskininan dalam masa 50 tahun sahaja. Sosialisme gagal menyaingi pencapaian ini

    50 tahun duduk bawah sosialisme, tak kemana pun orang China. 200 juta manusia di China baru keluar dari kemiskininan apabila Komunis Sosialis China mula meniduri kapitalisme pasaran bebas pada dekad lalu, hahaha

  20. afif,

    sy boleh shj menulis begini kalau ingin menulis mengikut perasaan.

    terima kasih kapitalis kerana mengimport kami sebagai hamba atau terima kasih kerana pernah menjajah negara kami atau terima kasih kerana hanya mengaut keuntungan di negara kami dikala kami sibuk berperang dan kebuluran.

    aku berpandangan begini,
    oleh kerana terdapat kelonggaran di dalam sistem kapitalis@kapitalisme, maka pemodal yang tamak( jika tidak mahu menggunakkan istilah kapitalis) menggunakan ruang ini untuk menindas manusiawi.

  21. Orang ingat kapitalis ni semua lahir dengan memegang duit dalam tangan dari rahim ibu… kapitalis besar pun pernah bersusah juga!

    Pelabur paling bernilai di dunia, orang kedua paling berharta di US, Warren Buffett, mula menjual surat khabar dan Coca-Cola pada umur 6! Hari ini, dia menderma 85% hartanya untuk tujuan penyelidikan perubatan. Saudara Myself, Abe Lah dan Abe Lah Jugok, dari RM 10 yang u belanja hari ini, RM 8.5 ke mana pergi?

    Bill Gates sanggup mengambil risiko, walaupun dia belajar undang-undang kat Harvard, dia tak memilih untuk jadi senang, malah dia menerokai bidang yang belum ada orang menerokai, dia mendirikan Microsoft kat Albuquequer, satu desa di New Mexico yang merupakan kawsan pinggiran. Hari ini dia menubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates, membantu golongan miskin di dunia ketiga.

    Li Ka-shing, tauke perdana di Hong Kong, perlu mula berkerja pada umur 12 untuk menyokong keluarganya sebab ayahnya meninggal awal. Hari ini dia tubuhkan Yayasan Li Ka-shing untuk menyokong golongan kurang bernasib baik seperti dia.

    Richard Branson, pemilik Virgin Airways, menghadapi penyakit dyslexia yang menybabkan dia mengalami kesusahan untuk membaca, tentu dia tak ada harapan untuk belajar sampai ke uni untuk meneliti Das Kapital, tapi dia masih mengubah hidupnya di bawah sistem kapitalis. Dia telah memulakan idea penerbangan bajet yang jadi ilham kepada Airasia, kapal terbang yang sebelum ni hanya pengankutan golongan berada kini “everyone can fly”, bukankah ni proses demokrasi?

  22. Shah,

    tentu sosialis tak perlu mengimport hamba, sebab semua rakyat adalah hamba, dah cukup orang dah…🙂

  23. Imperialisme atau penjajahan saya percaya perlu bebas dari dikaitkan dengan kapitalisme atau sosialisme. Kerana penjajahan boleh berlaku tanpa mengira apa ideologi si penjajah.

    Kita fokuskan apa kesan sosialisme/kapitalisme dalam sesebuah negara dari fokuskan sosialisme/kapitalisme sebuah menjajah sosialisme/kapitalisme sebuah negara yang lain

    Tidak wajar jika kita kaitkan kematian berpuluh juta manusia di Soviet dan China suatu ketika dahulu dengan sosialisme. Itu salah sosialis, bukan sosialisme(tapi ini masih boleh diperdebatkan di waktu lain kerana sosialisme memusatkan terlalu banyak kuasa kepada terlalu sedikit manusia). Begitu juga dengan kematian manusia akibat penjajahan golongan kapitalis

  24. “Begitu juga dengan kematian manusia akibat penjajahan golongan kapitalis.”

    terima kasih kerana mengakui yang betul adalah betul.🙂

    • “Tidak wajar jika kita kaitkan kematian berpuluh juta manusia di Soviet dan China suatu ketika dahulu dengan sosialisme. Itu salah sosialis, bukan sosialisme(tapi ini masih boleh diperdebatkan di waktu lain kerana sosialisme memusatkan terlalu banyak kuasa kepada terlalu sedikit manusia)”

      Anda tertinggal dua ayat pertama dalam perenggan terakhir itu🙂

  25. cato wong>>tentu sosialis tak perlu mengimport hamba, sebab semua rakyat adalah hamba, dah cukup orang dah.

    hehe,cato wong pls quote jika ada di dalam sosialis yg mengatakan bhw rakyat adalah hamba?

    dan jika disebut negara sosialis semua akan bertumpu kpd negara china,kenapa tidak terarah kpd jerman, sweden dan lain2?mengapa sosialis hanya dikaitkan dgn komunisme, sedangkan sosialis dan komunisme adalah 2 perkara yg berlainan.

    afif,
    jujurnya sy tidak memahami kenyataan anda🙂

    sy bukanlah berfahaman sosialis, tetapi hanya cuba mencari apa formula yg terbaik utk rakyat kerana sy ini hanyalah rakyat biasa.

    dan melihat 4 point tuntutan di dlm artikel di atas, sy percaya semua akan bersetuju dgn 4 point tersebut.

    • ok, secara peribadi saya sangat setuju dengan separuh tuntuntan tersebut iaitu point 2 dan point 4. Sebaliknya pula saya tidak 2 point selebihnya

      Gaji minima memiliki kecacatan dalam andaian di dalam teorinya. Andaian itu ialah setelah paras gaji dinaikkan secara paksa oleh kerajaan, para majikan sanggup mengurangkan keuntungan mereka dengan mengekalkan jumlah pekerja yang ada.

      Katakan Kedai X mendapat hasil RM 10,000 sebulan dan menggaji 4 orang pekerja dengan RM 1,000 setiap seorang. Maka kedai X untung RM 6,000( Ye ada kos lain, tapi untuk mudahkan penerangan kita biarkan dulu kos lain)

      Kemudian katakan kesatuan sekerja yang dianggotai 4 pekerja kedai X berjaya memujuk kerajaan untuk melaksanakan gaji minima pada tahap RM 1,500. Maka kedai X kini terpaksa membayar gaji RM1,500 setiap seorang pekerja dan mengurangkan keuntunganya kepada RM 4,000

      Maka yang jadi persoalan disini adakah tokey kedai X sanggup menerima pengurangan untungnya? Kalau tokey kedai tu berjiwa(dan sudah kaya macam) Robert Owen memanglah dia sanggup. Namun realitinya adalah sebaliknya. Dalam realiti para tokey akan membuang pekerja mereka untuk mengekalkan keuntungan mereka sebelum ini. Katakan kedai X buang seorang pekerja, maka gaji minima telah menyebabkan seorang pekerja menganggur di sementara 3 pekerja yang lain menikmati kenaikan pendapatan RM500!

      Ini hujah mereka yang menentang gaji minima. Gaji minima menyakiti golongan miskin dengan mengakibatkan kenaikan kadar pengangguran di kalangan orang miskin. Apa moralnya jika pekerja lain mendapat gaji lebih tinggi apabila rakan mereka yang lain dibuang kerja. Hujah ini dikuatkan lagi dengan statistik (sebelum krisis hari ini) menunjukkan kadar pengangguran lebih tinggi di Eropah berbanding di Asia. Di Eropah mereka melaksanakan gaji minima dan lebih ramai orang miskin di Eropah menganggur berbanding di Asia

  26. sebab itu saya tekankan di situ bahawa ia berbunyi tidak logik. tapi bawa2 berfikir betul bagaimana kapitalisme sbg idea melindungi manusia dr kapitalis. bear in mind bahawa kapitalisme sbg terma tidak muncul dari kalangan libertarian pd asalnya. ia dipopularkan oleh kelompok sosialis. libertarian pada saya adalah istilah yg lebih tepat.

    kalau apa yg saya maksudkan “melindungi manusia dr kapitalis” pun malas nak difikirkan, entahlah.

    social justice – lain kali harap berfikir sblm menulis. rm450 tu sbg contoh agak2 kalau x ada peluang kerja langsung rm0 tu justice ke?

    kerana sosialis x panggil rakyat sbg hamba, maka mereka bukan hamba? haha, lawak sungguh ayat ini🙂

    lawak, anda memetik ayat2 untuk memuaskan hati anda tanpa menunjukkan hubungan dgn konsep yg lebih luas dan saling bergandingan🙂

  27. saudara amin,

    sy tiada masalah pun dgn sebahagian dgn idea liberatian, cuma sy rasa anda pun mengetahui ruang di dlm liberal memungkinkan bahawa pemodal yg tamak menggunakan keluasan ruang itu untuk menindas rakyat.

    bolehkah anda memetik mana2 di dlm sosialis yg menyatakan bhw rakyat adalah hamba. Jika berlaku sebrg bentuk perhambaan maka ia berada diluar idea sosialisme itu sendiri.

    afif,
    jika gaji minima diwujudkan,keuntungan kedai X akan bertambah maka tiada masalah utk mengaji 4org perkerja.cuma masalahnya bila gaji minima diwujudkan maka gol.pemodal juga akan menaikkan harga barang.

    dan jika anda ingin mengatakan negara eropah yg mengamalkan sistem sosialis mempunyai %pengangguran yg tinggi berbanding negara asia disebabkan sistem sosialis sila buktikan.benarkah lebih ramai yg miskin di eropah berbanding di asia?

    tokoh-tokoh dibelakang sekolah frankfurt sendiri mengkritik dan memperbaiki pendapat dan teori marx sehingga melahirkan apa yg kita lihat negara eropah kini.maka sudah tentu idea-idea yang sedia ada ini boleh dikritik dan diperbaiki lagi.

    jika amerika itu bukan contoh liberal,maka contoh negara mana yg boleh kita ambil,.jika tiada maka libertarian ini adalah sebuah pesona idea yang menganggap bahawa semua manusia ini berhati mulia.

    take note : sy juga tidak menyetujui kadar cukai yg tinggi di beberapa negara eropah sehingga membebankan rakyat.

    sekadar memetik satu contoh,umar ra pernah mengambil tanah ghanimah sewaktu menakluk mesir sbg harta negara.

    begitu juga contoh yg selalu anda bawakan, abdul rahman bin auf memulakan perniagaan di madinah tanpa campur tangan kerajaan islam madinah.

    • Macam mana anda katakan kedai X tiada masalah untuk gajikan 4 pekerja sedangkan kos untuk menggajikan mereka telah naik? Kalau kedai X naikkan harga barang, maka pelanggan dia akan lari. Maka lebih baik dia kurangkan pekerja dan kekalkan pelanggan dia.

      Ini petikan saya ambil dari wikipedia:
      “According to a 1978 article in the American Economic Review, 90 percent of the economists surveyed agreed that the minimum wage increases unemployment among low-skilled workers”

      Ahli ekonomi setuju gaji minimum meningkatkan pengangguran di kalangan pekerja berkemahiran rendah. Pekerja berkemahiran rendah ialah majoriti orang miskin.

      Sejak bila pula saya kata lebih ramai orang miskin di Eropah berbanding Asia. Saya kata lebih ramai orang miskin menganggur di Eropah berbanding Asia

      Amerika sentiasa berubah mengikut Presiden atau parti yang memerintah. Saya libertarian suka melihat pemerintahan seperti Warren G Harding dan Ronald Reagen sebagai paling banyak mengamalkan nilai nilai libertarian. Jangan terkejut jika anda dapati pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan orang miskin sangat tinggi di era pemerintahan kedua dua presiden ini🙂

  28. Shah,

    Sejak bila libertarian menyuruh rakyat jadi hamba? Mereka boleh pilih untuk bekerja atau tidak mahu bekerja. Dengan membuka pasaran, semua org boleh membuka peluang niaga mereka sendiri. Tapi dgn monopoli, mereka tidak boleh bersaing melalui peluang yg sama kerana dasar perlindungan akan diberikan oleh state. Ini masalah State Capitalism ciptaan Stalin – konon nak mengawal perniagaan.

    Ini yg saya maksudkan idea kapitalisme sbnrnya melindungi rakyat dari kapitalis yg mahu membolot kekayaan! Dan ia telah lama diterangkan oleh Frederic Bastiat.

    Apabila State mengawal sumber2 yg ada, ia adalah bentuk tak nyata tp sebenarnya menghambakan rakyat. Rakyat tidak berpeluang mengumpul hasil kreativiti mereka sendiri kerana semua dimiliknegarakan. Ini yg berlaku bila peneroka bandar tidak diberi hak milik tanah yg mereka usahakan! State atau GLC (GLC terang2 idea State Capitalism) boleh wewenang merampas tanah mereka!

    Idea persaingan adalah idea yg terbaik. Jgn dirisau modal yg tidak sama besar kerana pemodal besar rata2 adalah mereka yg bermula dgn berani berhutang besar tanpa jaminan mendapat pulangan. Sebahagiannya terlungkup! Sebab itu dlm libertarian, penolakan kepada bailout ini sangat jelas. State tak patut melindungi kapitalis yg gagal. Sepatutnya kapitalis kena berfikir bagaimana utk turnaround.

    Konsep hutang ada dlm agama, jd tak perlulah memandai mengatakan hutang itu salah dan tak perlu. Libertarian juga menyokong usaha menggunakan piawai emas dgn mata wang. Itu masih di peringkat kajian utk perlaksanaan. Ia tak semudah menyebut2 konsep kerana realiti perlu juga disantuni.

    Dlm Islam, setiap perkara yg State nak ambil dari pemilikan individu perlu dibayar setimpal, bukan merampas sesuka hati.

    Mmg tidak ada contoh negara yg mengamalkan libertarian sepenuhnya. Tapi sdr boleh tgk negara mana yg mengambil manfaat dari sistem pasaran bebas. Peratusn kelas menengah meningkat dan kemiskinan dapat dikurangkan. Masalahnya mereka menyebut ttg equality melalui absolute advantage, bukan comparative, sbb itu debat ini x akan selesai. Abdolute advantage adalah mentaliti commune dan bukan penghargaan kpd bakat manusia sbg individu.

  29. saudara amin yg budiman,

    1. Sy terang2 tiada masalah dgn sebahagian idea libertarian, hak bersaing, individu dan sebagainya.

    2.Libertarian dan sosialis kedua2nya tidak menjadikan rakyat sbg hamba.Jika ada,maka ia sama sekali melanggar prinsip keduanya.

    3. Tetapi sy ada masalah di dlm keluasan ruang di dlm liberatarian yg membuatkan kapitalis mengambil peluang utk memerah rakyat biasa.

    4. Di Eropah sendiri, even mengamalkan dasar sosialis tetapi kita dpt lihat bagaimana kapitalis itu cukup licik.bagaimana?
    – Setelah kaum buruh di eropah berjaya mendapatkan hak gaji minima,kerja 8 jam. kapitalis ini tetap/masih untung bukan?
    – jadi utk melipat gandakan keuntungan mereka ini melabur di negara ke3, dgn kerja 12 jam, gaji yg rendah: maka pemodal ini bertambah2 lagi untung bukan?

    5. 4 point di dlm artikel jika dilihat, point ke 2 dan 4 mirip idea libertarian bukan?

    6. point yg ke3, pengagihan kekayaan samarata, sy juga kira bhw ia adalah terlalu ideal dari segi perlaksanaan kerana ia melanggar prinsip2 di dlm islam itu sendiri. Namun erti pengagihan,kekayaan itu tetap bersifat subjektif utk dibincangkan di sini.

    saudara afif,
    jika gaji minima dilaksanakan, maka kuasa beli rakyat juga akan meningkat,jadi keuntungan pemodal juga akan meningkat. cuma sy tidak bersetuju jika cukai dinaikkan juga.

    sy kira sy kurang pengetahuan ttg ekonomi berbanding dgn saudara,terima kasih utk info itu.🙂

    cuma itu mengaitkan dgn gaji minima di era ronal reagan perlu diperincikan lagi. adakah kerana gaji minima merupakan antara faktor utama, sy merasakan ada faktor terbesar yg lain.

    • Gaji minima terbukti memburukkan pengangguran di kalangan orang miskin. Kalau gaji minima boleh menambah keuntungan pihak pemodal dengan meningkatkan kuasa beli rakyat, maka gaji minima sebenarnya lebih menguntungkan pemodal dari pekerja. Ini kerana ia membuatkan lebih ramai orang miskin hilang kerja dan pemodal makin untung pada masa yang sama.

      Adalah tidak bermoral pendapat saya jika kuasa beli kita meningkat apabila mereka yang miskin hilang langsung kerja/kuasa beli

      • Bukanlah saya setuju yang peniaga makin untung jika kuasa beli rakyat meningkat disebabkan gaji minima. Itu salah dari sudut ekonomi. Pendapatan nominal pekerja mungkin meningkat, tapi pendapatan benar mereka tidak kerana kesan inflasi.

        Inflasi tidak akan berlaku jika pendapatan dan produktiviti kita meningkat sekata. Masalah gaji minima ialah gaji naik, tapi tidak produktiviti pekerja. Maka berlakulah inflasi. Akibatnya kenaikan gaji itu tidak bermakna kerana harga barang juga naik

  30. sbb itu saya tekankan “saving capitalism from capitalist”. penindasan lebih buruk dari monopoli. dgn mengurangkan cukai (sbg langkah menghadkan kerajaan), rakyat boleh menguruskan diri mereka sendiri.

    idea persaingan akan menurukan harga barang. pemaksaan kpd pengguna utk membeli hanya berlaku bila ada monopoli. dgn adanya pilihan, mereka akan pilih yg sesuai dgn keupayaan mereka.

    gaji minima dan cukai tinggi hanya meningkatkan kos operasi dan kos ini ditanggung oleh rakyat melalui cukai dan juga sbg end-user yg akan menggunakan produk yg dihasilkan. x payah pergi jauh, tgk harga kereta di malaysia sudah. atas nama patriotisme, rakyat sbg end-user dihukum, pemimpin yg diangkat rakyat, dibiayai dgn cukai rakyat senang2 dpt keistimewaan (termasuk ketua2 GLC – state own company!).

    memiliknegarakan = monopoli dlm bentuk yg lain.

    keuntungan perniagaan perlu dibincangkan dlm konteks comparative advantage. sanggupkah sdr ambil risiko berhutang besar dgn tidak ada jaminan pulangan modal pun? tp peniaga ini sanggup! mereka bukan saja sanggup memulakan niaga dgn hutang, tp juga membuka peluang kerja kpd mereka2 yg x sanggup ambil risiko spt mereka. dlm kata lain – mereka bermula dgn untung negatif sehingga mereka capai titik pulang modal! tp pekerja2 mendapat hasil dr kesanggupan peniaga melabur dan berhutang.

    maka apabila keuntungan ini mula terhasil, ia wajar dgn risiko yg mereka ambil.

    cara paling mudah beginilah. letak pekerja di kerusi pengarah, tgk sama ada mereka boleh generate the same amount of profit dan juga boleh x manage bisnes tu. itu beza kemampuan individu yg dihargai libertarian.

    itu beza kenapa m.nasir dpt bayaran tinggi – kerana ada org value hasil seni dia. tp tanpa modal besar pun, meet uncle hussein, hujan dan butterfingers pun ada pengikut sendiri yg value hasil kerja mereka. ini namanya membebaskan pasaran. pasaran membuat pilihan sendiri.

    pasaran boleh menghukum kapitalis dgn tidak membeli atau memilih tidak bekerja dgn mereka. semudah itu bukan?

    bukalah perniagaan sendiri dan bersaing. hari ni KFC buka dgn harga mahal, makcik temah pun buat ayam goreng sendiri dgn harga yg murah. masing2 ada pembeli sendiri. tak perlu sekat pasaran. biar pasaran pilih mana mereka nak.

  31. saudara afif,

    anda gagal melihat contoh yg saya beri, syarikat eropah yg menggaji dgn gaji minima dan bekerja di bwh 8 jam sehari boleh untung dan mengapa gaji minima tidak boleh dilaksanakan oleh pemodal yang sama di dunia ke3?

    masalahnya bukan produktiviti kita tidak sama, tetapi kaum pemodal yg mengambil kesempatan di atas kenaikan gaji/gaji minima yg diterima oleh kaum buruh.

    sy tidak ada masalah pun jika si A ingin berniaga dan membuat hutang sebyk mungkin dan mengumpul keuntungan setinggi gunung,tetapi yg menjadi masalah ialah jika menindas kaum buruh.

    amin,

    amin>>pasaran boleh menghukum kapitalis dgn tidak membeli atau memilih tidak bekerja dgn mereka. semudah itu bukan?

    mmg semudah untuk berteori tetapi praktikalnya?🙂. membiarkan kepada pasaran semata-semata untuk menentukan harga, value dan juga kreativiti bukanlah suatu idea dan cadangan yg bijak.

    pada asasnya sy tidak ada masalah dgn pasaran bebas/ free market cuma perlu ada mekanisme pengawalan oleh kerajaan.( tentu shj ini berkait rapat dgn supply and demand serta harga pasaran)

    memiliknegarakan dan monopoli adalah suatu perkara yg absolutely adalah berlainan.

    sy tidak kisah jika ada 100 syarikat penerbangan swasta pun di Malaysia. dan sy amat mengalu2kan jika tambang itu lagi rendah dari apa yg ditawarkan kerajaan( ini tidak bermaksud sy bersetuju jika syarikat kerajaan itu rugi dan campur tgn kerajaan ke atas syarikat swasta: cukai yg tinggi , birokrasi etc!).

    jika saudara ingin membuka kilang kereta dan menjual di bawah harga proton pun silakan. dan sy antara org yg akan tidak bersetuju jika syarikat saudara itu dikenakan pelbagai cukai yg tidak masuk akal dan juga kerenah birokrasi.sy akan berbesar hati jika dpt memiliki kereta itu.🙂

    Libertarian menganjurkan nilai2 tanggungjawab dan khidmat sosial. sy amat mengaguminya. Terlalu ideal utk pemodal yg tamak.

    • Memang pemodal masih boleh untung selepas wujudnya gaji minima, tapi itu setelah membuang pekerjanya untuk mengurangkan kos buruh. Saya bersimpati kepada orang miskin yang dibuang kerja.

      Saya pernah katakan sebelum ini bahawa kapitalisme adalah satu proses yang berterusan meningkatkan taraf hidup manusia. Hong Kong adalah negara yang paling kapitalis. 50 tahun dahulu tingkat pendapatan mereka sangat rendah, malah diberi bantuan makanan dari Amerika ketika kebuluran. Tapi walaupun gaji mereka terlalu rendah, itu tidak melemahkan pegangan mereka kepada pasaran bebas. Perlahan lahan pendapatan mereka naik dan hari ini pendapatan mereka adalah yang antara tertinggi di dunia dan masih naik!

      Libertarian menyokong kapitalisme kerana ia secara semulajadi dan perlahan lahan meningkatkan taraf hidup manusia, bukanya secara artificial dan singkat seperti gaji minima

    • saya dapati hujah saudara berlawanan antara satu sama lain

      “pada asasnya sy tidak ada masalah dgn pasaran bebas/ free market cuma perlu ada mekanisme pengawalan oleh kerajaan.( tentu shj ini berkait rapat dgn supply and demand serta harga pasaran)”

      di sini anda bersetuju dengan campur tangan kerajaan

      “sy tidak kisah jika ada 100 syarikat penerbangan swasta pun di Malaysia. dan sy amat mengalu2kan jika tambang itu lagi rendah dari apa yg ditawarkan kerajaan( ini tidak bermaksud sy bersetuju jika syarikat kerajaan itu rugi dan campur tgn kerajaan ke atas syarikat swasta: cukai yg tinggi , birokrasi etc!).

      jika saudara ingin membuka kilang kereta dan menjual di bawah harga proton pun silakan. dan sy antara org yg akan tidak bersetuju jika syarikat saudara itu dikenakan pelbagai cukai yg tidak masuk akal dan juga kerenah birokrasi.sy akan berbesar hati jika dpt memiliki kereta itu. ”

      di sini pula anda tidak mahu pula kerajaan campur tangan

      mana satu ni? anda mahu kerajaan campur tangan ke tidak?
      sedangkan kami tegas tidak mahu campur tangan kerajaan dalam pasaran

  32. siapa ckp pemodal-pemodal dari eropah membuang pekerjanya di negara eropah kerana gaji minima. nisbah antara pekerja eropah dan dan pekerja di negara dunia3 jauh berbeza. sbg contoh jika ada 3 operator di eropah di negara dunia ke3 hanya ada 2 ( walaupun dgn gaji yg tersangat rendah).

    anda memandang sy sbg side sosialis oleh kerana itu anda kelihatan keliru.

    sy menyokong pasaran bebas, tetapi kerajaan perlu ada mekanisme/piawai tertentu. sebagai contoh yg kecil,harga ayam ditetapkan berdasarkan demand and supply oleh pemodal.ini adalah suatu tidak adil, oleh kerana rakyat tiada pilihan maka rakyat terpaksa membeli, saudara pergi ke pasar dan akan dapati semua harga ayam adalah sama!

    dan utk perkara2 asas yg disediakan kerajaan seperti pendidikan, khidmat asas, jika para pemodal ingin mewujudkan 100 syarikat pun sy tiada masalah. terpulang kepada pemodal itu samaada ingin menyediakan harga yg mahal dgn khidmat yg bagus, atau khidmat yg ala kadar dgn harga yg rendah, atau khidmat yg sama dgn harga yg jauh lebih mudah.

    • Gaji minima boleh memburukkan pengangguran di kalangan orang miskin, majoriti ahli ekonomi sependapat dalam hal ini

      Baguslah anda menyokong pasaran bebas, mari saya yakinkan anda untuk menyokong penuh pasaran bebas tanpa campurtangan langsung dari kerajaan.🙂 Ambil contoh anda iaitu harga ayam

      Kawalan harga boleh menyebabkan kekurangan bekalan, ini kerana peniaga kurang insentif untuk menjual ayam jika harga ayam itu rendah. Ini boleh menyakiti para penternak ayam yang kita tahu bukanlah semuanya kaya raya

      Harga pasaran lebih baik dari harga yang dikawal kerana ia bersifat fleksibel dan adil kepada kedua dua belah pihak iaitu peniaga dan pengguna. Harga pasaran juga lebih responsif kepada peningkatan permintaan. Bila harga dikawal, para penternak kurang insentif untuk melabur meningkatkan pengeluaran mereka di masa depan, maka akibatnya di masa akan datang permintaan akan meningkat (disebabkan pertambahan populasi) tetapi penawaran masih di takuk lama. Akan berlaku kekurangan dalam pasaran. Akhirnya yang berlaku kita lihat kini ialah kerajaan pun terpaksa perlahan lahan naikkan harga barang kawalan tersebut kerana permintaan lebih tinggi dari penawaran. Jika harga ayam dibiarkan tanpa dikawal, penawaran ayam akan sentiasa mencukupi memenuhi permintaan. Bukankah lebih baik biarkan sahaja harga ayam itu ditentukan pasaran supaya penternak mempunyai pendapatan lebih untuk melabur meningkatkan produktiviti mereka

      Jika anda perhatikan, kita selalu dengar berita kekurangan barang kawalan di pasaran seperti ayam, gula, dan lain lain

  33. sy rasa sy pernah menulis ttg ini di sini.

    http://shah2ello.blogspot.com/2008/10/12102008_12.html

  34. bukan sahaja teori, praktikalnya juga berlaku shah. jika anda mahu benar2 memahami.

    berapa banyak syarikat telah bungkus dihukum pasaran? berapa banyak yg berjaya?

    ramai org kata peniaga burger hanya bermodalkan rm0.50 utk sebiji burger, dlm erti kata lain burger daging rm2 itu beerti 300% untung! kenapa tak ada yg bising? kerana mereka peniaga burger, peniaga kecil. padahal konsepnya sama. sbb itu saya kata incoherent.

    campur tangan kerajaan hanya akan distort the market.

    harga ayam di pasaran sama sebab ia dikawal kerajaan! cuba x kawal, peniaga letak harga tinggi, org x beli…ayam akan busuk, peniaga akan rugi. semudah itu.

    memberi pilihan kpd pasaran beerti mengangkat ketuanan mereka terhadap duit mereka.

    sdr membawa perkara2 kritikal utk dibincangkan seperti kesihatan dan sbgnya. saya mahu nyatakan mudah, bahawa jika saya menang jadi YB malam ini pun, saya tak akan isytiharkan esok hospital diswastakan. ada proses2 yg perlu diperkukuhkan untuk ini meskipun jika anda memahami libertarian dgn baik, insyaAllah anda akan nampak kewajaran hujah ini.

    mmg kapitalis tamak, sebab itu kita tak bagi dia monopoli. dgn menaikkan cukai x beri kesan apa2 krn mereka akan jwb dgn menaikkan harga. end user yg jadi mangsa ialah rakyat. bila bersaing mereka akan tentukan harga sendiri. nasi goreng makcik temah dan makcik bedah harganya sama, tp belum tentu org pergi kedua2 kedai ni sama ramai. packaging produk x semudah itu.

    ambillah subjek pentadbiran perniagaan ke, pemasaran ke dsbgnya. nanti insyaAllah sdr akan lebih celik tentang kerumitan yg ada.

  35. saudara amin,

    jika begitu,maafkan sy kerana keterbatasan pengetahuan yg sy ada😉

  36. Banyak yang dibincangkan dalam topik ini. Apa pun saya setuju dengan tajuk di atas. Ia tepat. Ia memang krisis kapitalis, dan bukan krisis kapitalisme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: