MENGENAL KAPITALISMA

oleh Hishamudin Rais@ TUKAR TIUB

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini. Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini. Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis – keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia. Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton. Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah. Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma.

Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia. Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan. Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini.

Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun. IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa. Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati.

Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan. Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa. Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan – Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara.

Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja. Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga.

Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual. Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British. Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order.

Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru. Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia. Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka. Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip.

Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat. Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan.

Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang. Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TukarTiub)

30 Responses

  1. Hisham: “Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO).”

    — Eh… Giant adalah lokal punya, Hisham. Ia diasas oleh Teng pada 1944. Tengok, kita patut bangga dengan pencapaian kita, mampu bersaing dengan Tesco, Jusco, apa apa co… hello, mereka datang sini berniaga, you ada hak tak nak beli mereka punya. You ada hak “free to choose”. Kunjungilah Petronas kalau rasa Shell dengan Esso menyampah sangat. You pernah ada pengalaman masa isi minyak kat Petronas, ada orang ambil pisau tikam anda dan kata: “jangan isi Petronas, pergi Esso!” Ada? Bila pula orang dipaksa masuk WTO? You tau China betapa susahnya berebut dengan Taiwan untuk join WTO? Malah ada orang halang usaha China, dan kebanyakan mereka adalah senator di Washington.

    Hisham : “Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah.”

    — “Kalau berdagang dengan negara luar malah hilang lah kedaulatan” — ini lah minda Maharani Tsu Hsi dan Maharaja Hsien Feng pada tahun 1856. Negara yang berintegrasi dalam perdagangan dunia akan hilang kedaulatan berbanding dengan negara yang isolasi dan autarki? Maknanya Canada, Perancis, Jerman, Switzerland, UK… termasuk Amerika sendiri semuanya tak berdaulat? Kalau join European Union hilang daulat, malah join Commonwealth of Independent states bawah Rusia pula boleh jaga kedaulatan?

    Hisham: “Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. ”

    — Diserang dari luar? Atau collapse dari dalam? Kalau orang Eropah Timur rasa sosialisme buat mereka bahagia, mengapa ada “Singing Revolution” di Estonia? Mengapa ada ” Velvet Revolution” di Czechoslovakia? Mengapa tembok Berlin dirobohkan oleh tangan orang Jerman? Di mana Hisham berada semasa 9 November 1989? Keruntuhan Soviet Union ialah hasil perjuangan orang Eropah Timur yang cintakan kebebasan, hasil pengorbanan pejuang-pejuang semasa Hungarian Revolution 1956, reformis Prague Spring 1968, mengoyak muka surat yang paling hodoh dalam buku sejarah manusia — komunisme.

    Hisham — “Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.”

    — Betul, microchip boleh diguna untuk kawak manusia. Tapi persoalannya siapa yang akan gunanya. Firma perniagaan? Come on, kalau firma ini begitu power, tak perlu lah mereka setiap tahun membelanjakan berjuta-juta dana untuk lobi kat Washington! Tak yah lah General Motors kena tunduk pada permintaan United Workers of Automobile untuk menaik gaji sampai GM sendiri menanggung kerugian! Kerajaan lah yang akan gunakan microchip untuk kawal manusia, kerajaan “big brother” yang diidam-idam oleh Hisham. Tema “1984” apa? Orwell menulis novel ini bertujuan untuk kritik rejim Soviet bawah Stalin — bapa angkat Hisham, hanya kerajaan saja yang mampu mengabdikan manusia !

    NWO… NWO… janganlah jadi paranoid. Sampai nanti nampak mak cik jual nasi tepi jalan pun tak berani beli, takut sebahagian daripada Illuminati, “mengaut keuntungan”, “mengambil kesempatan sebab orang lapar”… minta mak cik bagi nasi free, tak bagi… “diracuni kapitalis”, “mementingkan keuntungan”…

  2. Hisham: “Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri. ”

    — Nasib baik ada perdagangan bebas, ramai yang minum jenama Nestle Good Start, Isomil, Enfamil, Similac… kalau semua minum Sanlu (jenama metamine China)… habis…

  3. xpela kita tgk shj nanti siapa yg akan jadi biri-biri dalam 13 anak tangga…siapa yg survive time tu mereka adalah biri-biri..

  4. syukurlah dalam ajaran dan sistem sebenar Islam tak wujud kapitalisme, liberalism, sosialism, feminism, dan banyak lagi.Islam itu Islam..dan keindahan Islam itu boleh dilihat hanya jika 100% sistem Islam sebenar yang meletakkan prinsip kedaulatan kerajaan hanya pada Allah SWT (AL- MULK) dan bukan kedaulatan sistem buatan manusia, lebih-lebih lagi hasil pemikiran manusia yang tidak mendapat Nur dan Hidayah dari Allah SWT..Segala kepincangan yang melanda dalam seluruh aspek kehidupan kita adalah kerana kita telah memulaukan ajaran Islam sebenar.

    Contohnya, riba..tidakkah kamu sekalian terfikir riba adalah punca segala ketidak stabilan ekonomi, punca manusia bersifat rakus,tamak dan kejam, punca terjadinya monopoli dan punca terjadinya ketidak seimbangan dalam aliran rezeki dimana satu pihak menjadi kaya dan terus kaya..dan satu pihak miskin dan terus miskin sehingga sanggup menjual maruah diri untuk mendapatkan wang..fikirkanlah wahai manusia..

    • Apa itu sistem ekonomi Islam? Pada pendapat saya…. istilah itu semata-mata suatu manipulasi perlabelan sahaja. Kecenderungan penganut Islam melabelkan apa-apa yang baik sebagai Islam, Saya pasti takrifan yang akan diberi oleh saudara adalah bahawa sistem ekonomi Islam adalah suatu yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Tidak mengamalkan riba, tidak menindas, tidak enyokong industri-industri haram dan sebagainya.

      Setakat tidak menindas, adil, pada pendapat saya adalah nilai-nilai universal yang bukan sahaja milikIslam tetapi milik sejagat. Atau jika saya mahu mempergunapakai taktik yang sama, sistem yang terbaik adalah sistem ekonomi Manusiawi. Suatu sistem yang tidak menindas, mengamailkan perkongsian keuntungan, memulau industri-industri yang buruk seperti industri perang, dan segala industri yang memberi gaji yang tidak manusiawi, tidak adil, dan tidak mencukupi. Segala industri yang menindas, mendiskriminasi, dan tidak adil harus ditutup.

      Adakah sitem yang saya cadangkan itu Kezaliman? Kekefuran? Apa seluruh dunia kufur pada waktu itu? Apa tidak adanya sistem ekonomi yang manusiawi tanpa Islam? Sekalipun… apa yang anda katakan itu benar, tidak ada suatu negara yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut… Adakah Timur Tengah mengamalkanya? Beri satu contoh empirikal akan keberkesanan sistem ekonomi Islam?

      Setakat hendak melabel dan mengikat sesuatu yang baik kepada suatu bentuk teologi itu mudah, tetapi secara praktisnya kesemua empayar Islam yang wujud dahulu runtuh, akibat korupsi… Saya percaya apa jenis sitem ekonomi pun akan runtuh jika wujud korupsi. Komunisme yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada penyelewengan daripada matlamat asal yang di gambarkan oleh Marks, sistem kapital pula juga memperlihatkan masalahnya sendiri kerana wujud korupsi…

      Ingat saudara, kezaliman adalah apa yang menindas, dan tidak adil. Ini yang meruntuhkan empayar Islam, dan ini juga yang membawa kepada masalah sistem sosialist dan liberal pada hari ini. Dengan enggan melihat isu sebenar anda sebenarnya bertindak secara tidak adil, dan itu sudah bermula titik kejatuhan dalam pengamatan nilai-nilai Islam – nilai-nilai universal.

  5. Betul betul… kembali ke Islam, jangan sesekali terperangkap dalam Marxisme.

  6. “..dan keindahan Islam itu boleh dilihat hanya jika 100% sistem Islam sebenar.”
    saudara Pak Belalang, amaun 100% yang saya petik disini ialah tidak terhad kepada hal sistem ekonomi sahaja..ia melibatkan seluruh aspek kehidupan iaitu dari segi Akidah,Syariah dan Muamalah..jika ketiga-tiga elemen ini bergerak bersesama dan tidak ada 1% pun yang tertinggal maka dan umat tersebut sangat taat kepada perintah Tuhan maka sempurnalah suatu sistem kehidupan yang adil. Semua ini telah diterangkan dan semuanya datang dari Allah S.W.T.

    Benar apa-apa sistem pun akan hancur jika berlakunya korupsi.. Inilah duri dalam daging dimana terdapat x% yang tertinggal dimana walaupun amaunnya kecil tetapi boleh memberi kesan besar sehingga boleh menjatuhkan suatu sistem itu..dan saya percaya ini kerana Akidah,Syariah dan Muamalah tidak bergerak bersesama dalam amaun 100% (imperfect) ini adalah sebab kelalaian umat islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi pada masa akhir zaman ini. Jika anda seorang mukmin, anda pasti pernah mendengar Hadith Rasul yang beerti …”pada akhir zaman umat Islam adalah bukan sedikit, bahkan ramai,,tetapi mereka diibaratkan seperti buih-buih banjir yang tidak ada nilai”..justeru prophecy ini saya percaya sudah pun berlaku..

    jika ini masalahnya, dapatkah kita melihat suatu sistem sempurna 100% (spt diatas) dapat dilaksanakan? dan adalah sangat sukar bagi mukmin sebenar untuk melaksanakan sekali lagi hukum dan perintah Allah pada masa kini disebabkan masalah umat itu sendiri dan juga tekanan dan penindasan dari musuh-musuh Islam yang sekarang ini dapat dilihat mempunyai kuasa sangat kuat seperti Yakjuj Makjuj.

    Jika saudara suka kepada bukti, bacalah kisah-kisah tauladan Rasul-rasul Allah. sebagai contoh pd zaman Rasulullah, sistem larangan riba telah berjaya memperlihatkan keadilan dalam transaksi muamalah. Apa-apa pun segala hikmah datangnya dari Tuhan Maha Esa, maka kepada Dia lah kita sembah dan meminta petunjuk ( the greatest reliance)..

    saudara, hidup diibaratkan seperti suatu pelayaran, Tuhan telah memberi kita peta destinasi untuk dituju. Tuhan juga maha adil..Dia juga memberi kita manual bagaimana nak kemudi kapal dan guru yang medemonstrasikan kendalian kapal itu ialah para Rasul Allah. Semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju..tapi saya sedih kerana zaman kini, kita yang naik kapal ini, telah mencampakkan/meremehkan manual dan ajaran kendalian kapal itu, tapi kita nk juga pergi ke destinasi yang semua orang mahu pergi..persoalannya, mampukah kita sampai ke destinasi yang tepat jika tidak adanya manual dan ajaran yang sebetulnya? fikirkanlah

  7. woi pak belalang
    ko tau ke apa maksud sebenar kufur?

  8. Islam itu sendiri sempurna bagi mereka yang berpegang teguh dan mempercayainya.
    Ia tidak perlu mengaitkan apa-apa yang baik, seterusnya melabelkan, mahupun mengatakan apa-apa yang dikaitkan itu adalah Islam kerana Islam itu adalah sempurna dan merupakan cara hidup yang diberkati.

    Tidak dinafikan juga terdapat juga ajaran-ajaran lain supaya kita manusia jangan menindas, berbuatlah baik etc. Inilah yang harus kita pegang, mengikut ajaran asal masing-masing dan tidak terpesong jauh.

    Saya mohon maaf jika pernyataan saya ini agak ‘one-sided’ dan hanya lebih memberatkan Islam. Ini adalah kerana saya bersyukur saya dikurniakan agama ini dan tiadalah apa yang lebih agung dan nikmat selain nikmat kurniaan dari Tuhan iaitu agama Islam. Ini kerana melalui Islam lah saya memahami apa yang sedang berlaku pada masa lalu,kini dan masa depan.

  9. Saya rasa Cato telah berjaya mematahkan banyak hujah2 Tukar Tiub tentang sistem kapitalis. Betul kata Cato bila dalam sistem itu wujud satu kebebasan untuk memilih dan kalau sesuatu jenama itu menjijikkan sangat, janganlah beli. Bukannya ada monopoli pun, dari segi produk-produk/jenama yang telah Tukar Tiub katakan.

    Bagus juga kalau ada lebih banyak pilihan dan tingkatkan persaingan. Asalkan tiada monopoli, konsumer2 tidak akan dipaksa untuk beli dari satu pihak sahaja. Kalau nak sokong sangat anak Malaysia sendiri, belilah barangan buatan Malaysia!🙂

    Yang lagi menghairankan ialah, di manakah kerajaan-kerajaan yang rakyat harapkan untuk membela nasib mereka? Bukankah itu peranan mereka untuk memastikan rakyat tidak teraniaya?

  10. Kalau Islam itu baik kerana tiada sifat-sifat kapitalisme yang dituduh “kejam” itu, apakah respon sesuai yang patut diberi oleh umat-umat Islam? Apa yang boleh Islam buat untuk memastikan mereka yang teraniaya itu tidak lagi dianiayai?

    Fikirkan, sama ada respon itu rasional atau tidak.

  11. Kluang-man — Ha, saya kenal you…man from Kluang… thanks for memahami mesej saya.

    Tuduhan bahawa globalisasi akan mengakis kedaulatan adalah tidak benar. Sebaliknya, ia boleh menaikkan kedudukan antarabangsa sesebuah negara. ‘Slumdog Millionaire” adalah satu contoh bagaimana negara bukan Barat boleh berjaya dalam dunia komersil. Adakah India sebahagian daripada New World Order? Kalau tak ada globalisasi, jangan kata Rubina Ali boleh pergi LA, mati kat slum pun tak ada orang kisah.

    Ketidak upayaan untuk bersaing tidak berkaitan dengan sifat sistem kapitalisme. Krisis kewangan tak bermaksud sistem ada masalah, ya, Lehman Brothers & Citigroup gagal, tapi Goldman Sachs & J.P. Morgan masih kuat lagi. Kita tonton Batman, boleh juga kita keluarkan “Keluang-man”, kalau kita kerja sungguh-sungguh, Keluang-man pun boleh jadi sensasi global !

  12. keluang man,

    Respon yang sesuai atau satu mesej yang perlu di beritahu kepada umat Islam yang ramai bak buih-buih banjir ini ialah kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Amalkan ajaran Rasul, berbalik kepada konsep kedaulatan Tuhan yang menguasai alam dan bukan negara yang berdaulat. Jalankan undang-undang Syariah mengikut Quran dan Sunnah.
    tetapi hari ini, saya berpendapat Islam berada dibawah. ini adalah kerana pengaruh sekular yang kuat di bawa oleh eropah dan barat yang sedang menguasai dunia. Lihatlah sekeliling kita pada hari ini.Undang-undang kita, pakaian kita, hiburan kita, wayang kita,lagu kita, makanan kita, bahasa kita dan cara hidup kita. Hal ini telah disebut dalam Quran dan Hadith. Dengan dua rujukan ini umat Islam yang sejati dapat memahami apa yang sedang berlaku dan boleh melihat tanda-tanda kehancuran dunia semakin hampir.

    Tapi saya percaya, suatu hari nanti Islam akan kembali berada diatas.Insyaallah.

    Jika Islam itu hanya pada ibadat, maka ia tidak boleh dikatakan sempurna. Islam merangkumi segala aspek cara hidup, melalui sunnah juga walaupun sekecil-kecil perkara pun di ajar dalam Islam.Sebagai contoh mengapa lebih baik makan menggunakan tangan kanan, mengapa umat Islam berkhatan, mengapa khinzir di haramkan, mengapa arak,judi, riba diharamkan dan banyak lagi perkara lain.Ia merangkumi segala aspek kehidupan dan sistem ekonomi tidak terkecuali.

    Ini lah mesej atau respon kepada seluruh umat Islam. Kita tidak boleh berpeluk tubuh dan menunggu kemunculan Imam Mahdi sahaja..kita perlu bergerak mulai sekarang.

    kepada rakan-rakan diluar sana, jika anda berfikiran sekular, saya khuatiri hujah saya ini tidak ada nilai disisi anda semua.Jika itu yang anda rasakan, saya minta maaf, mungkin saya sudah salah ruangan diskusi.apa-apa pun segala yang baik adalah datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari saya.Salam..”balighu anni walau aayah”

  13. Memiliknegarakan semua sumber ialah proses menjadikan monopoli perniagaan oleh sebuah entiti bernama kerajaan, semudah itu.

  14. Memiliknegarakan sumber-sumber keperluan asas rakyat adalah merakyatkan kembali sumber-sumber ini dari dimiliki oleh segelintir kecil individu yang punya modal sahaja. Semudah itu.

    Usaha kerajaan Negeri Selangor memiliknegarakan kembali air dari dimiliki oleh segelintir kecil kapitalis adalah usaha yang patut diteruskan kepada sektor-sektor keperluan asas yang lain agar rakyat kecil yang merupakan sebahagian besar penduduk negara ini tidak dieksploitasi oleh kapitalis.

    Memilikindividukan keperluan asas adalah proses monopoli eksploitasi oleh kapitalis besar ke atas rakyat banyak. Semudah itu.🙂

  15. State capitalism adalah produk Stalin! State capitalism terang2 bukan idea libertarian.

    Memilik individu bukan semudah menulisnya. Idea pemilikan individu berdiri dengan pemahaman rule of law.

    Menghalang hak pemilikan individu adalah proses eksploitasi negara kepada seluruh rakyatnya.

  16. Orang yang kata kapitalisme mengeksploitasi ni sebenarnya tak pernah pun mengkaji keadaan ekonomi dengan betul-betul (“buta ekonomi”). Bagi saya satu contoh monopoli yang dimiliki individu? Tak ada langsung ! Dalam pasaran, you hanya ada oligopli, duopoli… tapi tak ada monopoli. Microsoft tetap menghadapi persaingan daripada Oracle, Yahoo tetap disaingi oleh Google, Toyota tetap disaingi oleh Honda dan Nissan, Exxon Mobil kena bersaing dengan Chevron dalam US, apatah lagi kat peringkat antarabangsa kena bersaing dengan Shell, BP, Sinopec… tapi kerajaan tak mungkin disaingi… MONOPOLI HANYA BOLEH WUJUD DENGAN PEMILIKNEGARAAN.

  17. menghalang pemiliknegaraan terhadap keperluan-keperluan asas adalah proses eksploitasi individu-individu kapitalis besar ke atas rakyat banyak. semudah itu.🙂

    dan MONOPOLI EKSPLOITASI HANYA BOLEH WUJUD DENGAN PEMILIKINDIVIDUAN. semudah itu.🙂

  18. Jangan cakap kosong… bagi bukti! Mana business monopoli yang ada?
    Kalau kapitalis mengeksploitasi, malah kerajaan tak mengeksploitasi? Kalau kapitalis tak dapat mengagihkan barangan dan perkhidmatan dengan adil, malah kerajaan mampu? Orang handal mana yang kerja kat kerajaan? Alien?

  19. Jangan cakap kosong…bagi bukti! Mana negara libertarian? Mana? Mana? kahkahkah🙂

  20. Hong Kong paling menghampiri mirip sebuah negara libertarian dengan saiz kerajaan sekitar 1/5 saiz KDNK menurut ahli ekonomi libertarian Milton Friedman. Cukai dan regulasi Hong Kong adalah antara terendah di dunia, lagi satu ciri-ciri negara libertarian

    Mana ada monopoli swasta di sana, jauh sekali nak ada monopoli kerajaan

    Macam mana pemilikindividuan boleh bersifat mengeksploit? Kalau tak mahu dieksploit oleh Microsoft, kita ada pilihan untuk tidak menggunakan Windows. Dan kalau tidak mahu diekploit oleh Nike, kita ada pilihan untuk tidak bekerja di kilang Nike.

    Kebebasan memilih untuk tidak dieksploit ini tidak wujud di bawah pemiliknegaraan. Kerajaan hanyalah sekumpulan manusia yang berkuasa, dan pemiliknegaraan adalah eksploitasi manusia berkuasa ke atas manusia lain secara paksa.

    Saya tidak mahu dieksploit oleh kroni UMNO, maka saya ada pilihan untuk tidak dieksploit dengan mengelak dari produk milikindividu syarikat pro-kroni UMNO seperti Proton dengan memilih produk diimport dari luar negara. Kebanyakan spare part Proton dimonopoli oleh orang UMNO, dan harga mereka lebih tinggi dari harga pasaran disamping kualiti mereka lebih rendah dari kualiti pasaran

    Bayangkan jika UMNO memiliknegara seluruh industri perkhidmatan kereta, kita sudah tiada pilihan untuk tidak dieksploit UMNO

    Dangkalnya hujah pemiliknegaraan ini kerana ia hanya indah jika kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang disokong kita, tapi bagaimana jika UMNO yang memiliknegara? Nak?

    Hanya dibawah pemilikindividuan, manusia ada pilihan untuk tidak dieksploit

  21. negara libertarian? haha..ni tanda org tak faham bahawa libertarian menolak fungsi negara yg besar. kami tak obses utk menjadi pemerintah dan mendakwa kami know best. kami hanya mahu mempertahankan hak kebebasan dan undang2 untuk rakyat bergerak sebagai individu dan mengolah urusan mereka sendiri.

    contoh amalan ini pernah berlaku di zaman reagan-thatcher…

    state capitalism ala ciptaan stalin-lah yg merobohkan rumah setinggan dsbgnya. ya, mereka itu diwujudkan oleh state, jelas bukan libertarian!

  22. amalan libertarian pernah berlaku di zaman reagen-thatcher? kahkahkah. patut la banyak covert operation masa tu kat amerika latin. patut la support diktator-diktator amerka latin waktu period tu. patut la reagen-thatcher senyap bila ramai aktivis kiri kena culik, kena torture, kena bunuh di amerika latin pada zaman tu. semudah itu.🙂 kahkahkah

  23. Nampaknya u tak dapat nak beza presiden Amerika, kononnya semua sama je… janji orang putih. Diktator Amerika Latin yang bermaharajalela semasa 1970-an apa kaitannya dengan Reagan (1981-1989)? Di Argentina, diktator Jorge Videla melancarkan kempen opressive ke atas aktivis kiri semasa 1976, masa tu preiden ialah Gerald Ford (1974-1977), Pinochet merampas kuasa pada 1973, masa tu presiden ialah Richard Nixon (1969-1974), biar pun Nixon atau Ford, penasihat urusan luar mereka ialah Kissinger, pendukung realpolitik. Walaupun Nixon dan Reagan sama-sama Republikan, tapi mereka berasal dari puak yang berlainan, Nixon ialah “Rockefeller Republican” (pendukung Keynesian) manakala Reagan ialah “Goldwater Republican”.

    Thatcher support diktator? Apa pula Thatcher berperang dengan Argentina pada 1983 yang berada di bawah diktator Galtieri? Malah selepas tentera Argentina ditumpas oleh Thatcher, rejim Galtieri mula runtuh sebab hilang kewibawaan, pada 1983 Galtieri ditangkap atas kesalahan pencabulan hak manusia, maka mulalah demokrasi di Argentina. Tau tentang sejarah ni? Atau hanya kenal Latin America setakat tahap football je?😛

  24. Mengaitkan operasi di Amerika Latin dengan libertarianisme bunyinya serupa dengan mengaitkan kematian berpuluh juta manusia di bawah Stalin & Mao Zedong dengan sosialisme

  25. Tak juga… operasi di Latin BUKAN hasil ideologi libertarianisme, Kennedy, Nixon, Kissinger, Ford… semuanya Keynesian yang pro-perancangan. Jadi dasar luar mereka pun bercorak “merancang”, mereka perlu memastikan orde perancangan berjalan, jadi mereka menyokong diktator sampai melakukan dasar OFFENSIVE yang menumpangkan kerajaan negara lain. Libertarian pula anti-perancangan, jadi mereka hanya perlu menjaga pertahanan negara melalui dasar DEFENSIVE, sampai bercorak isolasi dan unilateral, itu sebab hubungan antara Amerika dan United Nations paling regang semasa zaman Reagan.

    Tapi kematian berbilion-bilion nyawa di bawah Stalin, Mao, Pol Pot adalah hasil DIRECT daripada ideologi egalitarianism. Jangan menafikan semasa Mao, gaji semua pekerja di China ialah 36 yuan, “equal pay”, bukankah ini yang diidamkan oleh sosialis? Semasa pemerintahan Khmer Rogue, tidak wujud mata wang di Kemboja, tak ada sebarang kegiatan perdagangan dan perniagaan, tiada sebarang pengaruh”imperialisme” , bukankah ini hasrat sosialis?

  26. latin amerika punya football memang best. kalau tidak brazil ngan argentina tak jadi juara piala dunia la!🙂

    ideologi libertarian adalah ideologi untuk para kapitalis terus menumpuk-numpukkan harta kekayaannya tanpa sekatan.. semudah itu.🙂

  27. sejarah? bukan ke libertarian ni ahistoricism?🙂

  28. Di negara yang ramai kapitalis yang kaya raya, didapati golongan pekerja dan miskin negara tersebut menikmati pendapatan dan taraf hidup lebih tinggi berbanding mereka di negara yang kekurangan kapitalis.

    Maka makin ramai kapitalis, makin kaya para kapitalis tersebut, maka makin meningkat juga pendapatan dan taraf hidup orang miskin.

    Orang miskin di Amerika lebih bernasib baik berbanding orang miskin di Laos, bukan?

  29. org yg menolak libertarian terpasung dgn faham amerika=libertarian. mungkin ada polisi2 mereka yg dipersetujui libertarian, tapi TIDAK SEMUA!

    mereka terperangkap kerana mereka mahu mencari sasaran hujah. mereka x pernah berminat melihat konsep sebenar dan saling kait yg ada. mereka x berminat nak bicara soal comparative advantage. mereka x minat nak bezakan equality dgn menghapuskan kemiskinan.

    mereka lupa bahawa libertarian yg serius bicara soal mengembalikan keterikatan mata wang kepada emas, mereka lupa bahawa libertarian terus bertegas menolak polisi2 yg x memerdekakan individu dan mereka gagal melihat individu sbg pasaran.

    saya x berminat bicara soal negara. saya hanya berminat bicara soal polisi manakah yg memberi manfaat sebenar. tidak payah bersusah payah mencari negara mana mewakili libertarian kerana tidak ada! tapi polisi2 manakah yg memberi manfaat kpd rakyat cukup byk boleh dirujuk kepada libertarian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: