Memahami Perlembagaan Bertulis dan Falsafah Perlembagaan

“I speak an open and disinterested language, dictated by no passion but that of humanity. Independence is my happiness, and I view things as they are, without regard to place or person; my country is the world, and my religion is to do good...”

Ramai yang tidak dapat melihat kepentingan memahami antara perlembagaan bertulis dan falsafah perlembagaan. Bagi orang biasa, perbezaan ini tidak dapat dikenali sekiranya tidak melihat dan memahami secara mendalam dan kritikal sejarah pemikiran perkembangan tamadun manusia.

Bagi mereka yang melihat sesuatu perlembagaan bertulis pada permukaannya dan memberi takrifan yang literal kepada provisi-provisinya secara terus orang itu akan termakan dalam pemahaman undang-undang yang positivistic. Pemahaman undang-undang yang positivistic membawa erti pemahaman undang-undang yang rigid, formal dan literal. Antara kesilapan manusia yang terbesar adalah dengan memakai pemahaman undang-undang sedemikian. Ini tidak mengambil kira epistemology akal manusia serta konsep asas the origin and state of nature of men. Oleh itu seseorang itu sebelum membuat apa-apa komen tentang perlembagaan bertulis harus pertama dan dahulu memahami konsep falsafah perlembagaan. Lebih teruk lagi sekiranya seseorang itu melihat proviso-proviso yang dimasukkan ke dalam perlembagaan bertulis sebagai kitab mitos ketuhanan di mana satu-satunya figura yang mewahyukan peraturan-peraturan ini adalah figura manusia yang ingat dirinya sebagai diktator tuhan di bantu malaikat majoritinya yang mecipta sahaja apa jenis peraturan yang membawa penundukkan manusia dan rakyat kepada status mahadewanya dan semi tuhan feudalistik menindas.

Falsafah perundangan semestinya dikenali oleh diktator-diktator ketuhanan ini dahulu kerana tidak ada yang melampaui falsafah undang-undang, baik manusia, raja ataupun tuhan. Tuhan sekalipun terikat kepada the laws of nature di mana secara hakikatnya terdapat proses-proses universal yang tidak dapat diubah. Fire burns and ice freezes. Itu hakikatnya. Oleh itu tidak ada apa jasad sekalipun yang lebih tinggi daripada falsafah perlembagaan. Raja juga tidak dikecualikan. Falsafah yang dimasukkan adalah nilai-nilai yang tidak dapat diubah dan idea-idea yang sememangnya menjadi nafas dan nadi kepada undang-undang.

1. Demokrasi. Demokrasi bukan bererti tyranny of the majority. Semua yang ada mesti disepakati tanpa menindas hak-hak minoriti.

    2. Kebebasan berfikir, menyuarakan pendapat dan berpersatuan.

      3. Pengasingan kuasa. Kuasa mesti diasingkan dan di pecahkan sebanyak mungkin. Power tends to corrupt, absolute power tends to corrupt absolutely.

        4. Autonomi badan kehakiman di mana badan ini tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun kecuali semangat undang-undang.

          5. Kedaulatan undang-undang. Kuasa budi bicara mesti dihapuskan. Semua orang adalah saksama di sisi undang-undang.

            6. Life, liberty and property. Semua adalah berhak untuk hidup dan nyawa tidak boleh diambil oleh sesiapa pun. Setiap individu mempunyai kebebasan individu dan merupakan individu merdeka. Dan setiap orang adalah berhak kepada pengumpulan dan pemilikan harta.

              Ini adalah antara nilai-nilai yang di bawa oleh falsafah perlembagaan. Sesuatu perlembagaan bertulis, boleh mempunyai beratus-ratus proviso sekalipun, tetapi adalah tetap tidak sah dan jahat walaupun dibuat oleh sesiapapun dengan apa cara sekali jika menentang nilai-nilai dan idea-idea ini.

              “Perlembagaan wujud bukan untuk memberi hak-hak kepada manusia. Perlembagaan wujud kerana manusia mempunyai hak. Dalam erti kata lain, perlembagaan adalah hasil kesan daripada manusia yang dan kerana mempunyai hak, bukan sumber yang memberi dan melahirkan hak-hak manusia.”

              4 Responses

              1. Saya ada sikit rambling dengan Perlembagaan Malaysia —

                i) Tujuan Perlembagaan US adalah untuk menyekat kuasa kerajaan — apa yang tak patut kerajaan buat; sedangkan jika anda perhatikan — Perlembagaan kita lebih kepada apa yang citizen tak patut buat.

                ii) Interpretasi Perlembagaan — Muqadimmah Model asas Perlembagaan US, Declaration of Independence (1776) adalah “we hold this truth to be self-evident, that all men are created equal, and they are endowed by their CREATOR with certain unalienable rights…” Americans meletakkan perlembagaan pada tempat yang tertinggi, firman Pencipta.

                Bagaimana dengan Malaysia? Rukun negara kita — “kepercayaan kepada Tuhan”, “kesetiaan kepada raja dan negara”, “keluhuran perlembagaan” blah blah… “RAJA” lagi tinggi daripada perlembagaan? Patutlah ada pemerintah simbol yang tak malu langgar perlembagaan…

              2. 1. Sebenarnya ade juga perkara2 tertentu yg menyatakan apa kerajaan tak patut buat…tetapi disebabkan di sini kuasa esekutif dipusatkan dan civil society tidak mantap, perlembaganaan diberi takrifan ttg kebanyakkannya apa yg rakyat tak boleh buat…

                2. Idea Lockean theory di US amat kuat dan berpengaruh…falsafah peramble nya diambil dan diasaskan atas teori ini…dr segi ini perlembagaan malaysia mungkin, MUNGKIN, pd pendapat saya lebih secular…tapi harus ingat, rukun negara point 1 adalah ‘kepercayaan kepada tuhan’

                3. raja tidak lebih tinggi drpd perlembagaan…keluhuran perlembagaan = ‘supremacy of the constitution’ …jadi tidak ade sesiapa yg melebihi perlembagaan…juga perkara 4 : ‘the constitution is the highest law of the land’ ….ttg raja ni, ini isu politik, bukan undang-undang…bagi saya ni amat jelas…cuma apabila dipolitikan utk faedah gol tertentu, jadi kecamuk dan keliru…

                *that is the different between US and malaysian constitution…the founding fathers were very clear what they wanted…the basis of its constitution was lockean philosophy…in malaysia the idea and philosophical basis that form the constitution was not elaborated deeply and appreciated by the leaders and the ppl…it was more of a agreement of convenience…so when u have prime ministers who know nothing bout the law, all understanding was lost…hence the predicament that we’re in now…and mind you the one who knew nothing the most, IS BACK….

              3. penulisan yang menarik. juga harus diketengahkan bagaimana untuk memahami semangat berperlembagaan.

                dalam konteks negara kita, rukun negara itu adalah untuk semangat patriotisme rakyat. susunan rukun negara itu tidak meletakkan raja lebih tinggi dari perlembagaan. jika dilihat makna “keluhuran perlembagaan”; luhur bermaksud mulia, tinggi dan agung dan ia menepati konsep ketertinggian perlembagaan sebagai the supreme law of the land. Memahami konsep raja berperlembagaan itu perlu bagi membantu kita menginterpretasi kuasa dan apa yang sepatutnya dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh raja.

                Namun, saya lebih berminat dan merasakan memahami semangat berperlembagaan itu perlu bagi setiap warganegara sepertimana yang ditegaskan oleh Tun Salleh Abbas. Asas2 berperlembagaan negara kita juga harus difahami dahulu sebelum menginterpretasi sesuatu perkara atau artikel dalam perlembagaan kerana perbezaan akan berlaku bagi setiap individu yang berbeza dalam menterjemahkan apa yang sudah tertakluk dalam perlembagaan.

                p/s; harap ada sebuah lagi artikel berkenaan semangat berperlembagaan. tq

              4. pernahkan perlembagaan ini dipersoalkan tentang ketinggiannya..adakah ianya menjadi pertikaian?kalau ada ..apa yang dipertikaikan dan apa sebabnya pertikaian itu berlaku..harap-harap ada artikel yang membincangkan tentang kes-kes pertikaian mengenai perlembagaan sama ada negeri kite ataupun negeri-negeri lain.tq

              Leave a Reply

              Fill in your details below or click an icon to log in:

              WordPress.com Logo

              You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

              Twitter picture

              You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

              Facebook photo

              You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

              Google+ photo

              You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

              Connecting to %s

              %d bloggers like this: