Memikir semula peranan asasi universiti..

Tulisan ini adalah semperna perlantikan semula Nordin Kardi sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang keenam baru – baru ini.

NORDIN KARDIUniversiti mempunyai makna yang cukup akrab dengan ilmu. Newman merujuk university sebagai “School of Universal Learning” di mana university menjadi pusat ilmu dalam apa bidang sekali pun dan sentiasa kehadapan dalam memandu masyarakat. University seharusnya menjadi tanda aras ketamadunan dan ketertinggian intelektual masyarakatnya. Nilaian university terbaik adalah university yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya sahaja malah turut mengesan masyarakat umumnya. Impak yang dimaksudkan sudah tentunya merujuk kepada memberi jawapan terhadap polemic yang wujud dalam kalangan masyarakatnya sama ada yang bersifat structural mahupun yang berciri semasa dan dalam masa yang sama, sentiasa menawarkan idea – idea baharu.

Oleh hal yang demikian, jika perkara ini dijadikan sebagai tanda aras university yang baik, maka adakah university di Malaysia ini amat jauh keterbelakang dalam mendukung makna university itu sendiri ? Andainya kita merujuk kepada falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), salah satu konsep asas yang terkandung dalam FPK adalah mengenai ilmu, nilai dan peranannya dalam pembangunan insan dan masyarakat – hal yang merupakan inti pati yang mendukung makna universal Knowledge – Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia.

Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia dan seharusnya yang memikul tanggungjawab ini adalah universiti. Hal ini kerana, mereka yang terbaik dalam kalangan masyarakatnya – daripada sudut akademik – pastinya akan tertumpu dan terkait dengan university. Jika tidak, maka rugilah university tersebut.

Gerakan intelektual adalah perlu dalam sebarang bentuk gerakan masyarakat sebagai vanguard – perintis barisan hadapan sesuatu gerakan (perjuangan) – yang memacu pencerahan sesuatu masyarakat. Tanpanya sebarang gerakan massa itu hanya akan bersifat kosmetik, luaran, popular dan gagal mencetus perubahan – apatah lagi revolusi pemikiran. Hanya dengan adanya pemikiran – pemikiran besar yang bersifat structural yang mampu memberi anjakan paradigma baharu dalam sesebuah masyarakat. Pencerahan hanya bermula selepas masyarakatnya berfikir.

Man only can become man by education kata Immanuel Kant. Jadi, pada pundak siapa seharusnya beban tanggungjawab mencerahkan masyarakat ini diletakkan?

Apakah ini tanggungjawab university? Namun jika university sendiri tidak tercerah , harus bagaimana? Jika university Malaysia gagal memainkan peranan utamanya ini – malah makin menyeret masyarakatnya dalam gelap pekat – tak kan kita harus menyuruh para naib Canselor kita kembali menekuni falsafah , apa pula kata dunia pada kita nanti?

One Response

  1. Minggu ni bising isu Universiti ye..ntahlah tak tau nak komen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: