Krisis Ekonomi – Krisis Kapitalis

PEKERJA JANGAN BAYAR SESEN PUN

UNTUK SELAMATKAN SISTEM KAPITALIS !

Hari Mei Satu menjelang lagi. Warga pekerja seluruh dunia menyambut Hari Mei Satu yang penuh bermakna ini dengan cabaran krisis ekonomi dan tekad perjuangan yang lebih tinggi pada tahun ini.

Hari Mei Satu, bukan sahaja hari kita menghargai perjuangan pekerja pada masa lampau, tetapi juga hari untuk memperingatkan para pekerja bahawa perjuangan pekerja untuk membebaskan diri daripada belenggu pemerasan dan penindasan sistem kapitalis belum lagi selesai.

Sambutan Mei Satu sebagai Hari Buruh Antarabangsa bermula daripada perjuangan pekerja menuntut masa kerja 8 jam sehari pada penghujung abad ke-19. Perjuangan tersebut telah menyaksikan pengorbanan para pejuang pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis yang berpakat dengan kerajaan yang pro-kapitalis. Namun, dengan tekad perjuangan yang tinggi,masa kerja 8 jam sehari telah diiktiraf sebagai satu hak asasi pekerja di seluruh dunia.

Continue reading

Advertisements

Seminar Perubahan Iklim


MENGENAL KAPITALISMA

oleh Hishamudin Rais@ TUKAR TIUB

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini. Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini. Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Continue reading

Memahami Perlembagaan Bertulis dan Falsafah Perlembagaan

“I speak an open and disinterested language, dictated by no passion but that of humanity. Independence is my happiness, and I view things as they are, without regard to place or person; my country is the world, and my religion is to do good...”

Ramai yang tidak dapat melihat kepentingan memahami antara perlembagaan bertulis dan falsafah perlembagaan. Bagi orang biasa, perbezaan ini tidak dapat dikenali sekiranya tidak melihat dan memahami secara mendalam dan kritikal sejarah pemikiran perkembangan tamadun manusia. Continue reading

Unreason Man

Man thought he could reason,

This was so because of enlightenment,

He fought,

And he fought well,

This was necessary,

For feudalism was at sea,

Hitting and crushing all in its way,

No where to go men had to bear, Continue reading

Memikir semula peranan asasi universiti..

Tulisan ini adalah semperna perlantikan semula Nordin Kardi sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang keenam baru – baru ini.

NORDIN KARDIUniversiti mempunyai makna yang cukup akrab dengan ilmu. Newman merujuk university sebagai “School of Universal Learning” di mana university menjadi pusat ilmu dalam apa bidang sekali pun dan sentiasa kehadapan dalam memandu masyarakat. University seharusnya menjadi tanda aras ketamadunan dan ketertinggian intelektual masyarakatnya. Nilaian university terbaik adalah university yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya sahaja malah turut mengesan masyarakat umumnya. Impak yang dimaksudkan sudah tentunya merujuk kepada memberi jawapan terhadap polemic yang wujud dalam kalangan masyarakatnya sama ada yang bersifat structural mahupun yang berciri semasa dan dalam masa yang sama, sentiasa menawarkan idea – idea baharu.

Continue reading

Wacana Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Darul Hikmah pada 19 April 2009

Wacana Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu di Darul Hikmah Kajang

Tarikh: 19 April 2009

8.00 – 8.30 pagi: ketibaan dan pendaftaran peserta

8.30 pagi – 8.35 pagi: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi – 8.50 pagi: Ucapan Aluan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi: Ucaptama – Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9.45 pagi: Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi: Wacana 1 – Pendidikan & Kebudayaan

a. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said, Ketua Eksekutif KDH
b. Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Institut Peradaban Melayu, UPSI
c. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Akademi Pengajian Melayu, UM

Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari: Wacana 2 – Sains dan Teknologi

a. Dr. Shaharir Mohamad Zain
b. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail, Fakulti Sains, UPM

Sesi Soal Jawab

1.45 tengahari – 2.30 petang: Penutupan Majlis, Makan tengahari, Solat Zuhur dan bersurai

Peta tunjuk arah ke Darul Hikmah, Kajang

Peta tunjuk arah ke Darul Hikmah, Kajang